Monday 1 November 2021

JJCP UK V.2: Day 12 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ AHAD, 8 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ BODRUM BBQ
@ AL-MUZAFFAR MOSQUE


Kami melintas dan menuju hingga ke hujung simpang di Pulteney Bridge. Kelihatan charity shop berada di seberang jalan. Kami masuk ke dalam restoran tetapi ruang untuk dine-in penuh. Tak besar pun tempat duduk di sini, hanya meja bar yang boleh memuatkan dalam 10 orang. Dah order karang tak tau pulak kat mana nak duduk dan makan. Jadi kami ambil keputusan untuk keluar dan ke charity shop dulu. Wife saya dan anak-anak masuk ke dalam kedai sementara saya hanya menunggu di luar sambil melihat suasana di atas Pulteney Bridge dan bergambar di sekitar.

Layan bergambar di kawasan sekitar

@ BODRUM BBQ

Tak sampai 10 minit, akhirnya wife dan anak-anak keluar dari charity shop. Takde yang menarik katanya. Patutlah tak nampak apa-apa beg di tangan. Hehe.. Jam 12.15 tengahari kami masuk semula ke dalam restoran halal yang bernama Bodrum BBQ. Ruang makan dah takde pelanggan. Anak-anak duduk dulu sementara saya dan wife order di kaunter. Ada sorang je pekerja kat dalam restoran ni. Dia yang ambil order, dia juga yang masak dan jadi cashier. Mungkin dia juga owner restoran ni. Hehe..

Inilah restoran Bodrum BBQ. Kecik je kedainya..

Restoran ni menyediakan makanan grill dari Mediterranean seperti kebab, pizza dan burger. Apa lagi pilihan makanan yang ada kalau berada di luar negara. Ini yang buat saya berangan nak tinggal di UK dan berniaga masakan Malaysia. Dapat jual nasi lemak dan nasi ayam beserta kuih-muih tradisional pun jadilah. Tapi bukan mudah nak mulakan perniagaan di luar negara walaupun ada rakyat Malaysia yang telah berjaya. Kalau berani dan hati kering boleh la, tak perlu kerja makan gaji. Saya masih belum sampai tahap hati kering lagi. Huhuu..

Tak tau nak makan apa. Semua dah pernah makan kat UK

Agak mahal juga harga makanan kat sini. Saya order mixed doner wrap yang berharga GBP6.00 dan quarter pounder beef burger yang berharga GBP4.50. Air guna mineral yang kami bawa je, lagi jimat. Hehe.. 10 minit menunggu akhirnya makanan kami siap untuk dimakan. Selalunya portion makanan kat sini besar. Tapi kali ni biasa je saiznya. Nampaknya terpaksa order lagi satu lamb doner wrap yang berharga GBP6.00. Alhamdulillah, cukup kenyang untuk kami sekeluarga. Kalau lapar lagi tunggu sampai hotel ye. Boleh habiskan ration yang dibawa. Hihi..

Mana cukup satu. Sedap pulak tu. Layan..

Perut dah kenyang, hati pun gembira. Hihi.. Jam 12.40 tengahari kami keluar dari restoran. Ada masa sejam lagi sebelum kami beredar meninggalkan Bath. Nak sambung jalan-jalan kat christmas market pun dah tak larat. Kami berjalan menuju ke masjid. Kat Bath ada masjid tau. Tapi bukanlah masjid yang besar. Hanya masjid yang berada di deretan rumah. Kebetulan masjid ni berada di jalan menuju ke parking kereta. Jom tunaikan kewajipan sebagai umat Islam.

Walking route: Bath Central

Jika datang ke Bath tanpa cari info berkaitan masjid, memang takkan jumpa la. Tambah pulak kalau datang dengan travel agent, dah tentu diorang takkan bawa ke masjid di sini. Itulah indahnya bila travel secara DIY. Walaupun persediaan agak sukar kerana banyak info yang nak dicari, tapi hasilnya in shaa Allah berbaloi. Kos dan masa juga dapat kita uruskan sendiri. Tak perlu nak kelam kabut dan kejar masa mengikut ketua yang memegang bendera. Hihi.. Selagi saya sihat dan berdaya, saya akan travel secara sendiri. Bila dah tua dan mula sakit mungkin akan ikut travel agent juga. Nak drive pun dah tak larat masa tu. Huhu..

Nak ronda christmas market lagi tak? Penat dah..

@ AL-MUZAFFAR MOSQUE

Jam 12.50 tengahari kami sampai di depan pintu yang bertanda Bath Islamic Society. Masa kami sampai tadi kami dah lalu tempat ni, hanya 200 meter dari parking kereta. Saya ketuk pintu dan seorang wanita membukanya. Saya terangkan tujuan kami untuk tumpang solat di sini. Ruang solat wanita ikut pintu tu dan lelaki kena turun tangga di tepi. Barulah kami nampak signboard kecil di tangga yang bertulis Al-Muzaffar Mosque. Memang tak perasan pun kalau sekali imbas. Kenapa la buat signbaord kecik sangat. Mungkin diorang taknak expose sangat tentang kewujudan masjid di sini atas faktor keselamatan. Wallahu 'alam..

Ada masjid di Bath. Alhamdulillah..

Kami turun tangga di luar dan masuk melalui pintu kayu. Buka je pintu terus nampak ruang solat. Kami kena buka kasut dan bawa masuk untuk diletakkan di satu kabinet di belakang ruang solat. Hanya 10 jemaah yang muat dalam satu masa untuk solat berjemaah di sini. Yang penting cukup selesa buat kami mendirikan solat. Selesai ambil wuduk, kami solat sunat dan menunggu masuknya waktu zohor, iaitu tempat jam 1.00 petang. Kelihatan beberapa jemaah sudah sedia menunggu di saf.

Ruang solat yang kecil, tapi amat selesa

Alhamdulillah, kami dapat solat berjemaah bersama beberapa penduduk Islam di sini. Selesai solat jamak, kami bersiap-siap untuk beredar dan menunggu wife saya di pintu luar. Wife saya kata ruang solat untuk jemaah wanita pun kecil. Selain dari ruang solat di atas, terdapat juga kelas mengaji untuk kanak-kanak dan kelas pendidikan Islam. Patutlah masa bukak pintu terdengar suara budak-budak mengaji dari dalam. Jam 1.20 petang kami mula berjalan menuju ke parking kereta.

Kelihatan kereta kami di hujung parking

Sampai di kereta, kami bersiap-siap untuk sambung perjalan ke destinasi berikutnya. Berakhir sudah pengalaman hidup kami berada di Bath. Suasana yang agak happening di sini kerana ada christmas market. Sebelum meninggalkan bandar Bath, saya nak ronda dulu di kawasan sekitar dengan kereta. Ada lagi tempat yang menarik di sini tapi jauh untuk berjalan. Tengok dari dalam kereta je sudah cukup. Hihi.. Cuaca mulai mendung masa kami bersiap untuk memulakan perjalanan. Hujan rintik mula turun membasahi bumi. Nasib baik dah masuk dalam kereta baru hujan turun. Lega..

Pemandangan The Circus dari dalam kereta. Kita tawaf seround dulu..

Kami melalui The Circus, salah satu landmark yang popular di Bath. The Circus adalah deretan townhouse yang melengkung berbentuk bulatan. Honey-coloured Georgian architecture yang membuatkan ia nampak amat cantik. Tak tau la berapa harga sebuah townhouse kat sini. Mungkin tak semahal Mayfair di London, tapi golongan marhain pasti tak mampu nak beli rumah kat Bath ni. Huhu.. Mungkin harga rumah kat sini bukan hanya dikira per-square feet, tapi dinding dan rekaan pun termasuk sekali agaknya. Hehe..

Tawaf @ The Circus

Saya tak jumpa jalan menuju ke Royal Crescent, iaitu bangunan hotel 5-bintang yang melengkung dan mempunyai padang yang luas di depannya. Royal Crescent selalu dijadikan sebagai lokasi penggambaran sebab pemandangan bangunan dan sekitarnya yang amat cantik. Saya hanya ikut naluri sendiri je lalu mana-mana jalan dan simpang. Sebab tu tak jumpa jalan ke Royal Crescent. Takpelah, takde rezeki nak tengok secara live. So, off we go to the next destination. Goodbye Bath! Ada rezeki kami datang lagi..

Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Best2. Saya dari 94 hingga 97 belajar disana. Rindu rasanya nak visit balik. Last visit 2005 rasa macam balik kampung. Area Pulteney bridge paling cantik. Inshaallah ada rezeki visit lagi bawak anak2

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tuan dapat pengalaman belajar kat sana. Kena datang lagi bawa family..

    ReplyDelete