Sunday 1 November 2020

JJCP UK V.2: Day 05 (Part #3)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ AHAD, 1 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ ANTALYA SHAWARMA
@ ANGEL OF THE NORTH
@ TRAVELODGE NEWCASTLE SEATON BURN


Jam 3.15 petang kami dah berada di kawasan restoran yang bakal kami terjah. Kelihatan restoran yang ingin kami singgah tu buka hari ni. Masalahnya takde tempat parking kereta yang berdekatan dengan restoran tersebut. Ada satu kawasan parking yang agak limited di simpang berhampiran, namun tiada space kosong. Huhu.. Saya masuk ke satu simpang di belakang bangunan Middlesbrough Event Centre. Alhamdulillah ada satu parking yang kosong tapi kawasan agak tersorok. Risau juga kalau jadi apa-apa kat kereta kami nanti. Nak buat macam mana, dah ini je parking yang available. Tawakkal aje lah. In shaa Allah selamat.

Driving route: From Middlesbrough Central Mosque to Wilton Street

Kami kena bayar GBP1.00 untuk parking di sini. Tapi tak nampak pun mesin bayar parking yang berdekatan. Tak bayar kang balik makan nanti dapat pulak surat cinta kat cermin kereta. Huhu.. Keliling bangunan saya cari masih tak jumpa di mana letaknya mesin bayar parking. Tak mungkin mesin tu ada dalam bangunan sebab bukannya ada tiket parking pun masa masuk tadi. Takpelah, dengan penuh keyakinan saya tak bayar pun. Kalau kena kompaun kira pecah rekod la. First time dapat surat cinta. Pengalaman berharga juga tu. Hehe..Kami bersiap-siap untuk berjalan ke arah restoran yang terletak di jalan utama depan bangunan yang kami parking ni. Cuaca dah mula senja. Balik makan nanti dah tentu gelap. Moga selamat kereta kami parking di sini tanpa dapat surat cinta. Hihi..

Pastikan lintas jalan secara berhemah ye. Hihi..

Banyak restoran dan kedai halal di sini.


@ ANTALYA SHAWARMA

Seperti yang saya katakan, nak cari tempat halal di UK amat mudah. Jumpa je satu kedai halal, mesti ada banyak kedai halal yang lain di sepanjang jalan. Tak perlu risau sangat tentang perut kosong sebab tak jumpa kedai atau restoran halal kat sini. Sedangkan masa di Scandinavia dulu pun boleh jumpa restoran halal, inikan pula UK, negara yang agak ramai umat Islam dan pelancong muslim. Cuma jangan banyak memilih la ye. Nak cari nasi lemak sambal kerang atau nasi ayam hainan memang susah la nak jumpa. Hihi.. Tepat jam 3.30 petang kami masuk ke dalam restoran Antalya Shawarma. Perut sudah mula berbunyi.

Jom makan!

Menu yang dijual di sini adalah seperti nama kedainya iaitu shawarma dan seangkatan dengannya. Tipulah kalau travel ke luar negara tak makan shawarma, kebab, falafel dan pizza. Hehe.. Selain orang dari tembok besar yang berniaga di seluruh dunia, orang dari Middle-East juga boleh tahan hebatnya. Sekurangnya adalah option makanan halal untuk umat Islam. Kalau jumpa chinese restoran yang halal lagi best. Cuma harganya agak mahal. Kami duduk di dua meja bersebelahan. Satu meja hanya boleh muat 4 orang je. Takkan la nak combine meja macam selalu buat kat kedai mamak. Hihi.. Saya dan abang Fikri beratur untuk order makanan. Daripada semua senarai menu yang ada, ada satu yang menarik perhatian saya iaitu nasi. Bersyukurnya bila dapat makan nasi kat sini. Hihi..

Restoran amat bersih dan selesa

Saya order full chicken roast set beserta nasi, sup dan roti naan yang berharga GBP8.00. Kemudian saya tambah 2 air tin berharga GBP3.00. Cukuplah 2 tin je sebab kami ada bawa air mineral. Boleh tahan murah juga harga makanan kat sini. GBP8.00 boleh dapat set ayam seekor untuk kami sekeluarga. Kira berbaloi dah harga tu di bumi UK yang serba mahal ni. Cuma air tin berharga antara GBP1.00-1.50 adalah harga yang standard kat sini. Jadi untuk lebih jimat baik bawa air mineral siap-siap. Beli air tu sebab anak-anak nak minum. Bagilah peluang diorang minum kat sini. Mana tau 7Up kat sini rasa dia lain dengan kat Malaysia. Hehe.. 

Tak sabar nak makan la tu. Hihi..

Tak sampai 15 minit menunggu, akhirnya makanan kami pun siap dan anak-anak tolong ambil di kaunter. Makanan dah terhidang di meja, apa lagi yang nak dibuat. Baca doa dan makan la sampai kenyang. Sedapnya makan ayam panggang dengan nasi dan roti naan. Bukan sebarang nasi yang dia bagi, beras basmathi tau. Hihi.. Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga untuk hari ni. Boleh rekemen kat sesiapa yang datang ke bandar Middlesbrough untuk makan di sini sebab rasa dan harganya yang berpatutan. Servis pun agak pantas. Cuma masa saya bayar tadi, saya bagi GBP15.00. Baki dia tak bagi lagi sebab takde duit kecil. Ingatkan dia lupa. Masa kami nak beredar dari kedai barulah dapat. Besar nilai GBP4.00 tu tau. Sama nilai dengan tol dari Kota Damansara ke Ipoh. Hehe..

Pelik warna sup dia, tapi sedap. Layan..

Jam 4.15 petang kami mula beredar dari restoran. Alhamdulillah semuanya berpuas hati sebab kenyang. Cuaca dah mula gelap di luar. Kami meronda dulu di sekitar kawasan melihat kedai-kedai halal yang lain di sini. Nak gerak ke hotel masih awal lagi. Itulah kekurangannya bila travel waktu winter. Bayangkanlah kalau travel masa summer dengan waktu siang yang amat panjang. Lagi jauh la kami meronda. Tapi bila diberi pilihan antara summer dengan winter, saya lebih prefer winter. Biarlah waktu siang pendek, asalkan dapat merasa cuaca sejuk yang memang takkan dapat kat Malaysia. Kalau nasib baik boleh layan salji sekali. Bagi peluang anak-anak merasa cuaca yang diorang tak pernah rasa sebelum ni dalam hidup. Tak semua orang dapat merasa macam ni. Oleh itu, janganlah disia-siakan peluang yang ada ye wahai anak-anakku yang disayangi. Ayah bukan orang kaya yang boleh bawa tempat macam ni selalu. Tapi ayah selalu mencari peluang yang ada selagi hayat dikandung badan. Hidup hanya sekali.

Antara kedai dan restoran halal yang ada kat sini.

Habis meronda, kami berjalan menuju ke parking kereta dalam keadaan gelap dan sunyi. Harap-harap takde aktiviti yang mencurigakan berlaku kat kawasan parking kami. Sedangkan di Malaysia pun risau kalau jalan kat lorong yang sunyi, inikan pula kat luar negara yang tak pasti apa yang pernah berlaku di sini. Mana tau ada geng budak-budak muda melepak mencari apa-apa peluang yang ada kat tempat gelap macam ni. Crime rate di UK tak kurang hebatnya. Huhu.. Sebagai orang luar kenalah sentiasa alert dengan persekitaran. Tambah pulak kami ni muslim, lagilah kena extra hati-hati walaupun UK adalah antara negara yang safe untuk travel. Setakat pengalaman yang ada pada saya, hanya satu je negara yang saya rasa selamat bila berjalan waktu malam. Mana lagi kalau bukan Jepun. Jalan kat lorong gelap jam 1.00 pagi pun boleh rileks lagi. Mungkin la masa tu ditakdirkan takde apa-apa yang berlaku. Dalam hati memang sentiasa berhati-hati. Tapi keadaan persekitaran masa tu membuatkan saya rasa amat selamat. Jepun memang satu-satunya negara yang berbeza dari semua aspek berbanding negara lain yang pernah saya pergi. Lain dari yang lain!

Kami parking kereta di belakang bangunan ni

Sampai je kat kereta, dengan pantas kami bersiap untuk mulakan perjalanan. Alhamdulillah takde surat cinta di cermin. Hehe.. Hari masih muda, jadi saya bercadang untuk singgah di satu tempat yang saya dah save dalam Here Maps iaitu lokasi Starbucks di sini. Hobi mengumpul Starbucks citymugs jangan dilupakan. Saya tak pasti ada berapa banyak citymugs yang Starbucks keluarkan mengikut bandar di UK. Setakat ni saya cuma ada citymugs London je. Saya set pada maps untuk ke Starbucks yang terletak di perjalanan menuju ke Stockton-on-Tees kerana Starbucks ni terletak di bangunan sendiri, bukan dalam shopping complex. Jadi senanglah nak parking dan terus masuk mencari citymugs. Dalam 5 km perjalanan dah sampai tempat yang dituju. Saya tengok pada rak namun takde pun citymugs kat sini. Selalunya akan ada citymugs untuk bandar-bandar yang berdekatan. Mungkin dah habis stok agaknya sebab Starbucks dah hentikan production untuk citymugs You Are Here dan digantikan dengan design baru yang saya kurang berminat untuk kumpul. Pada saya YAH citymugs ni paling cantik Starbucks pernah keluarkan untuk dibuat koleksi. Takde rezeki untuk tambah citymugs kat rumah. Huhu..

Satu citymugs pun takde kat sini. Huhu..

Kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi berikutnya untuk kami bermalam. Ada satu lagi tempat yang saya nak singgah sebelum sampai di travelodge, iaitu Angel of the North, landmark yang terkenal di Newcastle. Masa 2012 dulu saya nak singgah sebab nampak kat highway tapi bila masuk jalan bandar terus sesat tak jumpa jalan menuju ke sana. Huhu.. Masa tu pakai GPS yang disewa, jadi tak boleh nak setting awal route perjalanan. Kali ni pakai Here Maps, jadi saya dah siap sedia set route untuk ke sana. Kali ni pasti tak sesat. Hihi..

Gambar Angel of the North waktu malam (Ihsan Google Images)


@ ANGEL OF THE NORTH

Lebih sejam memandu, akhirnya jam 5.50 petang kami sampai di kawasan parking Angel of the North. Kawasan sekitar amat gelap dan takde satu kereta pun parking kat sini. Seram juga. Huhu.. Dari parking memang boleh nampak Angel of the North sebab ia besar dan tinggi. Yang lain semua tak nak ikut dan tunggu dalam kereta. Anak-anak semua dah tidur keletihan. Tak berani saya nak jalan sorang diri menuju ke situ. Takde lampu pun kat landmark tu. Yang ada hanya lampu jalan yang samar-samar. Jadi untuk melengkapkan misi saya ambil gambar dari kawasan parking je. Cukup la buat syarat dah sampai di sini. Misi dari 2012 akhirnya tercapai di 2019 walaupun gambar jarak jauh. Nasib baik kamera boleh terangkan gambar. Nak selfie langsung tak nampak background. Hihi..

Jadilah buat kenangan peribadi misi sudah tercapai


@ TRAVELODGE NEWCASTLE SEATON BURN

Tak sampai 5 minit pun kami di sini. Perjalanan diteruskan menuju ke travelodge yang terletak di pinggir bandar Newcastle. Nak dapatkan rate yang murah sudah semestinya pilih travelodge yang jauh dari pusat bandar. Bukan setakat murah, parking space pun banyak. Travelodge di bandar ada yang tiada parking ataupun parking berbayar. Jalan nak masuk bandar pun kadang-kadang jem. Jadi jangan pening kepala untuk cari tempat bermalam. Hihi.. Dalam 25 km perjalanan dari Angel of the North, jam 6.20 petang kami tiba di Travelodge Newcastle Seaton Burn. Anak-anak bantu keluarkan beg dari kereta sementara saya masuk ke lobi untuk urusan check-in hotel. Staff bertugas amat ramah orangnya.


Driving route: From Antalya Shawarma to Travelodge Newcastle Seaton Burn

Harga semalam yang saya dapat adalah GBP22.00/night. Inilah travelodge yang paling murah di sekitar Newcastle waktu tu dan terletak di route perjalanan kami untuk hari esok. Kami dapat bilik nombor 12 dan Fa di bilik sebelah. Yang pentingnya bilik kami di tingkat bawah. Kalau dapat tingkat atas kesian kat anak-anak. Diorang la yang kena angkat sebab kat sini takde lif. Takkan la driver yang kena angkat beg. Penat memandu kot. Hihi.. Anak-anak pun bersemangat nak tolong. Maklumlah, cuaca sejuk membuatkan diorang teruja untuk membantu. Kalau kat rumah, suruh buang sampah pun kena ulang banyak kali baru buat.

Travelodge Newcastle Seaton Burn @ GBP22.00/night

Kemas, selesa dan berbaloi dengan harganya.

Kami bersihkan diri dan berehat. Anak-anak request untuk kurangkan jajan yang dibawa. Bagus, pastikan semua jajan yang dibawa habis pada hari terakhir kat sini. Takde kerja nak bawa balik Malaysia semula. Hari akhir nanti kalau tak habis jugak boleh sedekah kat staff travelodge. Masa trip Scandinavia dulu kami sedekah beras sekampit kat staff kereta sewa. Taktau dia guna ke tak. Apa-apa pun niat sedekah tu ada daripada terbuang begitu saja. Hihi.. Lepas anak-anak dah makan, diorang nak main Monopoly yang dibeli pagi tadi. Baru pukul 8.30 malam kot. Kalau kat rumah time ni la baru aktif semuanya. Hihi.. Saya layan juga la sekali daripada tak buat apa-apa dalam bilik ni. Nak keluar gi kedai kat stesen minyak luar tu pun malas sebab dah mandi. Boleh juga cek kalau ada benda yang kurang dalam Monopoly tu. Masa kat carboot pagi tadi kami sambar je terus tanpa tengok isi dalamnya. Mana la tau rupanya takde kad pun dalam tu. Sebab tu dia jual murah. Huhu..

Macam baru. Yang penting harganya GBP5.00 je. Hihi..

Semua barang lengkap dalam Monopoly ni. Berbaloi dengan harganya. Balik Malaysia nanti paling kurang RM50.00 senang je boleh terjual ni. Otak fikir bisnes je kan. Hahah.. Tak jual kot. Bagi kenangan untuk anak-anak bermain masa lapang. Baru diorang tau wujudnya board game yang ayahnya main masa kecik dulu. Sekarang semuanya layan digital je. Masing-masing layan gajet. Bila main Monopoly ni barulah ada aktiviti bersama keluarga di rumah. Hihi.. Jam 10.30 malam kami berhenti main setelah ayahnya dinobatkan juara. Hihi.. Masa untuk tidur buat driver. Yang nak layan tengok tv tu pastikan kena tidur juga ye. Kalau tak esok semuanya tidur dalam kereta. Sia-sia je tak dapat melayan pemandangan indah di sepanjang perjalanan. Moga esok dapat pengalaman baru dalam hidup kami. Itu sudah pasti.

Wallahu 'alam..









No comments:

Post a Comment