Tuesday 20 February 2018

JJCP VietCam: Day 04 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
6 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ MUSLIM FAMILY KITCHEN
@ AL-NIKMATUL ISLAMI MOSQUE


Saya set jam 10.50 pagi bas kami mula rosak. Nak tengok berapa lama kami stranded kat sini sampai bas boleh berjalan semula. Huhu.. Kelihatan famili yang lain sampai dengan tuktuk. Semuanya terkejut bila tau bas rosak. Saya memang tak pandai bab enjin kenderaan ni. Sedangkan enjin motor pun tak tau, inikan pula enjin bas. Haha.. Apa yang saya faham, gear bas ni tak boleh masuk. Sama ada masalah gearbox ataupun hidraulik. Apa-apa pun yang pastinya bas tak boleh bergerak. Yang membuatkan saya lagi risau, adakah jika bas ni berjaya dibetulkan dan kami akan naik bas ni untuk perjalanan jauh sampai sempadan Cambodia-Vietnam hari ni? Jangan buat hal. Sekarang masih siang lagi takde masalah. Takut tengah perjalanan dah gelap nanti bas buat hal balik. Lagilah haru dibuatnya. Huhu..

Lokasi bas rosak. Huhu..
Masih boleh tersenyum walaupun bas rosak. Huhu..
Pomen dah sampai. Driver pulak tak pakai baju. Panas..
Dok bincang apa la pulak ni..
40 minit menunggu akhirnya parts yang rosak dah dikenalpasti dan dikeluarkan. Yang masih tak pasti sekarang ni adakah parts tu boleh dibetulkan atau dicari penggantinya. Nampaknya macam negatif keputusannya. Bas memang tak boleh nak diperbaiki. Haduii.. Time ni saya paling risau sebab ikutkan itinerary kami akan balik ke Ho Chi Minh City hari ni juga. Hotel di sana dah booking dan tak boleh nak cancel sebab booking under booking.com. Kurang dari 24 jam tak boleh buat cancellation. Huhu.. Nak cerita benda ni kat driver dah tentu dia tak faham. Driver bagi saya bercakap dalam phone dengan bos dia di Siem Reap, bukan Andy Pham yang saya booking haritu. Bos dia kata bas backup akan datang ambil kami untuk dibawa ke hotel. Dia akan guna bas yang lain untuk bawa kami ke sempadan hari ni. Saya maklumkan kami perlu sampai juga di Ho Chi Minh City hari ni walau apa pun yang terjadi. Saya tanya lagi pasal pintu sempadan. Dia kata takde masalah, sempadan buka sampai tengah malam. Ok lah macam tu. Harap betul lah apa yang dikatanya.

Ini dia parts yang rosak
Sekarang menunggu pulak bas backup datang ambil kami. Tak tau berapa lama lagi sampai. Huhu.. Nak duduk dalam bas aircond takde. Anak-anak dah mula gelisah. Mula la diorang bermain kat pokok tepi jalan. Baju Eirfan dan habis basah kuyup. Dia memang tak boleh panas sikit, mulalah berpeluh dan naik ruam kat badan. Jadi terpaksalah pakai pampers je. Huhu.. Nasib baik dia tak meragam. Driver keluarkan hammock dan ikat kat batang pokok untuk sesiapa yang nak berehat dan tidur sementara menunggu bas sampai. Dah keluarkan hammock macam lama lagi je nak sampai. Haduii.. Nak contact sedara mintak tolong takde pulak yang duduk kat Siem Reap ni. Hahah.. Maka berkelah la kami kat tepi simpang ke Angkor Wat ni. Mohon maaf kepada semua atas kejadian ni. Memang perkara yang tak dijangka. Dah berlaku, terpaksa lah hadapi jua. Huhu..

Dah mula main cari pokok jarum mas. Hihi..
Ok bro Wan, lepas ni giliran aku pulak. Hehe..
Dah macam hidup di gelandangan rupa dia. Huhu..
Nasib baik ada tempat berteduh. Lega sikit..
Akhirnya penantian kami berakhir. Jam 12.10 tengahari bas backup pun sampai. Bukan satu, tapi dua sebab bas kecik yang sampai. Tak cukup satu bas untuk tampung kami semua. Haha.. 1 jam 20 minit kami berkelah kat sini. Slack takde air terjun dengan pantai je. Hahah.. Dalam itinerary sepatutnya paling lewat jam 11.30 pagi kami tinggalkan Siem Reap. Nampaknya memang lewat la kami sampai ke Ho Chi Minh City malam ni. Setelah semuanya naik bas, kami dibawa terus ke hotel. Masa dah suntuk untuk check-out ni. Sampai hotel dah tentu nak kena mandi dulu. Bau badan sendiri pun dah tak boleh tahan ni. Huhu.. Harap tak kena extra charge sebab late check-out. Sampai hotel nanti saya deal dengan staff hotel. Bukan salah kami lewat check-out. Nanti mintak driver tu explain dan buat pengakuan apa yang berlaku ke atas bas kami. Hihi..

Ceria kembali sebab dah naik bas. Hihi..
Kami sampai di Ta Prohm hotel jam 12.30 tengahari. Semua terus naik ke bilik masing-masing untuk bersiap. Saya maklumkan kat staff hotel akan check-out paling lewat jam 1.30 petang. Staff hotel kata takde masalah. Saya juga minta staff hotel call restoran semalam untuk booking lunch kami pada jam 2.00 petang. Memang terbaik la hotel ni. Saya amat berpuashati. Jika ada rezeki datang ke sini lagi saya akan pilih hotel ni juga. Dah la walking distance dengan tempat menarik kat sini. Apa lagi yang nak dibuat kat Siem Reap ni selain night market dan Hard Rock Cafe. Hihi.. Selesai mandi dan bersiap, jam 1.20 petang kami turun ke bawah membawa semua beg untuk check-out. Tepat jam 1.30 petang semuanya dah ada di lobi hotel. Kami semua terus tahan tuktuk untuk ke Muslim Family Kitchen. Kali ni saya taknak naik tuktuk. Saya nak cuba jalan kaki ikut jalan shortcut. Wan dan Eimran ikut saya sekali. Bukan apa, saya dah cari jalan shortcut masa susun itinerary. Jadi macam tak puas hati kalau tak dapat ikut laluan tu. Ahh, macam-macam la saya ni kan. Hihi..

Walaupun ada tempat kosong, tetap jugak nak jalan kaki. Degil.. Haha..
Lepas 5 tuktuk bergerak seiringan meninggalkan hotel, kami bertiga jalan kaki ikut route yang saya cari. Dekat je sebenarnya. Cuma takut kalau ada anjing liar berkeliaran. Takpe, Wan berani dengan anjing. Hihi.. Saya memang mengaku takut dengan anjing. Kisah mulanya masa saya kecik dulu. Akibatnya bila satu hari saya tak dengar dan melawan cakap mak saya sebab nak keluar rumah jugak walaupun mak larang. Sejurus lepas tutup je pintu rumah, seekor anjing gila terus menyalak dan kejar saya. Banyak juga hormon adrenalin saya gunakan untuk larikan diri. Haha.. Nasib baik tak kena gigit sebab ada sorang pakcik sergah anjing tu. Sejak kejadian tu saya jadi fobia dengan anjing sampailah sekarang. Betul-betul terkesan dengan tindakan melawan cakap orang tua. Huhu.. Masa lari tu jerit panggil nama mak. Ingat juga kat mak walaupun lawan cakap dia. Haduii..

Ikut jalan shorcut terus jumpa kedai massage paling murah. Hihi..

@ MUSLIM FAMILY KITCHEN

Tak sampai 5 minit diorang ada kat restoran, kami pun sampai. Memang tak jauh pun jalan kaki. Tapi kalau bawak anak-anak kecik lebih baik naik tuktuk, sebab jalan shortcut ikut lorong tepi rumah orang. Budak-budak bising kang kena tegur pulak. Huhu.. Pekerja restoran sedang menyiapkan menu lunch kami. Akhirnya berjaya juga kami merasa menu khas restoran ni iaitu Daging Lembu Naik Bukit. Kami dapat tengok macamana diorang masak menu ni. Nama menu diberi adalah kerana daging lembu dimasak menggunakan alatan khas yang berbentuk seperti periuk yang diterbalikkan. Jadi nampak la macam bentuk bukit. Bila daging dimasak, lemak dari daging tu akan meleleh jatuh ke bawah. Itulah jadi nama menu ni daging lembu naik bukit. Hahah.. Kalau lembu Australia mungkin tak boleh bagi nama menu macam ni sebab semasa hidup pun lembu kat sana selalu naik turun bukit. Hihi..

Ni dia dapur untuk masak menu Daging Lembu Naik Bukit
Pekerja sedang masak daging atas bukit tu. Hihi..
Menu lunch kami. Dah nak habis baru teringat nak amibil gambar. Hihi..
Sedap juga menu Daging Lembu Naik Bukit ni. Tapi rasanya menu daging yang dihidang semalam lagi sedap. Hihi.. Takpelah, yang penting dah dapat merasa menu special restoran ni. Selesai makan, kami melihat-lihat kedai souvenir yang ada di restoran ni. Maaflah, saya langsung tak berminat nak beli t-shirt kat sini. Selalunya asal ke luar negara mesti nak beli t-shirt sebagai kenangan. Tapi kali ni lain pulak. Mungkin sebab banyak rasa tak puas hati tentang trip ni kot, especially agen yang uruskan bas kat Cambodia ni. Huhu.. Jam 2.40 petang semua dah bersiap untuk balik semula ke hotel, dengan harapan bas backup yang akan bawa kami ke sempadan dah sampai. Lunch kali ni guna duit collection yang ada. Lepas ni dah tak cukup nak bayar untuk makanan. Kat Ho Chi Minh City nanti pandai-pandai la bayar sendiri ya. Hihi.. Eimran ikut sekali naik tuktuk ke hotel. Saya dan Wan nak singgah di masjid yang terletak berhampiran dengan restoran. Saya amat yakin bas tak sampai lagi kat hotel. Dah banyak kali agen cakap tak serupa bikin. Naik menyampah pulak rasanya. Huhu..

Kualiti kain kat kedai ni lebih baik dari pasar malam. Harga pun lebih tinggi la. Hihi..
Bas dah sampai roger kami ok.. Err, nak roger dengan apa? Hehe..

@ AL-NIKMATUL ISLAMI MOSQUE

Tak sampai 5 minit berjalan kaki dari Muslim Family Kitchen, kami berdua sampai di depan Al-Nikmatul Islami Mosque. Masjid ini adalah yang terbesar di Siem Reap. Kami melihat kawasan di sekitar masjid. Tiada orang di dalam masjid. Di bahagian belakang masjid ada tanah perkuburan Islam. Saya rasa bersyukur kerana ada masjid yang didirikan di negara bukan Islam. Masih teringat lagi masjid di Luxembourg ketika trip saya ke Western Europe pada tahun 2015. Masa kami sampai penjaga masjid sedang mengunci pintu masjid. Disebabkan kami datang dari jauh maka penjaga tu benarkan kami solat di dalam masjid sementara dia tunggu di luar. Selesai solat kami berborak sekejap dengan dia. Dia mengatakan masjid di sini hanya dibuka selama setengah jam setiap kali masuk watu solat. Masjid perlu ditutup kerana jika tidak, penduduk sekitar yang bukan muslim especially pelajar sekolah akan merosakkan masjid tersebut. Bila diorang balik dari sekolah dan lalu di depan masjid, diorang akan baling botol dan ada yang meletakkan gambar porno di bawah pintu. Bayangkanlah betapa bencinya diorang terhadap Islam. Seperti biasa, Islam diangggap terrorist padahal lihat semula sejarah siapa yang sepatutnya digelar sebegitu. Huhu.. Bila lah agaknya negara dalam dunia ni nak aman ye. Takde siapa yang sukakan peperangan. Hidup dalam harmoni kan ke bagus. Huhu..

Ini lah dia Al-Nikmatul Islami Mosque
Selesai solat jamak, jam 3.15 petang kami berjalan balik ke hotel. Dah separuh perjalanan baru Wan tersedar jam dia tertinggal di masjid. Aduhh, harap takde lah orang yang ambil. Kalau kat Jepun saya amat yakin jam tu ada lagi. Itupun kalau orang Jepun yang jumpa la. Kalau orang negara lain tak pasti. Hihi.. Kat sini kebarangkalian untuk orang ambil agak tinggi. Daripada kami sampai hinggalah habis solat tadi, sorang jemaah pun takde kat masjid. Mungkin time waktu solat masuk baru ramai jemaah kot. Saya tak dapat nak ikut Wan sebab sakit perut. Jadi kami pun berpecah di tengah lorong yang berkemungkinan ada anjing berkeliaran. Nasib baik saya jalan sampai hotel takde kejadian dikejar anjing. Hihi.. 15 minit kemudian Wan sampai dengan jam ditangannya. Alhamdulillah sempat sebelum orang lain dapat jam baru. Hihi.. Seperti yang dijangkakan, bas masih belum sampai lagi. Dah pukul 4.00 petang ni. Haduii.. Macam ni la bila berjanji dengan agen yang tak bertanggungjawab. Takkan la tak standby jika berlaku perkara macam ni. Macam mana la nak promote servis sewa bas dan driver kat kawan-kawan kalau diri sendiri dah terkena. Huhu..

Terbaiklah servis hotel ni. Bukan welcome drink je yang diberi, goodbye drink pun ada tau. Hihi..
Akhirnya setelah sekian lama menunggu dengan penuh resah, jam 4.15 petang bas backup pun sampai. Kelihatan driver kami dan bos agen di Cambodia masuk ke lobi hotel. Dia mohon maaf sebab bas sampai lewat. Lagi sekali saya bertanya pada dia adakah kami sempat lintas border walau sampai lewat malam sekalipun. Dia kata takde masalah tentang border. Kali ni naik bas lain dan driver pun lain. Driver lama terpaksa tunggu bas dia yang rosak tu. Driver baru ni pun sama je, tak faham bahasa inggeris. Huhu.. Sebelum bas bergerak, bos agen tu mintak kami bayar dulu servis bas di Cambodia. Sepatutnya kami akan bayar apabila semua kerja selesai, iaitu sehingga kami sampai di sempadan, bukannya di Siem Reap. Tapi dia nak juga kami bayar dulu dan beri jaminan yang kami semua akan sampai di sempadan malam ni. Taknak cakap banyak dan takut jika berlaku apa-apa yang tak diingini, saya minta Jay yang memegang duit kami bayar juga la kat dia. Serius saya tak suka la dengan cara bos ni bercakap. Huhu..

Yang baju putih tu bos agen. Berlagak la dia. Huhu..
Alamat agen di Cambodia. Boleh la kalau nak book. Tapi saya tak recommend ya. Fail.. Huhu..
Tepat jam 4.30 petang barulah kami memulakan perjalanan meninggalkan Siem Reap menuju ke sempadan Cambodia-Vietnam. Ikut pada google map hampir 8 jam perjalanan. Tengah malam baru sampai ni. Huhu.. Tu belum kira berhenti kejap untuk ke tandas atau bas nak isi minyak. Harap berhenti pasal tu je. Jangan berhenti pasal bas rosak sudah la. Tak sanggup dah nak tunggu lama-lama dalam keadaan gelap. Huhu.. Dari hotel nak keluar ke jalan utama pun dah agak sesak. Layan je lah pemandangan sambil memikirkan apa yang akan terjadi bila sampai kat sempadan nanti.

Jalan keluar dari bandar Siem Reap
Bila amik gambar muka mesti ceria. Hihi..
Dalam sejam perjalanan, kami berhenti kejap di stesen minyak untuk ke tandas. Kemudian kami teruskan perjalanan diiringi oleh hujan yang amat lebat dan cuaca yang mula gelap. Bila dah malam dan takde pemandangan, maka tidur adalah lebih baik daripada tengok lampu bas yang menerangi jalan. Dalam bas ada mikrofon yang berfungsi, tapi takde lagu karaoke yang nak dinyanyikan. Kalau tau ada mikrofon dah lama saya bawak cd atau pendrive lagu karaoke. Boleh layan sepanjang perjalanan. En. Khai kalau menyanyi sedap suaranya. Kalau yang lain nyanyi pasti hujan akan turun dengan lebih lebat lagi. Hihi.. Tidur pun rasa tak selesa sebab masih rasa tak puas hati dengan servis dari agen di Cambodia ni. Teruk la bos tadi tu. Langsung takde rasa bersalah bila bercakap dengan pelanggan. Customer is always right tau. Hihi.. Moga bangun dari tidur kami dah sampai di sempadan. Wallahu 'alam..

Kali ni dapat bas kaler oren. Dari jauh boleh cam. Hihi..
Persinggahan pertama..
Hujan lebat mengiringi perjalanan kami

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - TIADA -

**DAY 04 TOTAL EXPENSES: RM25.80

2 comments:

  1. cantik hotel tuh... masjid pun dah cantik, last time kami pergi tahun 2015, masjid tu biasa2 je. alhamdullillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Nampaknya hotel tu je yang paling memuaskan hati dalam trip ni. Huhu.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete