Saturday 17 February 2018

JJCP VietCam: Day 04 (Part #1)

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
6 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ ANGKOR WAT
@ TA PROHM


Jam 4.15 pagi lagi kami dah bangun. Nak kejut anak-anak satu hal lagi. Huhu.. Nasib baiklah agak senang juga diorang bangun tanpa meragam. Kami bersiap-siap. Lepas solat subuh jam 4.35 pagi, kami turun ke lobi hotel. Bas pun dah sedia menunggu di luar. Hanya family Saiful je yang takde sebab diorang tak ikut trip ke Angkor Wat. Tepat jam 5.00 pagi semua dah ada dalam bas dan kami memulakan perjalanan di subuh hari menuju ke pintu masuk Angkor Wat. Harap sempatlah kami tengok suasana matahari terbit di sana. Trip ke Angkor Wat adalah misi utama travel kami. Moga berbaloi duit tiket yang kami bayar dengan pengalaman yang kami dapat.

Menunggu semua ahli turun dari bilik masing-masing
Ikut pada map, jarak dari hotel kami ke pintu masuk Angkor Wat hanya 8 km. Bas akan ikut laluan Charles de Gaulle Road terus ke Angkor Wat. Macam familiar nama jalan ni. Mana taknya, nama airport kat Paris tu. Hihi.. Teringat kenangan mengembara ke sana. Bila lah agaknya dapat buat trip ke Europe lagi. InsyaAllah ada rezeki sampai juga ke sana nanti. Dalam perjalanan kelihatan banyak tuktuk yang menuju ke destinasi yang sama. Jalan agak jem bila ada beberapa jalanraya yang ditutup sebelah kerana ada program larian mengelilingi Angkor Wat pagi ni. Huhu.. Macam tak sempat nak tengok matahari terbit sebab tengok langit dah mula nak cerah walaupun baru pukul 5.20 pagi.

Bus Route: From Ta Prohm Hotel to Angkor Wat
Tuktuk berlumba untuk sampai ke Angkor Wat. Hihi..
Time ni la nak buat larian. Huhu..

@ ANGKOR WAT

Jam 5.25 pagi bas sampai di pintu masuk Angkor Wat. Ingatkan ada la pintu gerbang yang besar menanti pengunjung. Rupanya yang ada hanya palang besi karat dan dijaga oleh beberapa pekerja untuk cek tiket kami. Bayar tiket punya mahal takkan la tak boleh nak buat pintu masuk yang proper sikit. Huhu.. Daripada pintu masuk kena jalan ke dalam lagi untuk sampai ke tempat melihat matahari terbit. Cuaca dah mula cerah. Jalan pulak tak berturap membuatkan saya agak sukar nak menolak stroller anak. Kemudian kena angkat naik tangga pulak. Lepas naik tangga laluan pejalan kaki diturap dengan batu kerikil kasar. Lagilah jenuh nak menolak stroller. Memang takde rezeki nampaknya nak tengok matahari terbit kat sini. Takpelah, kawan-kawan yang dah ada kat depan boleh amik gambar dulu. Dapat tengok gambar pun dah kira bersyukur walaupun dah mula rasa tak berbaloi bayar tiket yang mahal. Huhu..

Angkor Wat Area
Mari melangkah ke Angkor Wat
Tak sampai 5 minit cuaca dah mula cerah. Huhu..
Dah boleh abaikan suasana matahari terbit. Huhu..
Disebabkan cuaca dah cerah sepenuhnya masa kami naik tangga di monumen pertama, jadi kami tak perlu la nak rushing ke tempat view matahari terbit. Harap kawan-kawan yang dah kat depan tu sempat capture dan share gambar kat kami. Kami pun mula amik gambar di sekitar monumen. Struktur bangunan yang dah dibina berjuta tahun dahulu masih kekal utuh lagi walaupun ada bahagian dah mula retak dan pecah. Banyak lagi monumen yang perlu kami singgah kat dalam Angkor Wat. Selesai bergambar barulah kami berjalan menuju ke tempat orang ramai melihat matahari terbit.

Wefie pertama di Angkor Wat
Bagi Eimran jadi model tangga Angkor Wat. Hihi..
Sampai di hujung bangunan kelihatan ramai tourist sedang berdiri di tepi tasik menghadap monumen utama Angkor Wat untuk melihat suasana matahari terbit walaupun the best moment untuk melihatnya masa cuaca masih gelap lagi. Barulah nampak pergerakan matahari dan awan daripada gelap bertukar cerah. Dapat buat video mesti cantik. Dah tak sempat, tengok dalam internet ajelah ye. Huhu.. Apa yang saya perhatikan kenapa pemandangan matahari terbit kat sini nampak menarik kerana cahaya matahari yang muncul betul-betul di bahagian tengah monumen Angkor Wat dan refleks air tasik tu membuatkan ianya lebih menarik dan cantik. Saya tak pandai nak cari angle yang menarik untuk amik gambar, tetapi melihat di depan mata sendiri lebih puas hati. Tapi malangnya tak sempat. Huhu..

Walaupun dah cerah tapi masih ramai yang melihatnya
Ini jelah view yang sempat saya capture. Jadilah walaupun matahari dah lama terbit. Huhu..
Kawan-kawan yang lain tak tau berada di mana. Mungkin masing-masing mencari angle yang terbaik untuk amik gambar family. Saya pun belum lagi amik gambar sekeluarga. Mana taknya, Eiman dan Elysha dah mula buat perangai. Eiman nak sesuatu. Bila tak dapat macam biasalah taktikal dia iaitu menjauhkan diri. Dia ingat Angkor Wat ni kat Selangor agaknya, suka-suka nak larikan diri. Kena bawak lari dengan orang Siem Reap karang jadi hal lain pulak. Huhu.. Moga dijauhkan perkara tu. Elysha pulak malas nak jalan. Terpaksalah dukung si Eirfan bagi peluang kakaknya baring dalam stroller. Nasib baik jugalah ada stroller. Dah memang jangka situasi macam ni akan berlaku, cuma tak sangka seawal ni. Huhu.. Nak pujuk kena amik masa juga. Jadi saya stay kat area orang ramai ni bagi keadaan tenang dulu.

Port yang terbaik untuk view matahari terbit
Pandai budak ni lukis. Berapalah agaknya dia jual ye..
Jam 6.15 pagi, setelah tiada lagi view matahari terbit, kami teruskan berjalan melihat monumen dan bangunan yang lain di sekitarnya. Ada laluan berbatu yang panjang di tengah Angkor Wat menuju monumen yang paling hujung. Disebabkan nak bagi berbaloi tiket yang kami beli, kami amik gambar sebanyak yang mungkin. Selangkah sekeping gambar. Hihi.. Takde apa yang menarik kat sini selain melihat dan menghayati struktur binaan lama yang masih teguh berdiri. Yang jelasnya harga tiket untuk masuk ke Angkor Wat amat tinggi. Kepada family tourist biasa macam kami ni rasanya amat tidak berbaloi. Lainlah kalau photographer atau group dari National Geographic yang datang ke sini. Dah tentu diorang amat berpuas hati walaupun bayar tiket yang mahal. Huhu.. Takpelah, tiket dah bayar dan gambar sendiri pun ada kat tiket tu. Jadi layanlah sepuasnya suasana dalam Angkor Wat ni. Memang ini yang menjadi misi utama travel ke sini. Huhu..

Mencuba cover keseluruhan tempat dalam masa yang singkat. Huhu..
Sesungguhnya memang besar kawasan Angkor Wat ni. Nak explore ke seluruh tempat memang takkan sempat punya. Tambah pula anak-anak yang meragam sebab penat. Huhu.. Jadi kami mencari mana-mana monumen yang takde orang lain untuk melepak dan bergambar. Tinggal famili kami bersama Wan dan Pae. Yang lain entah ke mana. Tak dapatlah nak bergambar beramai-ramai kat dalam Angkor Wat ni. Jadilah mana yang ada untuk diambil kenangan bersama. Dari hujung ke hujung kami berjalan. Akhirnya jumpa satu monumen yang agak menarik untuk kami bergambar sebab takde orang lain. Yang ada budak-budak kampung yang datang kepada kami untuk menjual barang. Anak-anak pantang nampak benda kecik-kecik ni. Mulalah pujuk mak dan ayah masing-masing. Hihi..

Kita lepak kat sini dulu
Budak-budak ni tak putus asa cuba menjual barang kat kami
Kita bagi Wan setelkan. Hehe..
Ada sorang ahli yang merajuk taknak bergambar. Huhu..
Susah nak control anak-anak bila bergambar. Tak fokus. Hehe..
Dah habis bergambar, kami berjalan semula ke monumen utama di bahagian depan. Nak tengok apa yang ada kat dalam monumen tu. Lepas tu boleh bergerak keluar terus. Untuk ke monumen utama kena naik beberapa anak tangga. Cuaca panas dan kena naik tangga adalah kombinasi yang amat meletihkan. Hahah.. Wife saya tunggu kat bawah dengan si kecik. Tak larat nak bawak naik atas tangga. Saya dan anak-anak naik ke atas untuk melihat apa yang ada di monumen utama. Rupanya ramai pengunjung sedang beratur menunggu giliran untuk naik ke bahagian tower paling atas. Takpelah, saya tengok dari bawah je. Hihi.. Dapat tengok bahagian luaran monumen pun dah cukup. Nanti boleh la google tengok apa yang ada kat atas tu. Mungkin kat atas tu dapat tengok pemandangan seluruh Angkor Wat kot.

Jom kita ke monumen utama kat hujung tu
Boleh naik sampai atas tower tu. Tapi kena beratur panjang la..
Penjaga Angkor Wat. Nasib baik tak kacau orang
Amik gambar sekitar je. Tak kuasa nak beratur kat dalam tu. Hihi..
Jam baru pukul 8.00 pagi tapi perut dah mula terasa lapar. Dahaga jangan cakap la. Dah habis 2 botol air mineral yang diminum. Selain dari kawasan utama di Angkor Wat ni, ada lagi satu tempat yang kami nak pergi iaitu Ta Prohm. Ingatkan boleh je jalan kaki ke sana. Rupanya tempat tu jauh dari sini. Kena naik tuktuk la jawabnya. Huhu.. Saya tak nampak lagi famili yang lain. Mungkin diorang dah ke sana kot. Takpelah, moga semuanya selamat sampai ke tempat yang betul. Jangan dibawanya tuktuk ke tempat lain sudah la. Huhu.. Saya turun semula ke bawah dan berehat sekejap sebelum meninggalkan tempat ni. Isi perut dulu sambil memikirkan lagi tentang bayaran untuk masuk ke sini. Tak puas hati lagi tu. Hihi..

Wife setia menunggu di bawah. Hehe..
Alas perut dulu. Nampak tak muka tak puas hati tu. Hihi..
Zoom sikit muka USD37.00. Haha..
Jam 8.30 pagi kami bersiap untuk meninggalkan Angkor Wat. Kali ni kami ikut jalan tar di luar. Senang sikit nak menolak stroller. Huhu.. Dalam perjalanan kami jumpa Jay dan Zan. Dia kata naik tuktuk kena nego tambang. Selalunya mula-mula rider tuktuk akan letak harga tinggi. Tu memang biasa berlaku kepada tourist. Masa ni la nak makan duit tourist banyak sikit. Nego cara baik. Silap haribulan rider tu marah kang dibawanya kita ke kampung dia dan kena pukul beramai-ramai. Sampai ke situ saya fikir. Haha.. Takdelah sampai macam tu kot. Tapi bila berada di negara orang, kenalah berbudi bahasa. Kita tak tau macam mana sikap dan sifat orang negara luar ni. Jadi biarlah kita yang datang melawat ni jaga budi pekerti kita. Hihi..

Jom menapak keluar dari sini
Sampai di pintu luar jam 9.00 pagi. Takde pintu pun, cuma kelihatan banyak tuktuk sedang menunggu penumpang. Bayangkan setengah jam berjalan kaki untuk sampai di luar. Huhu.. Saya mencari di mana bas kami. Cadangnya nak naik bas je, tak payah bayar tambang tuktuk. Tapi katanya bas tak boleh masuk sampai ke pintu masuk Ta Prohm. Hanya tuktuk dan kenderaan kecil je yang boleh masuk. Betul ke macam tu? Huhu.. Takpelah, kami mencari rider yang mukanya agak sopan santun untuk kami nego tambang dari sini ke Angkor Wat. Hehe.. Paling murah kami dapat USD3.00 untuk satu tuktuk. Kira murah la kot. Jadi kami amik 3 tuktuk untuk semua. Kemain suka anak-anak bila naik tuktuk lagi. Mana taknya, seronok layan angin yang kena kat muka. Mak dan ayah pun suka juga. Hihi..

Layan angin Angkor Wat

@ TA PROHM

Memang betul jauh lokasi Ta Prohm daripada Angkor Wat. Lebih 5km jaraknya. Tak logik kalau nak berjalan kaki. Huhu.. Kira berbaloi la bayar USD3.00 untuk ke Ta Prohm. Keluar je dari simpang Angkor Wat ke jalan besar, kelihatan bas kami parking di tepi jalan. Kena ingat balik nanti terus turun kat sini. Tak perlu nak masuk sampai ke dalam. Jam 9.15 pagi kami sampai di pintu masuk ke Ta Prohm. Turun je dari tuktuk kami diserbu oleh ramai peniaga yang menjual barang. Ada banyak gerai jualan kat sini. Tengok keadaan jalan agak besar juga. Mustahil bas tak boleh masuk. Malas nak pikir banyak sebab tambang tuktuk pun dah bayar. Huhu..

Tuktuk route: From Angkor Wat to Ta Prohm
Ada sebab kenapa saya ingin pergi ke Ta Prohm walaupun banyak lagi lokasi temple yang kami boleh lawat di sini. Sebab pertama, tiket Ta Prohm termasuk dalam USD37.00 tu. Barulah tak rasa rugi walaupun sebenarnya dah agak menyesal. Huhu.. Sebab kedua adalah saya teringin nak tengok pokok besar yang menjalar di dinding monumen. Nampak macam menarik bila tengok dalam internet. Sebab ketiga adalah kerana filem Tomb Raider lakonan Angelina Jolie dibuat di sini. Paling utama ke sini bukanlah kerana Angelina Jolie sebab dia tak kenal saya pun. Haha.. Tapi kerana saya suka main game Tomb Raider. Tengok cerita tu pun sebab saya dah abis layan game dia yang best. Wife saya amat mengerti macamana keadaan saya kalau dah main game kat rumah. Kesannya sampai boleh mengigau time tidur dibuatnya. Hehe.. Jadi tujuan ke Ta Prohm adalah kerana Lara Croft dalam game Tomb Raider. Tapi kan, Angelina Jolie memang sesuai pegang watak Lara Croft. The real human Tomb Raider. Hihi..

Iklan jap.. One of my favourite game (Ihsan Google Images)
Iklan lagi.. Scene Lara Croft kat pokok menjalar di Ta Prohm. (Ihsan Google Images)
Dari pintu masuk, kena jalan lagi sampai ke dalam. Huhu.. Nasib baik keadaan jalan bertanah merah dan landai memudahkan kami untuk menolak stroller. 10 minit berjalan akhirnya kelihatan temple Ta Prohm di depan kami. Sama macam di Angkor Wat, tiada pintu pagar untuk masuk ke kawasan temple. Yang ada cuma guard yang duduk di kerusi dan menahan tourist untuk cek tiket. Kami menunjukkan tiket berharga USD37.00 tu. Alaa, yang ada gambar kami tu. Haha.. Temple Ta Prohm tidak sebesar di Angkor Wat tetapi kena turun dan naik tangga untuk melawat keseluruhan temple. Part tu biar anak-anak yang explore. Saya dapat tengok pokok tu pun jadi la. Peluh dah membasahi baju. Panas sangat-sangat. Rasanya kalau perah baju ni cukup seliter air peluh. Huhu..

Pintu masuk ke Ta Prohm
Jalan masuk. Nasib baik bukan jalan batu kerikil. Huhu..
Peta kawasan Ta Prohm
Agak ramai juga tourist di sini. Masuk ke dalam kawasan temple, tiba-tiba jalan menjadi sesak. Rupanya lokasi pokok besar yang menjalar tu di depan dan tourist beratur untuk bergambar. Tak cantik la kalau dalam gambar ada muka orang lain kan. Jadi kena la tunggu giliran. Huhu.. Nak tunggu setiap orang bergambar memang lama. Punya la masing2 buat posing macam-macam. Tak sedar agaknya ramai yang menunggu. Apa boleh buat, dah semua bayar tiket USD37.00, jadi kenalah bergambar sepuasnya. Haha.. Akhirnya sampai giliran group kami. Apa lagi, tak kasi can la. Gambar single, beregu, berpasukan, semua ada. Moga ianya berbaloi. Hihi.. Dah puas bergambar, kami jalan-jalan disekitar temple dan bergambar. Itu jelah aktiviti yang boleh dibuat pun. Huhu..

Ramai juga tourist kat sini
Yang ni bukan pokok besar menjalar tu ye. Hihi
Inilah dia pokok besar yang menjalar tu. Ok done..
Selesai bergambar dengan pokok besar menjalar tu, kami berjalan masuk lagi ke bahagian dalam temple. Tapi saya takat separuh jalan je. Bagi anak-anak pusing seluruhnya dan saya tunggu kat bahagian luar dan cari tempat redup untuk berehat. Banyak dinding di temple ni yang dah roboh. Struktur utama kat pokok menjalar tu pun patutnya dah roboh tapi pihak yang menjaga tempat ni tahan struktur monumen dengan batang besi. Mana taknya, pokok yang menjalar tu masih hidup lagi dan monumen lama tu takkan boleh tahan dengan berat pokok tu. Moga batang besi yang digunakan boleh la tahan lama untuk kekalkan sejarah tempat ni. Andai kata kalau roboh sekalipun diharapkan janganlah masa ada tourist. Huhu..

Bagi anak-anak yang explore semuanya
Banyak bahagian temple yang dah roboh
Patung macam ni memang banyak kat sini
Hampir 20 minit saya menunggu anak saya keluar dari temple tapi masih tak nampak batang hidung diorang. Pelik juga sebab takdelah besar sangat temple ni. Walaupun tak risau sangat sebab Pae, Wan, Jay dan Zan ada sekali dengan diorang, tapi kadang-kadang diorang ni suka buat route sendiri. Ntah mana la diorang ni pergi. Saya nak masuk mencari takut diorang dah keluar awal lagi. Dah la tak boleh nak guna phone sebab takde line. Haduii.. Rasanya takdelah lama sangat gap masa diorang masuk dengan saya keluar dari situ. Takkan la diorang jalan kejap sangat dalam tu. Huhu.. Dah nak setengah jam menunggu masih tak nampak diorang, saya amik keputusan untuk keluar dari situ, dengan harapan diorang dah ada kat luar sana.

Satu stroller dua orang naik. Penat tu..
Sampai di luar, kelihatan famili En. Khai dan Abg Min sedang berehat. Masih tak nampak famili yang lain. Kemudian famili Wan dan Pae pun sampai, tapi Eimran dan Eiman takde bersama diorang. Wan kata diorang dengan Jay dan Zan meronda kat dalam temple tu. Lega sikit mendengarnya. Sementara menunggu yang lain sampai, kami bertanya tentang tambang tuktuk untuk kembali ke Angkor Wat. Rider tu minta USD8.00/tuktuk. Fuhh, mahalnya. Kami kata la masa datang tadi cuma bayar USD3.00 je. Dia kata mana ada tambang rendah macam tu. Mentang-mentang la kami ni ramai, suka la diorang nak naikkan tambang. Huhu.. Nego habis sampai dapat USD5.00. Kami masih tak puas hati. Geng rider ni dah mula berkumpul ramai-ramai untuk standby hantar kami semua. Pada saya agak mahal juga walaupun USD5.00 sebab kami dapat USD3.00 je masa datang ke sini. Akhirnya ada sorang rider muslim yang fasih berbahasa melayu datang kepada kami. Dia kata dia terima USD3.00 untuk hantar kami ke Angkor Wat semula. Alhamdulillah.. Tapi disebabkan dia sorang je yang offer, jadi saya, Wan dan Pae pergi dulu ke tempat parking bas kami untuk minta bas datang ambil yang lain kat point terakhir yang bas boleh sampai di Ta Prohm. Jadi tak perlu la nak bayar banyak kat tuktuk.

Tq brader Real Madrid. Hihi..
Jam 10.50 pagi kami sampai di tempat bas yang parking di simpang masuk ke Angkor Wat. Terima kasih brader kerana membantu kami. Dia kata kat sini memang rider tuktuk suka letak harga tinggi. Katanya kejap lagi mesti dia kena sound dengan rider yang lain sebab terima tambang rendah padahal itulah harga tambang yang sepatutnya untuk perjalanan dari Ta Prohm ke Angkor Wat. Huhu.. Biasalah, dari mana lagi punca pendapatan rider-rider ni kalau bukan dari tourist. Kalau tourist dari US mungkin takde masalah sebab diorang pun guna USD. Tapi macam kami ni dah tentu la rasa mahal. USD8.00 sama dengan RM34.40 untuk perjalanan sejauh 5km. Gila mahal. Huhu.. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak sebab membantu kami. Dia siap kata kita sesama muslim kena bantu-membantu. Haha, terbaiklah brader.

Tq brader kerana membantu..
Ni kad dia. Bagus juga buat guide sebab fasih berbahasa melayu
Sebelum dia bergerak balik ke Ta Prohm, kami minta dia cakapkan kat driver kami untuk bawa bas ke point terakhir yang bas boleh sampai di Ta Prohm. Nampaknya ada satu masalah besar akan berlaku. Bas kami rosak la pulak. Haduii.. Macam mana la boleh jadi macam ni. Driver tu kata pomen bas akan sampai kejap lagi dan mungkin amik masa sejam untuk repair hidraulik bas yang rosak tu. Jadi terpaksalah yang lain kat Ta Prohm tu naik tuktuk datang ke sini. Kami minta rider bagitau kat ahli yang masih menunggu di sana untuk naik tuktuk. Terima kasih atas bantuan. InsyaAllah kalau datang ke sini lagi kami akan dapatkan khidmat guide dari brader. Tapi rasanya saya takkan datang ke sini lagi dah. Mungkin yang membaca blog saya ni boleh dapatkan khidmat dia. Amat baik dan friendly orangnya. Highly recommended!..

Abg Min menjaga si kecik di sana
Sementara menunggu yang lain sampai, saya cuba bertanya pada driver apa masalahnya bas ni dan takkan takde option kedua untuk dapatkan bas yang baru. Macam biasa, masing-masing tak faham apa yang dicakapkan. Patutnya saya tanya agent masa mula-mula nak booking dulu. Tapi camna nak tau kejadian macam ni boleh berlaku. Lagipun kalau tanya mesti jawapan dia ada bas backup, padahal memang takde pun. Sedangkan apa yang dijanjikan kemudahan dalam bas pun takde sebenarnya, inikan pulak bas backup. Huhu.. Kalau geng dewasa je takde masalah. Kesian kat anak-anak terpaksa berpanas. Ini bukan nightmare, tapi daymare begins. Haha.. Moga cepatlah pomen datang dan repair bas ni. Wallahu 'alam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - TUKTUK  : RM25.80
  - JUMLAH  : RM25.80

No comments:

Post a Comment