Sunday 5 November 2017

JJCP VietCam: Day 02 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
4 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ KHMER HALAL RESTAURANT
@ ROYAL PALACE
@ SILVER PAGODA
@ INDEPENDENCE MONUMENT


Jam 5.30 pagi kami dah bangun. Nampak macam bangun awal tapi sebenarnya kat sini jam 4.34 pagi dah masuk waktu Subuh dan terbit matahari jam 5.48 pagi. Lepas solat Subuh saya ke balkoni di tepi bilik untuk melihat sunrise di Phnom Penh. Ahli group lain ada yang tengah meronda amik angin pagi kat sepanjang tebing sungai Tonle Sap. Exercise di pagi hari memang best. Saya tak turun ke bawah. Nak mengejutkan anak-anak juga satu exercise buat saya dan wife. Hihi.. Dah tentu yang sulung paling liat nak bangun. Saya sendiri pun liat juga bangun sebab selalu tidur lewat. Ada je kerja yang nak dibuat tengah malam menghadap komputer. Tapi kalau saya tidur awal, cukup 5 ke 6 jam mesti terjaga sendiri tanpa bantuan bunyi alarm melainkan badan teramat penat. Dah tidur pun selalu jam 3.00 pagi, memang susah la nak bangun sendiri jam 6.00 pagi. Huhu..

Aroun suostei Phnom Penh!
Dia ni juga yang paling ceria mandi pagi. Hihi..
Kami bersiap-siap untuk aktiviti hari ni di Phnom Penh. Jam 7.45 pagi baru kami turun ke lobi hotel. Kak Ina dan Wan update dalam group. Diorang tengah breakfast kat restoran halal di jalan belakang hotel. Alhamdulillah, wujud juga kedai makan halal yang saya cari sebelum datang ke sini. Semalam saya set dengan driver jam 9.00 pagi datang ambil kami di hotel. Ada masa sejam untuk kami breakfast. Sempat lagi lepas tu naik ke bilik untuk buang apa yang patut. Selalunya itulah rutin harian. Hihi.. Kami keluar dari hotel dan jalan ikut jalan besar hingga simpang jalan di belakang hotel. Dari simpang selang beberapa kedai terus jumpa restoran halal tu. Dekat betul dengan hotel kami.

Jom pegi breakfast
Nama jalan hotel kami
Tuk tuk sentiasa ada di tepi jalan mencari penumpang

@ KHMER HALAL RESTAURANT

Kami sampai di Khmer Halal Restaurant jam 7.55 pagi. Kelihatan famili Wan, Kak Ina, Jay dan Zan sedang breakfast kat meja luar. Yang lain tak nampak lagi. Kami duduk di bahagian dalam. Teringin juga nak merasa makanan Cambodia. Inilah peluang nak makan local foods. Kalau dah balik Malaysia memang takkan makan dah. Sama ceritanya dengan makanan Indonesia. Walaupun banyak restoran nasi padang kat KL tapi saya tak pernah makan melainkan ada orang belanja. Hehe.. Kalau ke Indonesia barulah saya makan sebab dah takde option lain. Nasi lemak dan roti canai tetap menjadi pujaan dan menu tetap breakfast. I love Malaysian Food! Bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai pilihan makanan yang sedap. Alhamdulillah..

Walking Route: From River Star Hotel to Khmer Halal Restaurant
Khmer Halal Restaurant di Phnom Penh
Tengok pada menu, hanya ada satu je nama makanan yang pertama kali saya dengar iaitu Loklak Fried/Steam Rice. Yang lain semuanya pernah dengar. Pekerja kedai kata loklak tu macam daging masak merah. Apa lagi, saya dan Eimran pun order la Loklak Steam Rice. Wife saya order Mee Hun Soup dan Eiman pilih Mee Goreng. Elisya boleh rasa semua yang kami order sebab dia tak makan banyak pun. Hihi.. Air takde yang special dalam senarai. Maka teh o dan milo menjadi pilihan. Tengok pada harga boleh tahan juga mahal makanan kat sini. Takpelah, kena makan juga. Kedai halal dah la tak banyak kat sini. Jadi janganlah mengada-ngada taknak makan ye. Hihi.. Dalam 15 minit menunggu akhirnya makanan yang kami order pun sampai. Masa untuk isi perut..

Harga makanan dalam Cambodian Riel
Inilah dia Loklak Steam Rice. Nampak sedap..
Makan sampai habis ye. Mahal tau. Hihi..
Anak-anak saya bab order makan memang handal. Tapi bab nak habiskan tu yang susah sikit kecuali yang sulung. Eimran kalau bagi apa pun dia makan je. Tak pernah tak habis. Kalau adik-adiknya tak habis pun dia boleh tolong selesaikan. Sayur pun dia makan. Dulu memang tak pernah usik sayur. Awal-awal lagi dah asingkan tepi pinggan. Huhu.. Sebab tu la baru Tingkatan 1 tapi nampak macam budak Tingkatan 5. Tinggi dah sama dengan saya. Saiz kasut pun sama. Biarlah, yang penting dia sihat walafiat dan aktif. Hanya buah-buahan je yang dia kurang makan. Dialah satu-satunya dalam famili saya yang tak makan durian. Tengok si kecik tu nanti bila dah besar sikit. Kalau tak makan durian juga dia boleh geng dengan abang dia. Hehe..

Jemput makan ya..
Alhamdulillah kenyang perut kami pagi ni. Sedap juga loklak steam rice yang saya makan. Tak menyesal sangat la kena bayar RM11.00 sepinggan. Hihi.. Kelihatan famili Pae pun dah ada kat sini. Famili En. Khai mungkin makan kat bilik atau awal lagi dia dah makan kat sini kot. Yang penting semua dah dapat maklumat kena berkumpul jam 9.00 pagi kat lobi hotel. Selesai makan kami berbincang tentang program hari ni. Masa penyediaan itinerary, saya bertanya ahlli group jika nak melawat satu tempat yang agak popular di Phnom Penh iaitu Killing Fields of Choeung Ek. Tapi disebabkan kami bawa famili dan anak-anak masih kecik, rasanya tak sesuai nak melawat tempat tu. Ikut pada itinerary, waktu petang adalah slot free and easy. Ikutlah nak buat apa pun. Nak naik tour boat boleh, nak jalan-jalan kat sepanjang sungai Tonle Sap boleh, nak berehat tidur kat hotel pun boleh. Jadi kepada yang nak ke Killing Fields boleh la pergi sana naik tuk tuk. Tapi kena cepat sebab tempat tu tutup jam 5.30 petang. Takut tak berbaloi sampai sana lagi setengah jam sebelum tutup. Silap haribulan tak dapat nak masuk. Huhu.. Takpe, nanti bincang semula.

Perbincangan serius depan kedai makan. Hihi..
Jam 8.40 pagi kami berjalan balik ke hotel semula. Jumlah bayaran makan kami untuk sekeluarga ialah RM55.00. Pehh, agak tinggi juga untuk kos breakfast. Saya bayar pakai duit USD dan tuan kedai bagi duit baki dalam USD dan KHR. First time dapat tengok rupa duit KHR. Cantik juga duit KHR ni walaupun nilainya tak setinggi duit kita. Boleh la simpan setiap not duit KHR buat kenangan. Jumpa money changer nanti boleh tukar duit KHR lagi untuk beli air atau jajan kat kedai runcit. Takkan la nak beli air mineral pun nak guna duit USD. Macam rugi je. Huhu.. Tak sampai 5 minit berjalan kami dah sampai di lobi hotel. Bas masih belum nampak lagi. Nak call driver tapi saya tak amik nombor dia. Kalau dapat call pun bukannya dia faham apa yang saya cakap. Huhu.. Pilihan yang saya ada hanya call Andy Pham dan mintak dia call driver kalau jam 9.00 pagi bas masih tak muncul depan mata kami.

Bila la bas nak sampai ni. Huhu..
Jam 8.55 pagi masih lagi bas tak sampai. Saya cuba whatsapp call Andy Pham tapi tak berjawab. Lega apabila tepat jam 9.00 pagi bas pun sampai di depan hotel. Kami bersiap untuk naik ke atas bas. Sebelum bergerak, driver tunjukkan kertas itinerary saya. Rasanya dia nak confirmkan tempat yang kami nak pergi hari ni. Saya pun angguk je dengan harapan dia faham. Kalau angguk pun dia tak tau memang sukarlah hidup kami kat Cambodia ni. Huhu.. Bas pun bergerak menuju ke destinasi pertama yang tak berapa jauh pun dari hotel kami iaitu Royal Palace. Sambil melihat pemandangan dari dalam bas, saya ternampak satu signboard yang tak pernah saya tengok sebelum ni. Agak pelik lambang signboard tu. Nak tanya driver confirm la tak dapat jawapan. Nasib baik tak memandu sendiri kat sini. Trip self-drive saya sebelum ni memang saya akan study dulu signboard negara tu bagi faham betul-betul. Takut kena saman je. Huhu.. Saya masih ingat lagi apa maksud zig-zag line kat jalanraya UK dulu. Hihi.. Kenangan mengusik jiwa tu..

Yeay.. Bas sudah sampai..
AJK Pengangkutan tolong kira bilangan ahli ya. Hihi..
Faham ke idak ni? Huhu..
Apa agaknya maksud signboard ni ye?

@ ROYAL PALACE

Tak sampai 5 minit duduk dalam bas, kami dah sampai di depan Royal Palace. Sebelum turun dari bas, driver mintak saya set masa untuk dia datang semula sebab bas tak boleh parking kat depan Royal Palace. Nak sebut je dia tak faham. Jadi saya kena tulis kat atas kertas waktu kami akan berkumpul semula kat sini. Sampai macam tu skali. Huhu.. Kami berjalan ke arah pintu masuk Royal Palace. Masa prepare itinerary saya dah check harga tiket untuk semua tempat yang kami akan pergi. Mulai tahun ni banyak tempat di Cambodia yang naik harga. Salah satunya adalah Royal Palace. Mulai 1 Januari 2017, entrance fee untuk Royal Palace dan Silver Pagoda naik dari 25,000.00KHR ke 40,000.00KHR. Lebih kurang 60% kenaikan harga tiket! Huhu.. Harap berbaloi lah harga tu dengan pengalaman yang kami akan dapat kat dalam tu nanti..

Bus Route: From River Star Hotel to Royal Palace
Entrance fee baru untuk Royal Palace (Ihsan Google Images)
Jom masuk Royal Palace
Di pintu masuk Royal Palace
Kami kira duit entrance fee untuk keluarga masing-masing. Kanak-kanak umur 6 tahun ke bawah tak perlu beli tiket. Untuk famili kami je kena bayar 40.00USD. Kalau convert jadi RM172.00. Mahalnya!. Betul-betul nak makan duit pelancong ni. Huhu.. Takpelah, mungkin ini kali pertama dan terakhir datang ke sini. Kita layankan aje. Setelah bayar di kaunter, kami masuk ke dalam Royal Palace. Ada ramai pekerja yang boleh kita guna untuk jadi guide, tapi kami tak amik pun. Tak pasti kena bayar ataupun free. Takde pulak saya bertanya. Huhu.. Bayar tiket masuk pun dah mahal, jadi tak perlu la nak amik guide melainkan jika saya tengah buat kajian tentang palace yang ada kat dunia ni. Hihi..

Hangus 40.00USD kat sini. Huhu..
Dari pintu masuk kami berjalan sampai ke kawasan Royal Palace. Kawasan sekitar amat bersih dan luas. Kelihatan istana dan bangunan lain di sekitarnya yang cantik dan unik binaannya. Istana di sini masih lagi digunakan oleh keluarga diraja Cambodia. Kalau ada majlis keluarga diraja, tempat ni akan ditutup untuk jaga privasi dan hanya Silver Pagoda je yang dibuka untuk orang awam. Kami cuba untuk masuk ke dalam istana tapi kami hanya dibenarkan untuk melihat dari luar. Kelihatan beberapa pekerja sedang membersihkan kawasan dalam istana. Mungkin ada majlis besar yang akan berlangsung kat sini dalam masa yang terdekat. Sebab tu pelawat tak boleh masuk. Takpelah, tengok dari luar pun dah cukup walaupun dah mula rasa tak berbaloi bayar entrance fee. Huhu.. Kami pun amik la gambar suasana di sekitar Royal Palace sebagai kenangan. Itu je lah cara nak bagi berbaloi masuk sini. Hihi..

Tetap tersenyum walaupun cuaca dah mula panas. Hihi..
Tengok pada map yang diberikan agak besar juga kawasan kat sini. 20 minit kami berada di kawasan sekitar istana sebelum menuju ke kawasan Silver Pagoda yang terletak bersebelahan dengan Royal Palace. Tiket yang kami bayar cover untuk kedua-dua tempat ni. Kena juga melawat Silver Pagoda kerana pintu keluar ikut sini. Untuk tambah aktiviti kat dalam ni kami mintak Pae guna kehebatan phone dan GoPro dia untuk amik gambar dan video kami semua. Barulah bermakna sikit lawatan kami ke sini. Saya pun ingat nak beli GoPro la. Setakat ni ada yang cap ayam punya je. Ada duit lebih nak beli drone skali. Boleh amik video dari atas kepala. Hehe..

Amik gambar lagi..

@ SILVER PAGODA

Jam 10.00 pagi kami dah berada di kawasan Silver Pagoda. Famili En. Khai dan Kak Ina tak tau berada di mana sekarang. Yang penting jam 10.30 pagi kami semua kena berkumpul kat tempat bas tadi. Di Silver Pagoda lagi banyak bangunan dan monumen lama. Paling menarik adalah model Angkor Wat yang kami akan pergi nanti. Selain daripada model Angkor Wat, Silver Pagoda dan ikan yang berenang di keliling model, takde apa yang menarik untuk dilihat melainkan amik gambar sebanyaknya sebagai kenangan supaya lawatan ke Royal Palace ni menjadi bermakna dengan harga tiket yang dinaikkan tu. Huhu.. Mungkin kalau amik guide lebih berbaloi kot. Kami ada 20 minit untuk bergambar sepuasnya dalam kawasan Silver Pagoda ni sebelum keluar dari sini. Pae, bantuan anda amat diperlukan ketika ini. Hihi..

Kita pergi tengok Silver Pagoda pulak
Model Angkor Wat yang ada kat sini. Dan ikan yang berenang mengelilingi model tersebut. Hihi..
Silver Pagoda atau Wat Preah Keo Morakot dalam bahasa Cambodia, adalah kuil tempat ibadah bagi kaum buddha dan dahulunya digunakan oleh keluarga diraja Cambodia untuk majlis tertentu. Mulanya saya ingatkan monumen yang warna kelabu tu adalah Silver Pagoda. Kami pun banyak la amik gambar kat monumen tu. Tapi rupanya bangunan yang betul menghadap model Angkor Wat tu adalah Silver Pagoda. Hihi.. Selalunya kalau tempat ibadah kaum buddha mesti ada ramai sami di kawasan sekitar. Kami tak nampak sorang pun sami kat sini. Rupanya Silver Pagoda memang takde sami yang menjaganya. Nama Silver Pagoda diberi kerana lantai kuil ini dibina dengan 5,329 jubin perak tulen. Patutlah dari luar tak nampak pun warna silver kat kuil ni. Di dalam kuil ni dikatakan ada banyak patung yang diperbuat dari emas, perak, gangsa dan ada yang dihiaskan dengan permata. Kena jaga betul-betul ni. Mesti ada sejarah cubaan nak mencuri barang berharga dalam kuil ni. Huhu..

Gambar nombor 2 tu adalah Silver Pagoda. Ingatkan monumen yang warna kelabu tu. Hihi..
Jam 10.15 pagi setelah puas bergambar, kami keluar dari kawasan Silver Pagoda. Ingatkan keluar terus ke jalan besar. Rupanya kami kena lalu kawasan pameran dulu. Sempat juga kami tengok persembahan kebudayaan dan juga cara tenunan kain Cambodia. Sementara menunggu anak-anak ke tandas, saya buat review tentang lawatan ke Royal Palace dan Silver Pagoda ni. Pada saya agak menarik bangunan dan monumen yang ada kat sini cuma harga tiket yang dijual sememangnya tak berbaloi. Tak banyak pun yang boleh dilakukan kat dalam kawasan ni selain amik gambar dan menghayati struktur binaan Cambodia style yang cantik. Lain la kalau kat dalam ni ada tempat aktiviti untuk pelancong buat sesuatu seperti mencuba kostum diraja macam di Istana Maimun kat Medan tu. Barulah rasa berbaloi bayar sorang 10.00USD. Mungkin sebelum ni ramai pelancong datang ke sini, sebab tu diorang naikkan harga kot. Huhu.. Dah macam Menteri Pelancongan pulak saya bagi komen. Hihi..

Lalu kawasan pameran dulu sebelum keluar dari Silver Pagoda
Jam 10.30 pagi kami dah berada kat tepi jalan menunggu bas sampai. Kat mana la agaknya driver ni parking bas ye. Kami berborak tentang hasil lawatan ke Royal Palace dan Silver Pagoda. Semua setuju bahawa harga entrance fee terlalu mahal dengan aktiviti yang boleh dibuat kat dalam tu. Cukuplah sekali ni je kami datang melawat. Lepas ni jangankan Royal Palace, Cambodia pun mungkin tak datang dah. Huhu.. Banyak lagi negara yang kami belum explore. Dapat jejakkan kaki di bumi Cambodia pun sudah cukup puas hati. Lepas ni nak jejakkan kaki kat negara lain pulak. Negara Asia Tenggara belum khatam lagi. Trip famili seterusnya boleh la cadangkan ke Laos atau Filipina. Tak pun ke negara omputih terus. Mana lagi yang paling murah kalau bukan ke Australia. Itu je la yang murah berbanding ke Europe. Tapi murah pun kena fikir panjang juga untuk kos sekeluarga. InsyaAllah ada rezeki nanti akan sampai jua ke sana bersama geng famili yang lain. Buat masa ni kita bagi habis dulu cerita Cambodia. Hihi..

Berborak sambil menunggu bas sampai
10 minit menunggu akhirnya bas yang ditunggu sudah tiba. Kami beramai-ramai naik untuk ke destinasi seterusnya iaitu Independence Monument. Saya pilih tempat ni sebab ianya terletak kat roundabout je. Takde bayaran pun. Hehe.. Dapat lalu kat roundabout dan amik gamabr dari dalam bas pun dah cukup. Tapi masalahnya camna nak bagitau kat driver supaya lalu je kat roundabout tu dan tak perlu berhenti. Salah explain dengan sign language kang terus tak lalu situ jadinya nanti. Huhu.. Ikut je lah macamana perancangan driver. Bas bergerak meninggalkan Royal Palace dan Silver Pagoda yang kami kategorikan sebagai one of the tourist trap in Phnom Penh. Bukan kerana tempatnya, tetapi kerana entrance fee yang agak tinggi. Huhu..

Jom ke destinasi berikutnya

@ INDEPENDENCE MONUMENT

Jarak dari Royal Palace ke Independence Monument hanya dalam 2 km je. Cuma harap driver bawa kami ke tempat yang betul. Tak sampai 10 minit perjalanan kelihatan Independent Monument yang terletak di tengah roundabout yang besar. Kami pun cepat-cepat amik gambar dari dalam bas. Pandai juga driver ni pusing 2 kali kat roundabout tu. Hihi.. Lepas tu dia berhentikan bas kat tepi jalan. Kami pun amik peluang turun dari bas untuk bergambar di Independence Monument. Dah macam jakun bila kami je yang bergambar kat tepi roundabout berlatarbelakangkan Independence Monument. Peduli apa, kami tak kacau lalu lintas pun. Hehe.. Tetiba ada sorang jurugambar datang ke arah kami untuk amik gambar guna kamera dia. Dengan hormat kami tolak pelawaan dia. Kalau dia amik gambar dah tentu kena beli punya. Takpe ye encik, kamera kawan saya pun dah cukup hebat megapixel dia. Hihi..

Bus Route: From Royal Palace to Independence Monument
Kami 4 orang je yang turun dari bas. Layan..
Tak sampai 5 minit pun kami bergambar. Takut anak-anak dah turun kang jadi lama pulak sebab ada kawasan rumput yang luas kat sini. Jenuh nak kejar bila diorang dah mula berlari. Hihi.. Kami naik semula ke dalam bas dan menuju ke destinasi ke-3 untuk hari ni. Perut dah mula lapar. Dahaga jangan cakap la sebab cuaca amat panas dan berbahang sebab takde angin. Nasib baik la aircond bas sejuk. Anak-anak dah mula tanya pasal makan. Bukan anak je, ayahnya pun lapar juga. Sampai destinasi berikutnya kita cari tempat makan ye. Walaupun dalam itinerary kami time makan lepas melawat ke tempat ke-3 ni, tapi rasanya ada restoran halal kat situ. Boleh la lari kejap beli makanan untuk alas perut. Saya refer kat google map lokasi restoran halal ni. Harap masih wujud lagi restoran tu hari ni. Wallahu 'alam..

Walaupun lapar, tapi masih mampu memberikan pose menarik. Hihi..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - BREAKFAST         : RM55.00
  - ROYAL PALACE  : RM172.00
  - JUMLAH               : RM227.00

2 comments:

  1. tuan, kalau angguk pun driver tu tak faham elok dilempangkan je, biasa buat macam tula, conform dia faham n takkan tanya dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok muka dia memang rasa macam nak lempang. Tapi takut juga lepas tu dia bawak pi tempat lain pulak. Hehe.. Anyway tq for reading my blog!.. :)

      Delete