Thursday 2 November 2017

JJCP VietCam: Day 01 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
3 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT
@ VIETNAM - CAMBODIA BORDER
@ RIVER STAR HOTEL


Jam 3.40 petang waktu Vietnam kami dengar announcement flight akan mendarat sekejap lagi. Saya set jam kepada waktu Vietnam, sejam lewat dari waktu Malaysia. Jadi betul la seperti yang saya whatsapp pada David sebelum naik flight tadi. Anak-anak makin kecoh bila dah nampak daratan dari tingkap flight. Jenuh la stewardess nak suruh diorang ni pakai seat belt. Hihi.. Untung la kecik lagi dah dapat naik flight. Saya first time naik flight umur 19 tahun. Naik domestic flight dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Itupun sebab tiket bas hari raya dah habis. Ada hikmahnya lambat beli tiket bas. Sebab tu dapat naik flight. Hehe.. Saya masih ingat lagi kejadian masa tu. Harga tiket RM320.00 sehala. Punyalah mahal. Huhu.. Masuk terminal terus tanya staff camna cara nak naik flight. Baik mengaku tak tahu terus sebab first time dalam hidup naik flight. Staff tu pun baik hati dan tolong ajar saya dari mula sampailah naik atas flight. Hahah.. Masa tu flight jam 6.00 petang. Saya cuma dapat sebotol air oren dan kurma 3 biji. Sampai airport Kuantan ngam-ngam waktu buka puasa. Hehe.. Sejak dari tu saya tak pernah naik flight sampailah umur saya 33 tahun dimana first time saya buat passport sebab nak ke Melbourne dan penceritaan dalam blog saya pun bermula. Bayangkan 14 tahun gap tu. Huhu.. Alhamdulillah sekarang rezeki dah bertambah dan kerap juga naik flight untuk cari pengalaman hidup.

Flight Route: From KLIA to Tan Son Nhat International Airport
Besar ni dah ada passport. Bersyukur la nakk. Hihi..

@ TAN SON NHAT INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 3.50 petang flight MH0758 MAS mendarat dengan selamatnya di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. Flight baru je jejak tanah dan belum berhenti lagi anak-anak dah mula berjalan dalam flight. Stewardess kat depan pandang slack aje. Hehe.. Sebenarnya memang bahaya selagi flight belum berhenti sepenuhnya. Kelajuan flight yang baru mendarat lagi laju dari had laju kebangsaan. Andai jadi apa-apa boleh cedera parah juga dibuatnya. Huhu.. Alhamdulillah flight kami mandarat dengan lancar hinggalah berhenti. Disebabkan ramai yang berebut berdiri kat lorong, kami yang di barisan belakang tunggu sampai semuanya dah keluar. Baru senang sikit nak manage pergerakan anak-anak. Masuk je dalam terminal kami berkumpul dulu. Setelah semuanya dah ada kami bergerak menuju ke kaunter passport verification dan immigration clearance. Kemudian kami ke area baggage untuk mengambil beg kami di belting 2.

Travel memang seronok. Dengan kawan-kawan jadi beronok-ronok. Haha..
Panjangnya kena beratur
Menunggu beg keluar dari belting
Beg dah dapat. Jom cari David kat luar
Saya cuba guna wifi airport untuk baca whatsapp dengan harapan David dah balas mesej saya. Tapi tak dapat nak cari free wifi. Huhu.. Beli simcard rasa rugi pulak sebab kami nak terus ke Cambodia. Cadangnya trip kali ni kami taknak beli simcard kalau wifi hotel kuat. Cukuplah sekadar nak update masa kat hotel je. Dah angkut beg, kami semua berjalan menuju ke pintu keluar terminal. Hati lagi kuat debarannya, takut David takde. Kalau betul la dia takde, saya terpaksa beli simcard untuk call Andy Pham. Keluar je dari terminal punyalah ramai orang yang menunggu. Saya mencari David berpandukan gambar dalam whatsapp dia. Lega rasanya bila nampak David pegang kertas A4 yang tertulis nama saya. Alhamdulillah. Kerisauan saya sejak dari rumah sudah hilang. Hihi.. Setelah perkenalkan diri, kami diminta untuk tunggu bas sampai di hujung terminal. Hujan lebat mulai turun menyambut kedatangan kami di bumi Vietnam. 5 minit menunggu akhirnya bas yang ditunggu telah tiba. Seronok saya bila nampak bas depan mata. Hihi.. Kami bantu driver dan David masukkan beg kami di bahagian bawah bas.

Bas 32-seater. Cukup selesa untuk kami semua
Kira anak masing-masing ye. Hehe..
Semua beg muat masuk bawah bas. Balik nanti taktau camna. Huhu..
Tepat jam 4.50 petang, bas mula bergerak meninggalkan airport. David memberikan penerangan tentang perjalanan kami pada hari ni dan hari-hari berikutnya. Baru saya tau bila David bagitau bas hanya hantar kami ke sempadan. Sampai di sempadan nanti kami akan naik bas lain pulak di Cambodia. Rupanya company ni tak buat tour ke 2 negara. Diorang cuma deal dengan company lain di Cambodia. Bermula balik kerisauan saya bila David kata dia hanya jadi guide kami di Vietnam je. Dalam emel dan whatsapp saya dengan Andy Pham, takde pun dia kata kami kena naik bas lain kat Cambodia nanti. Saya cuma tanya pintu border buka 24 jam ke dan dia kata takkan la border ada waktu tutup. Nampaknya saya kena berharap bas dah sedia menunggu kami bila sampai di border nanti. Buat masa ni saya layan pemandangan dulu. Malas nak pikir panjang. Huhu..

Basic english. Mujur boleh faham..
Let's jom to Cambodia
Driver agak serius. Tak senyum pun..
Jarak dari airport ke border lebih kurang 70 km je tapi lama nak sampai sebab nak kena redah jem kat bandar Ho Chi Minh City dulu. Dah la waktu orang balik keja, cuaca hujan pulak tu. Walaupun majoriti penduduk di sini naik motor, tapi bila dah terlalu banyak boleh jem juga. Huhu.. Kami mintak David berhentikan kami di mana-mana supermarket tepi jalan untuk beli air mineral. David kata lepas jalan dah clear nanti dia carikan tempat yang sesuai untuk berhenti. Hampir sejam juga baru kami lepas dari jalan jem di bandar. Ingatkan jalan dah clear boleh la driver bawak laju sikit. Tapi dia bawak paling laju pun 60km/j. Saya yang duduk depan dok perhati je meter bas tu. Muka serius tapi amat berhemah rupanya. Hihi.. Disebabkan takut terlambat nak sampai border, kami tak jadi nak singgah kedai. Takut nanti lagi lambat dibuatnya. David kata bas dah sedia menunggu di sana. Harap masih setia menunggu.

Hujan dah reda, tapi jem masih teruk lagi
Jalan dah clear pun masih slow and steady..

@ VIETNAM - CAMBODIA BORDER

David maklumkan lagi 10 minit kami akan sampai di sempadan. Dia kata bas tak boleh masuk sampai ke hujung. Kami kena turun dan jalan dalam 500 meter untuk ke pejabat imigresen. Nanti ada orang akan offer untuk bawak naik tuk tuk tapi jangan terima sebab kena bayar mahal. Saya tanya takde cara lain ke untuk sampai ke hujung. Risau juga sebab cuaca dah gelap. David kata dia boleh deal dengan guard kat situ tapi kena bayar 100,000.00VND untuk bas masuk ke dalam. Kami berbincang dan setuju untuk bayar. Jay akan guna duit collection makan kami. Tepat jam 7.00 malam kami tiba di sempadan Vietnam - Cambodia yang lebih dikenali dengan nama Moc Bai. David turun dulu dan deal dengan guard.

Bus Route: From Tan Son Nhat International Airport to Vietnam-Cambodia Border
David sedang deal dan 'menyuapkan' guard
Selesai deal dengan guard, bas kami dibawa masuk sampai ke hujung, berhampiran dengan pejabat imigresen. Bila tengok keadaan sekeliling rasa menyesal pulak bayar. Jalan kaki pun boleh je. Dah bayar nak buat camna. Bas pun dah sampai kat depan pejabat imigresen. Huhu.. Kami pun turun dan bawak keluar beg masing-masing. Kami ternampak ada satu kotak air mineral 500ml kat atas bas tadi. David tanya kalau nak dia boleh bagi tapi kena bayar. Kena bayar dengan duit collection lagi la nampaknya. Hihi. Saya bincang dengan David tentang waktu balik nanti. Dia kata dia akan tunggu kami di sini masa kami balik nanti. Jangan salah tarikh sudah la. Huhu.. Setelah mengucapkan terima kasih kepada David dan driver yang serius tu, kami berjalan angkut beg masuk ke dalam pejabat imigresen.

Berkumpul sebelum masuk pejabat imigresen
Jom cop passport masing-masing
Dalam pejabat imigresen tak berani nak amik gambar sebab ada sorang tourist dah kena sound dengan staff kat situ. Nak amik gambar pun cover la sikit. Hehe.. Keadaan di dalam pejabat imigresen amat lengang. Hanya ada beberapa orang je yang tengah beratur. Tapi masa kat luar tadi nampak ramai orang tolak motosikal untuk lintas sempadan. Tak pasti diorang ni cop passport ke tak. Huhu.. Staff yang menjaga kaunter dan pintu keluar amat serius mukanya. Tak friendly langsung. Huhu.. Driver tadi boleh apply kerja kat sini. Hahah.. Tak kisahlah, nak serius ke apa ke, yang penting urusan kami selesai tanpa ada sebarang masalah. Sebelum keluar dari pejabat kami kena tunjuk passport lagi sekali kat staff yang jaga pintu keluar. Cara dia tengok passport macam nak mintak sesuatu je. Maaflah, hanya kat sempadan Thailand je kami selit duit seringgit. Hehe.. Lepas keluar dari pejabat imigresen, kami berkumpul semula.

Crossing borders at Moc Bai - Bavet
Kita berkumpul kat bawah lampu tu dulu
Kami tak pasti di mana bas menunggu. Mungkin sama situasinya seperti kat Vietnam tadi dimana bas tak boleh masuk sampai hujung. Saya ajak Abg Min jalan kaki ke depan sikit mencari lokasi bas. Nak jalan semuanya takut bas takde lagi. Biar kami berdua recce dulu. Lebih 500 meter berjalan kami berdua sampai di kawasan sempadan Cambodia yang bernama Bavet. Kami ditegur oleh sorang staff imigresen Cambodia. Kami bertanya di mana tempat bas menunggu orang dari sempadan. Dia kata kat depan ni ada parking lot dan semua kenderaan tour akan berhenti kat situ untuk pick-up dan drop penumpang. Kami berdua tak boleh nak pergi sampai ke parking lot tu sebab kena cop passport dulu. Dah cop nanti camna nak bagitau geng lain yang menunggu tu. Dah tentu tak boleh nak patah balik. Huhu.. Jadi kami berdua anggap je lah bas dah ada kat parking lot seperti yang staff tu cakap. Dengan pantas kami berdua patah balik dan bawa semuanya berjalan menuju ke pejabat imigresen Cambodia. Dah nampak macam pelarian je kami semua menarik beg masing-masing. Pengalaman berharga tu. Hahah..

Jalan-jalan merentas sempadan. Hehe..
First time nak masuk Cambodia
Dalam pejabat imigresen Cambodia pun tak ramai orang. Rupanya kat sini kena tax juga. Kalau di Thailand kena bayar seringgit. Kat sini tak main la duit Malaysia. Sorang kena bayar 1.00USD. Duit negara sendiri Cambodian Riel pun tak laku tau. Huhu.. Sebenarnya dah boleh agak kena bayar tax. Itulah keunikannya bila travel ke negara Asia Tenggara ni. Hihi.. Bayarkan ajelah, takyah cakap banyak. Guna lagi duit collection. Akhirnya tak sempat juga nak buat duit makan dari collection ni. Hahah.. Nanti kita top-up balik mana yang tak cukup. Selesai urusan di pejabat imigresen, kami berkumpul lagi untuk mencari di mana letaknya bas yang dikatakan dah sedia menunggu kami. Dari jauh kelihatan macam ada satu bas. Dengan harapan itu adalah bas kami, jadi kami semua bergerak ke sana. Sampai je tak nampak pulak mana drivernya. Pergi minum kot. Saya tengok kat depan bas terus nampak ada nama saya atas kertas A4. Memang betullah ini bas kami. Alhamdulillah..

Lega dah selesai urusan di sempadan
Nama Anuar tu jangan la pisahkan. Lain bunyinya nanti. Hihi..
Lega bila nampak bas depan mata. Dan secara rasminya saya dah menjejakkan kaki di bumi Cambodia buat pertama kali dalam hidup. Makin bertambah bilangan negara yang saya dah lawati. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik untuk saya mencari pengalaman hidup. Driver masih tak tau di mana. Kami ketuk pintu rupanya dia ada dalam bas, tengah tidur. Huhu.. Dah lama kot dia tunggu kat sini. Saya perkenalkan diri. Masalah berikutnya datang pulak. Driver tak tau langsung cakap english. Haduii.. Guide pun takde. Camna nak bagi dia faham sepanjang kami kat Cambodia ni. Huhu.. Main guna bahasa isyarat je lah. Itupun kalau dia faham. Takpe, ada option lain mungkin boleh dibuat nak bagi dia faham ke mana kami nak pergi. Masa ni la terasa macam nak belajar bahasa Cambodia. Singgah kedai buku jap, nak beli kamus. Hahah..

Menunggu driver bukak pintu bas
This is our bus in Cambodia
Bas ni lagi besar dari bas kat Vietnam tadi. Tapi tempat luggage dia kecik. Jadi terpaksalah beberapa beg diletakkan di lorong atas bas. Nak tanya nama pun driver ni tak faham. Jadi saya panggil dia driver je lah. Huhu.. Setelah semuanya dah ada dalam bas, sebelum bergerak driver tunjukkan kertas itinerary yang dia dapat dari bos. Nasib baik betul itinerary tu saya yang punya. Masalah seterusnya datang bila tau yang dia tak pandai baca. Takkan la saya nak tulis dalam tulisan Cambodia kot. Patutnya bos dia translate la siap-siap kalau dah tau driver tak tau baca. Ada beberapa tempat yang saya nampak dia tulis dalam tulisan Cambodia. Harap betul la apa yang dia tulis dengan tempat yang kami nak pergi. Dah nampak bunga-bunga adventure perjalanan kami kat Cambodia ni nanti. Huhu.. Jadi untuk hari ni saya berdoa moga kami sampai ke hotel yang betul di Phnom Penh. Hal esok boleh fikir masa nak tidur nanti. Hihi..

Baca doa perjalanan dan doa harap sampai hotel yang betul. Huhu..
Tepat jam 8.00 malam bas mulakan perjalanan menuju ke Phnom Penh. Kat area Bavet ni penuh dengan Casino. Di kiri dan kanan jalan penuh lampu warna-warni casino. Huhu.. Kat Vietnam tadi keadaan jalan raya agak cantik. Bila masuk Cambodia je punyalah teruk struktur jalan raya dia. Kalau driver tadi bawak berhemah, kali ni bawak laju betul. Huhu.. Dengan jalan yang tak rata dia boleh bawak laju. Saya yang duduk paling depan jadi takut pulak tengok cara pemanduan dia. Nak tidur pun susah. Bukan sebab jalanraya yang tak rata je, tapi lampu dalam bas pun sentiasa menyala. Saya mintak driver tutup lampu tapi dia macam tak faham apa yang saya nak. Lagi sekali saya tanya barulah dia tutup lampu utama. Yang tinggal lampu suram yang menyala kat sepanjang tempat luggage atas kepala. Layankan aje lah. Huhu..

Bavet Map. Penuh dengan casino kat area sini
Ada yang tidur dan ada yang masih makan. Hihi..

Yang nampak hanya jalan di depan

@ RIVER STAR HOTEL

Dalam ketakutan dan kerisauan tu tertidur juga saya. Letih sangat rasa badan ni. Jam 10.45 malam wife saya kejut sebab bas dah masuk area Phnom Penh. Dah waktu malam ni keadaan jalan agak tenang. Bas masuk ke satu lorong yang agak sempit. Betul ke tak laluan dia ni. Saya cek kedudukan hotel ni kat jalan besar sebelah Tonle Sap river. Camna boleh masuk lorong sempit pulak ni. Huhu.. Akhirnya tepat jam 11.00 malam bas kami dah sampai di depan River Star Hotel. Rupanya driver ikut jalan dalam. Tak kisahlah, janji dia bawak ke hotel yang betul. Driver turunkan semua beg sementara saya ke lobi hotel untuk urusan check-in. Yang lain tunggu kat restoran yang ada kat lobi ni. Staff hotel bagitau dia terima booking kami yang awal tapi tak perasan saya ada buat satu lagi tambahan bilik untuk Abg Min. Nasib baik staff tu kata ada satu bilik kosong. Alhamdulillah. Sebab tu lah saya cukup risau bila last minute ada buat penambahan booking. Bilik kami berjauhan dan tak sama level. Tak kisahlah janji ada wifi. Boleh kami semua bincang dalam group untuk aktiviti esok.

Bus Route: From Vietnam-Cambodia Border to River Star Hotel, Phnom Penh
Staff hotel tau cakap english. Mudah sikit nak bincang. Hehe..
Masing-masing tengah cari wifi free. Hehe..
Selesai urusan check-in hotel
Disebabkan staff hotel fasih berbahasa inggeris, jadi saya mintak dia bercakap dengan driver untuk program hari esok. Senang cerita. Jadi diorang berdua pun bincang la dalam bahasa ibunda yang kami sudah tentu tak faham. Janji objektif tercapai esok hari. Hehe.. Selesai urusan check-in, saya agihkan kunci bilik dan masing-masing naik ke bilik. Walaupun hotel macam rumah kedai rupa dia tapi yang penting ada lif. Memang itu yang saya tengok dulu masa nak booking hotel. Tak kuasa nak angkut beg naik tangga. Dulu dah kena masa trip ke Indonesia. Tangga hotel sempit pulak tu. Siapa la yang book hotel masa tu ye. Hehe.. Kami naik ke tingkat satu dan mencari bilik bernombor 100. Rasa lama sangat dah tak tengok katil. Hehe..

Kadar bilik 2 malam di River Star Hotel
Bilik amat luas. Selesa untuk kami sekeluarga
Lega bila bilik yang kami dapat agak besar walaupun shape dia pelik sikit. Janji anak-anak dapat tidur selesa, tak perlu bertindih. Hahah.. Saya update dalam group untuk ingatkan tentang aktiviti esok. Saya share sekali kedai makan halal yang berdekatan dan waktu untuk berkumpul naik bas. Harap staf hotel bagi maklumat yang betul kat driver tadi. Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Esok masih banyak aktiviti yang nak dibuat. Moga Phnom Penh menjanjikan satu pengalaman hidup yang baru untuk kami. Wallahu 'alam..

Layan pemandangan malam kat balkoni tepi bilik

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - RIVER STAR HOTEL : RM281.32
  - JUMLAH                    : RM281.32

**DAY 01 TOTAL EXPENSES: RM442.82

No comments:

Post a Comment