Thursday 18 June 2015

JJCP Korea: Day 01 (Part #1)

Tarikh:
8 Disember 2014
Lokasi kejadian:
Gimhae International Airport - Top Motel Busan - Gamcheon Culture Village

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Gimhae International Airport

Flight D7518 yang kami naik telah sampai awal dari jangkaan. Sepatutnya tiba jam 8.30 pagi tapi rupanya jam 8.00 pagi dah nak mendarat. Terlebih laju pilot ni bawak. Huhu.. Alhamdulillah kami mendarat dengan selamatnya di Gimhae International Airport, Busan. Masa nak mendarat tu saya tengok di luar, daratan kelihatan putih semuanya. Adakah salji turun di Busan? Bila dah mendarat dan flight mula perlahan, memang betul ianya salji sedang turun dengan lebatnya!.. First time saya experience keadaan macam ni. Seronok juga tengok view salji ni, walaupun putih semuanya.

Air Asia X flight D7518 from KLIA2 to Gimhae International Airport
Mula-mula ingatkan salji. Rupanya awan. Huhu..
Sekali dah mendarat, memang betul ada salji daa..
Bila flight dah fully stop, ramai penumpang mula bukak beg dan keluarkan baju sejuk. Di belakang kami ada group student melayu yang belajar di Korea. Diorang kata jarang salji turun di Busan. Sebab tu takde nak prepare jaket. Kami pun cuma pakai light jacket je. Jaket tebal dalam beg besar. InsyaAllah boleh tahan. Turun dari flight, kami kena naik shuttle bus untuk masuk ke dalam terminal. Agak jauh juga flight kami mendarat dari terminal, macam kat LCCT dulu. Sempat juga merasa salji jatuh atas kepala, cuma tak sempat nak amik gambar. Huhu.. Excited sebab hari pertama dah merasa salji turun live depan mata. Nampaknya mission dah accomplished di hari pertama lagi. Cayalah!.. Hehe.. Masuk dalam terminal, dengan pantas kami beratur untuk pelepasan imigresen dan ke baggage claim area. Dengan harapan, dapat lah merasa salji masa kat luar terminal. Nak jadi cerita, beg kami tak sampai-sampai. Lambat la pulak.. Lama kami menunggu. Huhu..

Menunggu dengan penuh kesabaran..
Lebih 20 minit menunggu barulah nampak beg kami. Akhirnya jam 8.50 pagi baru kami berjaya keluar dari terminal. Tapi salji dah tak turun. Huhu.. Cahaya matahari mula memancar tapi masih tetap sejuk. Takde rezeki nak pegang salji yang fresh turun dari langit. Takpe, ada banyak masa lagi nak dapat peluang tu di sini. Harapnya salji akan turun lagi masa kami di sini, insyaAllah. Turun tengah malam pun kami sanggup keluar hotel semata-mata nak pegang salji. Hehe..

Di luar terminal. Menghirup udara pagi di Korea
Salji dah mula mencair. Huhu..
Aktiviti biasa bila sampai airport, keluar amik angin dulu. Lepas tu masuk balik. Hehe.. First thing yang kami kena buat adalah mencari cash card untuk digunakan kat public transport. Kami mencari geng student melayu tadi. Alhamdulillah berjumpa. Saya bertanyakan tentang cash card. Dia pun explain camna nak beli. Antara option yang paling sesuai selain guna T-Money adalah guna Cashbee. Boleh beli kat 7-Eleven. Tak kisah la dik, janji boleh naik train dengan selamat. Hehe.. Kebetulan kat depan kami ada 7-Eleven. Saya terus pergi ke kaunter. Agak susah jugak nak cakap dengan cashier tu. Dia pun tak paham english. Aduh, masalah pertama dah datang. Huhu.. Saya pergi balik kat student tadi dan mintak dia tolong belikan, lagi mudah. Cashbee card berharga KRW2,500/card dan saya mintak dia reloadkan sekali KRW20,000/card. Senang, takyah nak susah-susah reload lagi. Kalau terlebih nanti boleh dapat refund balik. Terima kasih ye dik. Jasamu akan kami kenang. Hehe..

Kononnya pandai nak beli sendiri. Huhu..
Our Cashbee card. Boleh guna kat kedai-kedai di atas. Nak reload pun boleh..
Satu hapa tak paham. Yang jelasnya berpuluh ribu Won dah melayang. Huhu..
Selesai urusan beli Cashbee card, kami ronda-ronda dulu dalam terminal dan kemudian berjalan ke train station yang berdekatan. Masa lintas jalan ada sorang driver teksi tahan kami dan bertanya ke mana kami nak pergi. Kami menolak secara baik. Isyarat tangan, geleng kepala dan senyum. Ok, dia pun faham. Tiada paksaan berlaku di situ. Selamat..

Kita amik gambar dulu kat airport..
Tanda arah train station di seberang jalan dari terminal
Dari terminal nak ke train station takdelah jauh sangat. Tapi kami amik masa yang agak panjang sebab berhenti bergambar. Baru sampai la katakan. Teruja sebab jalan masih dipenuhi salji pagi tadi. Bila lagi nak merasa suasana macam ni kan. Peduli apa orang nak kata jakun ke tak. Hehe..

Putih mata memandang. Hehe..
Walking route from Gimhae International Airport to Gimhae Light Rail Transit Station
Kami sampai di pintu masuk Gimhae Light Rail Transit Station jam 9.50 pagi. Tak ramai orang di station. Kami jumpa semula stewardess Air Asia yang naik flight sama dengan kami. Cuma senyum je, tak tegur pun. Kalau orang Malaysia kami tegur. Tapi orang Korea. Mesti dia nak balik rumah jumpa parents. Hehe.. Nampak benar kami ni first time sampai Busan. Tapi gaya macam tau train mana nak naik dan turun. Self-confident itu penting. Haha.. Cara guna cashbee card sama seperti Touch n' Go. Cuma letak cashbee card di palang masuk tu. Kalau amaun dalam card cukup, maka terbukak la palang tu.

Di pintu masuk Gimhae Light Rail Station
Menunggu train sampai bersama stewardess Air Asia tadi
Busan Metro Map. Takdelah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan Tokyo Subway.
Tak sampai 10 minit perjalanan di dalam train, kami tiba di hentian terakhir iaitu Sasang Station. Tengok pada Metro Map, takdelah complicated sangat train route kat Busan ni kalau nak dibandingkan dengan Tokyo Subway,. Lepas 2-3 kali naik turun train dah boleh master dah. Fast learning. Hehe..

Di Sasang Station. Berjaya naik dan turun train di Busan. Yeay..
Keluar dari Sasang Station, kami turun eskalator untuk ke Metro Line 2 (green). Sempat lagi saya cuba ticket vending machine yang ada kat situ untuk check balance cashbee card kami. Nak tengok user-friendly atau tak machine tu. Nanti senang nak buat sendiri di lain hari. Tak payah tanya orang yang sudah sedia maklum majoritinya tak tau berbahasa inggeris. Huhu..

Nak reload boleh, nak check balance pun boleh..
Menuruni eskalator untuk ke Metro Line 2
Kami bercadang untuk jalan-jalan kat Busan ni menggunakan 1-day Metro Pass yang berharga KRW4,500/person. Unlimited ride untuk seharian perjalanan menggunakan public transport. Disebabkan kami dah tentu akan naik dan turun train banyak kali di Busan, lebih baik kami guna 1-day Metro Pass. Cashbee card kami boleh guna di Seoul nanti. Saya bertanya pada staff yang menjaga metro station tapi tetap tak faham apa yang dia explain. Susah betul bila tak faham langsung bahasa Korea nih. Setakat annyonghaseyo dan kamsahamnida tu tau le. Wak Doyok pun asyik sebut itu je dalam KKKK. Huhu.. Saya mencari ticket vending machine yang terletak kat setiap pintu masuk ke platform. Cuba dan jaya. Nasib baik ada bahasa inggeris. Terus pilih 2 tiket 1-day Metro Pass, bayar KRW9,000 dan keluar 2 tiket kecik berwarna kuning. Kira betul la ni. Hehe.. Ada kelebihan guna cashcard daripada beli single ticket. Guna cashcard boleh dapat diskaun harga tambang. Tak banyak sangat tapi kira save la jugak. Kalau tukar train lain dalam jangkamasa yang singkat pun akan dapat diskaun. Entah macam mana pengiraan diskaun tu saya kurang pasti. Tapi yang saya tau ada diskaun. Tu aje. Hehe..

Yeay.. Berjaya akhirnya buat sendiri. Hehe..
Jangan lupa amik balik lepas masukkan tiket ni
Perjalanan diteruskan dengan menaiki Metro Line 2 (green) menuju ke Seomyeon Station. Kemudian kami menunggu pulak Metro Line 1 (orange) untuk ke Busan Station. Untuk menukar platform tak menjadi masalah kerana banyak signboard penunjuk arah. Tak mungkin boleh sesat. Cuma ada satu masalah dengan Busan Metro ni. Dari platform ke platform yang lain agak jauh berjalan. Lif pulak susah nak berjumpa. Kena naik tangga la jawabnya. Kalau beg ringan takpe la jugak. Huhu.. Jam menunjukkan pukul 10.55 pagi. Rasa macam dah lewat sikit dari itinerary kami. Takpe, mungkin boleh adjust sikit masa untuk lokasi yang seterusnya. Yang penting berjaya habiskan aktiviti yang telah kami set dalam itinerary. Balik motel lewat sikit apa salahnya..

Menunggu di Seomyeon Station..
Sampai di Busan Station kami mencari lif tapi tak berjumpa. Lif memang ada untuk disable person tapi mungkin di exit yang lain. Saya dah set exit mana patut kami keluar sebab berdekatan dengan tempat yang kami nak tuju. Kalau ikut exit lain kang jenuh pulak nak mencari balik exit yang sepatutnya. Kena pulak exit kat seberang jalan, terpaksalah lintas balik. Huhu.. Tiada pilihan, kami kena menapak naik tangga yang agak tinggi di Exit 2 sambil mengangkut beg keluar dari Busan Station.

Metro route from Gimhae International Airport Station to Busan Station
Yeahh.. Steady la my wife. Hehe..
@ Top Motel Busan

Setelah keluar dari Busan Station, kami berjalan menuju ke Top Motel Busan yang terletak di belakang bangunan. Memang saya mencari hotel yang dekat dengan metro station, senang nak berjalan. Kalau ada hotel dalam train station lagi bagus. Tapi kena tengok jugakla harga dia. Hehe.. Tak sampai 10 minit perjalanan, jam 11.30 pagi kami tiba di Top Motel Busan. Ingatkan nak check-in dulu dan tumpang letak beg kami sebab masih awal lagi. Selalunya waktu check-in kan pukul 2.00 atau 3.00 petang. Rupanya staff tu terus bagi kunci bilik. Bagus jugak tu. Boleh rehat kejap dan solat. Selesai check-in, kami naik ke bilik di tingkat 3. Nasib baik ada lif. Hehe.. Staff yang menjaga reception counter amat baik. Walaupun tak berapa fasih berbahasa inggeris tapi tetap melayan kami dengan baik. Masa untuk berehat sebentar sebelum mulakan aktiviti seterusnya..

Walking route from Busan Station to Top Motel Busan..
Top Motel Busan. Kecik je biliknya, tapi agak selesa untuk 2 orang.
Saya buat booking melalui booking.com.. Bayar RM133.00. mahal sikit dari easytobook.com. Hmmm..
Sebenarnya inilah first time saya booking melalui booking.com untuk hotel di luar negara. Kalau dalam Malaysia tu memang la selalu. Kalau bukan booking.com saya guna agoda.com. Collect point banyak-banyak. Hehe.. Mula-mula risau juga kalau jadi macam kes easytobook.com tu. Tapi saya dah siap-siap salin no telefon dan alamat booking.com di Malaysia. Kalau kena tipu boleh gi serang office dia. Hehe.. Itu pun kalau office dia wujud. Yang penting memang ada bilik untuk kami di Top Motel Busan. Tq booking.com!..

Dah standby kalau jadi apa-apa. Hehe..
Sempat juga kami merebahkan badan kat atas katil walaupun kejap je. Huhu.. Banyak lagi aktiviti yang nak dibuat hari ni. Rugi duduk lama-lama dalam bilik motel. Kalau Grand Lexis takpelah, ada swimming pool dalam bilik. Memang taknak keluar pun. Hehe.. Kami bersihkan diri dan solat. Bilik yang kami dapat tak berapa besar, tapi agak selesa untuk kami berdua. Sebenarnya motel ni adalah di antara 'love motel' yang belambak di Korea. Love motel ni adalah 'short-stay motel' untuk pasangan lakukan aktiviti seksual. Dah tentu untuk pasangan illegal yang 'makan luar' punya. Kalau legal baik buat kat rumah je kan. Huhu.. Camna nak tau ianya love motel? Tengok kat tempat parking kereta, kalau ada pagar atau sesuatu yang boleh menutup kereta dari pandangan luar, maka itulah love motel. Taknak bagi wife jumpa la tu. Macam tu sekali ye. Huhu.. Tapi love motel ni bukanlah bertujuan untuk buat benda tu je. Sesiapa pun boleh book motel ni. Ikut tujuan masing-masing le. Hehe. Alaa, macam la hotel 5-bintang takde aktiviti macam tu. Eksklusif lagi. Yang pentingnya kami ni suami isteri yang sah dan bilik kami bersih, wangi dan selesa. Hehe. Sebelum keluar kami makan dulu makanan extra yang kami dah siap-siap beli masa booking tiket flight hari tu. Memang tujuannya untuk makan kat motel sebelum keluar berjalan. Malas nak mencari makanan halal masa sampai tadi. Takut buang masa..

Tu diaa.. Tadi nasi lemak Pak Nasser. Kali ni nasi ayam Uncle Chin pulak..
Walaupun sejuk, kami belasah juga makan nasi ayam Uncle Chin. Bila turun dari flight jadi tak sedap pulak rasanya. Huhu.. Demi tenaga untuk berjalan kami telankan jua. Selesai makan, dengan tenaga yang ada dan bebanan beg yang dah takde, kami keluar dari hotel dan mulakan perjalanan mencari pengalaman di tanah Busan. Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea selepas Seoul. Malangnya kami cuma ada sehari setengah je nak explore Busan. Dapat pergi tempat yang penting cukup le. Lokasi pertama dalam itinerary kami adalah ke Gamcheon Culture Village. Ianya adalah salah satu tarikan utama pelancong yang datang ke Busan. Jam 12.50 t/hari kami keluar dari motel dan berjalan semula menuju ke Busan Station.

Pemandangan jalan utama di Busan.
Nampak macam panas tapi cuaca ketika tu agak sejuk. But a light jacket will do. Memang feel cuaca sejuk macam ni. Bayangkan pagi tadi salji turun dengan lebatnya, masuk tengahari je dah clear. Ajaib sungguh. Sampai di Busan Station tepat jam 1.00 petang. Kami menunggu Metro Line 1 (orange) untuk ke Toseong Station kerana ianya station yang paling dekat untuk ke Gamcheon Culture Village. Daripada info yang saya dapat, bas dan teksi adalah pilihan public transport untuk ke sana. Nak naik teksi takut driver tak faham. Naik bas je lah..

Sambil tunggu train sampai kita bergambar dulu
Mentang-mentang le wifi 24/7, setiap masa dia update ye..
Perjalanan dari Busan Station ke Toseong Station cuma mengambil masa 10 minit dan melalui 4 hentian. Di Toseong Station, kami keluar ikut Exit 6. Dari Exit 6, kami mencari landmark bangunan Busan Cancer Center kerana kat depan bangunan tu terletaknya hentian untuk naik bas ke Gamcheon Culture Village. Dekat je hentian bas tu dari Exit 6, tak sampai 3 minit jalan kaki dah sampai. Keluar dari Exit 6 akan nampak simpang empat. Busan Cancer Center kat sebelah kanan simpang tu. Mesti nampak punya.

Metro route from Busan Station to Toseong Station
Kat signboard Exit 6 tu ada tertulis Gamcheon Culture Village
Walking route from Toseong Station Exit 6 to Bus Stop in front of Busan Cancer Center
Busan Cancer Center.. Mesti nampak dari simpang besar.
Dua jenis bas akan melalui jalan ke Gamcheon Culture Village. Bas no. 2 dan no. 2-2. Mana yang sampai dulu kami naik. Kebetulan masa kami tiba kat bus stop, bas no. 2 pun sampai. Betul ke bas ni, sebab nampak macam bukan bas. Besar sikit dari coaster. Bas mini lebih tepat. Tanpa ragu-ragu, kami terus naik dan tap Cashbee card pada tiang di pintu masuk, macam bas RapidKL. Boleh tahan laju jugak driver ni bawak. Dah la jalan sempit, naik bukit pulak tu. Selamba je dia drift layan corner. Mungkin pengalaman berpuluh tahun bawak bas kot. Jangan tercampak keluar dari bas sudah le. Huhu.. Doa banyak-banyak..

Bus route from Busan Cancer Center to Gamcheon Culture Village
View dalam bas dari tempat duduk belakang. Tak banyak seat pun..
Cool walaupun driver bawak macam Colin McRae. Huhu..
Tengok la jalan dia. Selisih ngam-ngam je. Seriau dibuatnya..
Nasib baik la perjalanan dalam bas tak lama. Lebih kurang 10 minit kami dah sampai kat bus stop di depan Gamcheon Culture Village. Kalau tak pasti nak turun kat mana, sebelum sampai ada tulisan Gamcheon Culture Village besar kat bukit tepi jalan. Jangan tidur sudah le. Hehe.. Jam menunjukkan pukul 1.25 petang. Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Busan Station untuk ke Gamcheon Culture Village. Agak cantik time-management kami. Kami terus berjalan masuk ke kawasan Gamcheon Culture Village. Tempat ni popular kerana susunan rumahnya yang bertingkat di lereng bukit membuatkan ianya sama seperti Santorini di Greece. Orang ramai menggelarkan Gamcheon Culture Village atau Taeguekdo Village ni sebagai 'Santorini of Asia'. Ada juga yang menamakannya sebagai 'Lego Village' sebab rumah yang berwarna-warni. Apa-apa pun sejarah awal tempat ni adalah kawasan pelarian ketika Korean War. Hanya kawasan ni je yang bebas dari peperangan. Sekarang ianya dah menjadi kawasan pelancongan. Rumah-rumah di sini masih ada lagi penghuninya. So, jangan la buat hal atau bising bila masuk kampung orang. Ada yang kena hambat dengan pedang kang. Hehe..

Ini dia 'bas mini' no. 2. Yang lain tak tau apa dia tulis.. Huhu..
Kat tepi bus stop terus bergambar..
Angle yang tepat membuatkan gambar kat replika tu selari dengan view di belakang
Gamcheon Culture Village terletak di lereng bukit. Letih jugak nak menapak. Huhu.. Kami jalan sikit ke dalam kawasan kampung. Selain dari pemandangan rumah yang berwarna-warni, ada banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini. Antara yang paling popular adalah mengumpul 7 stamps yang terletak merata kat dalam kampung ni. Mula-mula kena beli map berharga KRW2,000 kat Art Shop. Dah kira dapat 1 stamp di situ. Lepas tu kena la naik turun tangga dan bukit kat dalam kampung ni untuk mencari lagi 6 stamps. Bila dah cukup semuanya boleh redeem 2 poskad Gamcheon Culture Village. Hmmm, takde keja kami nak mencarinya. Huhu.. Takut seharian duduk kat sini je, tak pergi tempat lain dah. Hehe.. Kepada yang ada banyak masa boleh la cuba cari. Selain dari tu, kat sini kita boleh tengok lukisan dan ukiran yang amat unik. Rugi kalau tak bergambar.

Sungguh cantik pemandangan di Gamcheon Culture Village
Using monopod for the first time. Heheh..
Lebih  kurang 500 meter kami berjalan masuk ke dalam kampung, kami patah balik ke jalan besar. Penat naik turun bukit. Huhu.. Jalan yang kami lalu ni sebenarnya adalah jalan keluar dari Gamcheon Culture Village. Main entrance berada di simpang depan sikit dari bus stop tadi. Patut la takde orang lalu lalang kat tempat kami bergambar. Jalan keluar dari kampung rupanya. Tak kisah la, bukan ada pagar pun. Hehe.. Kami berjalan ke arah main entrance. Haaa, baru la betul sebab ada peta kawasan dan deretan kedai di sepanjang jalan masuk.

Unik sungguh, sarung seluar kat pasu.. Hehe
Boleh refer map untuk tahu lokasi menarik di dalam kampung
Papan warna-warni yang disusun berbentuk ikan. Nice..
Deretan kedai. Minum kopi boleh. Hot dog? Tengok je lah..
Dari main entrance, kami berjalan tak sejauh mana pun. Dapat feel berada kat kampung ni sudah cukup buat kami. Kalau ada sedara tinggal kat sini boleh la singgah minum kopi secawan. Hehe.. Kami masuk ke dalam kedai menjual souvenir. Agak mahal juga barang souvenir yang dijual kat sini. Nak beli untuk kenangan apa salahnya. Bukan ada sedara nak datang sini selalu. Heheh.. Agak dah puas melihat keindahan Gamcheon Culture Village, kami berjalan keluar. Sempat juga kami masuk ke dalam Little Museum. Free entrance. Tapi takde apa yang menarik pun kat dalam muzium tu. Sebab tu la free. Huh.. Kalau kena bayar, confirm menyumpah bila keluar. Huhu..

Di depan kedai menjual souvenirs
Awak berempat nak ke mana tu?
Little Museum.. Nothing excites us..
Tengok jam dah pukul 2.10 petang. Sedang elok la tu, sebab dalam itinerary kami, lokasi seterusnya jam 2.30 petang. Sebelum kami naik bas untuk balik semula ke Busan Cancer Center, kami bergambar sepuasnya di Gamcheon Culture Village. Walaupun tak sampai sejam kami di sini tapi cukuplah sebagai kenangan dalam hidup. Kalau dapat kenalan di sini, lain kali boleh la main cari 7 stamps tu. Hehe.. Kami singgah masuk ke dalam kedai runcit. Saya mencari air yang selalu orang ceritakan dalam blog. Katanya sedap sangat air tu. Teringin jugak nak merasa. Kebetulan tekak pun tengah kering ni, last minum air kat hotel tadi. Cari punya cari, akhirnya saya jumpa air yang dimaksudkan. Air perisa pisang. Hehe.. Dalam cerita KKKK pun Wak Doyok dan Myo pakat minum air pisang ni. Cer try test tengok camna rasanya..

Kenangan terakhir sebelum meninggalkan Gamcheon Culture Village
Ni diaa.. Air perisa pisang yang hangat diperkatakan dalam blog
My wife minat kat botol coke yang cute tu
Sebotol air pisang ni berharga KRW1,100. Hmm, boleh tahan mahal jugak kalau convert ke duit kita. Sama harga dengan 2 tin air teh krisantimum kat Malaysia. Hehe.. Nak merasa, apa salahnya. Kalau air pisang ni ada kat Malaysia, dah tentu tak beli kat sini. Rupanya air ni ada banyak perisa, bukan pisang je. Cuma ramai yang kata perisa pisang is the best. Nanti nak cuba perisa lain pulak kalau berjumpa. Hehe..

Mmm.. Boleh tahan sedap jugak. Tapi wife tak suka. Huhu..
Untuk balik semula ke Busan Cancer Center, kami kena naik bas di seberang jalan. Kali ni agak lama bas nak sampai. Mungkin bas baru lalu tadi. Hampir 10 minit menunggu, akhirnya jam 2.25 petang bas no. 2 sampai. Kami naik dan menuju semula ke Busan Cancer Center. Dalam bas kami terjumpa dengan chinese family dari Malaysia. Sempat berborak dengan diorang. Rupanya diorang selalu datang ke Korea, tapi Busan kali pertama. Anaknya suka sangat dengan K-Pop. Selalunya orang minat K-Pop setakat dengar lagu atau tengok kat TV je. Diorang siap datang Korea lagi. Banyak kali pulak tu. Huhu.. Duit bertimbun, apa ada hal. Nak beli rumah singgah kat Korea pun mampu kot. Hehe.. Ramah sungguh family tu berborak dengan kami. Leka berborak, saya boleh confuse hentian mana yang patut kami turun. Jalanraya nampak macam sama je pemandangannya. Saya tekan loceng, tapi rupanya salah bus stop. Nasib baik driver tu tak marah sebab dah berhenti tapi takde orang turun. Sori bang.. Hehe.. Bus stop seterusnya baru betul kat depan Busan Cancer Center. Kami turun dan berjalan ke Toseong Station.

Nampak tanda ni bolehla tekan loceng bas. Hehe..
Menunggu bas di seberang jalan
Dari Toseong Station, kami naik Metro Line 1 (orange) dan turun di hentian berikutnya, Jagalchi Station. 2 minit je dalam Metro, tak sempat nak duduk pun. Banyak lokasi yang menarik kat kawasan ni. Kaki masih larat untuk melangkah. Mata masih segar untuk melihat pemandangan. Moga tak tersesat perjalanan kami di sini. Wallahualam..

Metro route from Toseong Station to Jagalchi Station
Banyak tempat yang kami nak explore kat sini
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Casbee card          : RM144.00
  - Metro 1-day Pass  : RM28.80
  - Top Motel Busan   : RM133.00
  - Drinks                   : RM  7.40
  - Jumlah                  : RM313.20

*Website yang membantu:

Gimhae International Airport

Busan Metro

Transportation Card

Top Motel Busan

Gamcheon Culture Village

2 comments:

  1. susah jugak nak komunikasi kat sana kan. english pun tak berapa paham, dah macam ayam dgn itik huhu

    kat sana tuan bergerak harapkan papan tanda ke, peta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah bila ke negara yang tak guna english medium. Tapi itu la yang adventure nya.. Seronok juga bila borak ayam dengan itik. Hihi

      Kat sana selain dari papan tanda, saya ada jugak save offline map dalam smartphone. Teknologi sekarang dah takyah nak bawak map yang berlipat-lipat tu. Tapi kalau bawak pun apa salahnya. Baru nampak macam ala-ala backpackers.. Hihi..

      Delete