Sunday 31 May 2015

JJCP Korea: Persiapan Awal #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pencarian destinasi untuk tahun 2014 diteruskan. Selama lebih tiga minggu saya secara senyap-senyap mencari lokasi pengembaraan berikutnya, akhirnya berjumpa juga. Takde rezeki nak merantau ke negara Eropah, saya tukar pencarian di Asia. Selain Jepun, saya teringin nak merasa pengalaman di Korea Selatan pulak. Kedua-dua negara ni je lah yang agak maju di Asia buat masa ni dan menjadi tempat percutian bagi kebanyakan rakyat Malaysia, especially Korea. K-Pop punya pasal la ni. Tak pun Winter Sonata fans. Huhu.. Sorrylah, saya tak pernah berminat nak layan Korean TV Series dan lagu K-Pop nih. Tak faham apa yang dinyanyikan, dah tu nampak macam sepesen je muzik dan lagunya. Actually ramai yang minat kat muka penyanyi dia je. Hehe.. Pada saya, tak kiralah K-Pop ke, K-Rock ke, atau K-Mart ke janji tujuan saya nak ke sana untuk cari pengalaman baru dalam hidup. Saya lebih mengenali Korea kerana ianya antara gergasi bolasepak di rantau Asia, bersama Jepun.

I prefer World Cup.. Hehe.. (Ihsan Google Images)
Seawal jam 3.00 pagi 25 Februari 2014, saya check website MAS. Takde deal of the day untuk ke Korea. Tapi Air Asia ada offer special deals. Itupun tengok kat iklan homepage dia. Selalu memang camtu kan, harga tak masuk akal je Air Asia ni offer. Hehe.. Takde offer untuk ke Seoul, yang ada cuma ke Busan. Saya cuba pilih tarikh yang sesuai iaitu hujung tahun. Wah, betul la murah. Tapi takde la semurah yang dia display kat homepage tadi. Lagipun harga yang display tu untuk basic je, belum campur luggage, makan etc. Standard la tu kan. Huhu.. Kalau MAS apa yang ditulis memang itu yang kena bayar. Takde hidden charges. Tapi basic price untuk ke Busan agak murah. Saya pun cuba buat pilihan, tekan next.. Then ending baru tau berapa yang kena bayar. Ok la kot. Lebih kurang macam harga tiket flight masa ke Jepun dulu. Bezanya saya naik MAS masa ke Jepun. Sebelum tekan proceed untuk pembayaran, saya kejut wife yang tengah tidur. Sebut tiket flight kat telinga terus bangun tu. Haha.. Dalam keadaan mamai tu kami buat mesyuarat tergempar selama 10 minit. Hehe.. Ok, dapat kata putus, Ke Korea Ke Kita! (Macam tajuk citer Wak Doyok kat TV9).. Tak boleh nak delay, sebab kalau bukak esok pagi tak tentu dapat tiket harga yang sama. Mungkin lebih mahal atau lebih murah. Taknak jadi macam kes tiket flight ke Jepun dulu, lambat sikit harga naik RM100. Suka-suka je flight company ni tukar harga tiket kan? Huhu..

Selesai sudah.. Prepare for 8 Dis - 15 Dis 2014!
Dah selesai pilih berapa berat luggage yang nak dibawa dan pilihan makanan di dalam flight, kami terus book 2 tiket flight return ke Busan, Korea yang berharga RM853.50/person. Ok dah, jangan bukak lagi website Air Asia, takut menyesal ternampak harga tiket yang lagi murah. Huhu.. Kami tambah makanan masa pergi sebab nak tapau masa sampai kat airport sana. Takut tak jumpa restoran halal masa landing nanti. Bolehlah makanan tu dijadikan lunch kami. Takyah pening kepala nak berlapar dan cari makanan halal masa sampai. Agak bernas jugak idea tu. Hehe.. Lagipun memang cadang taknak bawak dah periuk nasi macam kat Jepun dulu. Berjalan berdua insyaAllah boleh tahan berlapar sikit. Tapi kalau bawak anak-anak memang wajib kena bawak, sebab diorang akan mintak makan hampir setiap masa tak kira dimana jua. Hehe..

Masih elok lagi.. Cuma kali ni tak dibawa ke Korea. Huhu
Once dah bayar tiket flight, maka pencarian maklumat dan persediaan rapi pun bermula. Bolehlah cari pelan-pelan sebab masa nak pergi masih lama lagi. Perkara utama yang nak dibuat seawal yang boleh adalah itinerary planning. Bila dah buat baru boleh book benda lain seperti hotel, kereta sewa, public transport dan lain-lain. Route planning juga penting, barulah tak buang masa di sana dan boleh maximise tempat yang nak dilawati. Bercerita tentang itinerary planning ni, saya ada nak komen sikit. Ramai pembaca blog saya ni minta itinerary dari saya. InsyaAllah saya akan beri. Setakat ni rasanya semua dapat email dari saya, bezanya cepat atau lambat je. Cuma satu je yang saya agak terkilan. Dah bagi tapi takde respon pun. Huhu.. Ucap terima kasih pun dah memadai tanda menghargai apa yang saya dah buat. Bukannya saya mintak bayaran pun. Niat cuma nak membantu rakan-rakan yang meminati hobi travelling dan sambil tu dapat juga tambah kenalan. Betul tak? Nanti boleh la kongsi pengalaman masing-masing. Silap haribulan boleh join next trip bersama-sama. Hehe.. Ye saya akui memang susah sebenarnya nak susun itinerary yang baik. Wife saya tak pernah amik tau pasal itinerary yang saya buat sebab dia tau saya akan buat yang sehabis baik. Buktinya itinerary UK & Paris yang saya buat dulu teramatlah best! (Macam masuk bakul angkat sendiri je ni, huhu..) Tapi sejujurnya saya sendiri amat berpuas hati dengan apa yang telah saya plan dalam itinerary saya dan yang paling best bila semuanya berjalan lancar mengikut plan. Wife saya hanya bagi cadangan tempat-tempat yang menarik untuk disusun dalam itinerary. A good collaboration between us. Hehe..

Dah boleh la baca apa yang patut
25 February 2014 @ 3.30am onwards, saya mula menyusun itinerary yang diharapkan dapat memaksimumkan pengalaman kami berada di Korea. Mungkin tak semua tempat menarik kami dapat lawati. Yang penting pada saya adalah masa dan duit yang dihabiskan di sana berbaloi dengan apa yang telah dilakukan. Value for money!.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Flight ticket: RM1707.00
  - Jumlah        : RM1707.00

6 comments:

  1. Salam..terimakasih sudi kongsi pengelaman Tuan jalan2 bersama isteri...
    Memang begitu lah...orang kita susah nak ucapkan terimakasih bila dah dapat apa yang diaorang hendak...pengelaman saya yang suka masak2 pun gitu..bila pos gambar masakan ..semua mintak resipi..dah bagi..sunyi sepi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam RINDU MAMA..
      Saya just think positive je. Mungkin mereka teruja sangat dapat itinerary/resipi sampai lupa nak ucap terima kasih.. Memang agak menyedihkan tapi saya tetap puas hati sebab dapat membantu mereka. Harap info yang diberi berguna untuk mereka. InsyaAllah.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. salam tuan blog :)
    kami nak tanya, macamana nak tau pengangkutan ape yg kita kena naik dr 1 tempat ke 1 tempat, selain dr tanya org yg pernah pegi? cek google ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan joehaz,
      Tentang pengangkutan boleh cek kat blog orang yang penah pegi. Kalau bandar tu train/subway station besar, tengok station mana yang terdekat dengan tempat yang kita nak pegi. Lastly, sewa kereta yang paling senang nak bergerak. Cuma kena cek tempat parking yang sesuai je. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. salam. sy nk minta itinerary utk ke jeju leh. :) leocartney279@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam leo wahed. Boleh aja.. Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete