Saturday 22 March 2014

JJCP Japan : Day 03 (Part #1)

Tarikh:
24 November 2013
Lokasi kejadian:
Shinjuku - Tokyo Metropolitan Government Building

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 5.30 pagi kami dah bangun. Hari ni tak masak nasi. Mungkin tak masak langsung dah kat sini. Rasa macam menyesal je bawak portable rice cooker tu. Ingat nak buat kelainan sikit untuk trip ke Jepun ni dengan bawak portable rice cooker. Pengalaman 2 jam nasi tak masak semalam buatkan kami rasa baik tak payah masak dah. Nasib baik rice cooker tu tak makan space dalam beg kami. Huhu.. Kami cuba untuk makan 2 kali sehari, breakfast dan dinner. Package menginap kat hotel ni ada disediakan breakfast. Tapi kena makan roti je lah. Takde masalah, roti pun roti la.. Janji dapat alas perut sampai waktu makan seterusnya.. Boleh bertahan ke? InsyaAllah boleh.. Hehe..

Jajan sebagai tenaga tambahan bila kelaparan..
Janji dengan Fa nak jumpa kat luar Hotel Mystays jam 9.00 pagi. Hari ni kami taknak naik train di Ikebukuro Station. Kami cadang nak berjalan ke Hotel Mystays, kemudian sama-sama berjalan ke Otsuka Station. Jam 8.15 pagi kami dah turun ke lobi hotel untuk breakfast. Kena beratur dulu sebelum masuk ke dalam cafe. Sungguh sopan staff yang menjaga pintu masuk cafe tu. Dia terus bawa kami ke meja yang disediakan. Kami ambil makanan di bahagian roti. Kombinasi marjerin,jem dan telur hancur membuatkan roti yang dimakan menjadi sedap. Ditambah pulak dengan fries dan sayur kubis bunga cukup untuk mengisi ruang dalam perut kami. Hehe.. Dah kenyang makan roti dan minum fresh orange, jam 8.45 pagi kami keluar dari Prince Hotel dan berjalan ke Hotel Mystays. Kami lalu di depan post office dan balai bomba Ikebukuro. Kami dapat tengok bagaimana ahli bomba sedang bersiap sedia untuk mula bekerja. Sungguh berdisiplin dan tersusun rapi. Nak ambil gambar masa diorang bekerja takut kena marah pulak. Huhu..

Pintu masuk cafe untuk breakfast buffet..
Simple breakfast. Itu je yang boleh dimakan..
Ceria tanda kekenyangan.. Hehe..
Bergambar di depan post office Ikebukuro
Ambil gambar balai bomba dari tepi je..
Dari jauh dah nampak Fa dan suami menunggu di luar hotel. Di tepi Hotel Mystays ada petrol station Shell. Saya melihat harga petrol yang dijual di Jepun. Bila ditukarkan ke Ringgit Malaysia dalam RM4.70 seliter. Lebih 2 kali ganda harga petrol di Malaysia dan rendah hampir sekali ganda dari harga petrol di UK. Malas nak cerita tentang isu petrol ni. Nak marah sebab harga petrol naik pun takde gunanya. Mahu atau tidak terpaksa jugak isi petrol untuk kereta dan motor kami. Kenalah terima kenyataan yang dunia ni makin lama makin mahal isi kandungannya. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah kerja dengan lebih keras untuk meneruskan kehidupan. Rajin usaha maka lebihlah ganjarannya, insyaAllah.

Walking distance from Hotel Mystays to Otsuka Station
Di luar Hotel Mystays Higashi, Ikebukuro
Shell di sebelah Hotel Mystays
Tak pasti mana satu harga petrol dan diesel
@ Shinjuku

Dari Hotel Mystays ke Otsuka Station cuma mengambil masa dalam 15 minit berjalan kaki. Dekat sikit jaraknya berbanding dari Ikebukuro Station ke Prince Hotel. Otsuka Station tak besar, hanya ada 2 platform je untuk outer and inner loop line. Cuma kena pastikan train line yang betul. Jam 9.15 pagi kami naik JR Yamanote Line menuju ke Shinjuku Station. Dalam 15 minit perjalanan kami dah sampai di Shinjuku Station. Shinjuku adalah kawasan komersial dan juga pusat pentadbiran di Tokyo. Shinjuku Station is one of the busiest station in Japan. Walaupun hari ni Ahad, tapi orang masih tetap ramai di station. Tak dapat bayangkan camna la keadaannya bila weekdays. Huhu.. Kami tunggu shuttle bus di luar Shinjuku Station untuk ke Tokyo Metropolitan Government Building. Lebih 10 minit menunggu bas tak sampai-sampai. Mungkin hari Ahad shuttle bus tak beroperasi kot. Dengan bantuan Citymaps2Go kami berjalan mencari arah ke sana.

JR Yamanote Line from Otsuka Station to Shinjuku Station
@ Tokyo Metropolitan Government Building

Kami sampai di Tokyo Metropolitan Government Building tepat jam 10.00 pagi. Apa yang membuatkan kami datang ke bangunan ni adalah kerana adanya observatory decks. Boleh la nak tengok view keseluruhan bandar Tokyo di ketinggian 202 meter. Yang paling menarik tentang obervatories ni adalah entrance fee. It's completely free!. Hehe.. Kami bergambar dulu di bahagian luar bangunan. Selesai bergambar kami menuju ke arah lif untuk naik ke tingkat 45. Ada dua bahagian untuk ke observatory decks, north and south tower. Ramai visitor yang beratur di south tower. Info yang saya dapat, north tower is quite boring. Hanya dapat view bandar Tokyo secara general. South tower gives a better view. Kalau cuaca cerah, boleh nampak Mount Fuji dari jauh. Kami pun beratur untuk naik lif di south tower walaupun takde orang beratur di north tower. Sebelum naik lif kena lalu security check dulu. Kamera boleh bawa naik, tapi tripod tak boleh. Nampaknya kena la mintak tolong orang lain ambilkan gambar kami kat atas.

Walking distance from Shinjuku Station to Tokyo Metropolitan Government Building
Laluan ke Tokyo Metropolitan Government Building
Full view of the building..
Di luar bangunan.. Tak dapat nak amik gambar keseluruhan..
Dataran yang luas di bawah bangunan
Tokyo pun ada Wawasan 2020.. Hehe..
Antara display yang ada di dataran
Tak pasti apa tujuan patung ni ada di sini..
Arah menuju lif. Tapi kami naik lif di South Observatory..
Lebih 10 minit menunggu, akhirnya sampai giliran kami naik lif ke tingkat 45. Fa dan suami naik lif yang berikutnya. Ada sorang staff menjaga pergerakan lif. Sampai di tingkat 45, kelihatan agak ramai juga visitors. Tapi masih lagi boleh bergambar di tingkap tanpa perlu bergasak. Dari view di tingkap, kami nampak keseluruhan pemandangan bandar Tokyo. Nasib kami baik sebab cuaca amat cerah dan kami berpeluang tengok Mount Fuji dari jauh. Mula-mula saya ambil gambar wife saya, kemudian wife saya pulak ambil gambar saya. Untuk gambar berdua terpaksalah guna mode selfie. Saya perasan dari awal tadi ada sorang remaja perempuan ni tengok je kami bergambar. Tetiba dia datang ke arah kami dan guna body language yang bermaksud untuk tolong ambilkan gambar kami berdua. Kalau dia cakap takut kami pulak yang tak faham. Hehe.. Tq very much! Terlupa kami nak bergambar dengan dia sebagai kenangan..

Di observatory deck, tingkat 45
Ada petunjuk nama bangunan yang dilhat..
Jelas penglihatan kerana cuaca cerah
Mode selfie sebelum ada yang datang membantu..
Mount Fuji yang boleh dilihat beratus kilometer jauhnya..
Besar dan padat bandar Tokyo ni..
Lokasi yang sesuai untuk ultraman berlawan dengan raksasa.. Hehe..
Daun pokok yang berwarna-warni.. Cantik..
Gambar yang diambil oleh remaja perempuan tu. Tq very much!
Di bahagian tengah observatory deck terdapat pameran pokok bonzai yang cantik. Sesuai kalau nak dibuat pokok perhiasan di rumah. Tapi saya dan wife tak minat nak tanam pokok. Sia-sia je mati kekeringan pokok tu. Hehe.. Selesai bergambar, kami beratur untuk turun semula ke bawah. Masa beratur tu sempat lagi saya membelek barang souvenir di situ. Boleh tahan mahal jugak harga key-chain dan fridge magnet yang dijual. Setakat beli satu untuk kenangan apa salahnya. Tak tau bila lagi akan sampai di sini.

Pameran pokok bonzai di ruang tengah observatories
Cantik.. Harga pun cantik jugak.. Hehe..
Kedai souvenir yang ada di situ
Jam 11.00 pagi kami berjalan meninggalkan Tokyo Metropolitan Government Building. Kami balik semula ke Shinjuku Station. Singgah sekejap di convenient shop untuk beli snacks sebagai alas perut. Sebagai seorang yang addicted dengan kopi, banyak betul jenis kopi Starbucks yang dijual. Bila lagi nak merasa kopi Starbucks pelbagai perisa tu. Hehe.. Time bayar saya perasan sesuatu, cara cashier terima duit sama je seperti di kedai-kedai lain yang saya dah pergi. Mesti kena tadah dengan dua tangan. Kalau tak guna tangan, dia akan letak bekas piring untuk kita letak duit. Tunduk kepala tu sudah tentu. Bila amik duit dia akan cakap sesuatu. Mungkin cakap tentang berapa harga barang dan berapa yang kami bagi. Saya pun kata 'hait' je la. Hehe.. Rasanya memang standard operating procedure untuk semua cashier kat Jepun kot. Sungguh sopan. Mesin cash register pun sama. Cashier tak boleh nak curi duit sebab sistem cash register macam vending machine. Letak duit dan kalau ada baki duit akan keluar sendiri. Patutnya kat Malaysia kena guna cash register macam tu. Last sekali bila saya terima duit baki, saya akan cakap 'Arigatogozaimasu'.. Memang itu je yang saya tau cakap. Hehe.. Betul-betul respect dengan cara cashier tu jalankan tugas dan melayan pelanggan. Salute!..

Kopi Starbucks pelbagai perisa.. Terbaik..
Kita minum dulu..
Kami tiba di Shinjuku Station jam 11.30 pagi. Destinasi seterusnya adalah ke Harajuku. Dari info yang saya dapat, setiap hari Ahad area Harajuku penuh dengan orang ramai especially remaja yang obses berpakaian seperti anime characters. Peluang kami untuk merasai pengalaman dan pemandangan yang berbeza di Harajuku. Boleh la nak bergambar dengan remaja-remaja ni jika diizinkan.. Wallahualam..

Suka budak sekolah kalau rokok jual macam ni kat Malaysia. Huhu..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Snacks : RM21.10
  - Jumlah : RM21.10

*Website yang membantu:

Shinjuku

Tokyo Metropolitan Government Building

No comments:

Post a Comment