Sunday 16 March 2014

JJCP Japan : Day 02 (Part #2)

Tarikh:
23 November 2013
Lokasi kejadian:
Ikebukuro Station - Prince Hotel - HRC Uyeno-Eki - Akihabara - Siddique - Don Quijote

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 3.30 petang kami berjalan keluar dari platform Shinkansen mencari platform JR local trains. Keadaan di Tokyo Station amat crowded. Kami terus masuk ke platform 4 JR lines dan beratur menunggu train untuk ke Ikebukuro Station. Tak sampai 5 minit JR Yamanote Line sampai. JR Yamanote Line antara yang paling busy sekali sebab route dia berbentuk loop, sama seperti JR Osaka Loop Line di Osaka. Jadi tak kisah kalau silap naik antara inner loop atau outer loop, tetap sampai cuma masa berbeza. Kenalah check map mana satu route yang paling dekat dengan destinasi. Banyak lokasi yang menarik terletak di dalam route JR Yamanote Line. Perjalanan dari Tokyo Station ke Ikebukuro Station mengambil masa kurang dari 25 minit.

This is Tokyo Station... It's soo big and confusing.. (Ihsan Google Images)
JR East Map for Tokyo. JR Pass boleh digunakan kat semua line ni. (Ihsan Google Images)
Seat penuh. Kena berdiri la nampaknya..
Keadaan di dalam train.. Masih kurang penumpang.. Senyap..
Skrin menunjukkan hentian seterusnya. Map pun ada di atas..
Beg besar disarankan supaya letak di tempat yang disediakan..
Info hentian dan bahagian pintu yang akan terbuka..
@ Ikebukuro Station

Sebanyak 12 stops train ni berhenti barulah sampai di Ikebukuro Station. Keluar dari platform, pemandangan tetap sama. Station yang besar dan orang yang begitu ramai. Saya mencari pintu keluar yang paling dekat untuk ke Prince Hotel, yang berada di dalam bangunan yang sama dengan Sunshine City Shopping Complex. Nak dekat 15 minit jugak la kami berjalan mencari arah. Ada berpuluh exit kat Ikebukuro Station ni! Saya ada terbaca satu blog tentang sorang lone ranger ni datang ke Jepun. Dia kata make sure keluar ikut exit yang betul, kalau salah memang jadi masalah. Contohnya lokasi di sebelah barat tapi keluar ikut pintu sebelah timur. Memang lama la duduk dalam station tu nak mencari pintu keluar yang betul. Huhu.. Saya dah study awal-awal, untuk ke Sunshine City exit yang paling dekat adalah exit 34, 35, 42 dan 43. Cuma yang menjadi problemnya saya tak jumpa pun nombor exit tu. Tak pasti laluan kami tu betul atau tak. Akhirnya kami jumpa signboard Sunshine City. Terus kami ikut arah yang ditunjukkan. Kami keluar ikut exit 36 yang mana kami kena lintas jalan untuk ke seberang. Kalau ikut exit 34, 35, 42 dan 43 kami akan keluar terus di seberang jalan. Tak kisahla, janji laluan dah betul. Hehe..

JR Yamanote Line from (A) Tokyo Station to (B) Ikebukuro Station
Sudah sampai destinasi..
Ikebukuro Station.. Another big and confuse station.. (Ihsan Google Images)
Exit terdekat untuk ke Sunshine City. Kami keluar di exit no. 36.
Kami berjalan ke arah Sunshine City. Landmark untuk Sunshine City adalah bangunan yang paling tinggi di Ikebukuro. Dalam website katanya jalan kaki dari Ikebukuro Station ke Sunshine City cuma ambil masa 8 minit je. Tapi dah 18 minit pun tak sampai-sampai lagi. 8 minit tu ikut kiraan langkah orang Jepun yang memang berjalan laju kot. Huhu.. Kami lalu di satu shopping street iaitu Sunshine 60 Dori. Agak happening kawasan di sini. Dah rasa macam lama berjalan tapi tak sampai-sampai lagi, kami bertanyakan pada staff yang bekerja di situ. Nasib baik dia faham bila kami sebut Sunshine City. Dia pun tunjuk arah ke sana. Sampai di hujung jalan Sunshine 60 Dori baru ternampak bangunan Sunshine City yang tinggi tu. Alhamdulillah. Akhirnya kami sampai juga di Prince Hotel seletah hampir setengah jam berjalan kaki dengan membawa beg yang berat. Huhu.. 8 minit je masa perjalanan? Hmmm..

Dari Ikebukuro Station ke Sunshine City.. 8 minit je katanya.. Huhu..
Sunshine 60 Dori yang penuh dengan orang ramai
KFC yang hanya mampu kami lihat..
Basikal yang boleh bawak 2 orang anak dengan selamat..
Yeah.. Akhirnya berjumpa Sunshine City
@ Prince Hotel

Kami check-in di Prince Hotel jam 4.45 petang. Fa dan suami tunggu kami selesaikan hal check-in. Diorang stay di hotel lain yang berdekatan dengan harga yang lagi murah. Jam 5.00 petang setelah semuanya selesai, kami bawa Fa dan suami berjalan ke hotel mereka. Jarak antara Prince Hotel ke Hotel Mystays Higashi takdelah jauh sangat. Jalan kaki lalu depan post office dan balai bomba dalam 5 minit dah sampai dah. Harap Fa dan suami suka hotel yang saya booking ni. Kami set untuk aktiviti malam ni. Susah sikit kalau stay berlainan hotel. Hotel Mystays Higashi ni lebih dekat dengan Otsuka Station. Jadi tak perlulah diorang nak berjalan kaki ke hotel kami dan ke Ikebukuro Station. Memang jauh. Kami buat keputusan untuk berjumpa di Ueno Station jam 8.00 malam nanti.

Jarak antara Prince Hotel dan Hotel Mystays Higashi.. Dekat je.. Tak sampai 8 minit pun. Hehe..
Teksi di lobi Prince Hotel
Lintas depan balai bomba Ikebukuro..
Kami berjalan balik ke Prince Hotel. Kami amik kesempatan meronda dulu kat dalam Sunshine City. Environment shopping complex di sini lebih kurang sama je macam di Malaysia. Kami cuma window shopping je. Mahal jugak barang-barang kat Jepun ni. Rasanya kat UK dulu pun tak semahal ni. Adalah jugak rasa nak membeli. Tapi kat sini rasa macam berat je nak keluarkan wallet. Huhu.. Amat setuju bila dikatakan cost-living kat Jepun ni terlalu tinggi especially Tokyo.

Kedai favourite saya ada di sini!..
Namja Town di dalam Sunshine City
Hampir sejam meronda, kami balik ke hotel. Rehat dan bersihkan diri. Hotel amat selesa, lagi besar dari New Osaka Hotel. Sesuai la dengan rate hotel. Masa check-in tadi saya suruh wife saya mintak bilik di top floor sebab boleh view bandar Tokyo dari tingkap bilik. Ramai tourists yang bagi review dalam internet kata macam tu. Tapi tak dapat pun. Bilik di Prince Hotel bermula dari tingkat 6 hingga 37. Ada 3 level floors. 6th to 29th (City Floors), 30th to 33th (Sunshine Floors) dan 34th to 37th (Panorama Floors). Kami cuma dapat bilik di tingkat 22. Mungkin package yang kami beli tu hanya untuk city floors je. Tak kisahlah, janji ada bilik untuk kami. Bilik bernombor 2217 bakal dihuni oleh kami selama 4 hari 3 malam..

4 hari 3 malam stay kat sini..
View dari tingkap bilik kami
Dapat twin bed. Terpaksa tidur katil asing. Huhu..
Toilet walaupun kecik tapi lengkap..
Jam 7.15 malam kami keluar untuk aktiviti malam. Kami nak ke Hard Rock Cafe Uyeno-Eki dulu. Kat lobi hotel wife saya saje je pekena staff disitu. Wife saya tanya tentang jalan nak ke HRC Uyeno-Eki, padahal kami dah memang tau jalan nak ke sana. Staff tu siap berkerut dahi cuba explain apa yang kami tanya. Wife saya tunjuk tulisan Hard Rock yang tertulis di baju. Staff tu masih confuse lagi. Dia pergi cari kawan dia yang lain untuk bantu. Pun tak dapat nak bantu. Then cari lagi kawan yang ketiga untuk bantu. Lastly kami kata takpe, kami boleh cari sendiri. Diorang tunduk kepala berkali-kali seperti rasa bersalah sebab tak dapat nak bantu. Hehe.. Begitu bersungguh-sungguhnya orang Jepun ni berusaha nak bantu walaupun diorang tak berapa tau apa yang kami nak. Hehe.. Satu pengalaman baru untuk kami tentang sikap orang Jepun di sini.

JR Pass jangan lupa bawak. Nanti kena bayar tiket pulak..
Kami berjalan melalui Sunshine 60 Dori yang penuh bercahaya di waktu malam. Orang Jepun memang suka main game kot? Banyak betul kedai game dan pachinko slot machine yang saya nampak kat Jepun ni. Gambling rasanya. Tak berminat nak amik tau.

Kedai game besar di Sunshine 60 Dori..

Ramai betul orang malam ni..
Kami terus ke Ikebukuro Station untuk naik JR Yamanote Line ke Ueno Station mengikut track yang sama seperti kami datang tadi. 15 minit perjalanan di dalam train, kami sampai di Ueno Station. Lagi satu station yang besar di Tokyo. Ada 4 tingkat rasanya. Huhu.. Kami mencari Hard Rock Cafe Uyeno-Eki yang terletak di dalam station ni. Lebih 10 minit berjalan masih tak jumpa. Kebetulan ada sorang student dari Malaysia datang membantu. Dia pun baru sampai di situ. Nak jumpa kawan katanya. Dia bawak terus kami ke HRC. Thank you Nur Akmal! Belajar rajin-rajin ye. Dah berpeluang study kat oversea ni jangan disia-siakan..

Ueno Station Map. Berdoalah harap jumpa student Malaysia kat sini. Hehe.. (Ihsan Google Images)
HRC Uyeno-Eki yang terletak di dalam Ueno Station
Let's go inside Rock Shop!
Nur Akmal yang di sebelah kanan tu. Tq very much!..
@ Hard Rock Cafe Uyeno-Eki

Jam 8.05 malam kami berada di depan HRC Uyeno-Eki. Terus nampak Fa dan suami. Rupanya diorang dah lama sampai di sini. Hehe.. Masa untuk menambah koleksi! Ruang dalam Rock Shop takdelah besar sangat. Tapi banyak jugak design yang saya masih takde lagi. Ramai kawan-kawan yang pesan beli t-shirt HRC Uyeno-Eki. Yang bestnya kat baju tertulis Uyeno-Eki Tokyo, baru nampak classic sikit. Hehe.. Sesi memilih dan membayar pun berlaku..

Antara design yang terbaru..
Staff HRC ni amat friendly dan fasih speaking. From China..
@ Akihabara

Selesai membeli di HRC Uyeno-Eki, cadangan asal nak meronda di Ueno Park yang terletak di luar station. Ada macam-macam tempat menarik di situ. Ia menjadi hotspot ketika musim bunga sakura. Tapi disebabkan dah malam, rasanya takde apa yang boleh dilihat. Semuanya dah tutup. Huhu.. Kami naik JR Yamanote Line lagi sekali untuk ke Akihabara Station. Akihabara terkenal dengan kedai-kedai elektronik. Kami bukan nak beli barang elektronik pun. Cuma nak tengok suasana di waktu malam. Yang lebih utama adalah nak ke restoran halal yang ada di situ. Perjalanan tak sampai 5 minit dari Ueno Station. Kami tiba di Akihabara Station jam 8.50 malam. Keluar je dari station terus terang-benderang. Banyak cahaya dari kedai-kedai elektronik yang belambak di situ. Kami terus berjalan ke arah restoran halal, Siddique. Perut dah memang lapar sangat. Last makan masa kat Osaka Castle Park pagi tadi. Huhu..

Di luar Akihabara Station. Tengah mencari lokasi makan malam..
Electronic shops.. District never sleeps..
@ Siddique

Dari station, kami berjalan 15 minit untuk sampai di Siddique Restaurant. Nama restoran pun dah boleh tau apa menu makanan yang dijual. Dah tentu masakan nasi beriyani dan yang sewaktu dengannya. Serves halal Indian and Pakistani foods. Lebih kurang macam di Ali's Kitchen je. Yang bestnya harga takdelah mahal sangat. Tapi still dalam kategori mahal kalau nak dibanding dengan harga di Malaysia. Huhu.. Kami pun masuk ke dalam restoran yang tak berapa besar dan naik ke tingkat 3.

Walking distance from Akihabara Station to Siddique
Pintu masuk Siddique
Tengok pada menu yang diberi, banyak jugak pilihan. Of course kami takkan order nasi beriyani dah walaupun harganya murah dari Ali's Kitchen. Wife saya order nasi kuning dan ayam tandoori yang berharga 1300JPY dan saya pulak cuma order set roti naan yang berharga 950JPY. Harga air sama untuk semua jenis soft drinks, 250JPY/glass. 20 minit menunggu akhirnya makanan sampai. Masa untuk isi perut masing-masing sampai kenyang. Alhamdulillah..

Antara menu yang ada di Siddique
Menunggu makanan sampai. Lapar sudah.. Huhu..
Senyum lebar bila nampak makanan.. Hehe..
Nasi tu nampak macam pulut kuning..
Selesai makan, jam 10.15 malam kami keluar dari Siddique. Berjalan balik ke arah Akihabara Station. Advert sign dan vending machine yang ada di sepanjang jalan menarik perhatian kami. Antara advert lain dari yang lain adalah perkhidmatan servis korek telinga. Bayaran ikut jangkamasa korek. Tapi memang best kalau ada orang korekkan telinga.. Feel je rasanya.. Hehe.. Vending machine pulak, bukan setakat rokok dan air je yang dijual, rupanya ais krim pun ada. Kami pun cubalah beli. Sebenarnya nak try guna vending machine tu. Hehe. Ais krim berharga 120JPY menjadi dessert kami.. Sungguh sedap..

Advertising yang menarik perhatian kami. 3000JPY untuk 30 minit kot?
Tengah pilih ais krim yang berkenan di hati..
Ais krim dalam kotak tuu.. Best..
@ Don Quijote Ikebukuro

Sambil makan ais krim kami berjalan ke arah Akihabara Station. Kami naik JR Yamanote Line ke Ikebukuro Station. Fa dan suami tak turun di Otsuka Station. Diorang nak ikut jalan-jalan di area Ikebukuro. Kami tiba di Ikebukuro Station jam 11.10 malam. Kali ni kami keluar ikut pintu yang betul, exit no. 43. Keluar dari situ terus nampak kedai serbaneka Don Quijote yang buka 24 jam. Saya tau tentang kedai ni masa beli tiket JR Pass di JTB Kuala Lumpur. Erina yang suggest kami pergi ke kedai ni. Don Quijote Ikebukuro antara yang terbesar di Jepun. Kedai setinggi 6 tingkat tu menjual macam-macam barang, daripada barangan harian hingga ke barang yang branded. Kami naik ke setiap tingkat. Walaupun barang yang dijual tax-free tapi harga tetap mahal. Nampaknya setakat cuci mata je lah. Huhu..

Lokasi Don Quijote di depan Ikebukuro Station..
Coach cabinet. Original with tax-free. Mahal jugak..
Pintu masuk Don Quijote
Agak dah letih mata kami dicuci, jam 12.30 malam kami berjalan pulang ke hotel. Cuaca amat sejuk, ditambah dengan angin yang kuat. Kami berhati-hati berjalan di tengah malam. Takut terjadi apa-apa. Tapi memang tak terasa takut berjalan waktu malam di sini, walaupun kiri dan kanan jalan semua kedai dah tutup. Kami berselisih dengan perempuan yang berjalan kaki sorang diri. Berani betul dia. Ini menunjukkan statistik crime rate di Jepun kedua rendah di dunia boleh diterima pakai. Saya sendiri takut nak jalan tengah malam masa di London, apatah lagi di Paris. Huhu.. Tak payah cerita luar negara, dalam negara sendiri pun pikir 2-3 kali nak jalan kaki sorang diri tengah malam. Jenayah tetap ada di Jepun, cuma kadar ianya berlaku amat kurang. Jangan kami selisih dengan geng Yakuza sudah lah.. Hehe.. Kami singgah sekejap di Family Mart untuk beli bekalan jajan. Standby kalau tetiba lapar malam ni. Maggi yang dibawak dari Malaysia pun ada lagi..

Pintu keluar/masuk Ikebukuro Station no. 41..
Designated smoking area. Hisaplah sepuasnya di sini ye..
Jajan yang dibeli.. Air starbucks mesti ada.. Hehe..
Kami sampai di depan Prince Hotel jam 12.50 malam. Fa dan suami terus berjalan ke hotel mereka. Sampai di bilik, kami bersihkan diri dan tidur. Bersiap sedia untuk menempuh hari esok yang lagi padat dengan aktiviti.. Harap boleh bertahan.. Wallahualam..

Bersedia untuk tidur.. zzzz..
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Dinner   : RM89.40
  - Dessert : RM3.90
  - Snacks  : RM47.70
  - Jumlah : RM141.00

**Day 02 Expenses: RM182.60

*Website yang membantu:

Tokyo Station

Ikebukuro Station

Sunshine City

Prince Hotel

Hotel Mystays Higashi

Hard Rock Cafe Uyeno-Eki

Ueno Area

Akihabara

Siddique Restaurant

Don Quijote

No comments:

Post a Comment