Monday 14 October 2013

JJCP UK & Paris : Day 09 (Part #2)

Tarikh:
19 November 2012

Lokasi kejadian:
Bicester Village - Travelodge Bracknell Central

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Bicester Village

Jam 1.20 petang kami sudah sampai di Bicester Village. Hari ni lagi ramai dari semalam. Nak cari parking punyalah susah, sampai ke hujung baru jumpa. Mungkin semalam sebab dah lewat petang, butik pun banyak yang dah nak tutup. Sebab tu dapat parking betul-betul kat area depan pintu masuk. Hujan masih lagi renyai, tapi tak mendatangkan masalah. Masih lagi boleh berjalan tanpa payung. Lagipun payung memang takde. Hehe..

Sampai je Bicester Village terus amik gambar..
Let's go to the Village!
Jambatan penghubung parking dan shopping village
Kami terus menyusur jambatan yang menghubungkan parking ke kawasan shopping. Kali ni baru nampak jelas butik-butik yang ada. Semalam gelap, tak nampak menarik. Punyalah ramai orang kat sini. Kami mula berjalan dan cuci mata kat setiap butik yang ada. Butik yang menjadi pujaan tetap butik kasut Clarks. Bila masuk dalam kedai rasa macam kat Malaysia sebab ramai betul orang melayu kat dalam tu. Huhu.. Ada jugak yang memberi salam kepada kami. Mana taknya, kasut Clarks kat sini jauh lebih murah dari di Malaysia. Rasanya sepasang kasut kat Malaysia boleh dapat 3 pasang kat sini. No wonder la ramai orang Malaysia shopping kasut Clarks kat sini. Sempat juga wife saya berborak dengan sorang makcik ni. Diorang datang ikut tour satu bas. Patutlah ramai. Nampak macam tergesa-gesa memilih kasut. Mungkin tak cukup masa nak kena naik bas balik. Kami relaks je, tak kejar masa pun. Itulah kelebihan kalau trip independent. Tiada kekangan masa. Boleh set masa sendiri. Nak lama boleh, nak sekejap boleh, taknak datang langsung pun boleh. Yang penting kena study betul-betul dulu sebelum datang ke UK. Kalau ikut tour, kenalah ikut apa itinerary yang diberikan walaupun tak minat.

Antara handbag kesukaan wife saya. Cuci mata je tau. Hehe..
Bergambar sekitar kawasan shopping
Dalam butik Clarks.. Tengok kat belakang tu memang muka orang Malaysia. Hehe..
Rugi kalau tak try kasut kat sini. Kalau tak beli, lagilaa rugi..
Lepas dah puas melihat dan mencuba kasut Clarks yang diidamkan, kami terus menuju ke butik yang lain. Wife saya mengajak masuk ke butik handbag semalam. Tapi saya taknak. Malu bila jumpa sales assistant semalam tu. Huhu.. Saya tunggu kat luar. Lama jugak wife saya kat dalam butik tu. Nak dekat setengah jam baru dia keluar. Hmm, keluar dengan bawak paper bag. Confirm beli la tu.. Nak buat camna, memang handbag yang diidamkan sejak dulu lagi. Berita baiknya, harga handbag tu tak sama macam semalam, tapi lagi murah. Bukan setakat murah sikit, tapi murah banyak! Handbag tu memang tinggal satu je, dah tu warna yang dia nak pulak tu. Memang rezeki handbag tu jadi milik dia. Agaknya itulah hikmahnya credit card saya kene reject semalam.. Kalau tak dah tentu rugi beli dengan harga semalam. Hehe.. Baru saya perasan, rupanya harga sale berlainan ikut hari. Sama jugak macam kasut Clarks. Semalam kasut lain yang murah, hari ni kasut lain pulak. Itu belum ikut butik kat tempat lain lagi. Kepada yang memang kaki shopping bolehlah tetiap hari datang sini tengok barang yang sale. Hehe..

Kedai Jamie Oliver kat belakang tu. Sorry, non-halal. Huhu..
Memang ekslusif kawasan Bicester Village ni. Kerusi kayu pun ada kusyen tau.
Sambil menunggu wife keluar dari butik.
Yea.. dia sudah keluar.. setelah hampir setengah jam menunggu..
Agak dah puas cuci mata, kami menuju ke Starbucks. Layan caramel macchiato sebagai alas perut kami. Lagipun perut langsung tak terasa lapar. Mungkin dah kenyang tengok barang-barang kat sini. Hehe.. Sambil duduk minum kami melihat gelagat orang ramai yang membeli belah. Ternampak group orang Malaysia tengah bershopping. Mungkin tour yang lain pulak kot. Wife saya kat sebelah memang senyum memanjang lepas dah dapat handbag idamannya. Huhu..

Layan kopi sechewen dulu..
Macam biasa.. Update status sambil tersengih. Hehe..
Jam 3.30 petang setelah puas berjalan di Bicester Village, kami mula melangkah pulang ke kereta. Perjalanan seterusnya ke Bracknell. Cuaca dah mula gelap. Kami tiba di Travelodge Bracknell Central jam 4.30 petang. Dari review yang saya baca, kawasan ni agak bahaya sikit. Banyak kes pecah kereta kat sini. Saya yakinkan diri, harap-harap tak ada apa yang berlaku. Mula-mula saya nak book Hotel Premier Inn di Ascot, tapi masa time book tu saya hold sampai esok. Esoknya bila bukak balik dah fully booked. Terpaksalah book Travelodge Bracknell Central. Ini je yang paling murah di lokasi sekitarnya. Itupun harga semalam GBP29 + GBP2 (credit card fee). Sebelum ni kami cuma bawak masuk beg pakaian je ke bilik hotel. Kali ni kami angkat semua barang dalam kereta. Yang tinggal cuma excersaucer Elysha je sebab besar. Harap-harap pencuri tak minat la dengan benda tu. Huhu.. Tapi saya tutup dengan jaket saya kat kerusi belakang. InsyaAllah takde apa-apa berlakulah hendaknya..

(A) Bicester Village to (B) Travelodge Bracknell Central = 80 km
Lepas dah selesai check-in, kami terus menuju ke bilik hotel di tingkat 3. Badan terasa sangat letih sebab banyak berjalan hari ni. Yang penting puas hati. Saya bersihkan diri dan bersiap untuk tidur awal malam ni. Sempat lagi membelek barang-barang yang dah dibeli sebagai kenangan. Yelah, dah semua barang bawak masuk bilik. Sambil tu bolehlah kemas sikit beg sebab esok dah nak return kereta sewa. Sambil tu kami bercerita tentang Bicester Village. Pada saya Bicester Village memang sesuai untuk para shopaholic. Kalau kat Malaysia macam JPO tapi lebih superb. Yang bestnya, staff kat situ layan sama rata pengujungnya. Tak macam kat butik Burberry di JPO. Tak dilayannya kita. Double standard betul. Huhu.. Jam 8.30 malam saya dah tertidur.. Menunggu hari esok untuk hantar kereta sewa. Teringat lagi muka staff kereta sewa tu. Harap esok positif semuanya. Wallahualam..

Ok lah GBP31 daripada hotel sekitar yang jauh lebih mahal
Day 09 : Total distance traveled = 115 km
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Coffee   : RM35.50
  - Hotel    : RM155.00
  - Jumlah : RM190.50

**Day 09 Expenses: RM279.00

*Website yang membantu:

Bicester Village

Travelodge Bracknell Central

My Pictures Video

2 comments:

  1. so hari apa je yang sale murah ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti tentang itu. Mungkin random je kot. Wallahualam.. Rezeki kami pergi kali kedua dan harga jatuh lebih murah dari semalam untuk barang yang sama.

      Delete