Sunday 13 October 2013

JJCP UK & Paris : Day 08 (Part #2)

Tarikh:
18 November 2012

Lokasi kejadian:
Travelodge Bicester Cherwell Valley M40

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 7 malam, setelah selesai membersihkan diri, saya mula melepak di atas katil. Masa untuk call Maybank kat Malaysia, bertanyakan tentang kad kredit saya. Nasib baik kos panggilan ke Malaysia murah. Sebab tu selamba je buat call. Hehe.. Bagus Maybank ni, kejap je call terus angkat. Selalunya kene dengar iklan 2-3 minit baru berjawab.. Mungkin diorang tau saya call dari jauh..

Kad kredit.. Guna untuk masa kecederaan.. (Ihsan Google Images)
Officer yang jawab panggilan mulakan conversation. Macam biasa, ditanya dulu soalan security untuk mengesahkan panggilan dari pemegang kad. Lepas tu barulah saya bertanyakan tentang masalah yang dihadapi. Saya ni susah nak marah-marah dan naik suara. Tapi kali ni lain sikit. Mungkin sebab berjauhan dari Malaysia, susah kalau nak setting apa-apa tentang masalah kad tu. Setelah lebih 10 minit conversation saya dengan officer Maybank tu, akhirnya dapatlah jawapannya.. Huhu..

Kad kredit asal yang saya ada.. (Ihsan Google Images)
Cerita awal, saya memang dah ada kad kredit Maybank Visa Petronas. Dah lama jugak saya pakai kad tu. Cuma tak guna sangat pun sebab tujuan guna kad untuk hal-hal emergency je. Credit limit pun RM5000 je. Tapi bila nak pergi UK ni saya pun standbylah nak pakai extra card. Manalah tau tetiba ada emergency kat negara orang ni bolehlah cover apa yang patut. Kebetulan officer Maybank ada call saya sebulan sebelum saya nak ke UK, tentang credit card Maybank 2cards. Seperti pucuk dicita, ulam mendatang, tak perlulah saya nak apply kad kredit dari bank yang lain. Cuma saya memang betul-betul pasti yang saya dah bertanya tentang hal credit card Visa Petronas yang saya dah sedia ada dengan credit card Maybank 2cards ni. Officer tu kata takde masalah kalau still pakai kad lama tu. Tak perlu nak terminate. Dan saya pun tanya balik, betul ke dapat credit limit lagi RM5000 untuk kad yang baru. Dia kata ya. Maka saya pun kata ok la sebab dah ada credit limit RM10000 untuk kad Maybank. At least nak bayar nanti senang sikit, satu bank je.

Maybank 2Cards.. Yang berfungsi sama macam di atas.. (Ihsan Google Images)
Cerita sekarang.. Hal yang sebenar setelah officer tu bagi penerangan.. Rupanya credit card Maybank 2cards tu guna pakai credit limit yang sama, iaitu RM5000 untuk ketiga-tiga kad! Laaa, kalau macam tu baik tak payah apply. Guna satu kad je dah cukup. Buat apa nak bawak ketiga-tiga kad tu kalau credit limit dia sama.. Buat buang space dalam wallet je.. Hmmm.. Memang tension betul pasal hal ni. Kalau ada kat KL dah lama saya on the spot pergi bayar dan terminate credit card tu. Takpe lah, nak buat camna, benda dah berlaku. Takde masalah pun. Saya dan wife masih ada lagi duit cash. Cuma sakit hati bila jadi macam tu. Malu betul masa kat kedai tadi. Tiga-tiga kad rejected. Hangin je.. Tak sabar nak balik Malaysia untuk terminate kad. Huhu.. Persoalannya, salah saya sebab amik kad tu atau salah officer yang bagi info tak betul? Entahlah..

Sampai Malaysia terus settlekan dengan Maybank (Ihsan Google Images)
Lepas selesai conversation dengan officer Maybank tu, saya terus hilang mood kejap. Takleh hilang lama-lama, nanti tak seronok pulak nak jalan-jalan kat UK nih.. Huhu.. Terus tidur, dengan harapan esok mood kembali ceria.. Wallahualam..

Hati-hati bila guna kad kredit.. Jangan overspend ye.. (Ihsan Google Images)
Day 08: Total distance traveled = 235 km
*Kos wajib untuk 2 orang: -tiada-

**Day 08 Expenses: RM390.00

*Website yang membantu:

Maybank 2Cards

Travelodge Bicester Cherwell Valley M40

My Pictures Video

No comments:

Post a Comment