Monday 27 May 2013

JJCP UK & Paris : Day 05 (Part #1)

Tarikh:
15 November 2012
Lokasi kejadian:
M61 Services Northbound, Rivington - Bowness-on-Windermere -Waterhead

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 5.30 pagi kami dah bangun. Bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya, Lake District National Park. Daripada review dan sumber yang saya dapat, Lake District ni antara kawasan di England yang paling indah pemandangannya. Tempat ni popular hotspot for holiday. Tenang, indah, cantik, semuanyalah. Ada tasik, gunung dan hutan yang saujana mata memandang. Ya atau tidak, kami akan tau jugak bila sampai nanti. Harap-harap berbaloilah hendaknya.

Bersedia untuk satu hari lagi yang memenatkan. Itu sudah pasti..
@ M61 Services Northbound, Rivington

Jam 6.45 pagi kami dah check-out. Cuaca mula cerah dan suhu teramatlah sejuknya. Sempat lagi kami bergambar di luar hotel. Jam 7 pagi kami meninggalkan Manchester menuju ke utara England. Kami ikut highway M61 terus ke Lake District. Kat highway ni ada restoran Subway halal. Saya set GPS untuk ke M61 Services Northbound, Rivington. Petrol pun dah mula tinggal 10%. Takpe, sempat gi breakfast dulu. Lagipun kat Service Station mesti ada petrol pump. Laluan highway bertentangan dah mula sesak. Ramai yang nak masuk bandar Manchester. Nasib baik jalan belah kami tak sesak. Jam 7.30 pagi kami singgah di Service Station untuk breakfast. Kawasan parking amat luas. Kami terus masuk ke Euro Garages untuk mencari Subway. Alhamdulillah, memang betul Subway kat sini halal. Kat UK ni selain dari Subway, KFC pun ada yang halal. Cuma kena pandai mencari. Kami terus order sandwich yang berkenan dihati.

(A) Premier Inn Manchester City Centre to (B) M61 Services Northbound, Rivington = 28 km
Premier Inn memang terbaik!
Memang boleh promote kat kawan-kawan yang nak datang ke UK
Kabus pagi di sepanjang perjalanan
Highway arah bertentangan dah mula jem teruk
Harga memang berpatutan
Tengok berapa banyak kitorang order. Hehe..
Rasanya Euro Garages ni baru beroperasi sebab nampak cantik interior bangunan ni. Selain Subway ada jugak restoran yang lain. Starbucks pun ada. Tapi kami tak beli sebab masih awal pagi. Lagipun kami dah order set sandwich dengan air kopi sekali. Bukan setakat restoran je yang ada kat sini, mesin judi pun ada. Huhu.. Dapatlah orang kat sini sambil makan cari 'duit lebih' atau sedekah kat mesin tu. Hehe.. Jam 8 pagi kami dah selesai makan. Saya amik beberapa pamphlet kat pintu keluar. Kebanyakannya mengenai Lake District dan kawasan sekitar. Bagus jugak diorang buat camni. Strategi nak promote tempat menarik kat England.

Kat parking lot di luar Euro Garages
Cuaca memang sejuk pagi-pagi ni
Jam 8.10 pagi kami mula bergerak mencari petrol station. Agak mahal harga minyak kat area highway. Kalau kat kawasan kampung murah sikit. Saya mencari petrol station terdekat dan set dalam GPS. Yang paling dekat adalah kat pekan Chorley, 12 km dari tempat kami. Tak kisahlah, asalkan murah dan masih dalam route perjalanan. Harap sempat sampai sebelum habis minyak. Kami keluar dari highway dan masuk pekan Chorley. Jalan keluar dari pekan dah mula jem teruk. Maknanya kami kena lalu jugak kejap lagi. Huhu.. Sampai di petrol station saya terus isi minyak. Memang betul harga minyak murah 10p/litre dari kat highway tadi. Tengah isi tu baru saya perasan ada sign bagitau station tu tak terima note GBP50. Saya cek wallet, memang takde duit kecik. Maybe station tu takde duit pecah kot. Saya cuba isi sepenuh yang boleh. At least dapat isi GBP50, so tak payah la dia nak bagi baki. Last-last dapat isi GBP45 je. Saya masuk ke dalam kedai nak bayar. Orang kedai tu marah saya sebab bagi note GBP50. Saya bagitau yang saya tak perasan sign tu dan takde duit kecik. Dia membebel panjang sambil koyakkan sikit duit tu. Tak pasti sebab apa. Mungkin selalu berlaku kes duit GBP50 palsu kot. Tapi akhirnya dia terima jugak, walaupun dengan muka masam. Maaf puan, kami ni pelancong. Hehe.. Kami terus bergerak keluar dari pekan Chorley. Terpaksa mengharungi jem teruk. Kelajuan cuma 10 miles/hour.. Tapi tak membosankan sebab dapat tengok pemandangan yang baru. Kalau kat KL memang dah lama menyumpah. Hehe..

Jalan jem daa..
Hampir setengah jam kami mengharungi jalan jem. Jem sebab ramai nak masuk bandar seterusnya, Preston. Lepas je dari Preston bypass, jalan kembali lancar. Alhamdulillah. Ada lebih kurang sejam lagi untuk sampai ke Lake District. Kami teruja dengan pemandangan castle yang cantik di sepanjang highway. Memang banyak castle kat UK ni. Kalau nak buat trip melawat semua castle kat UK , rasanya sebulan pun belum tentu habis. Gambar tak dapat nak menilai keseronokan sebenar daripada melihat dengan mata kepala sendiri.

Jalan sudah clear. Yezzaa..
Pemandangan castle di kejauhan..
Kendal adalah bandar sempadan Lake District
Kami keluar dari highway dan ikut jalan dalam menuju ke Bowness-on-Windermere. MasyaAllah, cuaca yang mendung dan sejuk membuatkan pemandangan menjadi lebih cantik. Kawasan sekeliling yang lapang dipenuhi dengan kambing biri-biri. Isteri saya tak melepaskan peluang amik gambar sebanyak yang mungkin.

Pemandangan sekitar yang luas
Kambing biri-biri pun hidup tenang je kat sini. Hehe..
Banyak rumah lama @ cottage kat sini. Cantik..
@ Bowness-on-Windermere

Jam 10.30 pagi kami dah masuk ke kawasan Lake District. Kami bypass pekan Kendal, terus ke pekan Windermere. Memang betul seperti review yang saya dah baca dan gambar yang saya dah tengok. Dari live view memang superb! Tak tau camna diorang boleh jaga keindahan tempat ni. Mungkin sistem enforcement kat sini sangat strict membuatkan orang tak berani nak buat salah atau buang sampah merata-rata. Mana taknya, kamera speedtrap pun belambak kat jalanraya. Saya terfikir, camna nak buat benda ni kat Malaysia. Memang boleh, tapi akan amik masa yang lama. Pada saya perkara utama adalah mendisiplinkan diri masing-masing dulu. Kesedaran sivik itu penting untuk masa depan negara. Saya sendiri selalu jugak buang sampah merata. Susah nak ubah mentaliti manusia ni. Huhu..

(A) M61 Services Northbound, Rivington to (B) Bowness-on-Windermere = 104 km
Sampai sudaa..
Windermere Hotel. Kebanyakan bangunan kat sini warna camtu.
Memang indah kawasan Windermere ni. Thumbs up!
Dari Windermere ke Bowness-on-Windermere dekat je. Jalan kaki pun boleh. Kami mencari parking di Rayrigg Road. Parking kat sini guna sistem Pay and Display. Sama macam kat Malaysia cuma ada jugak tourists yang tak berapa pandai nak guna mesin tu. Terpaksa la saya explain camna nak tekan button kat mesin tu. First time saya ajar orang putih kat negara orang putih. Hehe.. Saya bayar GBP4 untuk parking selama 3 jam. Lepas saya letak kupon tu kat dashboard, terus officer yang jaga parking datang check. Kat tangan dia ada mesin cetak kompaun. Serius je muka officer perempuan tu. Kene set time, sebelum jam 2 petang kena ada balik kat sini. Sebelum explore pekan Bowness-on-Windermere, kami singgah di public toilet kat tepi parking lot. Nak masuk toilet kena bayar tol. Yang bestnya, takde orang jaga tapi ada pintu pagar. Nak panjat boleh je, tapi takut jugak kalau ada kamera. Kena tangkap sebab tak bayar duit toilet kang buat malu je. Hehe..

Peta Bowness-on-Windermere kat parking lot
Pintu masuk toilet. Bayar jangan tak bayar. Hehe..
Kami melangkah menuju ke pekan Bowness-on-Windermere. Kawasan pekan ni terletak kat tepi tasik. Tu yang buat lagi cantik tu. Kebanyakan orang yang ada kat sini terdiri dari warga tua. Ada jugak pasangan muda yang honeymoon kat sini. Kami ke kawasan tepi tasik, Bowness Bay sambil bergambar sebanyak yang mungkin. Banyak perkhidmatan boat cruise keliling tasik. Angsa yang jinak pun selamba je berkeliaran kat tepi tasik. Alangkah indahnya dunia ciptaan Tuhan. Katanya kat sini aiskrim dia sedap. Kami pun cuba la merasa walaupun cuaca sejuk. Mmmm, memang sedap. Rugi kalau datang sini tak cuba aiskrim especially vanilla with caramel. Terbaik!..

Memang old school pekan ni
Kawasan pekan ni berbukit-bukit. Jenuh nak menapak.
Lake view
Lake Information Centre. Ais krim kat sini pun famous gak
View jalan yang berbukit. Turun best. Naik?
Jinak betul angsa kat sini. Cuma saya tak berani nak pegang
View berdepan dengan tasik. Superb..
Depan kaunter tiket boat cruise
Masuk duit 50p untuk jadikan souvenir
View from the lake
Kedai sepanjang tasik
Ada banyak kaunter bot kat sini
Belakang tu restoran seafood terapung.
Kami berjalan ke kawasan kedai-kedai di sekitar pekan Bowness-on-Windermere. Banyak jugak kedai kat sini. Macam-macam benda yang dijual. Yang paling banyak ialah kedai barang-barang outdoor. Saya masuk ke satu kedai outdoor. Harga barang yang dijual amat murah. Mungkin diskaun diberi sebab dah masuk musim winter. Ramai orang mencari jaket yang tebal. Saya tak beli pun. Bukannya boleh pakai kat Malaysia. Nanti tersimpan je dalam almari. Memang ada hajat dihati nak beli sehelai jaket atau sweater yang tak tebal untuk kenangan. Tapi nanti lah dulu, banyak tempat lagi nak pergi.

Kat belakang tu kedai Peter Rabbit
Kat depan salah satu kedai outdoor
Melayan aiskrim vanilla with caramel. Sedaap..
Kat luar kedai Peter Rabbit
Antara kedai coklat yang ada kat sini
Mont Blanc. Terbaik tapi tak mampu nak beli.. Huhu..
Banyak kedai charity yang ada kat UK. Antaranya British Heart Foundation. Kami masuk ke dalam kedai. Barangan yang dijual adalah dari sumbangan orang ramai. Tapi bila tengok condition barang memang nampak macam baru. Harga pun melampau murahnya. Rasanya orang kat sini memang pakai untuk season tertentu je. Beli untuk summer, bila masuk season lain terus jual. Sebab tu nampak masih baru lagi. Sesuailah untuk orang yang bajet sikit nak beli kat UK ni. Secondhand but feels like new!

Banyak kedai charity macam ni kat UK. Rugi kalau tak masuk.
Seterusnya kami menapak naik bukit ke kedai-kedai yang lain. Memang aman je terasa. Tak pasti kalau time summer camna keadaannya. Mungkin musim winter ni orang tak keluar rumah sebab sejuk. Tapi untuk kami, inilah peluang nak merasa kesejukan cuaca kat sini. Cameron Highlands pun tak sesejuk ni. Lagipun time ni lah nak merasa keadaan lengang kat pekan. Takde lah terasa pack sangat suasana sekitar. Free and easy to wandering around the little town of Bowness-on-Windermere..

Letih menapak tapi tetap ceria
One of my wife's favourite shop, Pandora
Kedai souvenir banyak kat sini
Dekat taman di tengah pekan. Walaupun tinggal ranting tapi tetap cantik.
Masa untuk turun balik ke parking lot
Jam dah menunjukkan hampir pukul 1 petang. Walaupun masih ada sejam lagi masa parking kereta, tapi banyak lagi tempat nak dituju. Bila berjalan balik ke parking lot baru kami nampak pintu masuk ke World of  Beatrix Potter. Masa sampai tadi tak perasan pun. Kami amik gambar dari luar sebagai kenangan. Sampai di parking lot masih ada lagi officer tadi berjalan sambil melihat tiket di dashboard kereta. Bersungguh-sungguh betul dia menjalankan tugas. Lambat seminit confirm kena kompaun. Kalau kat Malaysia, parking bertindih tepi jalan pun belum tentu kena saman lagi. Bila dah terkena baru nak mengamuk. Confirm tak bayar, especially kompaun dari DBKL. Huhu..

World of Beatrix Potter yang berada dekat dengan parking lot.
Kami meninggalkan Bowness-on-Windermere pada jam 1 petang. Perjalanan seterusnya ke Waterhead yang terletak hanya 8 km dari Bowness-on-Windermere. Tujuan ke Waterhead kerana saya dah tengok gambar yang amat cantik kat Google Maps 3D view. Lagipun memang on-route kami melalui Waterhead dan Ambleside. Singgah cuma untuk bergambar je.

(A) Bowness-on-Windermere to (B) Waterhead = 8 km
@ Waterhead

Perjalanan dari Bowness-on-Windermere ke Waterhead melalui tepian tasik yang indah. Hati-hati kerana jalannya agak sempit. Bila bertembung dengan lori atau bas kena perlahan. Teringat muka staff Green Motion.. Hehe.. Kami sampai di Waterhead jam 1.15 petang. Cadangnya taknak bayar parking sebab nak amik gambar sekitar kawasan parking kat tepi tasik ni, tapi takut pulak kalau officer macam kat parking tadi tu ada kat kat sini. Sia-sia je kena kompaun walaupun untuk bergambar 5 minit. Nak taknak kena jugak bayar parking GBP1.80 untuk minimum 1 jam. Dah alang-alang parking untuk satu jam, kami pun berjalan jauh sikit sampai ke jeti tasik.

Kat parking kereta di tepi tasik
Suasana tepian tasik yang aman dan damai
Bergambar kenangan berdua
Terdapat beberapa kedai kat tepi tasik
Ambleside Wishing Well
Dapat layan aiskrim tepi tasik pun best nih
Jeti Ambleside
Kedai souvenir kat kawasan jeti
Paip air pun dibuat design melampau. Huhu..
Kawasan sekitar di Waterhead
Kawasan jeti di Waterhead ni berada di hujung pekan Ambleside. Sebenarnya agak besar jugak pekan Ambleside yang terletak kurang 2 km dari jeti, tapi kami tak singgah sebab nak terus ke destinasi seterusnya. Setelah hampir 45 minit berjalan kat tepi tasik, kami meneruskan perjalanan ke Keswick. Dari hasil google di internet, ramai yang berkata jalan dari Ambleside ke Keswick adalah termasuk dalam top 5 scenic drive route di UK selain di Cotswolds. Betul atau tidak, kejap lagi kami akan merasainya. Adakah indah seperti yang dikata. Wallahualam..

Last shot sebelum meninggalkan Waterhead
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Petrol        : RM225.00
  - Breakfast : RM32.40
  - Parking    : RM29.00
  - Jumlah     : RM286.40

*Website yang membantu:

Visit Manchester

Subway Restaurant

No comments:

Post a Comment