Tuesday 26 February 2013

Semi-Pro dan EPL punya hal....

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak dari zaman sekolah lagi saya memang minat main bolasepak. Takde la hebat sangat tapi memang inilah satu-satunya permainan yang saya suka, tak kira dalam padang atau luar padang (jadi penonton). Kalau team dalam negara memang Johor menjadi pujaan. Tapi tu zaman sekolah la. Kenapa minat Johor? Sebab saya orang Johor la. Time tu zaman Khalid Shahdan, Annuar Abu Bakar beserta dengan pemain import Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban menjadi kegilaan ramai. Time kat sekolah STAR mana boleh nak layan tengok kat tv. Lagipun tak banyak game yang tunjuk live kat tv. Hanya radio dan walkman menjadi perantara keputusan semasa bolasepak. Time tu takde lagi geng2 radio ERA. Yang ada cuma Radio 1 (Radio 1, Sepanjang Waktu... ingat lagi tagline dia, hehe).

Team Johor 1991. Mantap! (Ihsan Google Images)
Setiap malam weekday atau weekend bila ada game, kaki bola mesti pakat ramai-ramai dengar radio. Masing-masing ada team pilihan. Yang paling ramai penyokong Selangor dan Perak. Kami penyokong Johor yang minoriti ni fanatik pun senyap-senyap je. Time tu liga kat Malaysia dipanggil Liga Semi-Pro. Semua jersi team bola ditaja oleh Dunhill dan EON. Memang klasik jersi tu. Tapi malangnya saya takde pun beli jersi tu. Almaklumlah, tahun 1991 mana ada uptown macam sekarang. Kalau nak beli kena cari yang original. Budak sekolah, mana ada duit. Duduk pulak asrama. Makan minum dalam sekolah je. Keluar pun seminggu sekali (setiap Sabtu). Itu yang halal la. Kalau yang haram nak keluar tetiap malam pun boleh. Tapi akibat tanggung sendiri. Hehe..

Jersi Dunhill. Sekarang dah tak boleh dah (Ihsan Google Images)
Kenangan bolasepak tahun 1991 memang best sebab tahun ni la team Johor paling terbaik dalam sejarah hidup saya. Menang berganda, liga dan Piala Malaysia. Setiap kali dengar Radio 1, bila keputusan akhir Johor menang memang saya bersorak. Tapi sorak sorang-sorang je. Huhu. Tak kisah, yang penting team saya menang. Time tu jugak saya minat dengan team dari luar negara. Sudah tentu English Premier League menjadi pujaan. Time tu masih lagi menggunakan First Division League. Time tu ramai yang meminati Manchester United dan Liverpool. Tapi saya tak minat pun kedua-dua team ni. My favourite time... LEEDS UNITED.. Pelik kan? Saya pun tak tau kenapa saya suka dengan team Leeds United ni. Rasanya takde sorang pun kat sekolah saya yang minat team ni. Dan rasanya kalau cari satu Malaysia pun tak sampai 100 orang kot? Hehe..

Leeds United. Marching On Together! (Ihsan Google Images)
Leeds United.. Memang hebat time tu. Antara player yang saya masih ingat, sudah tentu Eric Cantona! Sempat dia main satu season dengan Leeds United sebelum berhijrah ke Manchester United. Player yang lain pun tak kurang hebatnya. Gordon Strachan, Gary McAllister, Gary Speed dan Rod Wallace memang amat saya kagumi. Dan yang paling best bila Leeds United ditabalkan menjadi juara terakhir First Division League (1991-1992). Lepas tu baru ditukarkan kepada English Premier League sampai sekarang. Dan saya masih lagi meminati dan mengikuti perkembangan Leeds United sehingga ke hari ni. Dari zaman kegemilangan sampai la zaman jatuh, turun hingga ke Championship, turun lagi ke League 1 dan sekarang berada di Championship semula menunggu peluang untuk pulang ke liga yang sepatutnya, EPL. Kenapa sampai begitu teruk sekali? Jelas kerana wang dan pentadbiran yang korup.

Zaman kegemilangan Leeds United.Champions League 2001 Semi finalist (Ihsan Google Images)
Susah saya nak ikuti perkembangan Leeds United sebab kat Astro hanya tunjuk EPL je. Cuma season kali ni agak best sikit sebab kadang-kadang ada jugak tunjuk live kat tv. Tapi tak la sebanyak EPL yang boleh dikatakan setiap kali ada game mesti ada live. Sebab tu saya mengharapkan sangat Leeds United kembali ke EPL supaya saya boleh layan selalu kat tv. Setakat ni hanya Unifi je menjadi penghubung saya untuk tengok game through live streaming. Kira ok la tu dari tak dapat tengok langsung. Tapi kalau dapat tengok kat Astro kan lagi best.. Masa belajar dulu, internet dan Astro takde kat rumah. Kedai mamak jadi port untuk layan bola. Cyber cafe lak jadi tempat bertandang untuk tengok perkembangan terkini Leeds United.

Suasana biasa bila ada game best. (Ihsan Google Images)
Boleh la dikatakan saya ni memang fanatik Leeds United. Tak nampak kefanatikannya sebab takde satu pun geng saya yang minat Leeds United. Yang ramai Manchester United dengan Liverpool je. Hmm.. Tapi yang penting saya menang peminat sejati sebab dari langkah pertama ke dunia EPL saya dah memilih Leeds United sebagai team favourite saya. Ada jugak kes kawan-kawan yang cuma minat kat player je. Bila player tu pindah team, dia pun pindah team sekali. Huhu.. Tapi yang paling tak tahan ada yang kata minat Chelsea dan Manchester City sejak kecik lagi padahal minat lepas team tu dah kaya raya. Dulu takdenya Chelsea dan Man City ni kuat. Huhu.. Bila la agaknya orang terkaya dunia nak beli Leeds United ni? Harapan... Leeds United till I die..

Kelab yang kaya sekelip mata. Untunglah.. (Ihsan Google Images)
Dah mula minat dengan team luar negara, team Johor mula dilupakan. Time sekolah masih layan lagi. Tapi sejak amalan rasuah dalam bolasepak mula berleluasa sejak kes Azizul Abu Haniffah saya terus tak mengikuti perkembangan bolasepak dalam negara. Memang kotor bila rasuah dah ada dalam satu organisasi. Saya sempat mintak autograf Azizul masa dia datang dan training kat padang sekolah saya. Sain kat baju pagoda je. Tapi bila dah terlibat rasuah saya terus buang baju tu. Duit memang boleh buat manusia bertindak apa saja. Baik ke buruk ke semua nampak halal je. Huhu.. Sejak dari tu team bolasepak Malaysia mula merudum. Lawan dengan team yang boleh makan pun kena tibai jugak. Ranking dunia makin jatuh. Alhamdulillah, sekarang ni team Malaysia dah mula naik balik. Mula mendapat kepercayaan penyokong. Go Harimau Malaya!

Azizul Abu Hanifah. Antara pemain tengah terbaik Malaysia (Ihsan Google Images)
EPL bukanlah liga yang dibarisi oleh player yang terbaik dunia. Kalau nak dibandingkan dengan La Liga, memang jauh berbeza. Bundesliga dan Serie A pun tak kurang hebatnya. Cuma apa yang saya nampak, media kat Malaysia ni melebihkan promote EPL berbanding yang lain. Asal bukak channel sukan je mesti tengah tunjuk game EPL. Jelas EPL bukan liga yang terbaik tapi cuma liga yang popular je. Terlalu banyak info tentang EPL kat tv membuatkan kita lebih meminati untuk menyokong team EPL. Lagipun faktor waktu perlawanan yang awal ditayangkan di tv membuatkan ramai meminati EPL. Kalau liga yang lain waktu live pukul 3 - 4 pagi. Nak bersorak pun dah tak larat time tu. Kedai makan kat tepi rumah saya ni memang bising kalau team favourite tengah bermain. Dah macam rasa kat stadium je. Nak menjerit pun takde hal, baru jam 11 malam. kalau menjerit pukul 4 pagi mau kena sound dengan orang yang nak tidur. Hehe..

The most popular leagues in Malaysia (Ihsan Google Images)
Kerana amat meminati team EPL ni especially Leeds United (walaupun duduk kat Championship) saya menyimpan azam untuk melawat ke sana jika diberikan peluang dan kesempatan. Bukan kerana team EPL je, tapi kerana bandar dan pemandangan countryside UK yang memang menjadi idaman untuk saya menjejakinya. Melancong ke UK, siapa yang taknak? Tanya kat wife saya lagi la dia teringin nak pergi. London tuu.. Nak melacong memang boleh, cuma wallet dan akaun bank yang kata tak boleh lagi. Huhu.. Kami berdua yang datang dari keluarga sederhana memang tak mampu la nak pergi dengan hasil tajaan keluarga. Kerja sebagai cikgu dan eksekutif bank memang tak cukup gaji kalau nak disimpan. Mungkin boleh tapi tak tau berapa tahun baru cukup. Kena cari alternatif lain yang halal. Alhamdulillah dengan perniagaan kecil-kecilan boleh la saya simpan sikit untuk masa depan keluarga dan sikit lagi untuk aktiviti leisure. Khidmat tuisyen tetap diteruskan demi mencapai misi yang agak impossible tapi mungkin boleh berlaku. Hendak seribu daya kan? Harap satu hari nanti impian akan menjadi kenyataan, insyaAllah..

Antara team bolasepak di UK (Ihsan Google Images)

No comments:

Post a Comment