Thursday 14 February 2013

JJCP Singapore: Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selesai sudah trip ke Singapore bersama keluarga. Rasanya 2 hari ke Singapore belum cukup puas pada sesiapa yang nak bershopping. Nak ke area Orchard Road pun dah ambil sehari suntuk. Tapi untuk melihat suasana negara orang, dah cukup memadai 2 hari je. Ada rezeki nak shopping boleh pergi lagi. Seberang tambak je. Hehe..

#1. Kos
Kos wajib keseluruhan yang saya gunakan adalah sebanyak RM1763.60. Ini termasuklah kos perjalanan, makan, tiket Universal Studios, sewa kereta dan guide. Rasanya cukup berbaloi sebab kos ni untuk 4 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Saya tak masukkan sekali kos shopping, sebab bab shopping tu ikut pada citarasa masing-masing. Silap-silap boleh cecah RM10000.00 kalau tak ingat dunia. Hehe. Tq pada Abang Sabri sekeluarga sebab menaja makan tengahari kami semua. Dapat cut cost sikit.

Money money money! (Ihsan Google Images)
#2. Kepuasan
Secara jujurnya saya amat berpuas hati sepanjang 2 hari di Singapore. Tak tau pulak yang lain puas ke tak. Saya ni jenis yang kurang bershopping. Beli kamera tu pun setelah lebih 10 kali berpikir. Tapi untuk melihat suasana negara orang pada saya dah cukup puas. Hujan yang lebat agak menyulitkan keadaan tapi tak menjadi masalah pun. Tak dapat berjalan ke Orchard Road takde hal bagi saya. Mungkin menjadi hal pada wife saya. Hehe.. InsyaAllah ada rezeki turun ke selatan boleh singgah sekejap ke Singapore. Selagi tak kena bayar tiket flight memang boleh la nak pergi lagi.

Tak puas ronda kat sini (Ihsan Google Images)
#3. Terkilan
Yang paling terkilan pada saya adalah ruang untuk bersolat di Singapore. Memang susah nak cari tempat untuk bersolat. Dalam shopping complex pun takde. Tak tau la kalau shopping complex yang saya duduk tu satu-satunya tempat yang takde ruang solat. Tapi yang terkejutnya di Universal Studios pun takde. Padahal saya nampak ramai jugak orang Islam kat dalam tu. Apalah salahnya buat satu bilik khas untuk bersolat. Kalau lelaki takde masalah, cari port kat hujung bangunan, bentang sejadah terus solat je. Yang perempuan macamana? Harap satu hari nanti adalah bilik yang dikhaskan untuk bersolat. Kesian tengok kat umat Islam Singapore. Huhu..

Mana-mana pun boleh (Ihsan Google Images)
#3. Mentaliti
Pada saya mentaliti rakyat Singapore ni agak bagus. Antara perkara yang menjadi tarikan saya adalah kebersihan bandar Singapore. Sistem enforcement diorang yang mengetatkan undang-undang kebersihan memang berjaya. Rasanya chewing gum pun kena banned kat Singapore. Ye atau tak wallahualam. Syarikat Wrigleys memang takleh cari makan la kat Singapore. Hehe. Mungkin sebab negara dia kecik kot. Boleh la nak jaga kebersihan. Kalau terjadi kat Malaysia alangkah baiknya.

Betul ke kena banned? (Ihsan Google Images)
#4. Overall
Secara keseluruhannya, saya agak berpuas hati dapat menjejakkan kaki ke negara Singapore ni. Walaupun tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, tapi pengalaman berada di negara orang tu penting. Kita takkan tau tentang baik atau buruk negara kita jika kita tak pernah ke negara lain. At least boleh la nak dibuat perbandingan. Apa-apa pun hujan batu lebih baik dari hujan emas. Hehe..


# Rating saya:
* People: 6/10 
   - Mungkin tak dapat nak bezakan orang Malaysia atau Singapore. Biasa je.
* Language: 9/10
   - Sama je macam kat Malaysia. Faham bahasa Melayu dan Inggeris.
* View: 6/10
   - Hutan batu. Macam kat KL.
* Cleanliness: 8/10
   - Bandar amat bersih. Bekas chewing gum pun tak nampak. Hehe..
* Transport: 7/10
   - Jalanraya agak cantik, cuma signboard kurang.
* Islamic: 6/10
   - Susah nak cari ruang solat. Makanan halal senang nak cari.
* Currency: 6/10
   - 1SD = RM2.45. Agak tinggi, tapi ada jugak barang yang murah.
* Shopping: 7/10
   - Ada jugak yang murah especially perfume dan kamera.
* Weather: 5/10
   - Sama macam kat Malaysia, panas..
* Repeat: 7/10
   - Maybe akan datang lagi untuk day trip, insyaAllah kalau diizinkan olehNya.
* Overall: 6/10
   - Biasa je, takde yang special sangat.

2 comments:

  1. Salam. Saya terjmp blog ni sbb tgh google2 pasal USS trip. Dulu, saya penah pi Spore dah sekali. So far kalo nk solat tu, musolla tu agak sukar nak jumpe, tp sebenarnya ade. Kena google sikit utk cari list musolla tu. tapi kalo solat di masjid tu insya Allah ada merata-rata dan dekat dgn shopping complexes. Tapi kena berjln sikit la. Kalo di USS, ade surau di bbrp lokasi - belakang Roller Coaster Human ,di sebelah Ancient Egypt, di Annual Pass lobby. Kalo nk adventure sikit, boleh jer keluar dr USS (dptkan cop to re enter) rayau the rest of Sentosa Island - ade musolla di Beach Station dan masuk semula ke USS. Kalo pergi ke uss naik mrt melalui VIvo city, ade masjid dekat dgn vivo city. kena jalan sikit. ape2pun, travel kat spore still ok lagi berbanding negara non muslim lain di asia tenggara, sbb masjid tu Insya allah ade merata2. :) . lawat la Sentosa Island lagi lepas ni, sbb kat situ ade byk lagi bende best selain USS. anak2 sure suke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Tq for the info. Saya pergi USS cuma day trip je. Ada ternampak satu bilik kat pintu masuk tapi ramai yang duduk berehat dan tidur. Saya takde masalah pun nak solat di mana-mana asalkan bersih dan tak mengganggu orang ramai (ye, Singapore memang bersih! Hehe). Disebabkan bawa anak-anak, malas nak keluar masuk USS. Next time akan ikut panduan dari saudara/saudari tentang lokasi musolla di Singapore. Tq very much..

      Delete