HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 10 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ HELSINKI CITY CENTRE
@ HALAL LIHA / MUGHAL HALAL SHOP
@ AIRBNB - ROBERT
Jam 12.05 tengahari I-Train sampai. Kami naik dan banyak tempat duduk yang kosong sebab semua penumpang dah keluar. 2 minit kemudian train bergerak menuju ke bandar Helsinki. Cantik sungguh keadaan dalam train. Baru beroperasi agaknya. Sambil menunggu train sampai ke destinasi, dapatlah saya belajar beberapa nama station dalam bahasa Finnish. Memang susah nak menyebutnya. Hehe.. Di sepanjang perjalanan keadaan cuaca mendung dan hujan renyai tapi salji masih belum turun. Kejap lagi siaplah menggigil badan tak tahan sejuk. Huhu..
Suasana di dalam train. Kemas.. |
@ HELSINKI CITY CENTRE
Jam 12.40 tengahari train kami sampai di Central Railway Station (Helsingfors Centralstation). Kami terus keluar dari central station dan berjalan ke pintu masuk metro station yang terletak di luar. Seperti dijangka, cuaca amatlah sejuknya. Jalan basah menandakan hujan baru berhenti. Kami menarik beg atas jalan yang agak berpasir dan akhirnya sampai di Rautatientori Metro Station. Dengan pantas kami turun ke platform sebab masing-masing dah tak tahan sejuk. Itulah cabarannya bila travel musim winter. Dah niat nak cari pengalaman musim salji yang sememangnya takkan berlaku kat Malaysia, maka terpaksa la hadap juga walau sesejuk mana pun. Moga kesihatan masing-masing terpelihara dengan baik sepanjang masa travel ni.
Train route: From Lentoasema Station to Helsinki Central Station |
Menarik beg mencari metro station. Sejuknya!.. |
Ada banyak option untuk kami naik public transport ke destinasi seterusnya. Tapi saya pilih untuk naik metro sebab bawa beg besar. Nak naik tram pun boleh tapi tram pendek dan nampak macam susah je dengan beg kami yang besar ni. Dalam website Airbnb, Robert yang menjadi tuan rumah kami di sini ada maklumkan cara untuk ke rumahnya dari airport. Dia suggest naik bas sebab boleh terus sampai kat bawah apartment dia. Memandangkan kami baru first time sampai sini jadi adalah lebih baik kami naik train. Lagipun ada tempat lain yang kami nak singgah sebelum sampai rumah dia. 5 minit menunggu akhirnya train kami sampai di Rautatientori Metro Station.
Walking route: From Helsinki Central Station to Rautatientori Metro Station |
Tunggu metro sampai di Rautatientori Station |
Kami duduk dalam metro kejap je. 3 minit perjalanan dan hanya 2 hentian kami dah sampai di Hakaniemi Station. Sebelum kami berjalan ke rumah Robert, saya mencari kedai halal untuk kami beli bahan mentah. Dua hari kat sini boleh la kami memasak. Dalam google map ada satu kedai halal yang berdekatan dengan metro station. Tapi bila saya buka live view, macam dah tutup je kedai tu. Jadi saya mintak yang lain tunggu sementara saya sorang berjalan mencari kedai halal tu. Jenuh menarik beg jauh-jauh nak pergi kedai, tapi kedai tutup. Dah la jalan kat sini tak rata dan berpasir. Nasib baik roda beg dah tukar. Haha.. Dua blok saya berjalan dan akhirnya jumpa juga kedai yang dicari. Saya patah balik dan kami semua pergi ke kedai halal tu. Boleh je saya whatsapp suruh diorang datang kat saya, tak payah la saya nak patah balik. Tapi siapa pulak yang nak bawakan beg saya. Takpe, hari pertama dah exercise musim sejuk di bumi Finland. Hahah..
Metro route: From Rautatientori Station to Hakaniemi Station |
Mencari pintu keluar di Hakaniemi Station |
Diorang amik gambar sekitar sementara saya berjalan mencari kedai halal |
Tram @ Helsinki
@ HALAL LIHA / MUGHAL HALAL SHOP
Jam 1.20 petang kami sampai di depan kedai menjual daging halal yang bernama Halal Liha. Bermacam-macam jenis ayam dan daging halal dijual di sini. Harga boleh tahan mahal, tapi teringin punya pasal maka kenalah beli. Hihi.. Kami pilih daging dan ayam secukupnya untuk dimakan selama 2 hari kat sini. Nampaknya dapatlah makan nasi lauk ayam dan daging. Barulah rasa sedap sikit. Selesai beli ayam dan daging kami singgah di kedai runcit di sebelah yang juga menjual produk halal. Rupanya sebaris kedai kat sini menjual barangan halal. Jadi kepada yang datang ke Helsinki dan nak masak, di sinilah tempat yang terbaik untuk membeli ayam, daging dan barang masak yang halal. Sebaiknya kena masak kalau lebih sehari di sini sebab kat Helsinki tak banyak option restoran halal. Semua barang yang dibeli tadi kami kongsi bayar 15.00EUR/person. Lebih atau kurang minta halal ye. Sebab lepas ni banyak lagi barang yang nak dibeli bersama. Travel sama-sama jangan bayar sorang-sorang. Hehe..
Walking route: From Hakaniemi Station to Halal Shop |
Sedang memilih ayam dan daging untuk dimasak 2 hari di sini |
Kedai runcit di sebelah. Ada juga barang yang diimport dari Malaysia. Bangganya.. Hehe |
Halal Meat Shop
Itulah apartment destinasi kami |
Email saya kepada Airbnb. Nasib baik loading error je. Terbaik sebab fast reply.. |
Pagi tadi saya dah whatsapp Robert maklumkan yang kami akan sampai dalam jam 2.00 petang di rumahnya. Robert ada di rumah dan dia tunggu kami sampai. Sampai je di bawah apartment, saya terus whatsapp dia. Dia pun terangkan cara-cara untuk masuk ke dalam apartment. Kami masukkan passcode yang diberi oleh Robert untuk buka pintu utama ke lif apartment. Kemudian kami bergilir naik lif ke Tingkat 3 sebab lif hanya muat maksimum 4 orang bersama beg besar. Bila semuanya dah ada kat Tingkat 3 barulah kami mencari pintu rumah Robert yang bernombor 35. Kat peti surat sebelah lif rumah nombor 35 bukan nama dia. Mungkin nama kawan dia kot. Janji jangan salah rumah sudah la. Hehe..
Walking route: From Halal Shop to Airbnb (Robert) |
@ AIRBNB - ROBERT
Address: Haapaniemenkatu, Helsinki, 00530 Finland
Sampai di depan pintu rumah, kami disambut mesra oleh Robert. Inilah first time kami dapat berjumpa dengan tuan rumah melalui Airbnb. Kami kenalkan diri masing-masing. Robert tak duduk di sini. Rumah ni dia sewakan sebagai homestay atau long term stay. Sedang elok tarikh yang kami pilih takde orang yang menyewa rumahnya. Robert berikan penerangan tentang rumah dan alatan yang boleh digunakan. Jujur kata, keadaaan rumahnya agak bersepah dan tidak seperti yang dinyatakan dalam website Airbnb. Tapi saya takkan bagi bad review sebab inilah antara option termurah rumah yang saya dapat cari dan yang paling dekat dengan pusat bandar. Hotel kat Helsinki punyalah mahal. Memang option Airbnb je yang paling murah. Saya tak kisah sangat tentang keadaan rumah, asal ada tempat untuk berehat dan tidur pun dah cukup bersyukur. Hehe..
Sampai di depan pintu rumah, kami disambut mesra oleh Robert. Inilah first time kami dapat berjumpa dengan tuan rumah melalui Airbnb. Kami kenalkan diri masing-masing. Robert tak duduk di sini. Rumah ni dia sewakan sebagai homestay atau long term stay. Sedang elok tarikh yang kami pilih takde orang yang menyewa rumahnya. Robert berikan penerangan tentang rumah dan alatan yang boleh digunakan. Jujur kata, keadaaan rumahnya agak bersepah dan tidak seperti yang dinyatakan dalam website Airbnb. Tapi saya takkan bagi bad review sebab inilah antara option termurah rumah yang saya dapat cari dan yang paling dekat dengan pusat bandar. Hotel kat Helsinki punyalah mahal. Memang option Airbnb je yang paling murah. Saya tak kisah sangat tentang keadaan rumah, asal ada tempat untuk berehat dan tidur pun dah cukup bersyukur. Hehe..
Booking rumah Robert melalui Airbnb |
Inilah wajah tuan rumah kami di Helsinki |
Kami berehat sekejap. Penat berlari kat airport dan menarik beg belum habis lagi. Saya bertanya pada semua sama ada nak stay kat rumah atau keluar jalan-jalan. Ye lah, takut ada yang dah tak larat nak berjalan. Nak duduk lama kat rumah terasa rugi. Kalau diorang taknak, saya berdua dengan wife je yang keluar. Nampaknya semua setuju nak join sama. Hehe.. Sebelum keluar kami nak makan dulu. Robert bagitau kat Tingkat 6 apartment ni ada cafe halal. Ada family Indonesia yang menetap di sini dan berniaga. Kalau sempat esok boleh la singgah sekejap. Robert suruh sebut je nama dia kat tuan kedai dan boleh claim air kopi free. Hehe.. Jiran sebelah rumah dia ni pun orang Indonesia. Tapi diorang takde, balik Jakarta cuti winter katanya. Ramai betul orang Indonesia kat sini ye. Orang Malaysia takde ke? Hihi.. Takpelah, lebih baik kami masak je sebab dah beli ayam dan daging. Sementara menunggu geng perempuan memasak, saya cuba buka dan tutup pintu rumah. Ada masalah sikit nak kunci pintu. Robert kata dia tak sempat nak betulkan. Dia ada tunjukkan cara nak kunci pintu tadi. Lama juga kami cuba sampai menjadi. Harap masa balik nanti takdelah buang masa nak mengunci rumah. Huhu..
Fa tunjuk skill masak. Masing-masing dah lapar ni |
Jam 3.45 petang makanan panas sudah tersedia. Nasi berlaukkan sup ayam dan ditambah dengan sambal belacan yang dibawa khas dari Malaysia memang amat menyelerakan. Lupa seketika makanan Sharifah. Hehe.. Memang betul la tekak orang Malaysia mesti kena ada nasi. Masing-masing berselera sungguh. Nasi dan lauk masak banyak untuk makan malam sekali. Confirm lapar punyalah bila balik dari meronda malam nanti. Kumpul balik tenaga untuk sambung berjalan. Kesemuanya tambah nasi sebagai tanda kelaparan dan kelazatan yang amat sangat. Hahah..
Makan time!.. Ada sambal belacan yang tak tahan tu. Layann.. |
Selesai makan kami berehat sambil berborak. Semuanya senyum tanda kekenyangan dan kepuasan dapat makan sup ayam yang sedap. Hehe.. Saya terangkan aktiviti yang akan kami jalankan di Helsinki selama 2 hari ni. Untuk malam ni hanya jalan-jalan melihat gerai atau butik-butik di shopping street. Jadi tak perlu nak rushing keluar malam ni. Masa ni barulah kami daapt borak tentang perkara yang berlaku kat airport pagi tadi. Rupanya Fa dan Abg Fikri kena tahan dan beg diorang kena geledah sebab ada bawak cecair yang melebihi had. Mana taknya, syampu botol besar tu. Patutlah kena rampas. Takpe, malam ni kita cari kedai beli syampu botol kecik pulak sebab lusa nak naik flight lagi. Pinjam wife saya atau Sue punya syampu pun boleh. Saya cadang jam 6.00 petang baru kami mulakan langkah. Jam 5.30 petang kami mula bersiap-siap. Time to explore Helsinki at night!. Moga dapat pengalaman yang terindah di sini. Wallahu 'alam..
Rama tengah adjust handle beg yang rosak. Huhu.. |
hiiii..pasal botoi syampoo ka kena tahan..adehhh..nasib tak baik la tu.
ReplyDeletecikgu tk pesan kat kwn ka liquid tak bole bwk botoi besaq...hiii
Itulahh.. Dah selalu naik flight entah camna boleh lupa pasal saiz botol syampu tu.. Benda nak jadi. Nasib baik dapat juga naik flight. Kalau tak boleh jadi tajuk "Flight terlepas kerana sebotol syampu". :)
Delete