Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ RABU, 12 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ HELSINKI VANTAA INTERNATIONAL AIRPORT
@ SCANDINAVIAN AIRLINES SK1707
@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT
@ EUROPCAR CAR RENTAL
Jam 2.00 pagi saya terbangun kerana terlalu sejuk. Selimut dah jatuh ke lantai. Huhu.. Saya keluar ke balkoni untuk melihat jika ada salji turun. Dalam keadaan cahaya yang samar di bawah, kelihatan salji halus turun dari langit. Patutlah sejuk semacam malam ni. Nampaknya bumi Helsinki dah mula turun salji hari ni. Harap-harap pagi nanti masa kami keluar dari apartment janganlah lebat sangat. Letih nak menarik beg atas jalan licin yang penuh salji.
|
Weather forecast di Helsinki untuk hari ni |
Light snow arriving Helsinki
Saya tarik selimut dan sambung tidur semula. Jam 5.30 pagi kami semua bangun dan menunggu giliran untuk menggunakan bilik mandi. Para isteri sedang menyiapkan breakfast. Jam 6.30 pagi waktu Subuh masuk di sini. Selesai solat kami breakfast bersama-sama. Beg semuanya dah siap sedia di pintu. Lepas breakfast boleh terus check-out. Kena pastikan sampai di airport secepat mungkin. Harap kunci pintu beri kerjasama lagi pagi ni. Jangan susah nak kunci sudah la. Kami tinggalkan je tanpa berkunci kalau susah sangat nak lock. Hihi..
|
Kita makan nasi berlauk ayam pagi ni |
Selesai makan, kami bersiap-siap untuk check-out. Pinggan dah siap dibasuh dan keseluruhan rumah dah dibersihkan seperti asal. Nak kata bersih sangat pun tak juga tapi lebih baik dari masa kami check-in haritu. Hihi.. Jam 7.15 pagi kami dah berada di luar rumah dan setelah beberapa kali cubaan akhirnya pintu berjaya dikunci. Robert beri dua kunci rumah. Satu dia suruh letakkan di meja ruang tamu dan satu lagi selepas dah kunci pintu dia suruh selitkan di bawah pintu. Saya cuba selit tapi ruang bawah pintu sempit. Jadi saya letakkan kunci di belakang tanda nama di dinding. Saya call untuk maklumkan pada dia dan hantar gambar sebagai bukti. Robert ucapkan terima kasih kerana sudi menyewa rumahnya dan minta maaf jika fasiliti dan keadaan dalam rumahnya yang tak seperti yang dinyatakan dalam website Airbnb. Takde masalah Robert, kami ok je asalkan dapat tidur dan berehat. Dan yang paling penting ianya murah dari mana-mana apartment atau hotel yang ada di sini.
|
Sebelum keluar saya tengok kat balkoni dulu, kalau salji masih turun lagi. Line clear.. |
|
Bukti kunci telah diletakkan ditempatnya |
Kami turun ke bawah apartment dan berjalan menarik beg hingga ke Hakaniemi Metro Station. Jalan yang sudah dilitupi oleh salji nipis lebih menyukarkan kami kerana permukaan yang licin. Ditambah pula dengan jalan yang tak rata. Huhu.. Gigih kami menarik beg masing-masing dan akhirnya jam 7.50 pagi kami sampai di Hakaniemi Metro Station. 5 minit menunggu dan train M1 menuju ke Matinkyla tiba. Kami naik dan turun di Rautatientorin Metro Station. Kemudian kami sambung menarik beg masuk ke dalam Central Railway Station mencari platform train ke airport.
|
Baca doa perjalanan dulu |
|
Salji nipis sudah turun malam tadi |
|
Menunggu train M1 tiba di Hakaniemi Metro Station |
|
Metro route: From Hakaniemi Station to Rautatientorin Station |
Ramai sungguh orang di dalam Central Railway Station. Kami mencari di manakah letaknya Platform 1. Rupanya ia terletak di platform paling hujung dalam station ni. Ramai penumpang yang berjalan laju ke arah Platform 1. Mungkin train dah nak bergerak kot. Kami pun dengan pantas berjalan sambil menarik beg. Kalau tertinggal train ni tak pasti jam berapa train berikutnya. Kami nak sampai airport awal. Fobia kejadian hari tu masih terasa lagi. Hihi.. Sampai di Platform 1 memang betul train dah nak bergerak. Saya yang sampai dulu taknak naik lagi. Takut lepas saya naik pintu terus tertutup. Naya je kawan-kawan yang lain tertinggal. Huhu.. Lepas kami semua masuk ke dalam train, pintu pun tertutup dan train bergerak ke station berikutnya. Alhamdulillah lega..
|
Kami lalu station yang jangan disebut namanya. Hehe.. |
Sementara menunggu train sampai di airport, saya buka website Airbnb dan berikan review pada apartment Robert. Tak sampai hati sebenarnya nak bagi review yang terlebih jujur. Pada saya kira ok lah keadaan rumah dia memandangkan kami pun hanya traveler bajet. Kalau kami nak bermewah dah tentu kami duduk kat hotel 4-5 bintang. Hihi.. Yang penting rumah dia ada pintu walaupun susah nak kunci. Sekurangnya privacy kami terjaga di Helsinki. Kira nasib baik juga dia peramah walaupun tau saya ni peminat Leeds United. Satu hari nanti kalau saya ke UK lagi saya nak jumpa dia. Nak ajak dia tengok game bola kat stadium. Wife pulak boleh borong pinggan Portmeirion sebab rumah Robert terletak di Stoke. Hehe..
|
Review Robert terhadap kami. Thanks.. |
@ HELSINKI VANTAA INTERNATIONAL AIRPORT
Jam 8.35 pagi train kami sampai di Lentoasema Station. Kami turun dan terus berjalan menuju ke dalam terminal. Kami ke Terminal 1 dan melihat skrin info untuk mengetahui di mana kaunter Scandinavian Airlines untuk kami check-in. Di sini sama seperti Kastrup, kena self check-in. Kami gunakan kiosk yang banyak disediakan di sini untuk check-in dan cetak boarding pass serta luggage tag. Kami lekatkan luggage tag di beg masing-masing, kemudian kami ke kaunter 106-108 untuk bag drop. Bagus betul sistem self service kat sini. Tak perlu guna tenaga pekerja yang ramai. Maka lebih ramai la yang akan jadi pengutip buah anggur. Apa-apa pun teknologi dah makin canggih, buat apa nak guna manusia. Hihi..
|
Train route: From Central Railway Station to Lentoasema Station |
|
Info untuk flight kami dah terpapar di skrin |
|
Urusan check-in selesai |
|
Urusan bag drop pun selesai. Lega.. |
Self bag drop
Dah selesai urusan check-in dan bag drop, kami terus berjalan menuju ke bahagian passport checking dan immigration clearance. Tak nak duduk bersantai macam haritu. Dah lepas imigresen baru boleh tenangkan jiwa. Hehe.. Alhamdulillah, urusan di kaunter passport dan imigresen berjalan dengan lancar. Takde sorang pun yang kena tahan dan selongkar beg kami. Bila dah berada di duty-free area barulah rasa lega. Ada lagi sejam sebelum boarding flight. Kami ambil peluang untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar. Tak banyak kedai di area duty-free. Boleh la cuci mata tengok Lego yang bermacam-macam jenis. Harga lebih kurang macam di Malaysia tapi banyak model yang ada diskaun. Sorang kawan saya peminat Lego sejati. Dia minta saya tengokkan satu model Lego yang dia teringin nak beli. Daripada kedai yang saya survey, tak jumpa lagi model Lego yang dia nak tu. Nanti saya carikan lagi bila singgah di mana-mana kedai yang menjual Lego. Hobi mahal kawan saya ni. Hihi..
|
Selain Lego, coklat kat sini murah |
Saya saja pilih untuk naik Scandinavian Airlines. Sebenarnya tiket Norwegian Air lebih murah, tapi tak beza banyak. Hanya RM20.00 je beza harga tiket. Saya nak merasa dan tambah pengalaman naik pelbagai jenis flight. Bila lagi dapat peluang naik Scandinavian Airlines. Flight ni tak sampai KLIA pun kalau nak naik lain masa. Baik amik peluang sementara berada di kawasan jajahannya. Nanti boleh bagi review flight experience. Hehe.. Naik apa-apa jenis flight pun tak menjadi masalah asalkan ianya selamat di sepanjang penerbangan.
|
Melayan hot macchiato sambil menunggu flight announcement |
@ SCANDINAVIAN AIRLINES SK1707
Jam 9.40 pagi kedengaran announcement berkenaan flight kami. Semua penumpang dah mula bangun dan beratur di Gate 15. 10 minit kemudian pintu dibuka dan kami yang berada di barisan belakang menunggu giliran untuk masuk. Masa cek boarding pass, kami diberi satu kertas yang tertulis nombor seat. Takkan kena duduk asing kot? Dalam boarding pass dah sedia tertulis nombor seat yang kami pilih masa self check-in tadi. Kami perlu jalan kaki di luar untuk naik flight dan kami terus berjalan mencari nombor seat asal kami. Kalau dah ada orang duduk nak buat camna. Takde masalah duduk asing sebab flight duration pun tak lama. Alhamdulillah seat kami berenam masih tiada penumpang. Inilah pertama kali saya naik international flight yang paling kecil. Sebaris hanya ada 4 seat je. Ruang tempat duduk agak luas. Lutut tak berlaga dengan seat depan dah kira bersyukur. Hehe..
|
Menunggu Gate 15 dibuka |
|
Macam naik Air Asia kat LCCT suatu masa dulu. Hehe.. |
|
Flight full house. Seat agak selesa. Aircond sejuk. Hehe.. |
Sebelum flight berlepas, setelah semua penumpang sudah berada di dalam flight, prosedur biasa dijalankan oleh stewardess bertugas mengenai keselamatan ketika penerbangan. Tepat jam 10.05 pagi flight mula bergerak untuk berlepas di landasan. Dalam keterujaan menuju destinasi berikutnya, dalam hati masih terasa sayu kerana akan meninggalkan bumi Finland. Memang tak cukup trip 2 hari di sini. Banyak lagi tempat yang boleh dilawati jika ada masa yang banyak. Namun saya tetap bersyukur kerana telah berjaya jejakkan kaki di sini. Memang niat saya jika ke Scandinavia saya akan masukkan Finland sebagai salah satu negara yang akan dilawati. Nampaknya impian dah menjadi kenyataan. Bumi Allah itu luas. Syukran..
|
Off we go.. Goodbye Finland!.. |
Nak tidur rasa macam tak berbaloi sebab flight duration cuma 1 jam 40 minit untuk sampai di Kastrup International Airport. Saya berborak dengan wife tentang pengalaman yang kami dapat sehingga hari ni. Antara pengalaman yang takkan dapat dilupakan dah tentu kejadian hampir terlepas flight haritu. Macam tu lah agaknya kalau masuk pertandingan The Amazing Race. Hihi.. Semua pengalaman yang diperolehi mendewasakan kita walaupun zahirnya kami memang dah dewasa. Hehe.. Masih ada 2 minggu lagi kami di sini. Kumpul pengalaman sebanyak mungkin. Hidup hanya sekali. Lakukan perkara yang terbaik dalam hidup. Yang penting jangan lupa pada yang Esa.
|
Flight route: From Helsinki Vantaa Int' Airport to Kastrup Int' Airport |
Jam 10.30 pagi waktu Denmark, pilot buat announcement menyatakan bahawa lagi 10 minit flight akan mendarat di Kastrup International Airport. Saya betulkan jam semula mengikut waktu Denmark. Keadaan cuaca yang dilihat dari tingkap amat cerah. Tak nampak pun daratan yang berwarna putih menandakan ada salji turun di bumi Denmark. Tepat jam 10.40 pagi flight Scandinavian Airlines SK1707 telah mendarat dengan selamatnya di Kastrup International Airport. Alhamdulillah.. Kami group terakhir yang turun dari flight. Dah keluar dari flight baru teringat topi saya tertinggal di bawah seat. Saya minta pada staff yang bertugas untuk naik semula untuk ambil topi. Nasib baik dia bagi. Topi favourite saya tu bila travel musim winter. Beli masa travel ke UK tahun 2012 dulu.
|
Thank you Scandinavian Airlines! |
|
Lega dapat amik topi yang tertinggal. |
@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT
Kami berurusan di kaunter passport dan immigration clearance. Urusan selesai tanpa sebarang masalah. Kami berjalan ke area baggage claim untuk mengambil beg. Agak lengang suasana di dalam terminal berbanding masa kami ke Helsinki haritu. Setelah mengambil semua beg kami, destinasi seterusnya adalah mencari di manakah letaknya tempat sewa kereta. Apa yang saya tau, Car Rental Center di sini terletak di luar terminal. Kami kena naik shuttle bus untuk ke sana. Kami mengikut arah signboard menuju ke stesen bas. Sebelum tu saya singgah dulu di Starbucks untuk beli city mug Copenhagen. Saya ingat nak beli masa hari terakhir, tapi apa salahnya beli sekarang. Takut last day nanti lupa nak beli, sama seperti kes di Paris dulu. Huhu..
|
Weather forecast di Copenhagen |
|
Kiosk Starbucks paling kecik pernah saya jumpa |
|
Beg kami dah ada di belting 8 |
|
Welcome to Copenhagen.. Again.. |
|
Menunggu shuttle bus tiba |
Arriving Kastrup International Airport
@ EUROPCAR CAR RENTAL
Jam 11.35 pagi shuttle bus tiba. 5 minit perjalanan akhirnya kami sampai di Car Rental Centre di mana semua company kereta sewa terletak di dalam bangunan yang sama. Kami terus menuju ke kaunter Europcar dan menunggu giliran untuk berurusan dengan staff bertugas di kaunter. Sampai giliran kami, saya berikan bukti dokumen berkaitan booking kenderaan yang telah saya buat. Dalam hati mengharapkan booking kami ni wujud dalam sistem Europcar sebab saya book melalui 3rd party website iaitu Airportrentals.com. Risau kalau ianya website scam walaupun saya amat yakin company tu wujud. Huhu.. Staff bertugas check semua dokumen dan mengesahkan bahawa booking kami ada dalam sistem. Alhamdulillah..
|
Shuttle bus route: From Airport Terminals to Car Rental Centre |
|
Bangunan Car Rental Centre di airport |
|
Berurusan di kaunter Europcar |
Car Rental Centre
Gembira hati ni bila staff tu kata booking kami wujud. Saya makin bertambah gembira bila staff tu kata mereka akan beri kami kereta Volkswagen Caravelle. Trick saya menjadi akhirnya. Hehe.. Saya booking Renault Traffic/Diesel/Manual Transmission, dan apa yang saya dapat adalah VW Caravelle/Diesel/Automatic Transmission. Yang penting harga tetap sama. Terbaiklah. Cuma kos diesel mungkin bertambah sebab kereta auto. Takpelah, janji saya lebih senang nak bawa nanti. Staff tu tanya adakah kami akan drive sampai ke Sweden sebab dia boleh tolong uruskan bayaran untuk tol di Oresund Bridge. Saya minta dia uruskan sekali bayaran tol untuk satu lagi jambatan iaitu The Great Belt Bridge yang terletak di laluan menuju ke bandar Odense. Dah tak perlu nak fikir tentang cara nak bayar di tollbooth nanti.
|
Hanya 2 jambatan ni di Denmark yang kena bayar tol |
Saya dah kaji tentang tol yang ada di Scandinavia. Di Sweden sama seperti Denmark, tiada tol untuk kenderaan biasa di highway. Hanya ada 3 jambatan lama yang kena bayar tol iaitu di Motala, Sundsvall dan Svinesund Bridge yang menghubungkan Sweden dengan Norway. Yang ni kami tak perlu nak ambil kisah sebab kami tak lalu pun ketiga-tiga jambatan ni. Selain dari itu, kenderaan yang masuk ke kawasan bandar Gothenburg dan Stockholm akan dikenakan congestion charge dan nilainya berbeza ikut waktu. Yang ni pun kami tak perlu nak bayar sebab kami dijangka berada di Gothenburg pada hari minggu dan charge hanya pada weekdays sahaja. Di Stockholm nanti kami tak bawa kereta masuk bandar. Kami bercadang untuk naik public transport je. Hanya di Norway je yang kami akan lalu banyak tol. Tapi di sana takde tollbooth. Diorang akan hantar invois caj tol melalui email. Yang ni saya tak pasti macam mana kaedah bayarannya. Dah tentu kena pakai kad kredit. Tunggu je lah sampai dapat email. Huhu..
|
Info tentang tol di Sweden |
|
Info untuk tol di Norway. Tengok berapa banyak tol yang dia ada. Huhu.. |
Staff tu uruskan tentang bayaran tol ulang-alik di The Great Belt Bridge dan Oresund Bridge. Harganya amat menakutkan. Huhu.. Untuk The Great Belt Bridge, bayaran tol adalah DKK480.00/return dan Oresund Bridge pula DKK700.00/return. Fuhh, nasib baik la takde tol kat highway. Boleh pening dibuatnya. Huhu.. Kemudian kami kena tambah lagi sehari kos untuk crossing border yang berharga DKK13.64/day. Masa booking haritu dikira 11 hari. Rupanya jumlah sebenar 12 hari. Takpelah, semua kos ni bila dibahagi dengan 6 orang takdelah terasa beban sangat. Lainlah kalau travel berdua. Confirm lagi tinggi kos yang kena tanggung. Huhu..
|
Rental agreement |
Kalau dilihat pada rental agreement di atas, hanya basic protection je yang bertanda Yes dan di bahagian bawah tertulis 'excess charge of DKK 5000 in case of damage to the theft of the car'. Ini kerana saya tak ambil full coverage insurance dari Europcar, tetapi saya ambil dari Airportrental.com sebab ianya lebih murah dan juga full coverage. Apa-apa pun saya berharap jangan la jadi sesuatu yang tak diingini sepanjang perjalanan kami. Banyak dah saya baca cerita tentang rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan ataupun kereta dipecah oleh pencuri masa sewa kereta di luar negara. Alhamdulillah setakat ni rekod saya masih baik. Moga berkekalan rekod itu, in shaa Allah.. Jika berlaku juga maka itu adalah ujian yang perlu ditempuhi. Standby je lah mana-mana duit lebih yang ada. Huhu..
|
Inspection form |
Selesai urusan pembayaran tambahan untuk baki sewa dan caj tol, saya diberi kunci kereta dan nombor lot parking. Kami terus ke belakang bangunan di mana letaknya kawasan parking untuk kereta sewa dan mencari lot parking bernombor 048. Terkejutnya saya bila sampai di lot tersebut. Kereta VW tapi bukan Caravelle yang parking di situ. Mana cukup kami nak naik kereta 5 seater ni. Huhu.. Sue dan Rama pergi semula ke kaunter untuk verify lot parking yang sebenarnya. Kesilapan staff Europcar, bukan lot 048, tapi lot 098. Lega kami bila nampak VW Caravelle di depan mata. Kereta warna putih yang diberi. Memang kotor abislah bila return nanti. Huhu.. Yang penting kami dah ada kereta untuk dibawa berjalan. Alhamdulillah..
|
Kunci kereta sudah berada di tangan |
|
Salah kereta ni. Siapa nak duduk atas riba? Hihi.. |
|
Yezzaa.. Inilah yang akan bawa kami jalan-jalan |
Sebelum mulakan perjalanan, seperti biasa kami akan periksa dulu keadaan keseluruhan kereta ni, daripada exterior hinggalah bahagian interior kereta. Ianya sebagai bukti kami terima kenderaan ni dan sebagai backup jika ada calar atau kerosakan bila return nanti. Takut diorang claim kami yang buat calar padahal masa ambil memang calar tu dah ada. Selalunya akan ada sorang staff bersama kami checking keadaan kereta. Kali ni takde pun yang datang dan assist kami. Sebab tu kami amik siap-siap gambar dan simpan sebagai bukti. Tarikh pada gambar kena ada menunjukkan waktu tersebut kami baru je dapat kereta. Harap-harap kami dapat return kereta ni seperti asalnya. Cuma mungkin kotor sebab kereta warna putih. Huhu..
|
Antara minor defect yang kami jumpa sebelum start bawa kereta |
Setelah semua gambar dah diambil, kami loading semua beg dalam kereta. Alhamdulillah semua beg kami muat dimasukkan di bahagian belakang. Jadi semuanya akan duduk dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan. Takde beg yang kena letak atas riba. Hihi.. Saya bawa sekali kain hitam untuk tutup semua beg kami supaya tak menimbulkan kerisauan bila kami parking dan jalan-jalan di bandar nanti. Banyak juga dengar kes kereta sewa kena pecah. Kain hitam ni je la antara option keselamatan yang ada. Huhu.. Saya study dulu semua panel dan suis yang ada kat driving seat. First time nak bawa kereta VW. Left-hand drive pulak tu. Kat Malaysia jangan harap la nak pakai kereta macam ni. Tak mampu nak maintain hutang dan service kereta. Huhu.. Setakat sewa di luar negara je la yang mampu. 10 minit saya cuba fahamkan walaupun tak semuanya saya tau. Basic button seperti cara nak buka tingkap, tempat isi minyak dan perkara asas yang lain perlu tahu. Jangan salah tekan button, takut pintu terbuka sendiri masa drive nanti. Hahah..
|
Suis lampu, adjust seat, setting gps, semua dah set |
Sebelum mulakan perjalanan, abang Fikri bacakan doa perjalanan. Lagu MP3 yang saya bawa dah mula berkumandang dalam kereta. Takkan nak dengar radio berbahasa Danish pulak. Hihi.. Sepanjang perjalanan kita layan lagu hits, barulah rasa macam memandu di negara sendiri walaupun left-hand drive. Hehe.. Tepat jam 12.25 tengahari kami mulakan perjalanan mencari pengalaman di bumi Scandinavia dengan menggunakan kereta sewa. Minyak kereta penuh dan masa return nanti dah tentu kena bagi penuh juga. Berapa jauh la agaknya full tank kereta ni boleh pergi. Takut bila fikirkan tentang harga minyak kat sini. Huhu.. Semoga perjalanan kami lancar sepanjang 12 hari ni bersama VW Caravelle. Harap kereta sewa kami ni beri kerjasama dengan baik hinggalah masa return nanti. Jauh perjalanan, luas pemandangan, lebih pengalaman hidup. Wallahu 'alam.
|
Time to explore Scandinavia by car! |
VW Caravelle
No comments:
Post a Comment