Monday, 20 May 2019

JJCP Scandiscovery: Day 04 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SELASA, 11 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ HABIBI RESTAURANT
@ ANNE'S SOUVENIR SHOP
@ TONTTU SOUVENIR SHOP


Kami berjalan dari Helsinki Islamic Center ke Pasilan Asema tram stop. Jam 2.30 petang tram no. 9 sampai dan bawa kami ke destinasi berikutnya. Kali ni perjalanan dalam tram agak lama kerana menuju ke kawasan pusat bandar Helsinki. Dapatlah peluang kami untuk melihat suasana bandar Helsinki dari dalam tram sementara cuaca masih cerah lagi. Nak cover keseluruhan bandar memang tak sempat dah. Huhu.. Jadilah pengalaman berada di bumi Helsinki selama 2 hari ni. Hampir jam 3.00 petang kami tiba di Kampintori tram stop. Kami turun dan destinasi kami berada di bangunan bersebelahan dengan tram stop ni.

Tram route: From Pasilan Asema tram stop to Kampintori tram stop
Dari luar dah nampak signboard Habibi Restaurant

@ HABIBI RESTAURANT

Kami masuk ke dalam bangunan yang bernama Sahkotalo Elhuset yang berada di kawasan Kamppi di mana Habibi Restaurant terletak di tingkat bawah bangunan ni. Sampai di pintu masuk restoran, kami lihat iklan menu makanan yang dijual. Boleh tahan juga harga makanan kat sini. Huhu.. Apa boleh buat, hanya restoran ni je yang berstatus halal di Helsinki. Kami boleh je masak dan makan di rumah untuk lebih save tapi kami dah berbincang dan bersetuju untuk merasa sekurangnya sekali makan di restoran di setiap bandar yang kami pergi. Bila lagi nak cuba makanan di Helsinki walaupun menu yang disediakan adalah makanan dari timur tengah.

Lokasi Habibi Restaurant berhampiran Kampintori tram stop
Makanan sudah memanggil kami
Agak ekslusif juga keadaan dalam restoran ni. Tak ramai pengunjung yang sedang makan. Kami duduk di meja panjang dan menunggu untuk order makanan dari pelayan. Pelayan sambut kedatangan kami dan mengambil order. Kami lihat pada buku menu, tak tau apa yang menarik untuk dimakan. Maklumlah, makanan middle east ni saya kurang berminat sangat. Takut apa yang dipesan tak menepati tekak saya. Kami bertanyakan tentang hidangan seperti buffet yang kami nampak masa masuk tadi. Pelayan tu kata hidangan buffet baru je tamat jam 3.00 petang tadi, tapi nampak macam masih banyak lagi makanan yang tinggal. Pelayan tu bertanya pada boss jika kami boleh makan buffet tersebut. Boss dia pun bersetuju dan kami dikenakan bayaran EUR12.00/person untuk buffet. Kami semua bersetuju. Tak payah pening kepala nak order makanan. Hehe..

Eat all you can!
Saya tak berminat dengan makanan middle east sebab rasa rempah yang digunakan. Tapi terkejutnya saya bila makanan di sini amat sedap. Nampaknya saya dah mula suka dengan makanan middle east ni. Banyak juga meat ball dan filet ikan yang saya makan. Tak terasa sangat sensasi spice dalam masakan. Mungkin faktor kelaparan dan cuaca sejuk juga memainkan peranan membuatkan saya makan dengan sungguh berselera. Hehe.. Bagus jugalah buffet ni, boleh amik lagi kalau tak cukup. Kira berbaloilah bayaran yang dikenakan dengan jumlah makanan yang kami ambil. Terima kasih pada tuan kedai kerana bagi kami makan buffet di sini walaupun selepas jam 3.00 petang. Membazir kalau tak habiskan makanan buffet tu. Hihi..

Time makan jangan bercakap. Hehe..
Selesai makan semua tersenyum kekenyangan. Puas hati. Selepas membayar pada cashier, jam 3.50 petang kami mula beredar dari restoran dengan penuh keriangan. Heheh.. Cuaca di luar sudah gelap dan makin sejuk terasa. Kami teruskan perjalanan melalui beberapa blok bangunan untuk ke destinasi berikutnya iaitu mencari souvenir sebagai kenangan sudah menjejakkan kaki di bumi Finland. Paling kurang fridge magnet seketul dua mesti kena beli. Di rumah saya dah sediakan tempat khas di dinding dapur untuk melekatkan fridge magnet. Taknak lekat kat fridge dah sebab anak suka cabut dan ada yang dah pecah. Ada 5 papan magnetic yang saya gantung. Setakat ni baru 2 je yang penuh. Maknanya banyak lagi tempat kena pergi untuk penuhkan kesemua papan magnetic tu. Hihi..

Lama tunggu cashier. Nak duit ke taknak ni. Hehe..

@ ANNE'S SOUVENIR SHOP

Hampir 15 minit berjalan kaki sejauh 600 meter, akhirnya kami sampai di Anne's Souvenir Shop. Kami pergi ke kedai ni kerana ada sejarahnya tersendiri. Anne's Souvenir Shop adalah kedai souvenir yang tertua di Helsinki. Lokasinya berhampiran dengan salah satu tourist spot di Helsinki iaitu Tempeliaukion Church atau lebih dikenali sebagai Rock Church kerana struktur gerejanya dibina seperti di dalam batu. Kami tak lawat pun church tu. Hihi.. Selain Anne's Souvenir Shop, di kawasan ni juga banyak lagi kedai souvenir yang lain. Sebelum ke kedai lain, kami masuk dulu dalam kedai souvenir yang paling lama beroperasi di Helsinki ni.

Walking route: From Habibi Restaurant to Anne's Souvenir Shop
Macam-macam ada dalam kedai yang pack ni
Pening kepala bila tengok punyalah banyak barang souvenir yang dijual dalam kedai ni. Bisnes turun temurun ni. Namun harga masih tetap keras. Sebelum saya sampai ke kedai ni, kami lalu beberapa kedai souvenir yang lain dan ada satu kedai offer sweater Finland yang amat murah. Sementara yang lain kusyuk melihat barangan dalam kedai, saya dan wife maklum pada diorang untuk ke kedai souvenir yang lain di sekitar. Nanti pandai-pandai la cari kami ye. Hehe.. Abang Fikri tengah obses dengan pisau yang dijual. Dia nak beli untuk buat lapah daging lembu masa korban katanya. Tapi tak pasti pisau tu lepas tak masa checking kat imigresen nanti. Dulu masa kat UK saya bawak swiss multitool yang ada pisau kecil pun hampir nak kena rampas. Tak beranilah nak beli pisau. Huhu.. Saya pergi ke kedai yang ada offer sweater tadi tapi malangnya kedai tu baru je tutup. Tadi masa lalu masih buka lagi. Takde rezeki nak belikan untuk anak sulung saya. Dia memang suka pakai sweater walaupun cuaca kat Malaysia tak sesuai nak dipakai waktu siang. Hehe.. Nanti tengok sweater kat Hard Rock. Harga t-shirt souvenir kat sini agak mahal dan lebih baik beli t-shirt Hard Rock sebab tak banyak beza pun harganya. Kedai dah tutup, jadi kami ke kedai lain yang masih buka.

Kita terjah kedai ni pulak

@ TONTTU SOUVENIR SHOP

Kami masuk ke kedai souvenir lain yang masih buka di seberang jalan. Kedai agak luas di dalam dan memandangkan hanya kami berdua je pelanggan, mudah sikit nak pilih souvenir. Kami mencari beberapa fridge magnet dan barang lain yang menarik untuk diletakkan di rumah sebagai kenangan. Sedang asyik memilih, kawan-kawan yang lain pun datang join sekali. Diorang dah beli kat kedai tadi dan masih belum cukup lagi katanya. Sambung lagi kat kedai ni pulak. Hihi.. Seronoknya tengok diorang ni membeli. Duit boleh cari, tapi pengalaman berada kat tempat ni mungkin sekali je berlaku dalam hidup. Saya bertanyakan tentang VAT atau tax refund. Di sini sama seperti negara Eropah yang lain, ada yang boleh dapat tax refund tapi bersyarat iaitu kena beli amaun tertentu baru boleh claim. Huhu.. Lain seperti di UK, beli biskut satu tin pun boleh dapat VAT. Tinggi pulak tu tax return dia. Setakat ni hanya belian di Hard Rock Cafe je yang saya boleh dapatkan tax return. Nasib badan..

Harga mahal pun terpaksa beli juga demi kenangan. Huhu..
Selesai mencari apa yang diinginkan, jam 4.45 petang kami teruskan perjalanan. Lepas ni kami nak ke Hard Rock Cafe Helsinki semula. Semalam Rama dan Sue beli di Hard Rock dan sepatutnya diorang dapat rebate untuk dapatkan lagi sehelai t-shirt free. Tapi bila sampai rumah semalam, diorang cek balik takde pun t-shirt free tersebut. Dalam resit ada tertulis tentang rebate tu. Jadi hari ni kami nak clarify semula dengan staff Hard Rock. Mana boleh terlepas macam tu je. Rugi sangat kalau tak claim rebate tu. Dari Tonttu Souvenir Shop kami amik keputusan untuk jalan kaki je menuju ke Hard Rock Cafe Helsinki sambil menikmati pemandangan malam terakhir di bandar Helsinki. Walaupun sejuk, tahankan aje. Hihi.. Kami berhenti kejap untuk bergambar dengan Mannerheim Statue yang didirikan pada tahun 1960 dan menjadi kebanggaan rakyat Finland. Carl Gustaf Emil Mannerheim adalah seorang marshall perang yang terkenal di Finland suatu masa dahulu.

Berhenti bergambar di Mannerheim Statue dulu
Lebih 1 km kami berjalan akhirnya jam 5.25 petang kami tiba di Hard Rock Cafe Helsinki. Sue berurusan dengan staff bertugas di kaunter. Staff tu tak berapa faham dan dia panggil supervisor untuk berjumpa dengan kami. Rupanya supervisor dia pun tak faham juga. Berkali-kali kami terangkan tentang rebate sambil menunjukkan resit sebagai bukti tapi dia tetap dengan pendiriannya. Saya sebagai cikgu matematik pun susah nak explain basic calculation kat dia. Geram betul la. Huhu.. Akhirnya setelah lebih 10 minit kami explain, bila Sue bagi contoh barulah dia terima dan dia minta maaf kerana tak berapa faham dari awal tadi. Haha.. Sebagai tanda maaf dia bagi kami sorang satu wooven bag bertulisan Hard Rock Cafe Helsinki. Dia kata wooven bag ni belum boleh release lagi tapi kami dah dapat dulu. Terbaiklah. Tak jadi nak marah dah. Hehe..

Walking route: From Anne's Souvenir Shop to Mannerheim Statue and Hard Rock Cafe Helsinki
Benda boleh dapat free buat apa beli. Haha..
Sambil menunggu sampai supervisor tu faham tadi, saya dan wife mencari t-shirt yang kawan-kawan pesan last minute dalam whatsapp. Masih ada lagi beberapa kawan yang order t-shirt mengikut gambar yang saya hantar dalam post di facebook. Dah jadi macam personal shopper untuk Hard Rock pulak rasanya. Hihi.. Yang penting kawan-kawan yang mengumpul barangan Hard Rock dapat tambah koleksi masing-masing. Memang susah nak dapat order dari Hard Rock di Scandinavia. Setakat Hard Rock London ramai je yang pergi sana. Dapatlah komisen sikit dan kumpul point Hard Rock dari hasil belian. Alhamdulillah..

Antara design yang kawan order
Tengah seronok memilih, kami ditegur oleh 3 orang lelaki yang masuk ke dalam Rock Shop. Diorang dari Malaysia dan datang ke sini atas urusan kerja. Akhirnya setelah 4 hari di sini barulah kami jumpa dengan orang Malaysia. Hehe.. Diorang ingat kami pun travel ke sini sebab kerja. Kami ni cikgu, nak travel keluar dari negeri pun jarang, inikan pulak nak ke luar negara. Finland pulak tu. Hihi.. Diorang kata best la dapat peluang jalan-jalan kat sini atas tiket bercuti. Memang best, tapi bukan ke lagi best travel atas urusan kerja sebab tiket flight dan penginapan semua company yang tanggung. Hahah.. Untung la ada yang bayarkan. Dah tentu jawatan pun hebat sampaikan bos hantar travel ke luar negara. Rezeki masing-masing. Macam saya ni mengharapkan duit tabung je lah untuk travel. Simpanan tabung sikit pergi negara jiran. Agak penuh boleh la sampai Eropah. Itupun tak dapat nak bawak anak-anak. In shaa Allah lepas ni simpan banyak sikit untuk bawa satu keluarga ke Eropah. Bila bawa family kena set itinerary santai, tak boleh nak rushing sangat dan banyak berjalan seperti sekarang ni. Confirm diorang penat punya. Huhu..

Kenangan bersama geng Malaysia dan supervisor yang lambat faham tu. Hihi..
Selesai sudah urusan claim di Hard Rock Cafe Helsinki. Thanks for the wooven bag. Teruja betul bila jumpa orang Malaysia kat sini. Nasib baik la diorang tak sombong macam yang saya jumpa dulu. Dapat pergi sini free pun nak sombong ke. Hehe.. Terbaiklah brader 3 orang ni. Setelah mengucapkan selamat tinggal dan selamat bekerja pada mereka, kami teruskan perjalanan balik ke rumah. Sebelum naik tram saya mencari Starbucks untuk mengumpul satu lagi koleksi peribadi iaitu city mug. Ada satu starbucks berhampiran tetapi tiada city mug yang bertulisan Helsinki. Saya tengok pada google map, ada satu lagi Starbucks yang tak berapa jauh dari sini. Kebetulan Rama dan Sue nak mencari sesuatu di kedai Body Shop yang terletak di seberang jalan. Jadi saya mintak diorang tunggu saya dan wife di bangunan tersebut. Tak perlu la diorang ikut sekali dan penat berjalan semata-mata nak mencari city mug saya.

Diorang tunggu di Body Shop sementara kami ke Starbucks Kamppi
Agak susah juga nak mencari lokasi Starbucks Kamppi yang terletak di dalam shopping complex. Tak pasti ia berada di tingkat mana. Wife dah mula kelenguhan di kaki. Silap saya juga ajak dia sekali. Patutnya biar saya sorang je yang pergi. Kami berjalan dalam shopping complex sambil mata mencari lambang Starbucks. Akhirnya jumpa juga di tingkat bawah. Lega bila nampak city mug Helsinki di rak. Takde lah sia-sia mencari sampai ke sini. Dah alang-alang penat saya beli satu air kegemaran saya. Nak tau juga rasa caramel frappucino versi Finland. Nampaknya caramel frappucino di Malaysia jauh lebih sedap. Mungkin tak sesuai minum masa cuaca sejuk kot. Patutnya order hot macchiato. Takpelah, janji dapat merasa. Kami berjalan semula ke arah kedai Body Shop. Kesian diorang terpaksa tunggu kami semata-mata untuk melunaskan impian saya mengumpul Starbucks city mug. Hehe..

Antara shopping complex terbesar di Helsinki
Caramel frapp upside down satu
Kami sambung perjalanan menuju ke tram stop terdekat dan tiba di Rautatieasema tram stop jam 6.35 petang. 5 minit kemudian tram no. 3 sampai dan kami naik hingga ke Hakaniemi tram stop kemudian sambung berjalan kaki hingga ke rumah. Jam 7.10 malam kami sampai di rumah. Penat sungguh berjalan hari ni. Masih awal lagi untuk tidur. Kami menyiapkan beg masing-masing kerana esok awal pagi kami dah kena bertolak ke airport. Taknak jadi macam kejadian di Kastrup Airport haritu. Kali ni pastikan sampai di airport je lepas check-in beg terus beratur di kaunter imigresen. Tak sanggup dah tengok skrin yang berstatus closed. Huhu.. Selesai packing kami timbang berat beg. Alhamdulillah semua beg kami tak melebihi had berat untuk flight esok. Dah boleh tidur dengan aman. Jam 9.30 malam offlight dan menanti hari esok yang bakal menjanjikan pengalaman baru dalam hidup kami. Wallahu 'alam..

Jumlah penggunaan kaki hari ni




No comments:

Post a Comment