Sunday, 19 May 2019

JJCP Scandiscovery: Day 04 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SELASA, 11 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ SIBELIUS MONUMENT
@ HELSINKI ISLAMIC CENTER


Kami menunggu tram di Senaatintori tram stop. Jam 11.30 pagi tram no. 4 sampai dan kami naik untuk ke destinasi berikutnya. Tak ramai penumpang di dalam tram. Selain dari tram no. 4, tram no. 2 juga melalui route yang sama. Ikut mana yang sampai dulu. Lebih 10 minit perjalanan kami sampai di Ooppera tram stop. Kami turun dan berjalan melalui satu kawasan taman yang bernama Sibelius Park sebelum sampai ke tempat yang dituju. Dengan cuaca yang mendung dan pokok yang hanya tinggal ranting, confirm waktu malam tak berani nak jalan kat taman ni sensorang. Hihi..

Tram route: From Senaatintori tram stop to Ooppera tram stop
Skrin info di tram stop
Melayan perjalanan dalam tram
Tak pasti apa maksud tahun pada monumen di taman ni

@ SIBELIUS MONUMENT

Tepat jam 12.00 tengahari setelah berjalan kaki sejauh 1 km merentasi taman, akhirnya kami sampai di salah satu monumen yang menjadi ikon pada Helsinki iaitu Sibelius Monument. Monumen ni direka oleh seorang sculptor berbangsa Finland yang bernama Eila Hitunen dan dibina khas pada tahun 1967 bagi memperingati Jean Sibelius, seorang komposer Finland terkenal yang mati pada 1957. Monumen ni didirikan dengan 600 batang paip besi yang disusun seperti bentuk gelombang bunyi. Di sebelah monumen ini ada replika Jean Sibelius. Versi kecil monumen ni terdapat di bangunan UNESCO di Paris. Famous betul Sibelius ni sampaikan monumen khas dibina untuknya.

Walking route: From Ooppera tram stop to Sibelius Monument
This is Sibelius Monument
Ada corak pada batang paip yang berlubang

Walking to Sibelius Monument

Selesai sudah bergambar dengan monumen yang menjadi kebanggaan rakyat Finland. Sebelum kami teruskan perjalanan kami mencari tandas awam di kawasa sekitar. Saya ada ternampak signboard WC tapi tak tau di mana tempatnya. Cari punya cari akhirnya jumpa juga di hujung taman berhampiran dengan laut di seberang jalan. Tandas awam kat sini unik dan ada banyak butang untuk ditekan. Jangan salah tekan butang, takut agenda belum habis lagi terbuka pulak pintu tu. Hehe.. Yang penting tandas awam di sini bersih dan percuma. Teringat saya pada tandas awam di Australia. Siap ada lagu lagi. Baru feel nak berurusan. Hehe.. Tapi kena cepat sebab sampai masa pintu akan buka dengan sendirinya. Bahaya tu kalau tengah sembelit. Hahah..

Menunggu giliran untuk berurusan
Gambar tandas pun nak amik. Hati-hati dengan butang yang banyak tu ye. Hehe..
Setelah semuanya selesai berurusan, kami teruskan berjalan kaki menuju ke tram stop. Kena jalan jauh lagi la nampaknya. Huhu.. Di pertengahan jalan kami singgah di satu kedai menjual barangan second hand untuk kanak-kanak. Traveller bajet memang pantang nampak perkataan second hand atau preluv, mesti kena singgah. Barang terpakai ni kalau pandai cari boleh dapat yang berkualiti. Kalau di UK, carboot sale wajib pergi. Kasut Clarks yang takde cacat celanya dijual dengan harga tak masuk akal asalkan barang owner terjual. Siapa taknak beli kalau harga hanya GBP1.00 untuk sepasang kasut Clarks yang masih elok lagi? Huhu.. Kali ni kita tengok pulak macam mana harga dan kualiti barang terpakai di Finland. Boleh je beli kasut boot kanak-kanak kalau muat dipakai. Kanak-kanak kat sini boleh tahan besar juga saiznya. Hehe..

Pakaian kanak-kanak masih cantik lagi. Harga murah sesangat.
Fa yang berbadan kecik memang banyak pakaian dan kasut yang dia muat. Mana yang berkenan beli je, takut menyesal nanti. Hihi.. Kebanyakkan barang yang dijual di sini adalah winter jacket dan boots sebab ikut musim semasa. Nak beli untuk anak-anak macam tak sesuai sebab nak pakai masa bila kat Malaysia. Buat penuh almari je. Lagipun diorang dah ada jaket winter masing-masing yang abang saya bagi masa dia duduk di Australia dan UK dulu. Cuma belum berkesempatan untuk dipakai je. Nanti bila ada rezeki bawa diorang jalan-jalan musim sejuk barulah boleh pakai. Setelah berpuas hati dengan barangan yang dilihat dalam kedai ni, kami teruskan perjalanan. Jangan jumpa kedai second hand lagi sudah la. Macam mana nak sampai destinasi kalau asyik menyinggah. Takpe, bukannya selalu dapat peluang macam ni. Hehe.. Jam 1.15 petang kami sampai di Toolon Halli tram stop, menunggu ketibaan tram berikutnya.

Walking route: From Sibelius Monument to Marskin Muksut Secondhand Shop and Toolon Halli tram stop
Gaya menunggu tram
Jam 1.20 petang tram no. 2 sampai dan bawa kami hingga ke Maistraatintori tram stop. Kami turun dan menunggu tram no. 7 pula untuk ke Pasilan Asema tram stop. Sampai di Pasilan Asema, kami mencari jalan melalui celah bangunan untuk ke Helsinki Islamic Center. Mula-mula agak confuse juga sebab ada bangunan yang masih dalam pembinaan. Banyak jalan dan lorong yang ditutup. Dalam offline map yang saya download takde pun bagitau ada construction di sini dan kena lalu jalan yang lain. Alhamdulillah, akhirnya kami jumpa juga Helsinki Islamic Center, iaitu pusat Islam yang terbesar di Helsinki.

Tram route: From Toolon Halli tram stop to Maistraatintori tram stop
Tram route: From Maistraatintori tram stop to Pasilan Asema tram stop

@ HELSINKI ISLAMIC CENTER

Kami masuk ke dalam Helsinki Islamic Center untuk menunaikan solat jamak. Waktu Maghrib di sini adalah pada jam 3.14 petang. Waktu Zohor amat singkat, bermula pada 12.14 tengahari dan jam 1.08 petang dah masuk waktu Asar. Agak ramai juga jemaah yang sedang solat dan mengaji di sini. Saya rasa bertuah dan teruja bila dapat berjumpa dengan umat Islam di negara Eropah yang mana penduduk Islam adalah minoriti di sini. Setiap kali berselisih mereka akan tersenyum dan mengucapkan salam serta disusuli dengan perkataan brother dan sister. Islam itu amat indah. Tak tau celah mana datangnya ungkapan terrorist untuk umat Islam. Huhu..

Walking route: From Pasilan Asema tram stop to Helsinki Islamic Center
Pintu masuk Helsinki Islamic Center
Fasiliti lengkap di dalam. Kelas mengajar pun ada
Selesai solat, jam 2.15 petang kami meninggalkan Helsinki Islamic Center. Perut pun dah mula terasa lapar. Destinasi seterusnya adalah ke restoran halal yang terletak di bandar Helsinki. Selalunya restoran halal ada berhampiran dengan masjid. Tapi di sini tak ada. Mungkin belum buka lagi kot sebab banyak ruang di bangunan ni yang masih belum beroperasi. Di Helsinki tak banyak option untuk restoran halal. Daripada info yang saya cari, restoran yang akan kami pergi ini je lah yang diyakini dan berstatus halal. Semua blog yang saya cari majoritinya akan ke restoran ni jika travel ke Helsinki. Kira oklah daripada takde langsung. Hihi.. Harap restoran tu buka hari ni. Kalau tak, terpaksalah balik rumah dan masak. Lambat lagi la nak makan jawabnya. Huhu.. Wallahu 'alam..

Kenangan terakhir sebelum meninggalkan Helsinki Islamic Center


No comments:

Post a Comment