Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ RABU, 12 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ MINA SLAGTER HOUSE & BONITA MARKED
@ THE GREAT BELT BRIDGE
@ AIRBNB - ANNE
Kami teruskan perjalanan dari Ishoj Mevlana Moske ke destinasi berikutnya iaitu kedai menjual daging halal. Saya dah mencari info tentang lokasi yang ingin dituju pada hari esok dan saya tak jumpa restoran halal untuk kami singgah makan tengahari. Jadi esok awal pagi kami kena masak dan bawa bekal untuk mengelakkan kelaparan yang maksima sepanjang hari. Hehe.. Musim sejuk memang perut senang lapar. Kami bercadang untuk beli bahan mentah yang diperlukan untuk 2 hari je. Masuk Sweden nanti ada satu lagi kedai halal yang kami akan singgah untuk pembelian berikutnya. In shaa Allah..
Road trip: Mencari kedai halal
Lokasi kedai halal yang kami tuju tak berapa jauh dari Ishoj Mevlana Moske. Tak sampai 5 minit memandu dah sampai. Apabila sampai di parking lot, ada satu isu baru yang timbul iaitu macam mana parking di sini berfungsi, sama ada free atau kena bayar. Sistem parking kat sini agak confuse dan strict. Risau juga kalau main parking je tanpa bayar. Saya teringat masa jalan-jalan kat Buckingham Palace di London dulu, ada satu kereta kena saman parking walaupun ada pemandu di dalamnya. Kalau di Malaysia masih boleh negotiate lagi. Kat luar negara jangan main-main. Saya dah study mencari info tentang parking di Denmark. Setiap parking lane akan ada signboard maklumkan tentang duration parking. Ada yang free untuk 1 jam, 2 jam dan ada juga yang kena bayar walaupun parking sekejap. Di sini sama seperti di Netherlands di mana penggunaan parking disc untuk certain parking spaces. Di cermin kereta kami dah sedia ada parking disc. Cara penggunaannya set pada jam masa sampai dan jika parking space tu hanya free untuk 1 jam, lebih dari tu kena saman. Cuma di sini saya tak pasti parking space yang mana boleh guna parking disc ni. Pening lah. Huhu..
|
Parking disc di cermin depan kereta |
@ MINA SLAGTER HOUSE & BONITA MARKED
Saya minta yang lain ke kedai halal dulu sementara saya mencari info tentang parking. Saya lihat pada mesin bayar parking yang berada berhampiran dengan kereta kami. Macam tak membantu je info yang tertera pada mesin tu. Huhu.. Saya ambil keputusan sekurangnya ada sorang menunggu di kereta. Rama stay di kereta dan saya pergi ke kedai untuk melihat barangan yang dijual. Kedai halal ni terletak di kawasan perumahan dan banyak kedai dan restoran halal di sini. Mungkin ramai muslim tinggal di kawasan ni. Dalam google nama kedai ni Sila Marked & Slagter, tapi bila sampai nama kedai ni Mina Slagter House dan ianya bercantum dengan kedai runcit bernama Bonita Marked.
|
Driving route: From Ishoj Mevlana Moske to Mina Slagter House |
|
Parking machine. Nak bayar atau tunggu kat kereta? Huhu.. |
|
Deretan kedai halal di kawasan perumahan |
Untuk bahan mentah, saya serahkan pada para isteri sebab mereka lebih arif dan mereka juga la yang kena masak. Saya bantu makan je. Hehe.. Jadi biarlah diorang pilih menu apa yang mudah. Janji dapat makan dengan nasi. Orang Malaysia, mana boleh makan tanpa nasi. Untuk semua bahan yang dibeli kena kira berapa kosnya untuk dibahagi enam. Biar adil dan saksama. Hehe.. Saya melihat barang yang dijual dalam kedai runcit di sebelah. Besar sungguh cili merah kat sini. Baja apa agaknya yang diorang pakai sampai besar dan gebu cili merah dia. Hihi..
|
Siap banding dengan saiz phone. Besar betul cili merah ni. |
Selesai meronda dalam kedai, saya tukar shift dengan Rama menunggu di kereta. Setakat ni takde lagi officer parking yang datang. Harap tak datang langsung, tak payah susah-susah nak explain kalau dia nak saman. Hehe.. Lama pulak diorang ni kat kedai. 15 minit menunggu akhirnya semua muncul dengan barang yang dibeli. Rupanya diorang berborak dengan sorang lelaki kat kedai. Ayah lelaki tu pernah duduk di Malaysia dulu. Lagi rancak la diorang berborak. Huhu.. Asalkan takde orang datang saman parking takde masalah nak lepak lama. Lepas ni tak kemana dah, terus ke homestay walaupun cadangan asal nak pergi satu tempat lagi di Odense. Tapi memandangkan sampai sana waktu malam, jadi saya batalkan cadangan tu.
|
Dapat kawan baru kat sini. Hehe.. |
Jam 3.15 petang kami meninggalkan kawasan dan menuju ke Odense, antara bandar yang besar di Denmark. Sebenarnya pada awalnya saya nak singgah di bandar Odense untuk melawat rumah tempat lahir Hans Christian Andersen, seorang penulis buku cerita fairy tales yang amat famous di dunia. Tapi saya memang dah jangka kami akan sampai waktu malam di sana. Macam tak sesuai je nak melawat bila gelap. Huhu.. Saya memandu ikut panduan map hingga masuk ke motorway. Seperti dijangka, jalan agak jem di highway tapi kenderaan masih bergerak perlahan. Hadapkan jelah. Huhu.. Nasib baik tak mengejar masa untuk ke destinasi berikutnya. Cuaca sudah mula gelap.
|
Jom masuk motorway ke Odense |
|
Orang sudah mula balik kerja. Huhu.. |
Road trip: Ishoj to Odense
@ THE GREAT BELT BRIDGE
Lebih sejam setengah memandu akhirnya kami sampai di The Great Belt Bridge. Ada 3 jenis lane di tollbooth iaitu BroBizz, Kort dan Manuel. BroBizz adalah untuk frequent users manakala Manuel adalah untuk pembayaran manual di tollbooth. Jadi saya masuk lane Kort sebab dah beli melalui Europcar. Sampai je di tollbooth saya pun keluarkan printed ticket yang diberi oleh Europcar. Ingatkan kena scan barcode yang ada kat tiket tu tapi takde pun sensor untuk scan. Huhu.. Akhirnya saya tekan butang untuk bercakap dengan operator. Rupanya saya kena key-in 8 digit nombor kod yang tertera pada tiket tu pada keypad panel di tollbooth. Barulah barrier terangkat. Hahah.. Maaflah kereta di belakang saya terpaksa tunggu lama. Hihi..
|
Tollbooth di The Great Belt Bridge |
|
Bercakap dengan operator lebih mudah. Hihi.. |
|
Printed ticket untuk tol pergi dan balik di The Great Belt Bridge |
The Great Belt Bridge (Storebaelt Bridge) adalah salah satu jambatan yang terbesar di dunia. Panjangnya 18km menghubungkan daerah Zealand dan Funen. Jambatan ni dibina dari tahun 1988 hingga 1998 dan terdiri daripada Eastern Bridge (suspension bridge), Western Bridge (low-level bridge) dan Eastern Tunnel (undersea tunnel for trains). Undersea tunnel ini (8km) adalah kedua terpanjang di dunia selepas Channel Tunnel yang menghubungkan England dan France. Patutlah kena bayar tol untuk lalu jambatan ni sebab kos pembinaannya yang tinggi. Takpelah, asalkan motorway kat sini takde tol. Hihi..
|
Driving route: From Mina Slagter House to The Great Belt Bridge |
|
The Great Belt Bridge at night |
Road trip: The Great Belt Bridge
Jam 5.00 petang kami sampai di area Odense. Homestay kami terletak di luar bandar Odense dan berhampiran dengan motorway. Jadi tak perlu nak redah jalan di bandar. Macam biasa, setiap kali saya buat itinerary saya akan view gambar kawasan sekitar daripada google map supaya lebih familiar bila berada di tempat kejadian. Itupun jika jalanraya di lokasi yang saya tagging boleh view. Jadi mudahlah nak tau macam mana rupa bentuk rumah atau lokasi yang dituju. Gambar dalam google map ada yang tak up-to-date. Kedai halal yang kami pergi tadi masih lagi gambar lama. Sebab tu nama kedai pun Sila Slagter and Marked. Huhu.. Sekurangnya boleh la bayangkan suasana di sekitar. Jika jalanraya tak boleh view agak sukar juga untuk mencarinya. Terpaksalah refer pada gambar dalam website Airbnb untuk dijadikan panduan walaupun kebanyakan gambar yang diberi pada waktu siang. Bila malam lagi susah nak recognize rumah yang mana satu. Huhu..
|
Gambar atas dari google map dan bawah adalah keadaan sebenar |
@ AIRBNB - ANNE
Address: Troelsevej 46, Blommenslyst, 5491 Denmark
Kami keluar ikut exit Blommenslyst dan masuk ke simpang kawasan kampung. Tak sampai 5 minit mencari akhirnya kami sampai di depan homestay. Kami mengetuk pintu tuan rumah dan disambut oleh seorang lelaki. Saya bertanyakan tentang Anne iaitu owner homestay yang kami akan duduk selama 2 malam. Lelaki tersebut adalah Bjarne, suami kepada Anne. Dia baru lepas exercise di gym persendiriannya. Anne keluar dari rumah dan menyambut kami dengan mesra. Amat peramah orangnya. Kami memperkenalkan diri dan kemudian Anne bawa kami melihat homestay dia yang terletak di sebelah rumahnya.
|
Weather forecast in Odense |
|
Driving route: From The Great Belt Bridge to Airbnb - Anne |
|
My booking through Airbnb |
Anne bawa kami melihat keseluruhan fasiliti yang ada di dalam homestay. Setiap benda yang ada di dalam rumah Anne terangkan satu persatu. Kami amat tertarik dengan design rumahnya yang betul-betul seperti rumah kampung di Denmark. Homestay ni pada dulunya adalah kandang kuda dan haiwan peliharaan. Sekarang dah tak bela haiwan tetapi usahakan ladang tanaman. Daripada info dalam Airbnb, Anne ada ladang epal di belakang rumahnya. Cuma sekarang bukan musimnya. Pokok epal tinggal ranting je. Kalau datang masa musim dia siap bagi kami petik epal tu. Alangkah bestnya kalau dapat pengalaman petik buah epal di Denmark. Hahah..
|
Rumah amat bersih dan cantik |
Homestay ni ada 3 bilik, cuma satu bilik terletak di garaj luar yang telah diubahsuai menjadi bilik. Yang jadi isu adalah bilangan tandas. Masih tetap ada satu. Rasanya kat sini rumah besar mana pun tandas tetap satu je. Huhu.. Rama dan Sue yang pilih bilik di garaj kena bertabahlah redah kesejukan malam untuk ke tandas. Hehe.. Memang terbaiklah homestay ni. Mula-mula saya booking untuk satu malam sebab nak merasa homestay yang lain. Tapi bila susun itinerary kami akan berpatah balik ke sini semula. Jadi saya tambah lagi semalam. Nasib baik masih available. Alhamdulillah..
|
Semua benda Anne terangkan. Peramah sungguh dia ni.. |
Selesai terangkan semua yang ada dalam rumah, ingatkan sesi dah habis dan boleh berehat. Anne boleh pulak ajak kami melihat rumahnya di sebelah. Biar betul Anne ni. Kami ni baru je berjumpa dan berkenalan dengan dia, selamba je dia ajak tour dalam rumah dia. Mungkin muka kami ni baik-baik belaka sebab tu dia berani ajak. Hahah.. Kami pun takkan nak menolak. Lagipun masih awal lagi nak tidur. Kami ikut Anne ke rumahnya. Sambil tu boleh la berkenalan dan berborak panjang dengan dia.
|
Keadaan di luar homestay |
Anne adalah Superhost dalam Airbnb. Ia bermakna servis yang diberi terhadap tetamu yang menginap di homestay amat cemerlang. Saya amat bersetuju sebab memang dia amat friendly. Siap bawa ronda dalam rumah dia lagi. Hehe.. Kami dibawa ke setiap bilik dan ruang yang ada dalam rumahnya. Kami sangat teruja dengan design rumahnya. Dia kata rumah ni adalah tinggalan turun temurun dari nenek moyangnya. Boleh dikatakan dia dari golongan yang kaya di sini sebab ada kawasan tanah yang besar. Kat sini kalau nak tau orang tu kaya atau tak adalah dari bilangan chimney yang ada pada rumah. Lagi banyak lagi kaya orangnya. Rumah dia ada 3 chimney. Dia hanya ada sorang anak perempuan yang bekerja di hospital dan tak tinggal bersama. Bila weekend je baru anak dia balik. Bjarne pula seorang tentera dan masih lagi berkhidmat. Hahah, habis semua cerita pasal keluarga dia kami dapat tau. Hehe.. Memang patut la dia dapat Superhost dalam Airbnb. Layanan A++..
|
Bahagian bawah rumah Anne |
|
Kita tour bahagian atas rumah dia pulak. Kagum sungguh.. |
Habis satu rumah dia kami ronda. Terbaik sangat layanan dari Anne. Beruntungnya kami dapat duduk di homestay dia. Kami mengucapkan terima kasih kerana bagi kami peluang untuk melihat rumahnya. Anne bertanya kami dari mana. Dia tau pasal Malaysia. Dia kata kami orang Asia kedua yang booking homestay dia. Last year ada satu group dari China datang sini. Dia terkejut kerana kami pilih untuk bercuti di Scandinavia, bukan negara Eropah yang lain. Saya kata tak ramai tourist yang nak bercuti di Scandinavia tambahan pula musim winter yang amat sejuk. Tapi kami teringin nak merasa pengalaman berada di sini kerana bagi saya Scandinavia adalah negara yang exotic. Anne bersetuju dengan statement saya. Dia ucapkan happy holidays and enjoy Scandinavia. Sebelum kami menuju ke homestay, dia bertanya pukul berapa kami akan mulakan perjalanan esok. Dia akan letak roti dan butter untuk breakfast kami di pintu esok pagi. Kami menolak dengan baik sebab taknak susahkan dia. Dia kata takde masalah sebab memang setiap pagi Bjarne akan pergi ke kedai roti di bandar. Tak sampai hati pulak nak menolak buat kali kedua. Baik sungguh la Superhost ni. Thank you Anne!
|
Jom balik dan berehat di homestay |
Kami sungguh tak sangka dapat layanan sehebat ini dari Anne. Kami bersihkan diri dan berehat di ruang tamu sambil berborak dan layan movie dari android box. Malam ni kami tak masak, hanya makan snack je untuk alas perut. Esok pagi baru plan nak masak dan bawa bekal dalam perjalanan. Masa punggah beg masing-masing, Rama dan Abg Fikri dapat satu surat dari imigresen. Surat tu menyatakan powerbank dan lighter yang ada dalam beg telah dirampas oleh imigresen Finland. Diorang lupa nak bawa keluar dari beg dan letak di carry-on baggage. Flammable items memang kena bawa naik sekali atas flight, tak boleh simpan di checked baggage. Nak claim balik pun tak boleh. Redha ajelah. Anggap jelah souvenir untuk imigresen Finland. Huhu.. Habis layan satu movie, jam 9.30 malam kami bersiap untuk tidur. Saya sebagai driver kena banyak masa untuk berehat. Esok masih jauh lagi perjalanan untuk mencari pengalaman hidup. Moga dipermudahkan. Wallahu 'alam..
|
Dua surat cinta dari imigresen Finland |
|
Jumlah penggunaan kaki hari ni |
|
Day 05 total driving mileage: 181 km |
No comments:
Post a Comment