Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ SELASA, 11 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ KAUPPATORI MARKET SQUARE
@ KAUPPATORI FERRY TERMINAL
@ SUOMENLINNA FERRY
@ SUOMENLINNA ISLAND
Jam 6.00 pagi kami disedarkan oleh bunyi alarm dari phone. Senang sikit nak bangun sebab tidur awal malam tadi. Badan pun segar sebab dapat waktu tidur yang secukupnya. Alhamdulillah. Kami persiapkan diri masing-masing. Masalahnya rumah Robert ni hanya ada satu tandas je. Jadi terpaksalah tunggu giliran. Waktu subuh di sini agak lambat berbanding di Copenhagen. Jam 6.29 pagi baru masuk waktu. Selesai bersiap dan solat, saya meneliti itinerary pada hari ni sambil menunggu para wanita siapkan breakfast. Agak pack juga aktiviti hari ni. Saya cuba susun untuk dapatkan sebanyak mungkin tempat menarik untuk dilawati di Helsinki sepanjang hari ni. Esok awal pagi dan nak gerak ke airport semula.
|
Today's forecast at Helsinki |
Kata ada light snow. Tengok kat balkoni tak nampak pun. Tapi jalan di bawah kelihatan basah. Mungkin malam tadi snow turun kot. Takpe, banyak lagi masa kat sini. Takut bila salji dah mula turun lebat nanti lagi menyusahkan perjalanan kami. Huhu.. Jam 7.00 pagi breakfast tersedia di atas meja dapur. Menu pagi ni hanya light breakfast iaitu sosej, scramble eggs dan baki ayam goreng semalam. Cukup untuk tenaga pagi ni hingga sesi makan berikutnya tengahari nanti. Kopi panas pun dah siap dalam thermos. Penting tu untuk beri tenaga sepanjang perjalanan hari ni. Hihi..
|
Menu breakfast hari ni. Layann.. |
Selesai breakfast, jam 7.45 pagi kami bersiap untuk keluar. Nasib baik pintu rumah beri kerjasama dengan baik pagi ni. Mudah je nak kunci tanpa perlu cuba banyak kali. Kami masih tak tau macam mana teknik sebenar untuk kunci pintu rumah Robert ni. Robert kata dia tak sempat repair, tapi saya rasa memang dia takkan repair bila melihatkan keadaan rumahnya. Dia saje je cakap macam tu, takut saya bagi bad review pasal rumah dia kat dalam website Airbnb. Saya takkan bagi bad review, cuma kalau orang terjumpa dan baca blog saya ni diorang boleh la buat penilaian sendiri. Takpelah Robert, janji kami ada tempat untuk berehat dan tidur kat Helsinki ni. Hehe..
|
Let's jom explore Helsinki today! |
Sampai di bawah apartment, kami ikut jalan semalam menuju ke Hakaniemi tram stop. Cuaca dah mula cerah. Lain macam penangan cuaca sejuk pagi ni. Serius tiada ampun kesejukannya. Mungkin kerana Helsinki ni dekat dengan laut membuatkan angin sejuk datang dari laut. Nak bukak glove pun sekejap je boleh tahan. Huhu.. Glove yang saya pakai ni sebenarnya boleh touch screen. Tapi phone saya rosak sebab tenggelam masa kejadian banjir yang tak terduga kat rumah. Tangki atas rumah pecah tengah malam masa kami tidur. Sedar subuh habis seluruh lantai rumah ditenggelami air. Phone yang saya charge atas lantai tak dapat diselamatkan. Saya hantar repair dan terpaksa tukar skrin. Dah jadi tak best guna phone ni. Nak beli lain mahal sangat harga iphone sekarang ni. Jadi terpaksa la pakai juga. Bukan setakat skrin je problem, thumb print dan gps pun rosak. Redha aje lah. Jadi setiap kali nak amik gambar saya kena la buka glove sekejap, amik gambar dan pakai balik. Leceh sungguh la. Huhu..
|
Walking route: From apartment to Hakaniemi tram stop |
Kami sampai di Hakaniemi tram stop jam 8.10 pagi. Tram no. 7 baru je berlalu. Nampaknya kena tunggu lagi 10 minit. Terpaksalah menahan sejuk berdiri tunggu tram berikutnya sampai. Jam 8.20 pagi kami naik tram no. 7 dan lalu route semalam. Kami turun di Hallituskatu tram stop dan berjalan menuju ke terminal feri yang terletak di Kauppatori. Pagi ni kami cadang nak ke Suomenlinna Island. Selesaikan dulu aktiviti mencari pengalaman di pulau sebelum explore tempat lain di Helsinki.
|
Tram route: From Hakaniemi tram stop to Hallituskatu tram stop |
|
Senyum sambil menahan kesejukan dalam tram |
@ KAUPPATORI MARKET SQUARE
Sampai di terminal feri, saya mencari jadual perjalanan feri. Setiap 40 minit feri akan bergerak ke Suomenlinna. Kami terlepas feri yang pertama. Jadi kami kena tunggu feri berikutnya yang dijangka berlepas jam 9.00 pagi. Dalam itinerary saya set naik feri seawal jam 8.00 pagi. Keluar rumah pun jam 7.45 pagi, memang tak sempat la. Nampaknya terpaksa la adjust semula masa untuk aktiviti di tempat lain hari ni. Perkara biasa yang pasti berlaku dalam penyusunan itinerary untuk free and easy traveller macam kami ni. Takde masalah, diorang ikut je kemana kaki saya ni melangkah. Janji semua happy dan puas hati. Yang penting sampai ke destinasi yang ingin dituju. Hehe.. Sementara menunggu feri sampai, kami jalan-jalan di sekitar terminal. Kami bergambar dan melihat gerai-gerai yang menjual ikan segar. Teringinnya nak makan ikan salmon. Kat sini ikan salmon senang diperolehi. Macam ikan sardin kat Malaysia je level ikan salmon ni. Cuma harganya masih tetap keras la. Hahah..
|
Walking route: From Hallituskatu tram stop to Kauppatori Market Square |
|
Kita ronda dulu sementara tunggu feri sampai |
|
Nampak segar betul ikan yang dijual kat sini |
@ KAUPPATORI FERRY TERMINAL
Jam 8.45 pagi kami berjalan ke arah terminal feri. Kelihatan beberapa penumpang sedang duduk di dalam bilik kaca untuk elak kesejukan sementara menunggu feri tiba. Kami tak perlu beli tiket lain untuk naik feri ke Suomenlinna. Regional 2-days ticket yang kami beli ni cover untuk semua public transport di Helsinki. Kalau nak beli, harga single return ticket untuk ke Suomenlinna adalah EUR5.00/person. Kira berbaloi juga la tiket yang kami beli ni kalau nak melawat Suomenlinna. Rugi pulak rasanya kalau tak merasa pengalaman naik feri kat Helsinki ni.
|
Lokasi Kauppatori Ferry Terminal |
|
Ferry terminal. Tak tahan sejuk boleh duduk dalam bilik tu |
Jam 8.55 pagi kelihatan feri sampai di jeti. Pintu dibuka dan beberapa penumpang keluar dari feri. Mungkin diorang duduk kat pulau dan keluar bekerja pagi ni. Sementara menunggu giliran kami masuk ke dalam feri, saya nampak open swimming pool yang terletak di seberang jeti. Nama tempat tu Allas Sea Pool dan ianya adalah salah satu tourist attraction yang ada di Helsinki. Walaupun musim sejuk, tempat tu tetap beroperasi sebab ada warm water pool. Syok juga berendam dalam air panas ketika musim sejuk macam ni. Tapi dah tentu bukan free, kena bayar EUR14.00/person untuk single entry. Kalau stay 3-4 hari kat sini boleh juga lepak seharian dalam kolam. Hehe..
|
Allas Sea Pool. One of the tourist attraction in Helsinki |
|
Feri sudah sampai. Jom naik.. |
@ SUOMENLINNA FERRY
Kami masuk ke dalam feri. Tepat jam 9.00 pagi feri bergerak meninggalkan jeti menuju ke Suomenlinna. Air laut di sini masih belum keras menjadi ais. Saya ada terlihat satu video semasa saya mencari info tentang Suomenlinna. Video feri bergerak merentasi air laut yang telah bertukar menjadi ais. Alangkah seronoknya kalau saya dapat peluang melihat keadaan feri yang membelah ais tu. Sebab tu saya set dalam itinerary untuk naik feri yang pertama. Nampaknya kejadian itu tak berlaku hari ni. Hanya cuaca super sejuk je yang terasa sampai ke tulang buat masa ni. Huhu..
|
Gambar feri yang merentas laut ais ke Suomenlinna. Takde rezeki dapat tengok view macam ni |
|
All board Suomenlinna ferry!.. |
Suomenlinna Ferry
Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke Suomenlinna. Walaupun sekejap je, tapi pengalaman naik feri ketika cuaca sejuk memberikan kenangan yang manis buat kami. Sanggup kami duduk kat luar feri menahan kesejukan semata-mata untuk bergambar dan melihat suasana sekeliling. Hihi.. Rama dan Sue dah masuk ke dalam. Ada orang jual kopi panas katanya. Jangan beli sosej pulak ye. Hehe.. Takpe, saya ada bawa bekal kopi panas. Memang sedap melayan air panas dalam cuaca sejuk macam ni.
|
Ferry route: From Kauppatori to Suomenlinna |
|
Boleh layan kopi panas dalam perjalanan |
|
Suomenlinna di hadapan |
@ SUOMENLINNA ISLAND
Jam 9.15 pagi feri tiba di jeti Suomenlinna. Kami keluar dari feri dan tempat pertama yang kami tuju adalah bangunan tourist information yang terletak berhampiran dengan jeti. Teringin juga nak tau lebih lanjut tentang sejarah Suomenlinna. Suomenlinna adalah pulau yang dibina untuk dijadikan sebagai kubu perang pada zaman dulu. Ianya dibina pada tahun 1748, ketika Finland masih dibawah jajahan Sweden. Sebab tu nama asalnya Sveaborg. Selepas Finland merdeka pada 1917, barulah pulau ni diberikan nama Suomenlinna. Penduduk di pulau ni dianggarkan seramai 800 orang dan lebih separuh daripadanya bekerja di pulau ni. Banyak tempat bersejarah di pulau ni seperti kubu, muzium, penjara dan gereja lama sehinggakan ianya diiktiraf sebagai World Heritage Site. Untuk maklumat lanjut boleh la browse website mengenai Suomenlinna ye. Kami bukanlah pengkaji sejarah. Teringin nak naik feri je sebenarnya. Hehe..
|
Sampai sudah di Suomenlinna |
Arriving Suomenlinna
Hanya kami je yang ada kat dalam bangunan tourist information. Staff yang bertugas pun takde. Kami melihat gambar sejarah Suomenlinna yang dipamerkan. Baru tau bahawa Finland ni dulu di bawah jajahan Sweden. Maaflah, saya tak berminat sangat pasal sejarah ni. Antara subjek yang paling lemah masa sekolah dulu. Hihi.. Sejarah Malaysia pun masih banyak lagi yang tak tau, inikan pulak nak mendalami sejarah negara lain. Faham sikit-sikit sudah la. Yang penting info basic tu dapat diperolehi. Dalam sejarah paling lemah bila nak menghafal nama-nama orang penting. Afonso de Albuquerque dulu saya tulis Afonso di Ibukaki je sebab tak ingat ejaan sebenar. Janji bunyi lebih kurang sama. Hahah..
|
Suomenlinna Map. Besar juga pulau ni |
|
Dapat ilmu baru dalam sejarah dunia |
Kami keluar dari tourist information dan berjalan menyusuri tebing laut. Tak pasti nak berjalan ke arah mana dulu. Kali ni saya betul-betul tak boleh tahan dengan cuaca yang sejuk. Lain macam rasanya bila ada kat pulau. Angin datang dari semua arah. Huhu.. Di hujung jalan kelihatan supermarket yang sudah dibuka. Kami masuk ke dalam sebab nak bagi badan panas sikit. Sambil tu beli la juga jajan supaya tak nampak sangat kami masuk semata-mata nak elak suaca sejuk. Hihi.. Rama berminat dengan botol Coke yang dijual. Rupanya ayah dia adalah pengumpul tegar pelbagai jenis design botol Coke. Manusia ni ada macam-macam hobi kan? Kadang-kadang nampak macam tak logik nak kumpul bagai, tapi ianya amat bermakna pada orang yang mengumpul. Sebab tu jangan pertikaikan minat seseorang tu. Saya amat suka dan respect dengan orang yang suka mengumpul barang rare ni. Salute lah..
|
Kita ronda dalam kedai dulu sambil panaskan badan |
Macam-macam barangan harian yang dijual dalam supermarket ni untuk keperluan penduduk di sini. Tak payah la diorang nak naik feri ke seberang semata-mata untuk beli mee segera Mama dan bawang putih untuk memasak. Hehe.. Semuanya ada walaupun supermarket ni tak besar mana. Harga pun takdelah mahal jika dibandingkan dengan supermarket di seberang. Hampir 15 minit kami meronda di dalam kedai. Seronok sebenarnya bila melihat barangan yang dijual. Lagi seronok bila jumpa makanan yang ada tanda halal. Rasa macam nak beli je walaupun ianya adalah kicap soya. Hahah..
|
Banyak juga barang yang dijual dalam supermarket ni |
Kami duduk di luar kedai sambil melihat pemandangan laut. Rama mula untuk terbangkan drone dia buat pertama kali di sini. Rasanya boleh kot guna drone kat sini sebab tak nampak pun signboard kata tak boleh. Kalau kena sound dengan orang kat sini, kita turunkan je lah drone tu. Rama cuma nak terbangkan atas laut dan amik gambar pulau dari atas. Ikut pada masa dalam tentatif kami dah jauh terlajak. Memang dari awal tadi saya dah bagitau yang kami takkan sempat nak cover semua area pulau ni sebab dah lewat naik feri pagi tadi. Jadi tengoklah sampai takat mana je yang kami dapat explore pulau ni. Kena set time dengan jadual feri juga sebab kalau terlepas kena tunggu lagi 40 minit untuk feri berikutnya.
|
Sebelum Rama setup drone dia, kita bergambar dulu kat kawasan sekitar |
|
Drone ready untuk diterbangkan buat pertama kalinya. Yezzaa.. |
|
View of Suomenlinna from above |
|
Kenangan kami di Suomenlinna |
Thank you Suomenlinna
Selesai bergambar dan bervideo dengan drone, jam 10.00 pagi kami teruskan perjalanan meronda di bahagian tengah pulau. Kami tak boleh nak jalan sampai ke hujung pulau di mana terletaknya kubu besar yang bernama King's Gate Quay dengan meriam di sekelilingnya. Kami hanya tinggal lagi setengah jam je untuk sampai semula di jeti. Kalau terlepas, feri seterusnya akan sampai jam 11.10 pagi dan kami akan lewat untuk sampai ke destinasi berikutnya. Kami kena kejar masa sebelum cuaca mulai gelap. Sekurangnya 2 jam diperlukan untuk explore seluruh Suomenlinna mengikut blue route yang dicadangkan dan akan melalui semua tempat menarik di sini. Setengah jam yang tinggal ni mungkin dapat bergambar kat beberapa tempat yang hampir dengan jeti la jawabnya. Biarpun sekejap, yang penting kami dapat jejakkan kaki di pulau yang bersejarah ni.
|
Antara bangunan bersejarah yang sempat kami singgah |
Kami sempat melalui kawasan penjara dan gereja lama. Bangunan di sini dijaga dengan baik supaya dapat dilawati dan dilihat oleh generasi sekarang dan akan datang. Barulah diorang rasa kagum dan bangga dengan apa yang telah dibuat oleh nenek moyang mereka pada satu masa dahulu. Pokok yang tinggal ranting amat menyeramkan jika berada waktu malam di sini. Huhu.. Masa tinggal 10 minit je lagi sebelum feri sampai. Kami melalui kawasan pejabat pentadbiran dan deretan rumah kuarters lama. Yang ada di luar cuma taman permainan. Apalah agaknya aktiviti penduduk kat sini kalau diorang tak ke seberang selain dari main buaian kat luar rumah. Berehat kat rumah sambil tengok tv agaknya. Hihi..
|
Gaya ala rockband. Suram je kawasan kat sini |
Kami sampai semula di jeti jam 10.30 pagi. Kelihatan feri baru je sampai dan penumpang sedang turun. Kami tunggu giliran untuk masuk ke dalam feri. Berakhirlah sudah perjalanan kami mencari pengalaman di Suomenlinna. Walaupun hanya beberapa tempat je yang kami sempat terjah, itu sudah cukup memberikan satu pengalaman yang takkan kami lupakan. Kami hanya ada hari ni je untuk explore Helsinki. Kalau ada lagi sehari dua kat sini dah tentu kami dapat explore keseluruhan pulau Suomenlinna ni. Nak lepak kat sauna pool pun boleh. Hehe..
|
Selamat tinggal Suomenlinna! |
Tepat jam 10.35 pagi feri mula meninggalkan Suomenlinna menuju ke tanah besar. Kali ni saya duduk dalam feri, tak larat dah nak melayan angin sejuk kat luar tu. Huhu.. Feri kami berselisih dengan feri besar Viking Line dan Silja Line yang merupakan pengangkutan laut utama untuk ke Stockholm. Masa saya susun itinerary, saya ada terfikir untuk bawa kereta naik feri dari Stockholm ke Helsinki. Di Helsinki nanti boleh la bawa kereta jalan jauh sikit. Tapi memandangkan harga feri agak mahal juga berbanding naik flight dan jangkamasa perjalanan yang agak panjang, jadi saya amik keputusan untuk naik flight. Memang teringin nak merasa pengalaman bawa kereta naik feri. Takde rezeki kami. Lagipun kami nak kejar masa untuk ke destinasi lain. Hanya mampu melihat feri tersebut berselisih dengan kami di atas laut.
|
Melihat pemandangan sambil makan chips. Layann.. |
Jam 10.50 pagi kami sampai di Kauppatori Ferry Terminal semula. Rama minta untuk terbangkan drone dia lagi sekali di jeti. Dia siap bertanya pada seorang askar yang kebetulan parking kereta di situ. Askar mesti tau boleh guna drone atau tak di sini. Askar tu kata selagi kawasan tu bukan area military, airport atau bangunan kerajaan, boleh je nak terbangkan drone. Saya mencari juga kalau ada signboard mengatakan tak boleh guna drone di sini tapi takde. Kira boleh la tu. Hihi.. Dengan pantas Rama keluarkan drone dia dan terbangkan di atas laut. Seronoknya tengok dia control drone tu. Saya teringin juga nak ada hobi main drone. Tapi hobi yang sedia ada ni pun takde masa nak layan. Kita tumpang bergambar je la dengan drone orang lain. Hehe..
|
Sampai sudah di terminal feri |
|
Rama berborak dengan askar pasal drone |
|
Drone is ready to fly!.. |
Drone @ ferry terminal
Lebih 20 minit juga kami melayan pemandangan sekitar dengan drone. Jam 11.20 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke hentian tram Senaatintori. Di Helsinki tak banyak tempat menarik seperti monumen atau sculpture yang menjadi ikon bagi Helsinki. Traveller bajet macam kami ni memang tempat free macam tu je lah yang kami akan terjah. Hehe.. Tempat yang kami nak pergi ni adalah salah satu tempat yang ikonik bagi Helsinki dan ianya agak jauh sikit dari pusat bandar tapi masih boleh sampai dengan menaiki tram dan perlu berjalan sikit. Alang-alang dah ada kat sini, rugilah kalau tak sampai di situ. Yang penting ianya free to view. Hihi.. Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment