Tuesday, 28 May 2019

JJCP Scandiscovery: Day 05 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ RABU, 12 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ MEVLANA KEBAB
@ LIDL ISHOJ
@ ISHOJ MEVLANA MOSKE


Destinasi pertama yang akan kami tuju dengan kereta sewa adalah ke Ishoj, di mana ada kedai halal dan masjid di sana. Mula-mula memandu dengan VW Caravelle agak kekok buat saya. Lepas setengah jam dah rasa macam biasa. Kelajuan memandu dah tentu ikut hadlaju kebangsaan di sana. Tak berani saya nak bawa lebih hadlaju, takut ada speedtrap tersembunyi di sepanjang highway. Kat sini sistem enforcement diorang lebih canggih dari Malaysia. Kamera speedtrap punyalah banyak. Karang tak pasal sampai email kena bayar saman speedtrap. Huhu.. Biar perlahan asal sampai dengan selamat. Kat Malaysia pun saya bawa ikut hadlaju kebangsaan bila bawa orang. Banyak nyawa yang nak kena jaga. Lain lah kalau bawa sorang. Hehe..

Slow and steady.. Yeahh..
Keadaan jalan yang agak lengang membuatkan saya lebih yakin dalam pemanduan. Cuma bila masuk jalan dalam je rasa kurang yakin lagi sebab kereta ni agak panjang. Kena hati-hati bila buat turn, takut tak lepas bahagian belakang. Macam mana lah agaknya driver bas dan lori panjang bila dia buat turn ye. Sebab tu kena ada lesen lain untuk bawa bas atau lori. Nasib baik jalan agak lengang sebab baru jam 12.40 tengahari. Tunggu waktu habis kerja nanti. Harap tak jem teruk macam kat Jalan Tun Razak. Huhu.. Speed limit untuk motorway di sini adalah 130km/h. Jalan luar bandar berbeza ikut tempat. Standard 80km/h dan masuk pekan jadi 50km/h. Kalau lalu depan kawasan sekolah lagi perlahan. Sebagai pemandu asing kenalah patuh pada undang-undang ye. Hehe.. Seronoknya bila lalu highway yang takde tol. Harap Malaysia satu hari nanti pun sama juga. Moga janji ditepati. Haha..


Road trip: Kastrup to Ishoj


@ MEVLANA KEBAB

Jam 12.50 tengahari kami sampai di Mevlana Kebab. Saya parking kereta di dalam kawasan masjid kerana kedai ni terletak di bahagian depan masjid. Nak parking pun susah sebab kereta ni panjang. Terpaksalah minta khidmat bantuan dari kawan-kawan untuk jadi parking attendant tanpa bayaran. Hehe.. Kedai ni bukannya besar seperti restoran, tetapi hanya kiosk ala foodtruck. Maknanya kami terpaksa la makan sambil menahan cuaca sejuk. Huhu.. Menu yang dijual adalah menu standard iaitu kebab dan seangkatan dengannya. Memang inilah menu biasa yang berstatus halal bila berada di negara Eropah. Sebab tu saya tak pernah makan kebab kat Malaysia, kerana standby untuk makan kebab yang banyak bila travel. Haha..

Driving route: From Europcar Kastrup to Mevlana Kebab
Parking kat dalam kawasan masjid. Tak muat parking space. Huhu..
Kami order menu masing-masing. Saya hanya nak makan sikit sebab perut tak terasa lapar sangat. Mungkin kerana masih teruja dapat bawa kereta VW membuatkan saya tak rasa lapar. Haha.. Jadi menu yang paling simple dan ringan saya pilih iaitu hotdog. Walaupun ringan, harganya masih tetap berat. DKK20.00 untuk satu hotdog dan roti tanpa sayur. Huhu.. Wife saya pula pilih durum kebab set beserta fries dan air tin yang berharga DKK55.00. Jadilah satu tin air je untuk kami kongsi sebab harga satu tin air ialah DKK10.00. Ahhh, saya dah mula merindui harga makanan dan minuman di Malaysia. Hihi..

Our lunch menu @ Mevlana Kebab
Rama berborak dengan sorang customer yang juga makan di situ. Customer tu kata kawasan Ishoj adalah tempat di mana ramai muslim yang datang dari Turkey. Sebab tu di sini ada masjid dan juga beberapa restoran serta kedai halal. Dia bertanya kami dari mana. Dia terkejut juga bila dengar kami dari Malaysia dan datang ke sini kerana bercuti dan travel seluruh Scandinavia. Dia kata jarang sangat jumpa orang muslim dari negara lain datang ke sini kerana bercuti. Maknanya tak ramai orang yang ke Denmark atas tiket bercuti singgah di Ishoj. Kalau ada pun boleh dikira dengan jari dalam setahun. Huhu.. Saya dapat tau tempat ni sebab masa saya plan route ke Odense, saya mencari tempat untuk kami berhenti makan tengahari dan solat. Kebetulan Ishoj terletak di pertengahan jalan. Sebab tu kami sampai ke sini. Satu pengalaman baru buat kami. Selesai makan dalam kesejukan, kami bayar pada tuan kedai dan teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya.

Thank you brother for a delicious kebab and hotdog

@ LIDL ISHOJ

Sebelum ke masjid untuk solat, kami singgah di supermarket yang terletak di seberang jalan. Masih sempat lagi nak cuci mata dan beli jajan sebelum masuk waktu maghrib. Supermarket LIDL adalah antara supermarket yang banyak cawangan di Denmark dan Eropah. Saya suka masuk dalam supermarket di sini. Bukan kerana nak shopping pun, tetapi nak melihat barangan yang dijual. Walaupun harga barang di sini majoritinya mahal jika dibandingkan dengan di Malaysia, tetapi ada juga yang murah. Mana lah tau ada benda yang berkenan di hati, boleh je beli untuk dibuat kenangan. Jangan sesuka hati beli makanan yang tak pasti kandungannya. Tanda halal memang takkan ada melainkan barangan yang diimport dari negara Islam. Yang pastinya daging dan ayam di sini janganlah beli. Setakat biskut, keropok atau roti plain yang diyakini tu boleh la beli. Jangan cerewet sangat. Susah hidup kalau air mineral yang takde tanda halal pun tak boleh nak beli. Huhu..

Jalan-jalan cuci mata dalam LIDL
Saya tertarik dengan satu mesin yang berada di pintu masuk supermarket. Rupanya mesin tu adalah mesin untuk recycle barang sepeti tin dan botol plastik. Bila masukkan botol plastik, mesin tu akan kira berapa jumlah duit yang dapat. Nilainya taklah sebanyak mana, tapi kalau dapat masuk 100 botol sekali dah tentu pulangan pun banyak. Bagus kalau mesin ni ada kat Malaysia. Agak-agak banyak sangat botol kat rumah, daripada kumpul dan hantar kat tempat recycle, baik masukkan je dalam mesin ni. Tak perlu nak timbang, terus dapat duit. Hihi..

Mesin recycle botol terbuang. Terbaik..

@ ISHOJ MEVLANA MOSKE

Seronok betul cuci mata melihat barangan yang dijual di sini yang kebanyakannya tiada di Malaysia. Barang yang pelik pun ada. Hihi.. Puas cuci mata, kami keluar dari supermarket dan berjalan menuju ke masjid yang terletak di seberang jalan, tempat kami parking kereta tadi. Saya masuk ke dalam masjid mencari tempat ambil wudhuk tapi tak jumpa. Kebetulan ada sorang jemaah baru selesai solat. Saya bertanyakan padanya. Tempat wudhuk terletak di bahagian luar. Sejuk sungguh air paip bila kena tangan. Lepas ambil wudhuk kena lap dengan tisu yang disediakan. Baru saya perasan, setiap kali saya di masjid sejak dari di airport Doha, lepas ambil wudhuk je mesti kena lap tangan dan kaki sebelum masuk ke ruang solat. Kebanyakan jemaah dilihat memakai stokin ketika solat. Tak pasti pakai stokin tu sebab musim sejuk atau setiap masa. Di Malaysia mana pernah nak lap kaki dan pakai stokin. Habis basah lantai dari tempat wudhuk sampai la ke ruang solat. Huhu.. Apa-apa pun yang penting solat itu sah dan diterima. Wallahu 'alam..

Lokasi Mevlana Kebab, LIDL Supermarket dan Ishoj Mevlana Moske
Besar juga masjid ni bila dilihat dari luar
Tempat wudhuk di luar. Kena pakai stokin dalam ruang solat
Selesai ambil wudhuk, kami mengerjakan solat jamak. Ruang solat amat luas dan corak pada dinding dan chandelier yang tergantung menyerikan lagi suasana dalam masjid ni. Ruang solat untuk wanita berada di tingkat atas dan kena naik tangga di luar. Pintu atas berkunci dan para isteri solat di ruang bawah. Alhamdulillah, dapat juga kami tumpang solat di sini walaupun tak ramai traveller yang tau akan kewujudan masjid ni di Ishoj. Seperti kata brother yang makan dengan kami tadi, diorang jarang sekali nampak orang luar datang ke sini. Nasib baik lah kedatangan kami ke sini dilayan dengan baik. Masa sampai tadi saya perasan ramai juga jemaah yang memandang kami dengan cara yang agak pelik, seperti melihat sesuatu yang baru. Kami membalas pandangan dengan senyuman dan salam. Jangan cari pasal sudah la ye. In shaa Allah selamat. Hehe..

Pemandangan dalam Ishoj Mevlana Moske. Indah..
Selesai solat, jam 2.40 petang kami bersedia untuk teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Tinggal satu lagi tempat yang kami nak singgah sebelum kami ke homestay yang terletak di Odense. Perjalanan ke sana masih jauh lagi. Kami nak singgah di kedai menjual barangan halal untuk stok makanan kami selama 2 hari di Denmark sebelum masuk Sweden. Option restoran halal tak banyak lepas ni, jadi kenalah masak dan buat bekal dalam perjalanan hari-hari berikutnya. Kejap lagi cuaca dah mula gelap. Pengalaman pertama memandu dalam waktu malam di Denmark bakal berlaku. Moga selamat perjalanan kami sampai ke destinasi yang dituju. Wallahu 'alam..

Jom sambung perjalanan dengan VW Caravelle


2 comments:

  1. Salam ...

    Kalau di sini, setiap botol atau kotak minuman yg kita beli telah di kenakan deposit. Contohnya botol air mineral yg kecik tuh depositnya $0.10 ... so bila kita pulangkan balik dapat ler $0.10 tuh semula ... selalukita kita kumpul banyak banyak then pulang ..

    Cuma Malaysia tak buat lagi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya kalau Malaysia buat seperti ni. Tapi apa-apa pun mentaliti rakyat kena ubah dulu. Nanti macam-macam yang dikomennya. Takut jadi bahan vandalisme je mesin tu nanti. Apa-apa pun fikirkan yang positif aje. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete