Wednesday, 8 May 2019

JJCP Scandiscovery: Day 03 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 10 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ SENATE SQUARE
@ ALEKSANTERINKATU STREET
@ HARD ROCK CAFE HELSINKI


Tepat jam 6.00 petang kami bersedia untuk keluar dan melihat keadaan bandar Helsinki di waktu malam. Dari tadi hujan renyai turun tak berhenti. Nampaknya kena pakai longjohn dan jaket tebal. Kami turun ke bawah apartment. Kami tunggu sekejap di hentian bas tapi tak nampak bas yang lalu. Jadi kami amik keputusan untuk jalan kaki ke hentian tram yang terletak bersebelahan dengan Hakaniemi Metro Station. Cuma kali ni kami tak ikut jalan yang sama seperti petang tadi. Laluan kali ni lebih dekat tapi agak mencabar juga bila jalan dalam cuaca yang amat sejuk. Kaki asyik terasa kebas je. Kali ni first time saya pakai kasut lain untuk travel. Dulu saya pakai kasut Columbia yang telah banyak berjasa sejak dari trip ke Australia pada 2011. Saya dah jahit semula tapak kasut tu sebelum travel, tapi entah kenapa saya rasa macam nak pakai kasut lain pulak. Saya pakai kasut Timberland yang dibeli di bundle. Setakat 3 hari ni macam tak membantu je kasut ni. Pakai stokin wool pun masih terasa ais kat kaki. Huhu.. Bertabahlah..

Walking route: From Apartment to Hakaniemi Tram Stop
Nampak macam tebal, tapi ini bukanlah kasut winter. Huhu..
Jam 6.20 petang kami sampai di Hakaniemi tram stop. Tunggu sekejap dan tram yang ditunggu pun tiba. Kami naik tram no. 7. Tram kat sini tak panjang tapi servis kerap, setiap 10 minit akan sampai tram yang lain. Jadi takde masalah kalau takde tempat duduk atau ruang kosong untuk berdiri. Boleh je tunggu tram yang lain. Di sepanjang perjalanan hujan renyai masih turun membasahi bumi Helsinki. Tapi salji masih belum kelihatan. Cuaca dah sejuk sangat ni. Huhu.. Mungkin malam ni atau esok salji turun kot sebab dalam weather forecast kata mungkin ada light snow sehari dua ni. Lama tak merasa suasana salji turun sejak trip 2014 ke Seoul dulu. Jakun kemain masa tu. Orang semua berlari masuk bangunan, saya dan wife main tadah tangan tengok salji turun. Hahah.. Pengalaman pertama dalam hidup tu. Jangan dipersiakan. Malu apa bossku. Hehe..

First time naik tram kat Helsinki, mestilah wajib bergambar. Hehe..

Night tram @ Helsinki


@ SENATE SQUARE

Tak sampai 10 minit perjalanan dalam tram, kami turun di hentian Senaatintori. Sebelum sampai tram stop kena tekan loceng melainkan jika ada penumpang yang sedang menunggu di hentian tersebut. Kalau takde tram akan teruskan perjalanan. Andai terlajak takde masalah turun di hentian berikutnya sebab setiap hentian dekat je jaraknya. Boleh dikatakan setiap blok ada hentian. Cuma kena tau nama hentian yang nak turun. Kami turun di Senaatintori sebab selain dari tourist attraction, di sini juga bermulanya shopping street terpanjang di Helsinki. Sebelum kami jalan-jalan di shopping street, kami singgah dulu cuci mata dalam gerimis di Christmas Market yang terletak di Senate Square ni. Di sini juga terletaknya Helsinki Cathedral, gereja putih yang menjadi salah satu ikonik dan juga tourist attraction di Helsinki. Kami amik gambar kat luar je. Hehe..

Tram route: From Hakaniemi Stop to Senaatintori Stop
Christmas Market @ Senate Square. Tak ramai orang pun. Mungkin kerana hujan yang turun.
Helsinki Cathedral, one of the popular tourist attractions in Helsinki

Christmas Market @ Senate Square

Kami setakat tengok je lah barangan yang dijual di gerai yang ada kat Christmas Market ni. Gerai jual boxer krismas pun ada kat sini tapi harganya sama dengan sehelai seluar yang sale kat Uniqlo. Huhu.. Setelah puas meronda di sini, kami tunggu yang lain di seberang jalan. Jam 7.00 malam barulah semua berkumpul semula. Drone tak boleh digunakan di sini sebab dekat dengan bangunan kerajaan. Rama masih belum hidupkan lagi drone yang dia bawa. Esok baru dia nak mula terbangkan drone dia. Harap-harap tempat esok boleh la guna drone. Jangan suka-suka je terbangkan drone. Nanti kena rampas. Silap haribulan dengan kami semua kena pergi balai buat statement. Jangan kena charge sudah la. Huhu..

Papan tanda amaran drone. Hati-hati ye

@ ALEKSANTERINKATU STREET

Dari Senate Square, kami berjalan menyusuri Aleksanterinkatu Street, one of the famous shopping street at Helsinki. Shopping street di sini hanya 600 meter panjangnya, tak sampai 1 km seperti Stroget Street di Copenhagen. Tak ramai orang kat sini malam ni, mungkin kerana cuaca ataupun banyak kedai yang dah tutup. Kami masuk ke dalam beberapa kedai yang masih beroperasi. Bukan nak beli barang pun, tapi nak panaskan badan seketika. Bengang je staff kedai bila kami berenam masuk dalam kedai dia tanpa beli apa-apa pun. Hihi.. Walaupun hanya window shopping, staff yang menjaga kedai tetap melayan kami. Ada beberapa kedai yang kami rasakan sesuai dengan 'standard' kami yang budget ni. Nak masuk dalam butik Prada memang tidak la. Masih teringat staff di butik Burberry kat JPO satu ketika dulu. Mentang-mentang la kami pakai selipar Jepun, tak dilayannya kita. Pandang pun sebelah mata je. Dia tak tau selipar tu memang betul-betul beli kat Jepun dan di Jepun takde barang imitation tau. Hahah.. Teringat juga masa kami kat butik Tods di Bicester Village pada 2012, walaupun pakai jaket bundle dan kasut trekking, staff butik layan kami dengan baik. Kad kredit takleh pakai pun dia tetap melayan dengan senyuman. Sebab tu esoknya kami repeat balik dengan kad kredit yang lain. Memang rezeki wife masa tu sebab beg yang dia tengok semalam dah jadi sale hari berikutnya. Betul-betul murah! Inilah yang dimaksudkan ada hikmahnya jika bersabar. Padahal malam tu saya call Maybank sebab tak puas hati kenapa kredit kad tak boleh guna. Hahah..

Walking route along Aleksanterinkatu Shopping Street
Antara kedai yang kami masuk sebab ada signboard SALE kat luar. Mahal juga.. Huhu..

Night street @ Aleksanterinkatu


@ HARD ROCK CAFE HELSINKI

40 minit berjalan cuci mata di Aleksanterinkatu Street, akhirnya kami sampai di penghujung jalan. Di sinilah terletaknya Hard Rock Cafe Helsinki, Hard Rock yang ke-27 dalam listing saya. Kami masuk ke dalam Rock Shop. Saya mula amik gambar untuk post dalam media sosial. Kalau ada yang baru nak order, esok sempat lagi saya singgah. Ada juga yang awal lagi dah siap order t-shirt dan merchandise untuk Hard Rock di sini. Tak banyak design yang menarik, tapi masih ada beberapa design yang tiada dalam koleksi saya. Memang itulah yang akan saya pilih. Hehe.. Kalau dah minat mengumpul, keterujaan bila berada dalam Rock Shop tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Rasa macam tak percaya kaki ni dah jejakkan kaki di salah satu Hard Rock yang paling jauh dan jarang orang datang.

HRC Helsinki locations @ Aleksanterinkatu Street
Bergambar di luar HRC Helsinki
Masa untuk memilih koleksi peribadi
Mission HRC #27 accomplished!
Seronoknya hati bila dah sampai di HRC Helsinki. Makin penuh la almari baju kat rumah dengan baju Hard Rock. Yang penting ia koleksi peribadi yang paling berharga untuk saya. Satu hari nanti bila dah bersara dari dunia travel saya akan jual semua t-shirt HRC. Cuma tak pasti bila tarikh nak bersara tu. Hihi.. Selesai membeli untuk diri sendiri dan pesanan kawan-kawan, kami meninggalkan HRC Helsinki dengan penuh kepuasan. Senyum sepanjang jalan menuju ke train station. Hihi.. Nampaknya aktiviti malam ni sudah sampai ke penghujungnya. Esok awal pagi nak meronda lagi. Kami berjalan ke Rautatiasema tram stop yang terletak di luar Helsinki Central Station, tempat kami sampai tengahari tadi. Cuma kali ni tak bawak beg, jadi kami naik tram je sebab lebih mudah, tak perlu nak turun ke dalam platform seperti metro.

Walking route: From HRC Helsinki to Ratatiasema Tram Stop
Forum Shopping Complex, Three Smiths Statue dan Helsinki Central Station
Jam 8.30 malam kami sampai di Rautatiasema Tram Stop. Selain tram no. 3, tram no. 6A dan 9 juga menuju ke destinasi yang sama iaitu Hakaniemi. Mana yang sampai dulu kami naik. 5 minit kemudian tram no. 3 yang sampai dan bawa kami ke Hakaniemi. Kami turun di Hakaniemi tram stop dan berjalan pulang ke apartment. Masing-masing dah mula lenguh kaki. Tepat jam 9.00 malam kami sampai di apartment. Sedang elok la sampai rumah boleh terus berehat. Kalau di Malaysia, time ni baru nak bermula aktiviti malam. Kat sini dah takde apa yang boleh dibuat melainkan melepak di bar ataupun pub. Takde kerja la nak melepak kat tempat macam tu. Baik berehat kat rumah sambil fikirkan aktiviti esok hari. Hehe..

Tram route: From Rautatiasema Stop to Hakaniemi Stop
Dalam tram ternampak tempat terbuka orang main ice skating
Kami berborak sambil habiskan makanan petang tadi. Dah kenyang barulah sedap nak tidur. Hehe.. Esok seharian kami akan explore bumi Helsinki. Mana-mana tourist attraction akan kami singgah jika sempat. Kadang-kadang masa yang saya set dalam itinerary tak semestinya tepat. Mesti akan terlajak punya. Hihi.. Jam 10.00 malam masing-masing dah bersiap untuk berehat dan tidur. Rehat kena cukup sebab esok kaki diperlukan lagi untuk perjalanan yang jauh. Moga perjalanan esok diberkati dan sudah pastinya menjanjikan pengalaman hidup yang baru dan takkan dilupakan. Wallahu 'alam..

Jumlah penggunaan kaki hari ni



No comments:

Post a Comment