Thursday, 25 April 2019

JJCP Scandiscovery: Day 03 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 10 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT
@ NORWEGIAN AIR D8261
@ HELSINKI VANTAA INTERNATIONAL AIRPORT


Seawal jam 4.00 pagi kami dah bangun. Kami bersiap-siap sambil mengemas rumah. Awal pagi lagi dah buat lawak. Kami kan first time sewa homestay melalui AirBnb. Jadi tak berapa faham sangat tentang rules and regulation. Pagi semalam sebelum keluar saya terbaca tentang rules homestay dekat dinding tepi pintu. Saya baca tak habis. Ingatkan kami kena kemas seluruhnya rumah sebelum check-out, termasuk tukar semua cadar dan sarung bantal yang digunakan. Siap ada arahan kena vacuum rumah lagi. Sebab tu saya set bangun awal sikit. Jadi pagi ni saya baca lagi untuk buat semua arahan dalam list tu. Wife saya siap cari kat mana tuan rumah letakkan vacuum cleaner. Kali ni saya baca habis semua arahan. Rupanya kat baris bawah sekali ditulis arahan ni untuk cleaner rumah yang akan datang pada jam 10.00 pagi. Hadui laa.. Tu lah orang cakap, kalau baca tu biar sampai habis. Tergelak besar saya dan wife. Pagi-pagi dah kecoh. Nasib baik tak start vacuum lagi. Hahah.. Jadi kami cuma kemas apa yang patut dan jadikan keadaan rumah sama seperti kami check-in. Janganlah tinggalkan macam hotel. Jahat sangat tu. Hihi..

Arahan kat sebelah check-out time tu
Kami kemas katil dan susun balik semua barang di tempat asal. Tuala yang dah digunakan kami letak di bakul yang disediakan dan sampah kami kumpulkan dan buang di tong sampah yang dilabelkan di luar rumah. Kat sini buang sampah kena ikut kategori ye. Jangan main kumpul semua jenis sampah dalam satu plastik dan buang. Silap haribulan tuan rumah kena kompaun. Huhu.. Jam 4.40 pagi setelah puas hati dengan keadaan seluruh rumah, kami mula check-out. Kunci rumah kami letakkan semula di dalam lockbox. Berani betul orang kat sini ye, letak kunci dalam lockbox yang pada zahirnya nampak amat mudah untuk dikopak oleh pencuri. Moga selamat homestay kami ni. Awal pagi macam ni bas masih belum start enjin lagi. Setelah membaca doa perjalanan, maka kami pun mulalah menarik beg masing-masing menuju ke Friheden Station dalam keadaan cuaca yang amat sejuk. Huhu..

Weather forecast hari ni di Copenhagen
Thank you Rune! What a nice house to stay. Cuma malangnya kami tak dapat berjumpa dengannya. Mungkin dia duduk jauh dari sini sebab dalam website AirBnb dia assign seseorang untuk uruskan rumah ni. Apa yang menarik tentang AirBnb, kita boleh beri review tentang rumah yang kita duduk. Tuan rumah pun boleh bagi review pada kita. Kalau rumah tak kemas dan banyak facilities yang takde seperti yang dinyatakan dalam website, kita boleh bagi review yang kurang menarik dan ianya akan beri kesan pada tuan rumah untuk orang lain yang nak sewa. Sebaliknya, jika kita tak jaga kebersihan rumah, tuan rumah juga boleh bagi bad review kat kita. Jadi ianya akan bagi kesan pada kita untuk sewa rumah lagi sebab tuan rumah yang lain boleh view history kita sewa rumah dari AirBnb. Takkan kita nak sewa rumah yang ada reputasi buruk dan siapa yang nak bagi sewa rumahnya kalau kita pulak ada rekod yang tak baik. Kira win-win situation bila guna AirBnb ni. Logiknya kalau kita buat baik akan dibalas dengan baik juga. Jadi janganlah membuat onar di rumah orang ye. Hehe.. Tapi kalau taknak bagi review pun boleh juga. Cuma kalau dapat tuan rumah atau customer yang cerewet, terpaksalah terima apa saja review yang diberi.

Review dari Rune. Saya customer yang baik. Hihi..
Bunyi roda beg yang ditolak atas jalan amat jelas kedengaran dalam suasana yang sunyi sepi. Tepat jam 5.00 pagi kami sampai di Friheden Station. Train berikutnya sampai lagi 20 minit. Flight kami lambat lagi, departure jam 8.10 pagi. Biar sampai awal di airport daripada kelam kabut mengejar flight di saat akhir. Lagipun kami kena cari dulu terminal dan tempat untuk check-in beg kami. Jam 5.20 pagi S-Train A sampai dan membawa kami ke Copenhagen Central Station. Perjalanan mengambil masa kurang 15 minit dan kami perlu tukar train untuk ke airport. Ada banyak jenis train yang menuju ke airport. Kami naik train Oresundstag ke Sweden yang akan melalui airport. Jangan terlepas station sudah la. Nanti terus masuk Sweden. Hihi.. Dalam 15 minit perjalanan kami turun di CPH Lufthavn Station.

Train Route: From Friheden Station to CPH Lufthavn via Copenhagen Central Station
Train lengang tapi malas nak duduk. Dekat je..
Menunggu train berikutnya di Copenhagen Central Station

@ KASTRUP INTERNATIONAL AIRPORT

Kami naik ke Terminal 2. Kaunter check-in sudah dibuka. Kami cuba berurusan melalui mesin self check-in yang banyak terdapat di sini. Bila lagi nak try teknologi baru tanpa bantuan staff. Hehe.. Saya masukkan nombor booking, isi particular yang diminta dan tiket flight pun keluar beserta tag untuk beg. Rupanya check-in luggage pun boleh buat sendiri. Inilah masanya untuk mencuba. Jangan beg salah masuk flight sudah la. Huhu.. Ada beberapa staff di situ yang sudi membantu jika tak tau macam mana cara nak self check-in luggage. Kaunter dan belting untuk letak beg tetap ada macam biasa cuma takde staff yang jaga. Kami lihat arahan pada skrin untuk cara-cara melekatkan tag pada beg, kemudian letakkan beg pada belting dan scan barcode pada tag. Jumlah berat keluar pada skrin dan belting pun bergerak membawa beg kami. Done.. Mudahnya check-in luggage cara self service ni. Tak perlu guna staff untuk bertugas di kaunter. Terbaiklah..

Masih awal lagi. Briefing dan bergambar dulu
Dah boleh check-in kat Terminal 2
Kita try buat sendiri kat self service machine ye

Self check-in for Norwegian Air

Baru jam 6.25 pagi. Ada banyak masa lagi sebelum departure. Kami mencari ruang rehat yang agak tersorok untuk kami menunaikan solat subuh. Selesai solat kami berehat sambil menunggu masa untuk ke departure gate. Kami breakfast makanan Sharifah yang dah sedia dimasak sebelum keluar tadi. Tak sempat nak makan kat rumah. Memang cadanganya nak makan di airport sebab ada masa yang banyak sebelum naik flight. Lebih sejam juga kami melepak sambil berborak. Sempat lagi saya pecahkan nanah yang ada di jari. Sehari sebelum travel dah terasa bengkak tapi masih belum bernanah lagi. Kali ni dah makin besar dan sakit. Abang Fikri paksa saya untuk pecahkan sebab takut kuman duduk lama kat dalam nanah tu. Nasib baik tak demam. Kalau demam dah tentu tak syok nak berjalan.

Fuhh lega.. Maaf gambar kurang menyelerakan..
Jam 7.30 pagi, 40 minit sebelum boarding barulah kami bergerak menuju ke kaunter imigresen yang terletak di tingkat atas. Terkejutnya bila kami sampai di atas, barisan teramatlah panjangnya!. Terus saya rasa macam tak sedap hati. Baru terfikir, kenapalah kami tak terus ke kaunter imigresen selepas check-in luggage tadi. Sepatutnya bila dah ada kat area boarding gate barulah boleh berehat atau nak buat benda lain. Dah la tak tau berapa jauh departure gate dari kaunter imigresen ni. Kalau jauh macam KLIA2 memang tak sempat la jawabnya. Kenapalah boleh terlupa kena lalu kaunter imigresen dulu sebelum ke boarding gate. Padahal bukannya first time naik flight. Huhu.. Takpe, tenangkan fikiran sambil beratur panjang menunggu giliran. Ya Allah, Kau sempatkanlah kami semua sampai ke boarding gate sebelum tutup. In shaa Allah..

Panjang sangat orang beratur ni. Huhu..
Alhamdulillah, walaupun barisan panjang tapi banyak kaunter dibuka. Jam 7.45 pagi saya dan wife selesai berurusan tanpa sebarang masalah. Yang lain kami tak pasti sebab semua masuk kaunter yang berbeza mengikut arahan staff yang bertugas di lorong. Kami tunggu sambil mencari info tentang nombor boarding gate sebab tak dinyatakan dalam tiket kami. Rama dan Sue juga dah selesai di kaunter imigresen. Diorang pun tak nampak Fa dan Abang Fikri. 5 minit kami menunggu tapi masih tak nampak kelibat diorang. Takkan kena tahan kot, sebab diorang kat belakang kami je masa beratur tadi. Saya cuba whatsapp tapi tak berjawab. Saya jadi tak sedap hati sebab agak jauh juga nak ke boarding gate. Saya tak pasti adakah diorang dah jalan dulu atau masih sangkut kat kaunter. Jadi kami berempat ambil keputusan untuk jalan dulu ke boarding gate dengan harapan diorang juga dalam perjalanan ke sana. Sedang kami berjalan, saya nampak pada skrin boarding gate kami dah 'closed'!.. Haduii.. Dengan pantas saya berlari sampai tak sempat nak maklum pada yang lain. Saya fikir bila sampai dulu boleh la bagitau kat staff bertugas yang kawan saya masih ada lagi di belakang. Dah macam amazing race je berlari di celah orang ramai. Huhu..

Mencari info tentang boarding gate
Mana la perginya Fa dan Abang Fikri ni

Scene at Kastrup Airport


@ NORWEGIAN AIR D8261

Tepat jam 7.55 pagi saya sampai di boarding gate. Ada seorang staff lelaki bermuka serius sedang berdiri di pintu. Penumpang yang lain semuanya dah masuk dalam flight. Saya maklumkan pada staff tu yang kawan saya ada 5 orang lagi dalam perjalanan ke sini. Harap dapat tunggu. Staff tu minta cepat sikit. Masa ni saya teringat kisah penumpang Air Asia yang dah ada di boarding gate tapi tak dibenarkan masuk. Walaupun Norwegian Air juga low-cost carrier sama seperti Air Asia, harapnya diorang takdelah halang kawan-kawan saya dari masuk ke dalam flight. Saya terus berjalan ke pintu flight, tapi tak masuk sebab tunggu wife saya. Takut lepas saya masuk terus pintu ditutup. Tak ke naya saya sorang je pergi Helsinki. Huhu.. Seminit kemudian wife saya pun sampai dan stewardess arahkan kami untuk masuk ke dalam flight. Wife saya merayu kat stewardess supaya tunggu kawan kami. Saya duduk di tepi tingkap dan kelihatan Rama dan Sue sedang berjalan masuk. Tinggal Fa dan Abang Fikri je yang tak nampak lagi. Staff lelaki yang menjaga pintu tadi masuk ke dalam flight dan bercakap dengan kami. Dia hanya boleh bagi lagi seminit je untuk kawan kami. Jika tak muncul juga pintu flight ni akan ditutup. Huhu.. Tak henti-henti kami berdoa agar Fa dan Abang Fikri muncul dalam masa seminit ni. Akhirnya saya nampak mereka berdua sedang berjalan masuk ke dalam flight. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana makbulkan permintaan kami. Lega sangat-sangat..

Fa dan Abang Fikri sempat masuk dalam flight. Alhamdulillah..
Fa dan Abang Fikri masuk flight jam 8.05 pagi. Memang ajaib la Norwegian Air bagi penumpang masuk lagi. Kalau flight lain kebanyakannya dah tutup 10 minit sebelum boarding. Memang rezeki Fa dan Abang Fikri untuk menjejakkan kaki di bumi Finland. Abang Fikri kata kalau diorang tak dapat masuk, diorang akan stay di Copenhagen dan terpaksa cari hotel 2 malam sehingga kami balik. Saya tak pasti beg diorang dikeluarkan semula atau dibawa juga ke Helsinki. Ada sumber yang kata jika penumpang tak naik, beg diorang akan dikeluarkan. Tapi sempat ke diorang nak cari beg tu? Wallahu 'alam. Apa-apa pun kalau la beg diorang ikut kami sekali ke Helsinki, nampaknya terpaksa lah kami letak kat luggage storage di airport. Tapi bila ambil balik macam mana nak bawak naik flight? Berat beg tu nak kira atas tiket siapa? Huhu.. Tapi apa yang penting ianya tak berlaku buat masa ni. Semua akan sampai Helsinki, In shaa Allah.. Peristiwa ni boleh dijadikan iktibar dan pengalaman hidup yang berguna. Morale of the story, jangan lepak lama-lama selagi tak lepas imigresen. Ok, masa untuk rehat sambil tunggu flight berlepas. Penat berlari tadi. Hahah..

Low-cost carrier. Apa yang nak dipertikaikan? Janji sampai destinasi impian..
Nampaknya flight delay 10 minit kerana kami. Hihi.. Stewardess takkan brief tentang keselamatan selagi semua penumpang belum berada dalam flight. Lepas Fa dan Abang Fikri duduk dan semua dah bersedia, barulah mereka mulakan penerangan. Jam 8.20 pagi flight Norwegian Air D8261 berlepas dari Kastrup International Airport menuju ke Finland. Takde movie atau lagu yang nak didengar dalam flight ni. Nasib baik perjalanan tak jauh, dalam 1 jam 35 minit je. Saya mula tukar waktu pada jam. Finland sejam awal dari Denmark. Kami dijangka sampai di Helsinki Vantaa International Airport jam 10.45 pagi waktu Finland. Mungkin 10.55 pagi kot sebab kami yang buat flight lewat berlepas. Hihi..

Finland, mu tunggu aku datang! Hehe..

Fly with Norwegian Air


@ HELSINKI VANTAA INTERNATIONAL AIRPORT

Seperti yang dijangka, memang betul jam 10.55 pagi flight kami mendarat dengan selamatnya di Helsinki Vantaa International Airport. Terujanya saya sebab tak sangka dapat sampai ke negara Finland, antara negara yang tak ramai orang lawat melainkan untuk melihat Aurora Borealis. Apa yang terkenal di Finland selain dari aurora ye? Suatu masa dulu, satu produk dari sini telah menjadi kegilaan setiap manusia di muka bumi iaitu Nokia. Namun sejak hadirnya teknologi smartphones daripada Samsung, handphone tekan butang sudah kurang popular. Baru-baru ni Nokia 'hidup' semula dengan device terbaru, tapi masih lagi kurang diminati apabila Apple dan Samsung makin upgrade produk masing-masing. Apa-apa pun Nokia tetap menjadi kenangan pada generasi 80 dan 90an. Bunyi polyphonic masih terngiang-ngiang di telinga. Tambah pula dapat create ringtones sendiri. Cukup hebat dah masa tu. Budak zaman sekarang apa tau. Hehe..

Flight Route: From Kastrup Int' Airport to Helsinki Vantaa Int' Airport
Tq Norwegian Air for flying me to Helsinki!..
Jam 11.05 pagi kami dibenarkan keluar dari flight. Terima kasih Norwegian Air!. Sebelum ni saya selalu masuk website Norwegian Air kerana sentiasa ada offer yang menarik ke destinasi di Eropah. Walaupun ianya low-cost carrier, tapi ada juga long haul flight. Cuma ia tak mendarat di KLIA. Option airport terdekat adalah Singapore dan Phuket. Saya pernah dapat harga tiket yang agak menarik dari Singapore ke London pada 2017 tapi malangnya itulah satu-satunya tahun sejak 2011 saya tak travel di hujung tahun. Huhu.. Kami masuk ke dalam terminal. Agak confuse dengan signboard di sini. Saya bertanyakan pada staff bertugas mana arah untuk kami ke tempat ambil beg sebab ada 3 signboard keluar, Exit 1, Exit 2A dan Exit 2B. Staf tu bagitau untuk flight Norwegian Air kami kena keluar ikut Exit 1. Keluar je dari Exit 1 terus nampak tempat baggage claim. Beg kami di Belting 23. Sampai je terus nampak beg kami keluar dari belting. Alhamdulillah..

Mencari pintu keluar dan baggage claim area

Jalan-jalan di dalam terminal

Kami keluar ke ruang terminal utama. Macam biasa perkara pertama yang wajib dibuat, kami keluar dulu dari terminal untuk melihat suasana sekitar dan merasai suhu semasa di Helsinki. Nampaknya masih belum nampak salji turun lagi tapi teramatlah sejuknya. Cuaca mendung dan jalanraya kelihatan basah menunjukkan hujan baru je berhenti. Kami masuk semula ke dalam terminal untuk mencari jalan ke train station. Kami ikut je signboard arah menuju ke train station. Keadaan kedai di dalam terminal nampak macam baru walaupun ianya sudah beroperasi sejak 1952. Helsinki Vantaa International Airport telah mendapat ranking ke-16 dalam Skytrax World's Top Airport 2018 dan juga Best Airport in Northern Europe 2018. Syabas!..

Weather forecast hari ni di Helsinki. Ramalan salji turun malam ni
Suasana mendung di luar terminal
Keadaan di dalam terminal. Tenang..
Daripada terminal, kami kena turun melalui eskalator yang panjang ke bawah tanah. Jauh juga nak berjalan sampai station. Huhu.. Akhirnya jam 11.50 pagi kami sampai juga di Lentoasema Station, iaitu nama station bagi hentian di Helsinki Airport. Saya mencari maklumat tentang route train dan juga public transport yang lain. Agak unik route bagi train untuk perjalanan pergi dan balik dari airport ke bandar Helsinki. Route yang dinamakan Ring Rail Line adalah seperti satu loop dan kita boleh naik mana-mana platform di sini untuk ke pusat bandar. Boleh pilih sama ada nak ikut laluan I-Train ataupun P-Train sebab kedua-duanya akan sampai di pusat bandar Helsinki. Untuk public transport di bandar pula agak confuse sikit sebab banyak option seperti bas, train, metro ataupun tram. Boleh dikatakan agak mudah juga la untuk ke mana-mana destinasi di sekitar Helsinki. In shaa Allah lepas 2-3 kali naik public transport di sini dah boleh faham tentang route, sama seperti di Copenhagen.

Ring Rail Line. Boleh bagi nama Heart-shaped Line. Hihi..
Route map bagi public transport di bandar Helsinki
Jauhnya nak sampai ke train station dari terminal
Ini baru route map untuk ke airport dan bandar Helsinki. Kalau buka website HSL (public transport company) lagi banyak route map yang diberi. Kami cuma nak explore bandar Helsinki je. Jadi cukup dengan merujuk map di atas. Dah faham tentang route, nak naik kenalah beli tiket. Saya pun gunalah mesin tiket yang ada di situ. Arahan ada dalam English membuatkan pembelian tiket tidaklah sesukar mana. Yang penting kena tau jenis tiket yang nak dibeli. Kami akan berada di Helsinki sehingga 12 Disember 2018, jadi kami akan beli 2-Days Regional Tickets yang berharga EUR21.00/person. Baik beli 2 hari terus, tak payah nak beli tiket lagi sampailah kami meninggalkan Finland nanti. Kalau beli 1-Day tiket harganya EUR14.00/person. Kat Finland matawang yang digunakan adalah Euro.

Mari beli tiket public transport di Helsinki
Tiket 2-Days Regional dan resit pembelian
Tiket ni akan mula aktif apabila kita touch pada reader. Reader akan keluar bunyi beep dan warna hijau menandakan tiket telah di scan. Maka bermulalah validity kad tu sampai 48 jam berikutnya. Tiket ni boleh digunakan untuk semua jenis public transport di Helsinki. Tambah best lagi apabila tiket kami ni juga valid untuk naik feri ke satu pulau yang famous dan bersejarah di Helsinki iaitu Suomenlinna. In shaa Allah kami akan ke sana jika sempat. Tiket yang kami beli ni boleh lalu region Helsinki, Espoo, Kauniainen dan Vantaa. Kalau nak ke region yang lain kena beli tiket lain seperti 2-Zone atau 3-Zone extended region yang dah tentu lagi tinggi harganya. Takpelah, kami cuma nak meronda di area Helsinki dan ke airport di Vantaa.

Jangan sebut banyak kali nama station ni ye. Hehe..

Keadaan di Lentoasema Station

Banyak nama station yang pelik kat sini. Setiap station akan tertulis dua nama, yang di atas adalah dalam Finnish, manakala di bawah adalah dalam Swedish ataupun English jika wujud. Tergeliat juga lidah nak menyebut nama dalam bahasa Finnish. Ada banyak pulak tanda kat huruf-huruf tertentu. Dulu masa sekolah yang saya masih ingat hanya belajar huruf  e-taling dan e-pepet je. Hihi.. Nak tau macam mana sebutannya kena dengar dalam train nanti. Mesti ada operator sebut nama setiap kali sampai station. Boleh la belajar beberapa sebutan Finnish. Hahah.. Setelah semua dah beli tiket masing-masing dan tap pada reader, kami menunggu ketibaan train. Tak kira train mana yang sampai dulu kami terus naik sebab yakin train tersebut akan menuju ke pusat bandar Helsinki. Tak sabar nak tengok bagaimana rupa bandar Helsinki. Harap berbaloi untuk menimba pengalaman hidup yang baru. Wallahu ' alam..

Menunggu train sampai untuk bawa kami ke bandar Helsinki


2 comments:

  1. sy baca pun jd cemas bab yang flight nk tutup pintu tuh..mesti mcm nk pecah dada tggu kwn tak smpi2 kan..ngase nk marah pun mesti ada kan...hihiiii..awat hangpa lmbt sgt..

    gambaq kuku bnanah tu mmg kurang selera skit tapi nk tanya, cikgu geng gigit kuku ka? nmpk kuku pendek sgt..hahaha...melawak ja naa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kena pukau ja semua boleh releks kat terminal walaupun sampai awal. Huhu.. Memang mencemaskan.

      Haa, sejak dari kecik lagi hobi gigit kuku, tambah bila tekanan.. Kalau tekiri tak rasa nak gigit sangat. Hehe.. :)

      Delete