Perjalanan dalam train dari Hellerup Station ke Klampenborg Station mengambil masa hanya 5 minit. Turun je dari train kami disambut dengan hujan renyai. Kami keluarkan baju hujan masing-masing tapi kejap je pakai sebab hujan dah mula berhenti. Yang tinggal hanya cuaca yang makin sejuk. Huhu.. Kami berjalan menyusuri kawasan perumahan. Besarnya tanah rumah banglo kat sini. Mesti golongan atasan yang ramai tinggal kat sini. Kelihatan banyak kereta yang parking di bahu jalan menandakan kami hampir sampai di tempat yang dituju. Cuaca pun dah mula senja tapi masih nampak lagi keadaan sekeliling. Itu yang penting kena sampai sebelum cuaca gelap. Hehe..
Jam 3.35 petang, setelah berjalan kaki selama 20 minit dari Klampenborg Station, kami tiba di pintu masuk tempat yang ingin kami lawati iaitu Dyrehavsbakken (The Deer Pasture's Hill) atau nama singkatannya Bakken (The Hill). Ia adalah sebuah taman hiburan. Yang membuatkan saya nak datang ke sini bukanlah nak main permainan yang ada kat sini, tapi lebih kepada ingin mengetahui sejarahnya. Walaupun Bakken tak sehebat Tivoli Park yang famous di tengah bandar Copenhagen, tapi ia mempunyai sejarahnya tersendiri. Bakken Amusement Park dibuka pada tahun 1583 dan ia adalah taman hiburan tertua di dunia yang masih beroperasi!. Kalau dikirakan dah 435 tahun tempat ni dibuka. Banyak generasi yang pernah datang ke sini. Huhu.. Lagi best tempat ni masuk percuma. Nak main je baru kena bayar. Kalau nak masuk Tivoli Park kena bayar entrance fee. Jadi apa yang kami akan buat kat sini? Kami jalan-jalan tengok kedai dan gelagat pengunjung yang bermain je lah ye. Hehe..
Kami berjalan mengikut laluan pada peta. Rasanya tak dapat nak cover semua tempat dalam ni. Kaki pun dah letih ni. Jauh sangat kami gunakan khidmat kaki kami hari ni. Hehe.. Pengalaman hidup punya pasal, gagahkan jua. Ramai pengunjung di sini. Maklumlah, hari ni Ahad. Ramai yang ambil peluang untuk bersantai di sini sebab Bakken bukannya setiap hari dibuka. Ia hanya dibuka pada hari dan waktu tertentu je. Mula-mula saya cadang nak pergi ke sini masa hari terakhir sebelum balik Malaysia nanti sebab jadual hari ni sangat pack dan banyak berjalan kaki. Takut terlalu penat sampai mengganggu kesihatan pulak. Dah la lama lagi kat sini. Bila saya check tarikh dalam website Bakken, hari terakhir kami di sini Bakken tak dibuka. Jadi kepada yang nak ke sini especially musim winter, lebih baik semak dulu tarikh ia dibuka ye. Nanti menyesal jalan jauh tapi tak dapat nak masuk. Huhu..
|
Bakken Maps |
|
Sempat kami sampai di sini masa cerah dan lihat suasana di Bakken |
Daripada pamplets yang saya baca, ada 32 rides kat sini yang boleh dicuba. Selain tu kat sini juga ada cinema, theater, kedai-kedai dan restoran. Memang besar sungguh tempat ni. Kami meronda dalam kawasan ni sehingga cuaca gelap. Walaupun dah malam tapi tetap happening dengan lampu yang berwarna-warni dan pengunjung yang menjerit naik bermacam rides di sini. Darjah kesejukan juga makin bertambah. Nasib baik di setiap laluan ada diletakkan kayu api untuk memanaskan tangan dan badan. Saya tengok juga harga tiket untuk naik beberapa rides. Macam biasalah, dah tentu ikut kadar matawang semasa kat sini. Huhu.. Kebanyakan rides kat sini sesuai untuk kanak-kanak, hanya beberapa je yang extreme. Kami yang dewasa ni hanya seronok tengok je. Duit cash yang ada kami cuma allocate untuk makan, beli fridge magnet dan keychain je. Hahah..
|
Cuaca makin gelap dan suhu pun makin sejuk. Huhu.. |
Secara personal, saya tak berminat nak layan permainan macam ni. Antara sebab selain dari faktor usia, saya sebenarnya fobia dengan permainan yang laju-laju ni. Serius takut. Huhu.. Dulu masa muda remaja pernah la cuba, tapi cukuplah rasanya zaman kegemilangan tu. Wife saya lagilah takut nak naik. Pernah dia menangis bila saya paksa dia naik corkscrew kat Genting tu. Saya pun buat-buat berani je time tu. Hihi.. Kami selalu bawa anak-anak ke tempat macam ni. Tapi kami hanya jadi tukang bayar dan pemerhati je lah. Biarlah anak-anak yang seronok dan teruja bermain. Bukan hanya tempat macam ni yang saya takut. Kalau pergi waterpark pun sama. Saya setakat mandi kat kolam je, tak berani nak naik slides pusing-pusing tu. Takut muntah je bila sampai bawah. Hahah..
|
Dah gelap pun masih happening kat sini |
Evening at Bakken
Rama dah mula pening kepala. Sampai berasap kepala dia bila buka snowcap. Huhu.. Kami berehat seketika untuk menghilangkan penat terutamanya kaki kami. Lepas ni nak berjalan balik ke Klampenborg Station. Saya melihat peta untuk mengetahui kedudukan kami dalam Bakken. Jauh juga kalau nak patah balik ke pintu masuk tadi. Tengok pada google map rasanya ada jalan lain untuk keluar dari sini. Hampir sejam dah kami berada di sini. Cukup dah pengalaman berharga yang diperolehi di taman hiburan tertua di dunia ni. Bekalan air kopi yang saya bawa dah habis. Memang tak cukup sebotol untuk 2 orang. Air kopi sedap pulak tu. Hihi.. Trip lepas ni kena make sure setiap orang bawa thermos, barulah cukup untuk aktiviti seharian.
|
Kita rehat dulu kasi hilang pening dan penat |
Jam 4.30 petang kami teruskan perjalanan. Kami sampai di satu kawasan hujung yang gelap di depan. Ada satu gerai menjual air dan aiskrim. Ada juga ye orang yang makan aiskrim musim sejuk macam ni. Huhu.. Kami order air coklat panas. Sambil tu kami bertanya pada tuan kedai jalan yang paling dekat untuk balik ke Klampenborg Station. Tuan kedai kata yang paling dekat ikut jalan yang gelap ni hingga jumpa simpang tiga, kemudian ke kanan dan terus sampai di station. Alhamdulillah, kami tak perlu nak patah semula ke pintu masuk tadi. Legaa.. Sambil menunggu air kami siap, kami ditegur oleh couple tua yang juga sedang menunggu pesanan. Ramah betul uncle dan auntie ni. Dia tanya kami dari mana. Itu lah soalan pertama yang standard untuk memulakan perbualan. Mungkin diorang pelik jumpa orang Asia kat sini kot. Sepanjang kami berada di sini pun memang tak nampak muka Asia apatah lagi orang melayu.
|
Nampak sedap aiskrim tu. Kita layan hot chocolate je.. |
Kami mengucapkan terima kasih pada tuan kedai kerana bantu tunjuk arah ke Klampenborg Station. Sampai masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada Bakken. Walaupun takde satu pun permainan yang kami cuba, yang penting kami dapat merasa pengalaman suasana di taman hiburan tertua di dunia yang masih beroperasi hingga hari ni. Kaki rasa sakit pun tetap rasa puas hati. Hihi.. Rama dah mula ok dengan isu peningnya. Maka bermulalah perjalanan kami melalui lorong yang gelap menuju ke Klampenborg Station. Sambil jalan tu kena perati juga atas jalan. Ada banyak tinggalan pepejal berwarna coklat dari kuda yang lalu di sini. Hahah..
|
Walking Route: From Bakken to Klampenborg Station |
Kami sampai di Klampenborg Station jam 5.00 petang dan kelihatan train baru je bergerak. Nampaknya terpaksa tunggu dalam kesejukan lagi 20 minit untuk train berikutnya. Rama bertanya lepas ni nak ke mana. Dia ingat kita balik terus ke rumah. Rupanya masih ada lagi tempat yang akan diterjah. Hihi.. Kesian dia bila tengok dah macam tak berdaya duduk di kerusi platform. Pening kepala terasa lagi, tapi kaki masih kuat melangkah. Takpe, kita rehat dulu tunggu train sampai, kemudian sambung rehat dalam train. In shaa Allah hilang la pening tu kejap lagi. Huhu.. Jam 5.10 petang S-Train tiba tapi waktu bergerak pada skrin jam 5.20 petang. Klampenborg Station adalah station yang terakhir untuk S-Train C. Kami terus masuk ke dalam train sebab tak tahan kesejukan di luar. Tepat jam 5.20 petang train mula bergerak meninggalkan Klampenborg Station. Kami turun di Norreport Station untuk tukar kepada Metro 1 menuju ke station pagi tadi iaitu Kongens Nytorv Station. Tempat yang kami nak pergi terletak berdekatan dengan station ni.
|
Train & Metro Route: From Klampenborg to Kongens Nytorv via Norreport |
@ STROGET SHOPPING STREET
Kami sampai di Kongens Nytorv Station jam 5.45 petang. Kami keluar dari station dan berjalan dalam 100 meter untuk sampai ke lorong yang bernama Stroget. Dari sini bermulanya lorong Stroget Shopping Street sepanjang 1.1km dan antara salah satu shopping street terpanjang di Eropah. Butik-butik berjenama dan ekslusif di dunia semuanya ada di sini. Di permulaan perjalanan kami singgah dulu di satu kedai souvenir. Harga barang di sini sama seperti kedai souvenir pagi tadi. Maknanya memang begitulah harga souvenir kat sini. Huhu.. Kami beli la juga 2-3 fridge magnet untuk ditambahkan pada dinding rumah kami. Rama sungguh teruja bila masuk dalam kedai souvenir ni. Harap peningnya sudah hilang. Barulah seronok nak berjalan. Hihi.. Selesai beli apa yang patut untuk kenangan, kami teruskan perjalanan menyusuri Stroget Shopping Street dalam keadaan hujan renyai dan cuaca yang amat sejuk. Banyak butik yang dah tutup. Kalau buka pun kami sekadar bergambar kat signboard kedai je. Hehe.. Memang tak mampu nak shopping kat sini berbanding bandar London dan Paris. Itupun shopping kat Primark je. Saya dah check tiada Primark di Scandinavia. Kecewa.. Hihi..
|
Walking Route: From Kongens Nytorv Station to Stroget and the shopping street |
|
Welcome to Stroget Shopping Street |
|
Singgah kedai souvenir dulu. Agak-agak patung viking ni dia jual tak? Comel.. |
|
Antara butik yang ada di sepanjang jalan. Posing sambil tahan sejuk tu. Hihi.. |
Night view at Stroget
Kami berpisah dan set untuk berjumpa di hujung lorong. Biarlah masing-masing berjalan melihat kedai-kedai yang ada di sini. In shaa Allah takkan sesat sebab lorong ni lurus sampai ke penghujungnya. Di pertengahan jalan ada christmas market dan ramai pengunjung sedang duduk minum. Kami melihat gerai-gerai jualan yang ada. Saya amat tertarik dengan kain atau sarung bantal yang bercorak bunga ala Scandic. Bayangkan kalau pasang kat sarung kusyen dan bantal kat rumah. Tapi bila melihatkan harganya memang tak masuk akal. Hanya mampu berangan je lah. Huhu..
|
Jalan-jalan di christmas market. Tools tu coklat sebenarnya. Kreatif sungguh.. |
Habis meronda dan tiada hasil dibawa keluar dari christmas market, kami teruskan perjalanan hingga ke hujung lorong. Ada satu lagi tempat yang nak diterjah di hujung tu. Tempat ni adalah senarai wajib datang ke sini. Kami yang terawal sampai. Yang lain masih meronda lagi di belakang. Banyak juga restoran di sini. Restoran cina dah tentu ada. Yang pastinya saya jumpa satu restoran halal di sini, tapi kami tak masuk. Perut masih terasa kenyang lagi walaupun last kami makan masa lunch tadi di Norrebro. Entah kenapa tak rasa lapar pulak. Balik rumah kejap lagi confirm kena makan dulu sebelum tidur. Boleh la kurangkan sikit berat beg. Misi menurunkan kapasiti berat luggage perlu dilakukan sebelum naik flight esok. Kalau tak terpaksalah korbankan beberapa barang yang tak diperlukan. Tapi rasanya semua barang penting. Tengok lah esok macam mana. Huhu..
|
Ada option kedai halal di sini |
@ HARD ROCK CAFE COPENHAGEN
Jam 6.50 petang kami semua dah berkumpul di hujung lorong. Pandang je ke kanan terus nampak signboard Hard Rock Cafe. A-must-visit store for me when travelling. Hard Rock Cafe adalah antara lokasi utama yang saya pasti masukkan ketika menyediakan itinerary. Trip kali ni banyak juga saya amik order dari kawan-kawan yang minat mengumpul merchandise dari Hard Rock. Tambah pula trip kali ni ke negara yang agak jarang orang nak pergi. Jadi ramailah yang order beserta duit. Setakat cakap kosong atau whatsapp tu memang banyak. Yang tu boleh abaikan. Hanya peminat tegar je yang akan bagi duit sebab diorang tau range harga merchandise HRC bukannya murah.
|
Walking Route: Hard Rock Cafe Copenhagen location from Stroget Shopping Street |
Kami masuk ke dalam Hard Rock yang ke-26 dalam listing saya. Rock Shop di sini tak berapa besar namun banyak merchandise yang dijual. Seperti biasa, saya akan mencari design t-shirt HRC yang masih saya belum miliki untuk tambah koleksi peribadi saya. Design couture untuk perempuan paling banyak pilihan. Wife saya suka la tu. Hihi.. Untuk lelaki selain dari design classic dan wood panel tee, hanya ada beberapa pilihan je. Saya nak cadangkan HRC untuk buat lebih banyak design lah. Sekarang HRC jarang keluarkan design yang ada gambar gitar. Design masa zaman dulu lagi banyak pilihan berbanding sekarang. Ganas-ganas semuanya. Barulah terserlah identiti Rock tu dan kena dengan nama cafe. Hahah..
|
Let's explore HRC Copenhagen!.. |
|
Banyak merchandise kat sini. Nampaknya dah ada t-shirt yang menjadi pilihan hati |
Dalam banyak-banyak design, nasib baik ada yang saya belum pernah miliki dalam koleksi. Sambil melihat, saya ambil gambar dan post dalam facebook. Ramai juga yang pm saya bertanyakan tentang barang HRC. Ada yang siap order. Saya pun bagilah harga beserta akaun bank. No money no HRC. Hihi.. Saya tak berapa suka sangat post dalam media sosial. Tapi untuk HRC saya kecualikan. Boleh dikatakan majoriti kenalan saya tak tau saya akan travel ke sini. Yang confirm tau hanya pengumpul tegar HRC dan pengetua je sebab saya kena mohon kebenaran ke luar negara. Selalunya bila hari kejadian barulah ramai kawan-kawan yang tau setelah wife saya mula post sejak dari airport. Tak suka kecoh awal sampai buat countdown. Tau orang menyampah walaupun facebook atau instagram tu hak masing-masing untuk post. Menyampah atau jealous? Haha..
|
Rama dah mula terjebak dengan HRC. Hehe.. |
Selesai sudah urusan mengumpul koleksi di HRC Copenhagen. Kepada kawan yang tak sempat order masih berpeluang lagi sebab last day nanti saya akan berada di Copenhagen. Boleh la singgah beli untuk kawan-kawan. Sambil tu suruh diorang standby juga tengok facebook untuk lokasi HRC lain yang bakal saya pergi sebab hanya sekali je saya akan singgah. Cuma HRC Copenhagen je yang boleh repeat semula masa last day sebelum balik Malaysia nanti. Rama yang baru menjinakkan diri dalam dunia HRC banyak juga dia shopping. Bila la lagi nak sampai sini kan. Takut nanti menyesal kalau tak beli. Hehe..
|
Mission accomplished @ HRC Copenhagen! |
Jam 7.30 malam kami meninggalkan HRC Copenhagen menuju ke train station yang terdekat. Nampaknya sudah sampai ke penghujung perjalanan kami mencari pengalaman di Copenhagen untuk hari ni. Banyak dah tempat yang kami terjah. Sedang elok kaki pun dah mula penat untuk melangkah. Jam 7.40 malam kami sampai di Vesterport Station. Lagi 5 minit S-Train A akan sampai. Tak ramai orang di station. Mungkin semua dah sampai rumah masing-masing sebab esok dah start kerja. Hari Isnin la hari yang paling malas nak pergi kerja setelah 2 hari berehat kat rumah. Confirm ramai yang moody Monday blues esok. Tapi bila travel tak kisah hari apa pun, tetap seronok. Hehe..
|
Walking Route: From HRC Copenhagen to Vesterport Station |
|
Menunggu S-Train A route ke Koge sampai di station |
S-Train A sampai di Vesterport Station jam 7.50 malam. Keadaan dalam train amat lengang. Train bergerak mengikut route ke Koge. Jam 8.05 malam train tiba di Friheden Station dan kami turun dari platform. Kali ni kami nak try naik bas menuju ke homestay. Kami mencari signboard hentian bas bernombor 132 yang akan lalu di depan homestay kami. Kena pastikan nombor bas yang betul sebab ada beberapa platform untuk bas berhenti di sini. Satu bas pun takde yang sampai lagi. Cuaca sejuk sangat ni. Huhu.. 10 minit menunggu akhirnya kelihatan bas 132 masuk simpang ke hentian tempat kami menunggu. First time naik bas di sini. Sama seperti train, dalam bas hanya ada mesin untuk cek travel card. Kami hanya perlu tunjuk 24-hour ticket pada driver. Kalau taknak tunjuk pun boleh, bagitau je ada tiket. Driver tu tak kisah pun. Tapi kalau ada officer yang check kenalah tunjuk tiket tu. Mudah betul sistem tiket kat sini. Yang tak bestnya cuma harga tiket yang mahal. Huhu..
|
First experience naik local bus di Copenhagen |
Saya standby untuk tekan loceng bila bas dah makin hampir dengan homestay kami. Boleh pulak driver ni tak berhenti. Tak dengar bunyi loceng kot. Saya tekan lagi sekali dan barulah dia berhenti, tapi terlajak satu stop. Maka terpaksalah kami berjalan patah balik ke homestay. Saje je driver ni buat onar ye. Nasib baik tak jauh sangat. Kalau jauh lebih baik jalan kaki je dari Friheden Station tadi. Punyalah nak try naik local bus. Terlajak bas stop boleh dikira sebagai pengalaman juga tu. Hehe.. Jam 8.20 malam kami sampai di homestay. Masuk je rumah terus sediakan menu makan malam. Boleh mendatangkan marah jika tidur dalam keadaan lapar. Hihi.. Selesai makan kami bersiap-siap untuk tidur. Kena tidur awal sebab esok awal pagi dah nak kena bangun dan bersiap untuk ke airport. Nak kemas rumah lagi. Jadi memang kena bangun awal. Jam 9.30 malam off-light dan masing-masing tidur dengan penuh kepuasan dan keletihan. Wallahu 'alam..
|
Bus Route: From Friheden St. to Airbnb. Siap terlajak skali. Hihi.. |
|
Jumlah penggunaan kaki hari ni |
No comments:
Post a Comment