Thursday 27 June 2024

Bubar, PRU & Isu Semasa

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bekerja di unit parlimen ni bukannya boleh amik cuti bila-bila masa. Saya dan sahabat seunit memang tak boleh bercuti panjang bila parlimen bersidang. Cuti dibekukan. Huhu.. Jadi saya kena pastikan ambil cuti masa parlimen tak bersidang. Bos saya kata bila parlimen tak bersidang sukahati la nak cuti berapa lama pun. Hihi.. Bila tengok takwim tahunan parlimen yang dikeluarkan pada awal tahun, agak pelik juga sebab seawal 7 Disember 2022 persidangan dah tamat. Selalunya tamat sehari dua sebelum Krismas. Khabar angin yang mengatakan bahawa pilihanraya umum bakal berlaku tahun ni mungkin menjadi kenyataan, cuma tak pasti bila. Rasanya macam hujung tahun ni sebab parlimen habis awal. Jangan la buat PRU15 masa saya travel. Mengundi tu kewajipan pada negara. Orang nak jalan-jalan cari pengalaman dengan penuh ketenangan ni. Huhu..

Serius pelik kenapa tamat 7 Disember 2022. Tanda-tanda kecil ni..

Untuk persidangan kali ni, saya amat bersemangat bekerja. Maklumlah, ada reward di penghujungnya. Hehe.. Suasana di parlimen untuk persidangan akhir tahun sentiasa meriah sebab ada pembentangan bajet. Bukan dengar sangat pun, cuma tunggu pengumuman bonus dihujung pembentangan je. Hehe..  Desas desus tentang pilihanraya makin hangat diperkatakan. Akhirnya pada 10 Oktober 2022 Perdana Menteri umumkan pembubaran parlimen ke-14 bagi memberi laluan kepada PRU15. Maka tanda tanya tentang bila PRU15 terjawab sudah.

Marilah-mari.. pergi mengundi..

Dengan pembubaran ini, maka tamatlah persidangan parlimen untuk kali ni. Tak boleh nak seronok lagi sebab tak tau apa yang akan berlaku selepas PRU15. Takut disambungnya persidangan sampai awal tahun depan. Selama saya bekerja kat unit parlimen, tak pernah jadi lagi persidangan merentas tahun. Kalaulah berlaku, saya terpaksa la slow talk dengan bos untuk cuti. Semua preparation dah siap booking dan bayar. Tiket flight tak boleh refund. Banyak dah kos yang dikeluarkan. Huhu.. Selesai PRU15, pihak parlimen umumkan pembukaan Parlimen ke-15. Kerajaan baru tak sabar nak bersidang. Bila tengok tarikh persidangan, alangkah leganya sebab tak panjang. Hanya 3 hari je bersidang, bermula dari 19 hingga 21 Disember 2022. Alhamdulillah..

Dewan Rakyat 2 hari, Dewan Negara 1 hari. Ngam..

Setelah tamat persidangan pada 21 Disember 2022, saya masih lagi bekerja sampailah Jumaat. Lepas tu terus cuti panjang sampai tahun depan. Hahah. Masih sempat lagi mencari barang-barang keperluan untuk dibawa masa travel nanti. Time ni la anak-anak amik peluang mintak aksesori untuk gadget diorang. Tetiba wayar charger putus, powerbank bengkak, screen protector retak dan macam-macam lagi. Emmm.. Tak kisah la, janji diorang tak mintak handphone baru. Hihi.. Pakaian dan kasut diorang dah target nak beli kat sana nanti. Dari awal tahun saya dah bagitau simpan duit belanja sekolah, nanti boleh buat shopping kat London. Setakat ni Elysha sorang je yang rajin simpan duit tabung. Dia tak suka makan kat kantin sekolah sebab malas nak beratur dan masa rehat yang singkat. Duit belanja tak pernah guna. Jeles la abang-abang dia sebab adik lagi banyak benda boleh shopping kat sana nanti. Hehe..

Travel foods. Kart's tetap menjadi pilihan hati

Sambil mengemas barang, saya tengok juga weather update di Iceland. Apps yang saya install amat membantu. Siap boleh tengok live view keadaan di sana. Apa yang merisaukan saya, route cadangan yang saya set setakat ni ada yang ditutup kerana salji tebal. Tak banyak option route di sana. Kalau nak ikut route lain amat jauh jaraknya. Ada masa lagi 2 minggu sebelum kami semua jejakkan kaki di bumi Iceland. Harap masa tu salji tak tebal sangat dan jalan mula dibuka semula. Habis la perancangan yang dibuat kalau ada jalan yang tutup. Penginapan semua dah booking dan bayar, memang tak boleh nak kensel last minit. Huhu.. Itulah antara cabaran utama apabila travel masa musim winter. Cuaca yang tak terjangka, tambahan pula di Iceland yang memang terkenal dengan perubahan cuaca yang mendadak dalam sekelip mata.

Live view jalan di Iceland. Tebalnya salji..

Saya dah maklum dalam group tentang keadaan terkini di Iceland. Semua take note dan berharap agar cuaca kembali normal apabila kami sampai nanti. Tak normal pun takpe, asalkan kami dapat bergerak mengikut route yang telah saya setkan. Masing-masing dah mula mencari jaket yang tebal dengan harapan dapat menghalang kesejukan daripada singgah ke tulang. Ubat-ubatan yang berkenaan kena bawa bersama, in-case ada yang tak sihat. Masih ada lagi ahli rombongan yang tak ambil vaksin influenza. Mungkin antibodi mereka kuat dan boleh hadapi apa jua cuaca yang mendatang. Diharapkan begitulah.

Merah tanda jalan tutup. Satu-satunya jalan utama pulak tu. Huhu..

Tarikh berlepas makin hampir dan saya dapat berita tentang satu insiden yang tak diingini. Masa trip 2015 dulu telah berlaku kejadian Paris Massacre di tengah bandar Paris pada 13 November 2015, sebulan sebelum saya dan wife bersama Fa dan Abang Fikri ke sana. Masa tu di bandar Paris penuh dengan askar yang meronda di setiap jalan. Sampaikan kat depan Grand Mosque Paris pun ramai askar yang mengawal keselamatan. Mana taknya, 130 orang terkorban dan beratus lagi cedera. Huhu.. Nasib baik la masa kami kat sana keadaan dah kembali tenang. Trip 2019 lagi menggerunkan iaitu kejadian 5 orang awam kena tikam kat London Bridge pada 29 November 2019. Masa tu kami memang dah ada kat sana, tapi berada di luar London sebab sewa kereta. Untuk trip kali ni saya harapkan takde la insiden yang berlaku. Pada 23 Disember 2022, seminggu sebelum kami nak ke sana berlaku kes 3 orang Kurdish mati di bandar Paris. Semua kejadian ni dikatakan berpunca daripada racist. Memang mencabar sungguh kehidupan di dunia ni. Tak boleh ke hidup dengan aman dan sentosa. Darah sama merah kot. Huhu..

Bila la dunia ni nak aman ye..

Takut juga bila dapat berita macam ni. Namun kehidupan sebagai traveller terpaksalah hadapinya. Niat travel untuk mencari pengalaman hidup, in shaa Allah dipermudahkan olehNya. Memang risau bila travel di negara yang mana Islam adalah penduduk minoriti. Tapi ada juga situasi di mana urusan kami dipermudahkan. Saya masih ingat lagi masa kami tiba di Paris pada 2015. Masa tu ada mogok besar-besaran di airport. Ramai orang menjerit dan berlari. Kami terpaksa beratur panjang bersama penumpang lain untuk urusan di kaunter imigresen. Tak sangka masa tu ada sorang staf airport perempuan bawa kami melalui lorong khas terus ke kaunter. Memang potong que habis. Hahah. Saya tak pasti kenapa perempuan tu nak tolong kami. Lepas selesai urusan di kaunter, kami ucapkan terima kasih. Terkejut saya bila perempuan tu memberikan salam. Mungkin dia nak membantu sesama muslim. Sebenarnya tak ramai pun golongan racist ni. Hanya minoriti je. Moga dijauhkan golongan ini dalam kehidupan kami selamanya..


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment