Tuesday 25 January 2022

JJCP UK V2: Day 13 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI /TARIKH:
@ ISNIN, 9 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ HEATHROW AIRPORT
@ TRAVELODGE LONDON WEMBLEY HIGH ROAD
@ SAM'S PERI PERI CHICKEN


Kami menunggu shuttle bus di lobi hotel bersebelahan dengan pejabat Green Motion Car Rental. Banyak juga beg yang kami bawa. Itu belum beranak habis lagi. Barang dari London dah tentu ada. Huhu.. Takpe, in shaa Allah kami dapat bawa semuanya dengan selamat di hari terakhir nanti. Yang penting beg jangan lebih muatan. Nanti kena extra charges dari Royal Jordanian. Hihi.. Kalau dikirakan, kami berenam boleh bawa 6 beg besar berat 23 kg dan 6 carry bag berat 7kg. Rasanya tak cukup pun sebab kami cuma bawa 3 beg besar dan 3 beg sedang. Nak dapatkan 3 beg sedang seberat 23 kg memang sukar. Lainlah kalau letak batu dalam tu. Hahah.. Mungkin akan bertambah satu lagi beg kat London nanti. Kalau tak jumpa beg Samsonite tu, beg lain pun jadilah untuk kami dapatkan berat yang paling ngam untuk bawa naik flight nanti.

Menunggu ketibaan shuttle bus dalam kesejukan

Tepat jam 6.00 petang Hoppa Bus H1 sampai di lobi hotel. Saya keluarkan tiket yang saya beli masa naik haritu sebab itu tiket return dan tunjuk pada driver bas. Setelah pastikan semua anak-anak dan beg dibawa naik, bas pun bergerak ke destinasi berikutnya. Hanya kami je yang ada dalam bas. Bas berhenti di beberapa hotel untuk mengambil penumpang lain sebelum menuju ke Heathrow Airport.

Muka puas sebab dapat shopping tadi kat Bicester Village. Hihi..


@ HEATHROW AIRPORT

Setengah jam berada dalam Hoppa Bus H1, akhirnya jam 6.30 petang kami sampai di Heathrow Airport. Setelah mengucapkan terima kasih pada driver bas, kami bawa beg masuk ke dalam terminal. Ada satu perkara yang nak diuruskan dulu sebelum kami naik tube underground. Ada 2 beg yang wife saya dah kemas dan tak perlu nak buka lagi. Daripada bawa sekali lebih baik kami simpan di baggage storage kat airport macam kami buat masa kat airport Copenhagen dulu. Buat penat je nak bawa sekali sebab memang takkan buka pun. Sanggup saya bayar upah simpan daripada kena bawa sebab travelodge yang kami akan duduk di London nanti agak jauh juga. Saya bawa 2 beg tersebut ke kaunter Left Baggage.


Lokasi baggage storage di Heathrow Airport

Beg kami akan disimpan selama 3 hari di sini hingga hari kami nak balik nanti. Lihat pada senarai harga simpanan beg agak tinggi juga untuk 3 hari. Mula-mula ingatkan hanya GBP7.50/beg, tapi rupanya harga kena accumulate ikut hari. Jadi saya kena bayar GBP27.50/beg. Jumlah untuk 2 beg adalah GBP55.00. Lebih kurang je nilai macam kat airport Copenhagen. Fuhh, jumlah tu lepas beli 2 pasang kasut kat Clarks. Huhu.. Kena terima kenyataan, harga di airport memang mahal. Sedangkan sewa kereta kat airport pun ada extra fees, inikan pulak tempat simpan beg. Apa boleh buat, bayar je lah. Janji senang kami nak bergerak selama 3 hari ni.

GBP55.00 melayang. Untuk mudah memang perlukan pengorbanan..

Selesai urusan simpan beg. Walaupun boleh bersusah payah bawa sekali beg tu, tapi saya dapat rasakan beg kami akan bertambah lagi pada hari terakhir nanti. Hihi.. Seterusnya kami berjalan menuju ke stesen tube underground. Sambil berjalan saya buat anggaran kira-kira untuk nilai oyster card yang akan saya beli untuk sekeluarga. Rasanya cukup seorang GBP25.00 ditambah dengan GBP5.00 yang non-refundable untuk card activation. Beginilah kos hidup kat London. Itu baru kos public transport, belum kos yang lain lagi. Bertabahlah ya.. Demi pengalaman hidup kami sekeluarga. Kita bagi anak-anak belajar dan memahami tentang kehidupan sebenar di negara luar.

Perjalanan menuju ke tube underground

Untuk oyster card, kanak-kanak bawah 11 tahun percuma jika naik bersama penjaga. Untuk 11 hingga 15 tahun ada yang free dan harga diskaun, tapi kena ada photocard. Nampaknya saya kena beli 4 oyster card untuk kami sekeluarga. Masa tengah meneliti menu pada mesin tiket, saya ditegur oleh staff yang bertugas. Mungkin dia nampak saya confuse nak beli tiket sebab lama juga saya kat depan mesin. Saya maklumkan pada dia yang saya nak beli 4 tiket oyster card. Dia tanya berapa umur anak-anak saya. Elysha dan Eirfan dah tentu tak perlu oyster card sebab bawah 11 tahun. Untuk Eimran dan Eiman, diorang dalam kategori umur 11 hingga 15 tahun. Staff tu bantu saya untuk register kad Eimran dan Eiman untuk dapatkan diskaun. Mungkin dia masukkan alamat rumah dia kot untuk register. Jadi saya bayar GBP30.00/card untuk kad saya dan wife, manakala Eimran dan Eiman saya cuma bayar GBP20.00/card menjadikan kesemuanya GBP100.00 untuk kos public transport kami sepanjang 3 hari di London. In shaa Allah cukup. Kalau ada baki masa balik nanti boleh refund semula.

Staff bertugas bantu saya register kad Eimran dan Eiman

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan pada staff tersebut. Alhamdulillah, ada juga yang sudi membantu register kan kad diskaun untuk anak-anak saya. Mula-mula takut juga kalau kena scam. Manalah tau kan, lepas dah tolong register dia mintak duit kopi ke, duit rokok ke. Tapi lepas selesai urusan pembelian oyster card dia terus ucapkan selamat bercuti di London dan beredar ke tempat lain. Kira betul la dia tolong dengan ikhlas. Nak tau diskaun menjadi atau tak, masa tap oyster card nanti boleh tengok adakah nilai kad Eimran dan Eiman berbeza dengan saya dan wife punya. Kami berjalan ke platform menunggu train sampai.

Wife tunjuk nama Uxbridge, kenangan masa pertama kali kami sampai pada 2012 dulu.

Tepat jam 8.00 malam, tube Piccadilly Line tiba di platform 2. Kami naik dan tube bergerak menuju ke stesen mengikut route. Anak-anak teruja dapat naik London tube underground buat pertama kali dalam hidup diorang. Eimran masih tak percaya yang dia akan menjejakkan kaki di bumi London. Mula-mula masa saya kata nak bawak pergi UK dia ingatkan saya main-main. Itulah, ayah dan ami umur 33 tahun baru ada passport travel ke luar negara. Korang masih sekolah lagi dah dapat merasa tau. Apa-apa pun bersyukur kerana diberikan peluang dan kesempatan. Doakan agar family kita sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki yang berpanjangan ya.

Oyster card antara option utama untuk naik public transport di London

Kami turun di Hammersmith Station dan tukar kepada Hammersmith & City Line menuju ke Baker Street Station. Sampai di Baker Street Station kami tukar line lagi sekali kepada Bakerloo Line terus ke Wembley Central Station. Agak complicated juga route yang saya pilih. Sebenarnya banyak tube line yang saya boleh pilih untuk sampai ke Wembley Central Station. Bezanya adalah masa, jarak perjalanan, bilangan bertukar tube line dan harga tiket. Yang penting sampai ke destinasi tujuan. Kami bukan rushing nak kemana-mana malam ni.

Abang Fikri sentiasa tenang orangnya. Cool..

Jam 9.50 malam barulah kami sampai di Wembley Central Station. Hampir 2 jam perjalanan kami naik 3 jenis tube line dan ditambah dengan masa menunggu train sampai di setiap stesen. Huhu.. Kenapa tak pilih travelodge yang dekat dengan airport? Setiap kali memilih lokasi travelodge, saya akan pastikan 2 perkara menepati syarat iaitu murah dan juga hampir dengan public transport. Daripada pencarian semua lokasi travelodge di London, hanya inilah satu-satunya yang menepati syarat dan bonus yang pastinya wife saya akan suka iaitu di depan travelodge ni ada Primark. Senang nak shopping nanti. Hihi..

Akhirnya sampai juga kami di Wembley Central Station

Tube route: From Heathrow Airport to Wembley Central Station


@ TRAVELODGE LONDON WEMBLEY HIGH ROAD

Kami tap oyster card untuk keluar dari stesen. Kad Eimran dan Eiman dapat diskaun. Alhamdulillah. Staff tube underground tadi memang betul membantu kami. Keluar je dari stesen, pusing ke belakang bangunan dan kami terus sampai di pintu masuk Travelodge London Wembley High Road. Tak perlu nak tarik beg dan jalan jauh. Hihi.. Bangunan travelodge bercantum sekali dengan underground station. Wife dah mula teruja bila nampak signboard Primark masa keluar dari stesen tadi. Hari ni Primark dah tutup. Kalau buka mesti dia ajak masuk punya. Hehe.. Jangan risau, kita pasti akan ada masa untuk ke Primark, kedai yang amat sesuai untuk golongan marhaein dan bajet macam kami ni untuk bershopping di London. Di sebelah travelodge pula ada Sport Direct dan juga Tesco Express. Tesco Express masih buka lagi hingga jam 12 tengah malam. Anak-anak dah mula ajak beli jajan lepas kami check-in. Diorang memang pantang nampak supermarket. Hihi.. Sabar, kita pergi makan dulu ye anak-anakku.

Wembley Central Map

Daripada nama travelodge, memang ianya dekat dengan Wembley Stadium dan juga London Designer Outlet. Sebenarnya takde perancangan dalam itinerary yang saya buat untuk melihat kedua-duanya. Pilihan travelodge adalah seperti yang saya nyatakan iaitu murah dan dekat dengan public transport. Kalau ada kesempatan sehari dua ni mungkin kami akan jalan kaki melihat Wembley Stadium dan cuci mata di London Designer Outlet. Tapi rasanya tak sempat kot sebab Fa dan Abang Fikri pertama kali datang ke London. Kenalah bawa diorang jalan-jalan tengok landmark utama kat sini seperti Big Ben, Tower Bridge, Buckingham Palace dan lain-lain. Tak lengkap kalau datang ke sini tak melawat landmark yang popular di London.

Travelodge London Wembley High Road @ GBP145.00 for 3 nights

Kami naik ke tingkat satu untuk urusan check-in di lobi hotel. Ini adalah travelodge terakhir kami untuk trip kali ni. Kami ambil terus untuk 3 malam berharga GBP145.00. Kira murah dah tu sebab lokasinya di bandar London. Kami dapat bilik bernombor 230 dan Fa bilik 231. Selesai urusan check-in, kami terus naik ke tingkat 2 dan menuju ke bilik masing-masing. Alhamdulillah kami dapat 1 katil queen dan 2 katil single. Barulah kami sekeluarga selesa nak tidur walaupun terpaksa berhimpit. Hihi..

Travelodge memang berbaloi dengan harganya. Terbaikk!

Sebelum masing-masing mula baring, adalah lebih baik kami terus turun ke bawah untuk mencari makan malam. Bila dah mula baring memang malas nak bangun dan keluar. Anak-anak laju je keluar dari bilik menuju ke lif bila tau nak pergi makan. Kesian diorang lapar sejak dari alas perut dengan doughnut petang tadi. Fa dan Abang Fikri taknak ikut. Diorang penat sangat hari ni. Nak tapaukan pun diorang taknak. Lepas mandi mesti terus tidur agaknya. Anak-anak kami memang susah nak tidur malam. Tak tau macam manalah agaknya bila balik nanti. Mesti kena jetlag punya. Lagi susah la diorang nak tidur pada waktu yang betul. Huhu..

Let's jom makan malam


@ SAM'S PERI PERI CHICKEN

Keluar dari travelodge, kami melintas ke seberang jalan. Terdapat satu restoran halal iaitu Sam's Peri Peri Chicken yang masih buka terletak sebaris dengan Primark. Terdapat banyak restoran halal di sekitar kawasan di sini tapi saya malas nak jalan jauh. Cuaca gelap dan tak ramai orang lalu lalang. Kedai pun banyak yang dah tutup. Mana restoran halal yang berdekatan dan masih buka kami masuk terus. Anak-anak pun dah tak tahan tengok menu ayam goreng dan burger yang dipamerkan. Bila lapar semuanya nampak sedap belaka. Hihi..

Alhamdulillah rezeki kami dapat makan malam di sini

Saya order 2 set meals berharga GBP10.00 dan 1 set double deals burger berharga GBP4.99. Cukup rasanya untuk kami sekeluarga. Kalau tak cukup boleh tambah lagi sebab takde orang lain pun dalam kedai ni. Yang datang pun cuma geng grab food ambil pesanan online. Lepas bayar terus makanan kami disediakan di kaunter. Sedap juga burger dan ayam goreng dia. Saiz burger pun sama macam kat Malaysia. Selalunya burger kat luar negara bersaiz besar. Tak berani nak beli sorang satu sebab takut tak habis.

Marilah kita habiskan rezeki yang ada depan mata

Alhamdulillah, lega bila perut kami terisi dengan makanan. Barulah tenang tidur malam ni. Hihi.. Selesai makan, anak-anak ajak singgah beli jajan kat Tesco Express. Esok je lah kita pergi ya. Hari ni dah cukup kenyang. Nasib baik takde yang membantah. Maka kami pun terus naik ke bilik. Lepas mandi dan solat, kami berehat sambil menonton tv. Wife sedang fikirkan strategi untuk memaksimumkan penggunaan beg. Saya pulak sedang menyusun perjalanan untuk esok. Jam 11.30 malam anak-anak semuanya dah tidur dengan sendirinya tanpa dipaksa. Penat sangat perjalanan hari ni. Moga dipermudahkan urusan kami pada esok hari.

Wallahu 'alam..






No comments:

Post a Comment