Monday 31 August 2020

JJCP UK V.2: Day 05 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ AHAD, 1 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ NORTH CAVE MARKET & CARBOOT


Jam 5.30 pagi saya dah bangun dan kejut anak-anak untuk mandi, solat dan bersiap. Cadangnya nak check-out awal pagi ni sebab nak ke satu tempat yang agak menarik dan perlu untuk sampai awal di sana. Kalau kejut lambat nanti diorang nak breakfast lagi, nak kemas barang lagi, mesti lambat jadinya. Huhu.. Setelah semuanya bangun dan mandi, kami breakfast apa yang ada dalam stok makanan kami yang masih banyak lagi tu. Kena pastikan semuanya habis bila hari terakhir nanti. Taknak bawak balik dah. Selesai makan dan siapkan beg masing-masing, jam 7.10 pagi kami mula keluar dari bilik dan check-out.


Masa sewa kereta je merasa pakai Mercedes. Hihi..
Tq Travelodge Hull South Cave..
Setelah urusan check-out selesai, kami mula loading beg masuk ke dalam kereta. Cuaca mula cerah di luar dan sejuk tak terkata. Nak sangat kan travel time winter. Alhamdulillah setakat ni anak-anak semuanya tenang. Macam takde kesan pun cuaca sejuk ni pada diorang. Tambah si kecik tu. Siap bukak kasut lagi. Huhu.. Pertama kali dalam hidup diorang berada kat tempat sejuk macam ni. Bagi pengalaman berharga buat diorang. In shaa Allah ada rezeki nanti ayah bawak lagi tempat sejuk macam ni.

Kita bagi ais yang melekat kat cermin cair dulu
Jam 7.30 pagi bila cermin kereta dah mula clear dari ais, kami mulakan perjalanan ke destinasi pertama untuk hari ini. Lokasi tempat ni dekat je dari travelodge kami. Memang saya cari travelodge yang paling dekat sebab nak sampai di carboot seawal yang boleh. Manalah tau ada benda dan barang menarik yang kami boleh grab dulu. Hihi.. Carboot adalah antara tempat yang wajib pergi dalam penyediaan itinerary. Disebabkan ianya hanya buka time weekend, jadi kami takkan lepaskan peluang untuk mencuci mata di carboot. Itulah keistimewaan yang ada bila travel sendiri. Nak pergi ceruk mana pun takde masalah dan tak perlu kejar masa. Hihi..


Mencari lokasi carboot


@ NORTH CAVE MARKET & CARBOOT

Jarak dari travelodge ke North Cave Market & Carboot ni tak sampai 10 km. Tapi kami terpaksa u-turn jauh sebab travelodge kami terletak di seberang highway A63. Maka terpaksalah tambah lagi 10 km untuk sampai ke destinasi. Dah sampai lokasi boleh terlajak pulak sebab tak perasan signboard padahal Here Maps dah suruh masuk simpang. Biasalah, tempat baru nak sampai memang senang confuse. Hehe.. Akhirnya jam 7.45 pagi kami sampai di kawasan parking North Cave Market & Carboot. Kali ni kena hati-hati cari kawasan parking. Jangan jadi macam semalam parking atas lumpur. Nanti tak pasal kena mintak tolong lagi. Hihi..


Driving route: From Travelodge Hull South Cave to North Cave Market & Carboot
Setelah yakin kami parking di atas rumput yang kering, kami bersiap-siap untuk explore apa yang ada di North Cave Market & Carboot. Musim winter tak banyak carboot yang beroperasi. Untuk dapatkan kepastian, saya mencari facebook page carboot di UK untuk dapatkan info terkini tentang waktu operasi carboot. Kalau musim tak menentu selalunya carboot tak dibuka especially outdoor carboot dan akan dimaklumkan last minute dalam facebook. Sebab tu kena check sehari sebelum atau di awal pagi hari kejadian. Selalunya indoor carboot akan tetap beroperasi tak kira cuaca. Di North Cave Market & Carboot ni kedua-duanya ada.

Jom menyelam cari barang rare di sini
Kami masuk ke bahagian indoor dulu sebab sejuk sangat cuaca di luar. Kami ditegur oleh seorang local bertanyakan tentang kami. Seronok dia bila kami kata dari Malaysia sebab wife dia pun orang Asia. Dia tegur kami sebab dia jarang nampak orang luar datang ke sini. Dia tanya macam mana saya boleh tau tempat ni yang boleh dikatakan berada di kawasan ceruk kampung. Saya pun jawab semuanya kerana the power of google. Hahah.. Kami teruskan berjalan masuk ke bahagian indoor. Lega sikit sebab tak sejuk sangat kat dalam ni. Hehe..

Layan indoor dulu. Gerai kat luar tu cuma boleh tengok je la ye. Hihi..
Banyak juga gerai kat dalam ni. Layann..
Kalau nasib baik, banyak benda yang menarik dijual di carboot. Sebab tu saya looking forward mencari lokasi carboot bila tiba weekend di sini. Harga barang yang dijual memang tak masuk akal. Siap boleh tawar menawar lagi. Hihi.. Orang UK ni barang-barang dia ikut season. Dah habis season dia jual sebab beli yang baru. Di Malaysia pun dah mula banyak lokasi carboot. Saya pernah juga berniaga di tapak carboot yang terletak di Taman Melawati. Salah satu carboot yang terbesar terletak kat belakang rumah saya di Kota Damansara. Seronok dapat cuci mata tengok jualan. Cuma yang tak seronoknya bila matahari dah mula naik mulalah berpeluh kepanasan. Tunggu kumpul barang-barang bagi banyak dulu. In shaa Allah saya akan berniaga juga di situ. Berniaga adalah satu keseronokan.

Berniaga di carboot suatu waktu dahulu. Best!!
Si kecik dah mula teruja tengok banyak mainan yang murah-murah di sini. Dari kereta Hotwheels yang berharga 50 pence hinggalah remote control car berharga GBP3.00, kalau boleh semuanya dia nak. Huhuu.. Tak boleh nak layan sangat. Dapat satu buat dia pegang dalam stroller sudah cukup membuatkan dia berhenti merengek. Hihi.. Penjual kat sini semuanya veteran belaka. Apa yang seronoknya, semua gerai yang kami pergi diorang akan tegur kami dengan baik dan ramah. Perkataan "Hello dear" beserta senyuman memang wajib diterima. Walaupun hanya menjual used items, tapi layanan yang diberi amat baik. Elysha yang minat baju princess, dari harga GBP10.00 terus dapat diskaun 50% sebab auntie tu suka tengok dia. Hihi..

Cantik kan bekas teh/kopi/gula tu? Harganya? Tak masuk akal lah.. Hihi..
Lebih setengah jam meronda di indoor, kami ke outdoor pula. Kelihatan banyak gerai baru mula dibuka. Eimran dan Eiman dah mula teruja tengok game PS4 yang semurah GBP2.00. Saya pun suka juga sebab game PS4 kebanyakannya mahal di Malaysia. Apa lagi, kebenaran diberi untuk beli beberapa games yang diorang suka. Hihi.. Set Monopoly Star Wars pun hanya GBP5.00 di sini. Nampak baru seperti tak digunakan lagi. Terus saya terfikir bagus juga kalau boleh buat niaga barang-barang macam ni. Iklan kat mudah.my atau carousell kejap je boleh jual ni. Hehe.. Apa-apa pun bagi keseronokan pada diri sendiri dan anak-anak dulu.

Cuaca sejuk pun layan juga. Seronok tengok barang antik yang dijual.
Bila tak tahan sejuk, kami masuk balik ke dalam. Barang-barang yang menjadi checklist semasa survey tadi mula dicari dengan harapan takde orang lain yang beli. Selesai di dalam, keluar semula ke outdoor kerana ada beberapa gerai lagi yang baru dibuka. Kelihatan kawasan parking dah mula banyak kereta berbanding kami datang tadi. Tak sedar dah lebih sejam kami berada di sini. Apabila semuanya dah puas hati, kami mula berjalan ke kereta. Tak dapat digambarkan betapa seronoknya bila dapat datang ke carboot. Semuanya bermula pada 2012 ketika kami lalu depan stadium di Doncaster. Nampak ramai orang di kawasan parking stadium. Rupanya ada carboot di situ. Tiada dalam itinerary asal, kami singgah juga. Terus bertambah lagi satu beg. Hahah.. Lepas tu saya akan pastikan jika ke UK lagi saya akan masukkan carboot sebagai aktiviti wajib singgah.

Nampak kereta kat kepala si kecik tu? Dah cukup puas hati muka dia. Hehe..
Tepat jam 9.00 pagi kami mula perjalanan ke destinasi berikutnya. Ikutkan hati memang nak duduk lama kat carboot tadi. Tapi disebabkan banyak lagi tempat yang nak explore, jadi kami teruskan jua perjalanan. Dapat singgah tadi pun dah cukup puas. Tak dapat bayangkan kalau kami duduk di sini. Setiap minggu kot pergi carboot. Hehe.. Impian itu memang ada, tapi apa-apa pun biarlah hujan batu di negara sendiri. Di negara orang yang berhujan emas sebagai tourist atau traveller sudah cukup sebagai satu pengalaman hidup yang amat berharga.

Jom teruskan perjalanan..
Destinasi seterusnya agak jauh juga. Dalam perjalanan ada satu lagi carboot yang saya set dalam itinerary. Tapi tak pasti beroperasi atau tidak. Setelah berbincang, kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan kerana takut tak sempat sebab waktu siang yang singkat. Carboot seterusnya ni dikatakan antara carboot terbesar di bahagian timur UK. Lagi lama la kami kat sana nanti. Takpe, next trip in shaa Allah boleh set semula untuk ke sana. Maka tiadalah rezeki kami untuk ke carboot yang kedua untuk hari ini. Anak-anak dah mula senyap dalam kereta. Tidur la tu sebab malam tadi entah pukul berapa diorang tidur. Lokasi berikutnya adalah untuk menikmati pemandangan. Moga apa yang bakal dilihat nanti sama seperti apa yang saya tengok dalam internet. Dan moga dapat berjumpa dengan hero zaman dulu yang amat popular masa zaman kanak-kanak saya.

Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment