Monday 21 October 2019

JJCP Scandiscovery: Day 14 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 21 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ SLUSSEN JETTY
@ GRONA LUND
@ ABBA MUSEUM


Jam 6.00 pagi saya dah bangun. Terus mandi dan solat Subuh yang masuk jam 6.03 pagi. Selesai solat kami packing semua beg sebab tengahari ni dah kena check-out. Nampaknya awal pagi dah berpeluh mengangkat beg naik tangga dan tarik ke kereta. Huhu.. Pagi ni kami hanya breakfast nasi Sharifah dan roti yang kami ambil di masjid semalam yang dah hampir menyerupai batu kerasnya. Hihi.. Cicah dengan kopi panas masih sedap lagi untuk dilayan. Tak baik membazir makanan. Dah la option makanan halal limited kat sini, lagi mau membazir. Hehe.. Selesai kemas beg dan breakfast, jam 9.00 pagi kami mula angkat beg menuju ke kereta.

Weather forecast @ Stockholm
Pagi-pagi lagi dah kerja berat. Huhu..
45 minit yang amat mencabar apabila menolak beg atas jalan bersalji yang licin. Kalau salji tebal boleh tahan lagi. Lagi nipis salji lagi tinggi kebarangkalian untuk jatuh sebab licin. Nasib baik semua pandai guna teknik imbangan badan. Hihi.. Selesai angkat semua barang kami ke dalam kereta, saya kembali semula ke rumah untuk last check sebelum kunci pintu. Lepas ni kami tak masuk dah. Kira kami dah check-out awal. Cuma saya minta permission pada Susanne untuk tumpang parking kereta hingga kami selesai meronda Stockholm. Dia kata takde masalah. Thank you Susanne!

Susanne ada bela ayam rupanya. Hehe..
Yang lain nak ikut ke tak ni? Tinggal kang baru tau. Haha..

Good Morning Stockholm!

Jam 9.50 pagi kami mulakan perjalanan ke bus stop semalam dan naik bas yang sama menuju ke Slussen. Kami sampai di Slussen Bus Station jam 10.20 pagi. Kami mencari signboard untuk ke jeti yang terletak di seberang jambatan ke Gamla Stan. Banyak laluan yang ditutup kerana construction. Nasib baik signboard membantu. Hari ni kami bercadang nak naik feri dan jalan-jalan di kawasan yang kami tak sempat pergi semalam. Barulah banyak sikit pengalaman di Stockholm. Tiket feri tak perlu beli sebab tiket 72-hours kami dah cover semua public transport di Stockholm. Jadi gunakanlah semaksimum yang mungkin. Hihi..

Walking route: From Slussen Bus Station to Slussen Jetty

@ SLUSSEN JETTY

Jam 10.35 pagi kami sampai di Slussen Jetty. Kelihatan hanya ada beberapa orang je yang sedang menunggu ketibaan feri. Itulah antara kelebihan jika travel time winter, tak perlu nak beratur panjang dan kurang crowded sebab bukan tourist seasons. Locals lebih prefer duduk berselimut di rumah. Hihi.. Feri dah sampai dan akan mula bergerak jam 10.45 pagi. Waktu pagi schedule feri setiap 15 minit. Jadi lebih baik kami jangan terlepas feri ni. 15 minit amat berharga di musim winter sebab waktu siang yang singkat. Jadi kena maksimumkan penggunaan waktu cerah di sini supaya banyak tempat kami boleh lawati sebelum gelap. Hehe..

Jeti amat lengang pagi ni
Feri dah sedia menunggu
Kami beratur di pintu masuk bersama-sama dengan penumpang yang lain. Jam 10.40 pagi pintu feri dibuka. Djurgarden Ferry adalah antara perkhidmatan feri yang percuma kepada pemegang tiket SL seperti kami dan ianya beroperasi sepanjang tahun. Kalau takde maka kenalah beli single ticket yang agak mahal juga harganya. Route bagi Djurgarden Ferry hanya ada 2 perhentian, iaitu pulau Skeppsholmen dan Allmanna Grand. Kedua-dua tempat ni ada banyak muzium dan tourist hotspot yang menarik. Orang kata rugi kalau tak jalan-jalan kat kawasan ni, sama ada untuk melawat muzium ataupun bergambar di kawasan sekitar. Kami dah tentu pilih option yang kedua tu. Hihi..

Beratur untuk masuk ke dalam feri
Terujanya bila dapat naik feri free kat Stockholm. Hehe..
Tepat jam 10.45 pagi, feri pun mula bergerak meninggalkan jeti. Perjalanan untuk ke destinasi tak mengambil masa yang lama. Dekat je pun. Hihi.. 5 minit perjalanan kami dah sampai di jeti Skeppsholmen dan tunggu jika ada penumpang yang keluar masuk dari feri. Kemudian feri sambung perjalanan lagi 3 minit untuk sampai di jeti Allmanna Grand. Total perjalanan dalam feri termasuk berhenti di jeti Skeppsholmen hanya 10 minit je. Jadi lah buat kenangan kami. Nanti boleh sembang kat orang yang kami dah naik feri di Stockholm. Hehe..

Keadaan di dalam feri. Bersih..
Pemandangan di luar feri

Ferry rides @ Stockholm

Tepat jam 10.55 pagi kami dah sampai di jeti Allmanna Grand. Memang tak sempat nak tidur dalam feri ni. Hehe.. Kami tak bercadang untuk naik semula feri ni untuk ke Slussen. Lepas jalan-jalan di kawasan ni kami ingat nak cuba pula naik satu-satunya tram yang masih beroperasi di Stockholm iaitu Tram Line 7. Barulah dapat merasa semua mode of public transport di sini walaupun hanya seketika. Yang penting dapat pengalaman hidup yang baru. Hihi.. Dari jeti Allmanna Grand kami mulakan langkah meronda kawasan sekeliling sambil ditemani oleh renyaian hujan salji yang menambahkan lagi kesejukan. Moga ianya tak berpanjangan. Huhu..

Ferry route: From Slussen to Allmanna Grand via Skeppsholmen
Sampai sudah di Allmanna Grand Jetty

@ GRONA LUND

Lokasi pertama yang kami singgah adalah Grona Lund, iaitu amusement park yang tertua di Sweden dan yang ke-8 tertua di dunia. Yang pertama dah tentu Bakken yang kami dah pergi di Copenhagen haritu. Ada satu lagi amusement park yang termasuk dalam kategori 10 tertua yang juga terletak di Copenhagen. In shaa Allah hari terakhir nanti kami akan singgah. Kalau tak dapat masuk ke dalam, tengok dan bergambar di luar pun jadilah. Hehe.. Nama pun trip bajet. Mana-mana tempat yang kena bayar tu consider bergambar di kawasan sekitar je lah. Bukan apa, nak main pun tak sempat sebab mengejar masa. Lainlah kalau misi travel nak cuba semua rides yang ada kat sini. Hihi..

Walking route: From Allmanna Grand Jetty to Grona Lund
Grona Lund dibuka pada tahun 1883 dan saiznya tak besar berbanding dengan amusement park yang lain. Mungkin kerana lokasinya yang tak boleh nak expand lagi. Daripada info yang saya jumpa, ada 31 rides dan 7 roller coaster di sini yang masih lagi beroperasi. Cuma tempat ni tak dibuka sepanjang tahun. Sepanjang bulan Disember Grona Lund ditutup. Mungkin rides kat sini tak sesuai ketika musim winter. Lokasi Grona Lund agak unik sebab berada di kawasan pusat bandar Stockholm. Ia telah menjadi saksi sejak 1883 melihat perkembangan dan kemajuan Stockholm hingga hari ini.

Kita mulakan dengan bergambar di kawasan Grona Lund

@ ABBA MUSEUM

Dari Grona Lund, kami berjalan menuju ke lokasi kedua yang amat famous kepada penggemar muzik pop zaman 70 dan 80an. Satu-satunya kumpulan muzik pop dari Sweden yang popular dan terkenal di seluruh dunia iaitu Abba!. Di sinilah terletaknya Abba Museum. Saya yang lahir pada era 70an memang membesar dengan mendengar lagu-lagu dari Abba. Budak sekarang mana tau pasal group Abba ni. Zaman sekarang banyak lagu yang pelik bunyinya sampaikan nak menyanyi kat karaoke pun dah tak sesuai. Hihi.. Lagu lama jugak yang best. Sebab tu lagu dulu masih tetap diingati hingga sekarang.

Walking route: From Grona Lund to Abba Museum
Tengok pada entrance fee memang tak masuk la dalam Abba Museum ni. Mahal sungguh la. Huhu.. Kami hanya bergambar dengan poster Abba di luar. Sambil tu menyanyi juga lagu Abba yang famous seperti Dancing Queen dan Take A Chance On Me. Kumpulan Abba ditubuhkan pada 1972. Nama Abba diambil daripada huruf depan setiap ahli iaitu Agnetha, Bjorn, Benny dan Anni-Frid. Lagu-lagu mereka pernah berada dalam carta muzik teratas seluruh dunia dari 1974 hingga 1982. Setiap kali mendengar lagu-lagu dari Abba, pasti akan terkenang zaman muda ramaja dulu. Punyalah berhantu lagu diorang ni. Hihi..

Hanya di luar je mampu bergambar. Hihi..
Tipulah orang lama tak pernah tau pasal lagu Abba. Anak-anak saya pernah tanya bila saya pasang lagu Abba dalam kereta. Diorang memang takkan faham. Tak dapat dinafikan muzik memang perlu berubah mengikut peredaran zaman. Artis pun terpaksa improvise muzik mereka supaya dapat diterima oleh pendengar. Contohnya seperti Maroon 5. Saya suka betul album Songs About Jane sebab agak keras lagu yang dimainkan. Saya pulak memang meminati genre rock. Tapi album lepas tu dan seterusnya dah lain pulak arrangement muzik dia. Terus tak minat dah. Susah betul sekarang ni nak dapat band yang mainkan muzik rock dan metal seperti Metallica dan seangkatan dengannya. Majoriti sekarang banyak lagu-lagu yang masuk kat pub dan disco je. Lagu rock dan metal tak boleh cari makan dah. Huhu..

Dapat juga saya berambut panjang. Hihi..
Cukup dah bergambar kenangan di luar Abba Museum. Sebelum kena sound dengan pekerja muzium baik kami jalan dulu. Hihi.. Seterusnya kami berjalan menuju ke tram stop terdekat. Sambil tu kami singgah bergambar di kawasan sekitar. Kami tak jumpa langsung tourist kat sini. Orang sini pun mesti pelik tengok kami sakan bergambar dalam keadaan cuaca yang amat sejuk ni. Biarlah orang nak kata pun. Kat Malaysia diorang berjemur atas pasir pantai tengah panas terik kami tak kisah pun. Hehe.. Janji kami tak melanggar mana-mana peraturan.

Pokok yang tinggal ranting memang nampak misteri..
Takde orang lain, lagi sakan kami bergambar. Hihi..
Siapa kata time winter gambar tak cantik?
Puas bergambar, akhirnya jam 11.30 pagi kami sampai di tram stop. Di Stockholm hanya ada satu je tram line yang masih beroperasi iaitu Sparvagn Tram atau lebih dikenali dengan Tram Line 7. Sebelum ni ada banyak tram tapi kerana pertukaran aliran trafik kepada right-hand side pada 1967, maka tram terpaksa dihentikan perkhidmatannya. Kemudian pada 1991, pihak kerajaan wujudkan semula satu Tram Line 7N yang dinamakan sebagai heritage tramline bertujuan untuk mengekalkan sejarah tram di Stockholm. Akhirnya pada 2010, tramline ini dipanjangkan menjadi Tram Line 7 dan beroperasi sehingga sekarang. Jadi kepada yang pertama kali datang Stockholm jangan lupa untuk merasai pengalaman menaiki satu-satunya tram yang masih wujud di bandar Stockholm. Mana tahu mungkin satu hari nanti ianya akan bertukar kepada tram yang lebih moden iaitu light rail. Wallahu 'alam..

Walking route: From Abba Museum to Tram Stop
Kita tunggu tram sampai kat sini


No comments:

Post a Comment