Sunday 14 July 2019

JJCP Scandiscovery: Day 08 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 15 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ ANGERED CENTRUM
@ GOTHENBURG CENTRAL STATION
@ GUSTAV ADOLF'S TORG


Tepat jam 6.00 pagi alarm dari phone kejutkan saya. Jarang saya tersedar dengan sendirinya bila bunyi alarm. Selalu tidur lambat, itulah penyebabnya. Tapi kat sini tidur awal dan sejuk pulak tu. Sebab tu senang terjaga sebab cukup tidur. Hihi.. Waktu Subuh hari ni jam 6.14 pagi. Selesai bersihkan diri dan solat Subuh, kami bersiap untuk check-out. Saya tengok di luar, keadaan masih sama seperti semalam. Tiada salji yang turun malam tadi walaupun weather forecast menunjukkan suhu pagi ni 1oC. Kami breakfast roti dan nasi goreng Sharifah beserta air kopi panas. Syoknya dapat minum kopi panas dalam cuaca yang sejuk macam ni. Lain macam feel dia. Hehe..

Weather forecast in Simlangsdalen
Siapa last mandi kena bersihkan bilik air. Hehe..
Cuaca masih gelap lagi walaupun dah pukul 7.00 pagi
Jam 7.15 pagi kami mula mengemas dapur dan pastikan keadaan rumah sama seperti kami check-in semalam. Jam 7.30 pagi kami mengangkat beg masing-masing ke kereta. Eva bagitau semalam kalau nak check-out hanya tutup pintu rumah je. Tak perlu nak maklumkan pada dia. Kunci rumah pun dia tak bagi semalam. Mudah betul sistem check-out homestay dia. Mentang-mentanglah rumah dia kat sebelah je. Ada CCTV kot dari rumah dia. Hehe.. Jam 7.45 pagi saya mula panaskan enjin kereta. Tak sabar nak sampai ke bandar kedua terbesar di Sweden iaitu Gothenburg.

Bersedia untuk mulakan perjalanan

Good Morning Simlangsdalen!

Jam 7.50 pagi kami mulakan perjalanan. Thank you Eva for a wonderful stay in your house. Walaupun hanya dapat jumpa sekali je masa sampai semalam dan kurang bercakap selain penerangan tentang rumah, saya rasa Eva seorang yang baik. Mungkin sifat dia yang kurang friendly sebab baru berkenalan dengan kami membuatkan saya rasa seperti not welcoming. Ye lah, tak semua orang senang mesra jika pertama kali bertemu. Harap dia bagi review yang positif terhadap saya dalam website AirBnb.

Goodbye Simlangsdalen!.. Let's jom to Gothenburg
Perjalanan melalui motorway amat lancar pagi ni. Hari Sabtu memanglah tak banyak kereta. Cuaca sejuk baik tidur je kat rumah. Hehe.. Banyak terowong dilalui. Nasib baik Here Maps tak buat hal seperti di Italy dulu. Boleh pulak tertukar ke setting avoid tunnels. Patutlah setiap kali masuk motorway je Here Maps arahkan untuk keluar sebab ada terowong di hadapan. Huhu.. Dah la masa tu perjalanan lewat malam yang jauh dari Innsbruck ke Venice. Kalau la saya ikut arahan Here Maps memang lepas subuh la baru sampai hotel di Venice. Alhamdulillah masa tu agak bijak juga saya buat keputusan walaupun dalam hati kalut sebab tak pasti jalan mana yang nak dilalui. Masa tu saya mengantuk sangat memandu dalam keadaan kabus yang amat tebal. Nasib baik boleh bertahan sampai Venice. Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila.

Keadaan jalan yang tenang di motorway menuju ke Gothenburg
Jam 9.20 pagi kami dah masuk kawasan Gothenburg. Di sini ada congestion charge yang akan dikenakan pada setiap kereta yang memasuki bandar Gothenburg. Nilai bayaran congestion charge berbeza-beza mengikut waktu kenderaan masuk. Ini adalah untuk mengelakkan jalan jem yang melampau di bandar. Tapi kalau masuk weekend dan cuti umum tak kena bayar. Untuk kereta sewa, bayaran akan dikenakan oleh company sewa kereta sebab takde tol pun untuk bayar congestion charge ni. Mungkin dia detect pada nombor plat kereta. Walaupun hari ni Sabtu, saya tetap cari kawasan parking di pinggir bandar. Tujuannya supaya mudah nak teruskan perjalanan masa balik nanti. Lagipun kawasan parking free banyak di pinggir bandar. Hehe.. Sampai di bandar Gotenburg, saya teruskan lagi perjalanan ke utara hingga sampai di satu kawasan parking luas yang terletak di Angered.

Dah sampai Gothenburg. Yeayy..

@ ANGERED CENTRUM

Jam 9.50 pagi kami sampai di Angered Centrum, iaitu shopping complex yang agak besar di sini. Sebab tu kawasan parking dia pun besar. Tapi saya bukan nak parking kat situ sebab masih tetap kena bayar tiket. Ada satu kawasan parking kecil tak berturap yang terletak bersebelahan dengan kawasan parking besar tadi. Kawasan parking ni hanya boleh memuatkan dalam 20 kereta dan ada signboard yang bertulis 'Pendelparkering' di lorong masuk. Pendelparkering bermaksud Pendulum Parking atau Commuter Parking. Konsepnya sama juga seperti Park and Ride dimana kita boleh parking free di sini untuk menggunakan perkhidmatan public transport seperti train dan bas. Nak parking kat sini seharian pun boleh. Kalau weekend, start parking dari Jumaat malam hingga Isnin pagi juga tak menjadi masalah. Hihi.. Bagusnya ada parking macam ni. Tapi kawasan parking agak limited. Siapa cepat dia dapat. Nampaknya kami antara yang tercepat pagi ni sebab hanya ada 4 kereta je yang parking kat sini. Hihi..

Weather forecast in Gothenburg. Makin sejuk nampaknya.
Driving route: From AirBnb - Eva to Angered Centrum
Model Pendelparkering. Hehe..
Sebelum mulakan perjalanan untuk naik public transport, saya buka tempat isi minyak. Semalam masa isi minyak saya perasan ada satu lagi penutup selain penutup tangki diesel. Saya nak pastikan apa fungsi penutup berwarna biru ni. Mesti ada kena mengena dengan minyak juga. Pada penutup tertulis 'AdBlue/DEF'. Apa benda pulak ni. Macam-macam persoalan yang bermain dalam fikiran. Adakah ianya minyak lain seperti minyak 2T pada motor? Macam mana nak tau jika benda ni habis? Kalau betul habis nak beli kat mana? Huhu.. Nanti lah fikir. Sambil duduk dalam train nanti boleh browse info tentang 'AdBlue/DEF' ni. Susah betul bila bawa kereta continental ni. Kereta Jepun juga yang user friendly. Hehe..

Macam-macam la kereta VW ni. Ada tangki lain la pulak. Huhu..
Setelah pastikan barang penting dibawa bersama dalam beg galas, tepat jam 10.00 pagi kami mula berjalan masuk ke dalam Angered Centrum untuk mencari tram station. Sedang elok semua kedai baru mula beroperasi. Agak terkejut dan kagum juga bila kelihatan banyak restoran halal di sini. Kami jumpa tram station di bahagian luar Angered Centrum. Tram station di sini adalah stesen pertama bagi tram Line 4, 8 dan 9. Jaringan tram di Gothenburg tak besar sangat dan mudah difahami. Sekali tengok pun dah boleh tau route bagi tram di sini. In shaa Allah takkan sesat. Hehe..

Bermulanya perjalanan mencari pengalaman hidup di Gothenburg. Sejukk... Huhu..
Antara restoran halal yang kami jumpa di sini
Tram station terletak di bahagian luar Angered Centrum
Tram station dah jumpa, tapi tempat jual tiket pulak tak tau di mana. Huhu.. Kat area tram station takde. Saya ada terbaca tentang tiket public transport di sini boleh dibeli di convenient stores seperti 7-Eleven ataupun Pressbyran. Kami masuk semula ke dalam Centrum dan akhirnya jumpa Pressbyran. Kami beli tiket masing-masing di kaunter. Harga bagi 1-day ticket adalah SEK95.00/person. Tiket boleh digunakan untuk naik tram, bot dan juga bas. Cukuplah untuk kami ronda seharian di sini.

Tiket untuk public transport boleh dibeli di sini
Resit pembelian dan Vasttrafik 1-day ticket
Apabila semua tiket dah ada di tangan masing-masing, kami ke perhentian tram di luar. Sejuk dari pagi tadi membuatkan masing-masing mencari WC tapi tak berjumpa. Saya bertanya pada sorang staff kedai, dia kata kat sini takde WC. Biar betul? Shopping complex besar kot. Mungkin sama ada dia taknak layan saya ataupun WC terletak jauh di hujung bangunan dan dia malas nak explain arah ke sana. Takpelah, kita tunggu tram dulu. Kat bandar Gothenburg nanti kita cari lagi. In shaa Allah dapat bertahan. Huhu.. Kami tunggu tram Line 4 dan 9 sampai di Platform B.

Tram Line 9 dah sampai
Disebabkan ini stesen yang pertama, jadi dapatlah kami duduk. Tiket perlu tap pada mesin di pintu masuk tram. Masa keluar nanti tak perlu tap sebab tiket kami valid untuk 1 hari. Validity tiket akan tamat pada waktu yang sama keesokan harinya. Tak payah tunggu esok, hari ni juga kami akan tinggalkan Gothenburg. Hihi.. Sebelum menunggu tram bergerak, saya prepare intinerary untuk perjalanan seharian di Gothenburg. Ada beberapa tempat yang kami akan singgah di sini. Nak explore semuanya memang tak sempat la dalam sehari. Dapat jejak kaki di tempat wajib pun sudah memadai. Bila orang tanya dah pernah sampai Gothenburg ke? Jawapannya.. sudah.. Hehe..

Keadaan dalam tram. Belum gerak lagi dah bergambar dulu. Hehe..
Tepat jam 10.30 pagi tram Line 9 ke Kungssten bergerak meninggalkan Angered Centrum menuju ke pusat bandar Gothenburg. Perjalanan untuk sampai ke destinasi tak berapa jauh, tapi disebabkan tram memang bergerak perlahan, jadi mata saya pun makin mengecil. Mengantuk pulak rasanya. Saya minta wife kejutkan bila sampai di Central Station. Rupanya dia juga tertidur. Jam 10.55 pagi saya terjaga dan tram sedang berhenti di Central Station. Dengan pantas kami turun. Nasib baik sempat. Kalau tak sempat pun takpe, boleh turun di stesen berikutnya sebab jarak setiap hentian di tengah bandar tak berapa jauh antara satu sama lain. Time to explore Gothenburg! Sebelum jalan lebih jauh lagi kita cari WC dulu. Lama dah tahan ni. Hehe..

Gambar masa tram baru bergerak dan seminit sebelum terlelap. Hihi..

@ GOTHENBURG CENTRAL STATION

Tram route: Line 9 from Angered Centrum to Gothenburg Central Station
Kami turun di kawasan dataran di hadapan Central Station. Sementara menunggu giliran di WC yang berhampiran, kami bergambar di kawasan sekeliling dataran. Orang dah mula ramai kelihatan. Mungkin inilah masa untuk diorang shopping barang-barang Krismas. Di sini musim Krismas sepanjang bulan Disember dan mereka meraikannya setiap tahun pada 24 Disember, sehari sebelum tarikh sebenar Krismas. Hati-hati bila berada kat dataran ni sebab banyak landasan tram di sini. Jangan seronok sangat bergambar sampai tak perasan berdiri atas landasan. Tak pasal-pasal kena hon dengan tram. Satu dataran boleh dengar. Hehe..

Lega bila nampak WC kat dataran ni. Pheww..
Yang tu sinki basuh tangan ye. Bukan mangkuk tandas. Hahah..
Kita bergambar kat kawasan sekeliling dataran dulu
Bergambar di depan Gothenburg Central Station


Arriving Gothenburg

Selesai bergambar, kami berjalan ke tempat seterusnya iaitu Gustav Adolf's Torg. Gustav Adolf (Gustavus Adolphus) adalah King of Sweden yang memerintah bumi Sweden dari 1611 hingga 1632. Tujuan kami ke sana untuk melihat statue, tapi dari jauh kelihatan ada gerai jualan seperti flea market. Keadaan sama seperti kami berada di Anneessens, Brussels pada 2015 lalu. Nampaknya lepas bergambar dengan statue boleh la menyambil cuci mata tengok gerai yang ada. Mana lah tau ada benda yang boleh dibuat sebagai kenangan memandangkan kedai souvenir sedia ada pun boleh tahan mahal juga harganya. Huhu..


@ GUSTAV ADOLF'S TORG

Walking route: From Gothenburg Central Station to Gustav Adolf's Torg
Dulu nama tempat ni Stortorget, tetapi telah ditukar namanya pada 1854 bila statue Gustav Adolf didirikan di sini. Saya perasan banyak betul nama Stortorget ni. Dari Copenhagen hingga ke Malmo pun ada tempat bernama Stortorget. Rupanya maksud Stortorget ialah 'Big Square'. Torg pula bermaksud 'Square'. Tak hairanlah kalau lepas ni asyik jumpa nama Stortorget sebab dah tau maksudnya. Hihi..

Ada flea market pulak kat sini. Cek duit masing-masing. Hehe..
Selesaikan dulu tujuan utama datang ke sini. Hehe..
Amik gambar statue kejap je. Kat sini pulak yang lama. Pantang tengok gerai jualan. Hihi..
Nasib baik la tak banyak benda yang menarik untuk dibeli walaupun snowcap tu nampak cantik dan murah juga harganya. Hihi.. Harap jangan la terjumpa element surprise seperti flea market dan market-market sebegini. Takut tak sampai tempat yang dituju sebab sangkut lama kat gerai. Huhu.. Lepas ni kami akan ke shopping street yang paling happening di Gothenburg. Tak tau macamana tahap kepeningannya nanti. Jalan-jalan cari pengalaman, memang beginilah keadaannya. Moga iman dalam diri kuat untuk menempuh dugaan dan panggilan dari kedai-kedai jualan. Haha.. Tapi ada satu perkara yang saya belajar dari travel. Kalau ada benda yang amat berkenan di hati, dinasihatkan baik beli. Nanti menyesal tak sudah sebab selalunya takkan jumpa dah especially barang yang rare dan sukar didapati. Jangan tak tidur malam memikirkannya. Nak patah balik ke tempat tu memang takkan la. Fikir sedalamnya sebelum beli. Dan pastikan anda tidak menyesal jika tidak memilikinya. Hehe.. Wallahu 'alam..

Review dari Eva. Thanks!..



No comments:

Post a Comment