Thursday 4 April 2019

JJCP Scandiscovery: Day 02 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ AHAD, 9 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ THE LITTLE MERMAID
@ THE GENETICALLY MODIFIED PARADISE
@ COPENHAGEN SOUVENIRS SHOP
@ AMALIENBORG PALACE


Jam 6.00 pagi kami dikejutkan dengan bunyi alarm dari phone. Selalunya kalau pakai alarm dari phone ni lepas 3-4 kali deringan baru terjaga. Tapi kali ni sekali bunyi je dah sedar. Mungkin sebab excited nak explore bumi Copenhagen hari ni. Hehe.. Kami mandi, solat dan bersiap-siap. Kami breakfast dulu untuk alas perut sehingga tengahari nanti. Dalam itinerary memang dah set breakfast buat di rumah. Takde kedai mamak kat sini untuk kami makan roti telur dan teh tarik. Hihi.. Menu breakfast hanyalah makanan segera Sharifah dan Mee Goreng IndoMie beserta air teh o panas. Ubat multivitamin jangan dilupakan. Setiap pagi mesti kena makan untuk tenaga tambahan. Seharian nak berjalan ni. Huhu.. Pagi ni barulah saya bagi duit cash yang saya tukar untuk Rama sebab tak sempat nak bahagi dua semalam. Terasa kaya kejap bila tengok banyaknya duit yang saya bawa, padahal duit tu untuk kami berempat. Hehe..

Jumlah duit untuk kami berempat
Jom breakfast
Pakai losyen untuk elak kulit merekah. Manja gitu.. Hehe..
Selesai breakfast dan prepare bagpack masing-masing yang nak dibawa, jam 7.30 pagi kami keluar rumah untuk mulakan perjalanan hari ni. Bukak je pintu terus terasa sejuk yang amat sangat. Terus pakai glove. Lain macam penangan kesejukan kat Copenhagen ni. Huhu.. Abg Fikri mengetuai bacaan doa sebelum memulakan langkah. Bagus bila ada ustaz macam Abg Fikri dalam trip. Terasa tenang dan selamat di sepanjang perjalanan, insyaAllah. Cadangannya nak naik bas untuk ke Friheden Station, tapi takde tiket dan dalam bas tak jual tiket. Jadi terpaksalah jalan kaki ikut laluan semalam. Jom layan kesejukan pagi di Copenhagen bersama-sama. Hehe..

Today's forecast at Copenhagen
Semua dah ready? Let's jom!
Cuaca dah mula cerah. Barulah nampak pemandangan di sekitar. Semalam dah la gelap, hujan renyai pulak tu. Kelihatan beberapa warga Copenhagen mula keluar dari rumah masing-masing. Deretan kedai yang ada masih belum buka lagi. Saya tak perasan bila Rama kata ada satu kedai massage Thai bersebelahan dengan rumah. Agak-agak letih kaki melangkah boleh la pergi urut. Tapi mesti tak dapat sebab balik pun dah malam. Pergi tutup, balik pun tutup. Dapat tengok rate dia yang mahal je lah untuk buat rujukan. Itupun kalau dia display harga kat luar kedai. Hahah.. Kebiasaan di negara winter, waktu kedai beroperasi amat singkat, antara jam 8 pagi hingga 6 petang. Tapi di sini ada juga kedai yang beroperasi 24 jam. Kalau dekat boleh la ronda tengah malam bila bosan duduk lama dalam rumah. Adalah juga aktiviti malam walaupun hanya kedai runcit. Hihi..

Suasana pagi. Nampak awan macam mendung tu. Nak hujan lagi ke?
Transport utama di sini. Basikal ada di mana-mana..
Jam 7.45 pagi kami sampai di Friheden Station. Kami naik ke platform mencari ticket machine. Tiket yang dibeli semalam dah tak valid untuk hari ni. Jadi kami kena beli tiket yang baru. Ada 4 jenis tiket yang sesuai untuk traveler yang stay dalam 2-3 hari di Copenhagen. Pertama, single ticket seperti yang kami beli semalam tapi valid sekejap je dan lebih kepada pergerakan single journey dari point A ke point B. Kedua adalah City Pass di mana tiket cover untuk zone 1 - 4 dan ke airport. Ketiga adalah Copenhagen Card yang cover perjalanan train dan juga diskaun untuk entrance fee tempat menarik di Copenhagen. Tapi tiket ni tak sesuai dibeli masa winter sebab banyak tempat yang tutup. Di Copenhagen, kebanyakan tempat lawatan tutup pada hari Isnin. Amat merugikan bila dah beli Copenhagen Card tapi banyak tempat tak boleh masuk. Huhu.. Tiket keempat adalah tiket yang kami akan beli iaitu 24 hour tourist ticket yang cover zone 1 - 99. Harganya mahal sikit dari City Pass tapi kami beli juga sebab ada tempat yang kami nak pergi hari ni lokasinya terletak di luar dari zone City Pass. Jadi kepada yang nak beli tiket pastikan study dulu zone dan destinasi yang nak pergi supaya beli tiket yang sesuai. Bukan apa, tiket yang sedia ada pun dah cukup mahal, inikan pulak tersalah beli. Bertambah mahal la jadinya nanti. Huhu..

Setiap pitstop kena amik gambar kenangan. Hehe..
Berkumpul untuk sesi mari belajar beli tiket train.

Cara beli tiket train di Copenhagen

Tiket dah ada di tangan masing-masing. Harga tiket 150.00DKK/person. Fuhhh.. Tiket dah boleh cover perjalanan sampai esok pagi. Boleh la simpan elok-elok dalam wallet supaya tak hilang. Andai kata ada officer yang cek dalam train nanti hanya tunjuk je tiket tu. First time saya naik train di bandar besar yang tiada mesin untuk verify tiket. Betul-betul percaya diorang ni yang semua penumpang beli tiket ye. Kalau kat Malaysia memang dah lama bankrap. Bukan nak memburukkan negara sendiri, tapi realitinya mentaliti majoriti rakyat kita yang masih tak berubah. Contoh paling ketara adalah parking kat tempat OKU. Bila pihak berkuasa clamp, terus mengamuk dan viralkan kat media sosial. Apakah? Huhu.. Lagi satu masa saya duduk rumah flat dulu. Parking diletakkan kerusi atau botol untuk halang kereta lain dari ambil parking tu. Parking awam kot. Sesiapa je boleh parking kat situ. Ini antara beberapa contoh isu mentaliti yang saya cuba sampaikan. Huhu..

24 hour ticket valid until 10.12.18 @ 8.00 am
Menunggu train tiba dengan penuh ceria. Haha..
Tepat jam 8.00 pagi train pun sampai. Bermulalah perjalanan hari ini dengan menaiki public transport ke bandar Copenhagen. Train tak ramai penumpang sebab hari Ahad. Sejuk-sejuk cuti ni baik bangun tidur lewat. Hehe.. Pitstop pertama kami sudah tentu nak melihat iconic landmark bagi Copenhagen iaitu The Little Mermaid. Tak sah kalau datang ke sini tak tengok statue ni. Kami memang cadang nak pergi awal pagi masa cuaca mula cerah sebab daripada info yang saya baca, tempat ni akan jadi crowded dan susah nak dapatkan shot menarik tanpa gangguan. Harap-harap tak ramai lagi orang kat sana. Musim winter mungkin tourist tak ramai, tapi kalau 2-3 bas dah sampai maknanya tetap crowded tempat tu sebab statue ni terletak di atas air di tebing laut. Train yang kami naik akan terus ke station yang terdekat. Jadi tak perlu nak turun dan naik train yang lain.

Train Route: From Friheden Station to Osterport Station
Copenhagen here we come!..
Suasana naik train di Copenhagen

Jam 8.20 pagi kami sampai di Osterport Station. Kami mencari jalan keluar dan berjalan menuju ke arah The Little Mermaid. Cuaca agak sejuk kerana semalam hujan. Dah la pakai light jacket je. Longjohn pun tak pakai sebab tengok pada weather forecast masih belum cecah nilai negatif lagi. Harap boleh la bertahan sampai akhir aktiviti hari ni. Huhu.. Agak jauh juga kami berjalan kaki untuk sampai ke destinasi. Sambil tu berkali-kali kami berhenti untuk bergambar. Satu perkara yang buat saya suka tentang Eropah adalah senibina bangunan lama yang cantik-cantik belaka dan well-preserved. Traveller bajet seperti saya dah tentu suka sebab boleh amik gambar banyak-banyak dan paling penting free of charge. Masa ni powerbank dan pocket wifi adalah device yang amat penting. Memang itulah yang mula-mula dimasukkan dalam beg sebelum keluar tadi. Hehe..

Ada orang dah mula teruja dengan basikal
Teruja dengan senibina bangunan lama di sini. Cantik..
Den lille Havfrue (Danish) bermaksud The Little Mermaid
Sorang satu kerusi ye. Sila duduk dan jangan lari..
Sebelum sampai di The Little Mermaid kami singgah bergambar dulu di satu replika perempuan bersayap yang dikenali sebagai Seafarers Monument. Monumen ni dibina pada tahun 1928 sempena memperingati pedagang laut Denmark yang mati di laut ketika perang dunia yang pertama. Denmark adalah negara neutral ketika itu. Semasa perang dunia kedua barulah Denmark dijajah oleh Nazi Germany. Dah alang-alang sampai tempat ni dan tak ada tourist, baik kami bergambar dulu.

Bergambar di Seafarers Monument

@ THE LITTLE MERMAID

Tak jauh dari Seafarers Monument, kelihatan statue The Little Mermaid di tebing laut. Dengan pantas kami ke sana. Hanya ada beberapa tourist je yang sedang bergambar. Tak perlu lah kami beratur tunggu turn untuk bergambar. Walaupun hanya replika gangsa mermaid kecil yang duduk bersimpuh di atas batu, tetapi ianya adalah a must-see statue bila sampai di Copenhagen. Kira tak sah lawatan ke Copenhagen jika tak lihat dan bergambar dengan statue mermaid ni. Statue ni dibina pada tahun 1913 tetapi ini bukanlah statue yang asal. Dah banyak kali statue ni dirosakkan, dicuri dan pernah juga dibom. Setiap kali dimusnahkan, pihak berkuasa akan pulihkan semula. Nampak sangat statue ni amat penting buat Denmark dan tak hairanlah jika ia menjadi landmark yang paling ikonik di Copenhagen. Ada je yang berniat nak mencuri statue ni ye. Takde kerja lain agaknya. Huhu..

Walking Route: From Osterport Station to The Little Mermaid Statue
Bergambar kenangan di The Little Mermaid
Dah puas bergambar, saya ajak yang lain untuk lihat satu lagi statue yang kurang popular tetapi agak menarik untuk dilihat. Saya ada terbaca tentang statue ni semasa mencari tempat menarik dan pelik untuk dilawati di Copenhagen. Disebabkan lokasinya tak jauh dari sini dan ianya juga berkait rapat dengan The Little Mermaid, maka kami pun berjalan menuju ke sana untuk melihat statue tu dengan lebih dekat. Kami lalu semula kawasan Seaferers Monument tadi dan terus ke bangunan pejabat dan apartment yang terletak di seberang jalan. Yang lain ikut je ke mana saya bawa. Tu yang senang handle geng travel macam ni. Tak banyak soal, ikut je itinerary yang saya sediakan. Masa pun boleh adjust ikut kesesuaian. Asal jumpa mana-mana statue, replika atau pemandangan yang menarik je kami berhenti untuk bergambar. Banyak masa terluang la katakan. Layankan aje. Hehe..

Replika sauh kat tengah roundabout pun layan bergambar

@ THE GENETICALLY MODIFIED PARADISE

15 minit berjalan, kami sampai di satu statue yang sama seperti The Little Mermaid tapi telah diubah secara genetik. Hehe.. Seorang professor telah mencipta 8 sculpture yang agak pelik bentuknya. Hanya orang yang berseni je faham maksud sculpture yang dipamerkan. 7 sculpture yang kononnya telah diubah secara genetik berada di ruang antara 2 bangunan diberi nama Madonna, Adam, Christ, Maria Magdalena, Eve, The Tripartite Capital dan Pregnant Man. Satu lagi sculpture terletak di atas air bernama Mermaid, menyamai The Little Mermaid yang asal tapi dah diubah bentuknya. Saya tak faham langsung apa tujuan professor yang buat sculpture ni, tapi yang saya tau hanya nak bergambar je. Hehe.. Biarlah rakan-rakan yang meminati hasil seni mentafsirkannya. Kami yang dah selesai bergambar boleh teruskan perjalanan tengok benda lain pulak. Hihi..

Walking Route: From The Little Mermaid to
The Genetically Modified Little Mermaid
Antara 7 sculpture yang sukar untuk ditafsirkan maksudnya
'Little sister' of mermaid. Salah genetik ni. Hahah..
Kami berpatah balik ke arah 'older sister' mermaid. Kelihatan ada sebuah bas sedang parking di tepi jalan. Maknanya tourist dah mula ramai bergambar. Nasib baik kami sampai awal sikit tadi. Kami berehat seketika dan minum kopi panas yang dibawa sambil melihat pemandangan laut. Masih banyak lagi tempat yang nak dilawati hari ni. Jadi kena selalu berhenti untuk rehatkan otot kaki. Jauh lagi nak menapak ni. Huhu.. Fa dan Abg Fikri dah biasa jalan jauh dengan saya. Cuma Rama dan Sue je yang saya risau sebab belum pernah travel dengan diorang sebelum ni. Masa belajar dulu guna motor gi jalan-jalan. Tak pernah guna kaki jalan jauh. Harap diorang bertabah hati. Nampak muka masih senyum lagi kira seronok la tu. Hehe..

Kita layan kopi panas dulu
Jam 9.45 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Amalienborg Palace. Mana-mana sculpture, statue atau monumen yang kami jumpa di pertengahan jalan semuanya kami berhenti. Rasa macam rugi pulak kalau tak bergambar kenangan. Selagi masa tak lari jauh dari itinerary yang saya buat tak menjadi masalah. Boleh je jalan-jalan santai. Janji dapat sampai semua tempat yang telah dirancangkan. Bila travel time winter, pengurusan masa amat penting sebab waktu siang yang amat pendek. Jadi kena make sure dapat sampai tempat yang dituju sebelum gelap melainkan memang nak berjalan di tempat seperti christmas market atau Hard Rock Cafe yang sudah tentu happening di waktu malam.

Statue dan landmark di sepanjang perjalanan

@ COPENHAGEN SOUVENIRS SHOP

Hampir 40 minit kami berjalan kaki sejauh 1 kilometer sambil bergambar. Sebelum tiba di Amalienborg Palace, kami singgah dulu di kedai souvenir. Masa ni la nak tengok berapa range harga souvenir di Copenhagen. T-shirt pelbagai design diletakkan di luar untuk menarik pelanggan. Material kain nampak cantik tapi takde tanda harga. Kami masuk ke dalam untuk survey semua barangan yang dijual terutamanya fridge magnet dan keychain. Memang 2 benda ni je la yang pasti akan saya beli sebagai kenang-kenangan di Copenhagen. Kalau 2 benda ni pun harganya mahal, barang lain seperti t-shirt dah tentu lagi mahal. Huhu.. Mula-mula saya tengok harga poskad yang diletakkan di pintu masuk. Sekeping berharga 7.00DKK @ 1.00EUR. Daripada harga poskad tu dah boleh agak harga barang yang lain. Kat dalam kedai ada bermacam-macam bentuk fridge magnet dan yang paling murah berharga 35.00DKK @ 5.00EUR/piece. Macam tak percaya satu fridge magnet biasa harganya sampai lebih RM20.00. Haduii mahalnya.. Itulah realiti harga barang di Denmark. Nampaknya kena catu bilangan fridge magnet ni. Tak boleh nak beli banyak macam kat Paris ataupun London. Terpaksa terima kenyataan walaupun pahit. Huhu..

Walking Route: From The Genetically Modified Little Mermaid to
Copenhagen Souvenirs Shop
First time masuk kedai souvenir dah terkejut. Harga keras.. Huhu..
Mahal sangat, saya tunggu kat luar je lah. Hehe..
Mungkin kedai souvenirs ni dekat dengan tourist attraction membuatkan harganya mahal. Saya tetap yakin ada kedai souvenir lain yang lebih murah. Harapnya lah. Takpe, ada banyak masa lagi untuk explore Copenhagen dan tempat-tempat yang lain. Mungkin akan berjumpa kedai yang lebih murah dari ni. Kalau takde juga terpaksalah beli satu atau dua fridge magnet mewakili satu bandar yang dilawati. Huhu.. Tak sampai 10 minit kami berada di kedai souvenir. Tiada satu barang pun yang berjaya dibawa pulang. Serterusnya kami berjalan menuju ke Amalienborg Palace yang terletak di seberang jalan. Walaupun jalan raya takde kenderaan, semua pejalan kaki tetap menunggu sampai lampu isyarat melintas menyala. Berdisiplin sungguh diorang ni kalau melibatkan keselamatan jalan raya. Kami pun jadi segan nak melintas. Huhu..

Hampir 3 minit keadaan macam ni tanpa ada satu pun kenderaan yang lalu. Skema sungguh..

@ AMALIENBORG PALACE

Setelah melintas jalan dengan amat berdisplin bersama pejalan kaki yang lain, kami tiba di perkarangan Amalienborg Palace, iaitu tempat di mana keluarga diraja Denmark tinggal sehingga hari ni. Dulu tempat ni adalah rumah kepada empat keluarga bangsawan yang dibina pada tahun 1760. Tetapi pada tahun 1794, Christiansborg Palace yang menjadi rumah keluarga diraja pada ketika itu terbakar dan keluarga diraja telah membeli Amalienborg Palace untuk dijadikan tempat tinggal sehingga sekarang. Kalau di Buckingham Palace, London kita dapat lihat upacara changing of guards, di sini juga ada dan berlaku setiap jam 12.00 tengahari. Nampaknya tak merasalah kami nak tengok sebab kena kejar masa untuk ke tempat lain. Kalau tunggu nanti ada tempat yang tak sempat nak pergi. Huhu.. Dapat jejakkan kaki di perkarangan dan melihat guard yang berdiri lurus menjaga pintu masuk pun dah cukup memuaskan hati kami. Kawasan palace ni agak besar. Ada 4 bangunan yang identical di sekeliling dan ditengahnya ada statue King Frederick V.

Walking Route: From Souvenirs Shop to Amalienborg Palace
Tak dapat tengok changing of guards, dapat bergambar dengan 2 orang guard tu pun takpe lah. Hehe..

Pemandangan di Amalienborg Palace

Puas bergambar di Amalienborg Palace, jam 10.50 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke satu lagi tempat yang menjadi tarikan di Copenhagen. Agak jauh juga kami menapak sejak awal pagi tadi. Jauh berjalan luas pemandangan. Biarpun penat asalkan banyak pengalaman hidup baru yang kami dapat. Walaupun hanya bergambar secara percuma, tapi memori indah akan dikenang sepanjang hayat. Hehe.. Kami berehat seketika di pertengahan jalan. Kebetulan ada satu kedai runcit di persimpanan jalan yang menyediakan kerusi kayu di luar. Syok sungguh melayan kopi panas dalam cuaca sejuk macam ni. Kali ni saya beli termos yang besar sikit sebab termos yang dulu memang tak cukup untuk kami berdua. Baru sekerat hari dah habis. Huhu.. Sambil rehat urut-urut sikit kaki. Umur dah makin meningkat ni faham-faham je lah. Perjalanan hari ni masih panjang lagi. Moga bertabah demi pengalaman hidup yang tak ternilai. Wallahu 'alam..

Berjalan sambil bergambar dan mencari tempat berehat
Cer tengok harga aiskrim magnum tu
Kita rehat dulu ye


4 comments:

  1. Semenjak beberapa tahun, key chain tak beli dah. FM hanya pd mrk yg pesan dan 1-2 utk sdn. Dulu beli utk rakan2 satu off. End up FM mrk lekat kat PC di off aje. Key chain & FM dah beratus RM beli utk rakan2 off, hanya segelintir yg buat collection & fully appreciate. KC & FM overseas mahal wei nak beli bnyk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tuan.. Punyalah mahal FM kat sini. Memang betul yang pesan tu hanya ayat standard bila dengar orang nak pi oversea. So baik beli untuk diri sendiri je dan yang pesan dengan duit, barulah diorang appreciate souvenir yang kita bagi. Hehe..

      Delete
  2. Saya memang dah tak beli dah FM dan KC nih .... sebab saya rasa trinkets nih amat membazir ... dan study telah proven yg orang ke Mekah / Madinah , spend around RM 1,000 average or more utk trinket yg mana lepas bagi terus buang atau hilang gitu ajer.

    Bagi saya , saya lebih suka kasi

    - Coklat / Kacang - utk rakan office ... sebab at least dia orang makan atau rasa ...
    - Mugs / Tumbler / Hoodie / Sweatshirt - utk org org tertentu .. sebab harga dalam RM 100 satu hehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tuan. Setuju sangat. Saya pun dah tak beli FM dan KC sebagai souvenir untuk kawan-kawan. Saya beli untuk koleksi sendiri je lekat kat dinding rumah. Beri coklat atau makanan adalah lebih baik. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete