Sunday 13 November 2016

JJCP Thailand: Day 03 (Part #2)

TARIKH:
6 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
KRABI TOWN - MAY & ZIN RESTAURANT - AO NANG BEACH AREA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ KRABI TOWN

Dari Kong Ka Pier, kami semua dibawa naik bas dan van balik ke hotel. Saya, Kodin dan Muiez turun di pekan Krabi sebab nak mencari simcard. Rupanya Kodin dan Muiez dah beli semalam. Sambil tu boleh la tengok-tengok cuci mata kedai yang ada kat pekan Krabi ni. Kalau balik hotel confirm tertidur punya. Bila lagi nak merasa jalan-jalan kat sini. Esok dah nak ke Phuket pulak. Kodin bawa saya ke kedai yang dia pergi semalam. Tuan kedai kata simcard tinggal 4 je padahal kami nak beli 6 untuk family yang lain. Tuan kedai minta tunggu kejap, dia pergi cari kat kedai lain. Nampak mesra betul Kodin dengan tuan kedai ni. Rasanya semalam first time dia jumpa. Memang itulah sifat Kodin, mudah mesra walaupun dengan orang yang baru dia kenal. Jangan terlebih mesra pulak bro. Lain jadinya kang. Hehe..

Time balik saya naik van pulak, duduk depan. Hehe..
Alaa, tinggal 4 set je simcard yang dicari.
Sementara menunggu tuan kedai tu mencari lagi 2 simcard, kami jalan-jalan dulu di kawasan sekitar. Di persimpangan jalan kelihatan kedai motor Honda. Orang kata kat Thailand barang motor murah dan jenis motor yang dijual pun lain dari di Malaysia. Kenapa agaknya ye? Kena ada lesen tertentu ke untuk bawa masuk motor dari Thailand ni? Padahal motor tu Honda yang buat. Dah tentu boleh je Boon Siew bawak masuk Malaysia. Mungkin ada perjanjian atau apa-apa agenda yang lain membuat kan ada model yang tak boleh dibawa ke Malaysia. Dari luar saya dah nampak satu motor yang amat menarik pada pandangan saya. Bukan superbike, lebih kepada minibike ala Kawasaki KSR 110cc, tapi yang ni lebih menarik. Kalau la ada jual kat Malaysia ni dah lama saya beli. Huhu.. Harganya bila convert hampir RM10,000. Berpatutan la bila difikirkan jenama dan bentuknya yang comel. Cuma tak keluar kat Malaysia je. Dah la saya ni memang peminat Honda. Huhu..

Honda MSX 125cc. Smart giler!.. Cun habis. Hehe..
Ada 3 kedai motor kat kawasan ni. Semuanya kami masuk. Hehe. Saje je tengok aksesori seperti t-shirt, helmet dan jaket yang dijual. Bila tengok motor yang dijual di sini saya mula terfikir, kenapa Malaysia selalu lambat dalam menerima model baru motor atau kereta? Kat negara jiran seperti Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand dah separuh tahun keluar, barulah ada kat Malaysia. Pelik jugak negara maju macam Malaysia pun boleh lambat ye. Huhu.. Tapi orang Malaysia lagi suka naik kereta. Biarpun jem melampau, tetap naik kereta jugak. Dah tu amat sedikit yang mengamalkan sistem carpool. Officemate duduk satu taman pun pergi kerja asing-asing. Mana tak jem jalan kat KL. Huhu.. Nasib baik jiwa saya lebih kepada kenderaan dua tayar. Walaupun banyak bahayanya naik motor dari kereta, tapi saya takde option lain untuk memudahkan pergerakan. Duduk KL, naik public transport pun sesak yang amat. Itu belum kira LRT sangkut sebab rosak. Huhu.. Selesai cuci mata dan berangan tengok motor yang comel-comel kat sini, kami berjalan semula ke kedai simcard. Harap tuan kedai dah amik stok simcard yang baru.

Ini bukan Yamaha R25, tapi R15. Nampak macam R1 kan?
Thailand sememangnya amat terkenal dengan perkhidmatan massage dan spa. Bukan setakat terkenal di Malaysia je tapi di seluruh dunia. Saya pernah nampak signboard Thai Massage masa trip ke Australia dan Korea. Worldwide tu. Huhu.. Tapi itulah dia, bila dah terlalu famous ada pulak yang menawarkan extra service membuatkan nama Thai Massage ni agak diragui perkhidmatannya. Macamana nak tau kedai tu ada tawar perkhidmatan yang lain selain massage? Kalau lokasi agak underground sikit tu ada la kot. Tapi kalau kat tepi jalan besar dan cermin boleh nampak dalam mungkin takde la kot. Itupun masih diragui lagi. Hahah.. Pandai-pandai la korang. Ikut pada niat dan tujuan masing-masing. Niat yang baik, maka dapat la yang baik dan sebaliknya. Huhu..

Mesti akan jumpa signboard macam ni kalau di Thailand
Ini adalah local bus atau dikenali sebagai 'songthaew'
Agak sesak juga trafik kat Krabi ni waktu petang
Sampai je kedai simcard terus jumpa tuan kedai. Simcard dah ada. Kami pun beli 6 set yang berharga 299THB/set. Jadilah untuk kami pakai selama berada kat Thailand beberapa hari ni. At least boleh communicate between families bila sesat esok hari dalam perjalanan ke Phuket. Hehe.. Lega bila handphone berfungsi semula. Rasa lain macam bila tak guna handphone walaupun sehari. Wife saya dah tak sabar nak upload gambar. Hihi.. Baru pukul 4.20 petang. Tak boleh balik sekarang ni. Nanti mesti terlelap punya. Kami ke seberang jalan dan singgah minum petang di Restoran Abdullah Halal Food. Ada kawan yang breakfast kat sini pagi tadi. Kebetulan family abg Sabri pun ada. Kami berborak sambil menunggu sampai lewat petang baru balik ke hotel. Nanti boleh terus mandi dan bersiap-siap untuk aktivti malam ni.

Kami guna simcard ni. Khas untuk tourist katanya.
Restoran Abdullah Halal Food di seberang jalan
Menu makanan di Restoran Abdullah Halal Food
Jam 5.15 petang kami mula berjalan balik ke hotel. Jam 6.00 petang dah nak berkumpul semula untuk aktiviti makan malam di Ao Nang. Sampai di bilik saya dan wife menyiapkan anak-anak yang baru bangun tidur. Selesai bersiap, jam 6.10 petang kami turun ke bawah. Jam 6.30 petang semua family dah bersiap sedia untuk mulakan perjalanan. Kami semua bawa kereta masing-masing ke Ao Nang, sebab lepas makan malam adalah aktiviti bebas. Ikut suka la nak pergi mana-mana pun. Nak jalan-jalan kat area Ao Nang Beach boleh, nak ke night market pun boleh, nak balik tidur pun boleh juga. Hihi..

Menunggu di lobi hotel
Makciks bergambar dulu. Hehe..
Jarak perjalanan dari Hop Inn Hotel ke Ao Nang tak sampai 20 km. Saya set pada Here Maps untuk terus ke Restoran May & Zin, lokasi makan malam kami. Jalan ke Ao Nang agak clear walaupun hari ni malam minggu. Ingatkan kena redah jem. Huhu.. Cuaca dah mula gelap. Kereta ahli konvoi lain di belakang pun dah tak berapa nampak. Harap takde lah yang tertinggal atau tersalah masuk simpang. Kalau terjadi jugak boleh la whatsapp tanya di mana lokasi kejadian. Simcard kan dah ada. Hihi.. Kami sampai di area restoran jam 7.00 malam. Agak happening juga kawasan ni. Penuh dengan tourist. Nak cari parking pun jadi masalah juga. Tak banyak ruang parking disediakan di tepi jalan. Nasib la siapa yang dapat parking dulu. Huhu..

Driving Route: From Hop Inn Krabi to May & Zin Restaurant @ Ao Nang
@ MAY & ZIN RESTAURANT

Dari jalan besar agak susah nak nampak di mana letaknya May & Zin Restaurant ni kerana ia terletak di bahagian dalam sikit. Saya pilih restoran ni daripada survey yang saya buat dalam internet. Ramai juga pelanggan dari Malaysia yang datang makan di sini dan harganya agak berpatutan. Saya cuma risau takde tempat duduk untuk kami semua memandangkan meja yang ada agak limited dan pelanggan lain agak ramai juga. Nasib kami baik sebab ada satu ruang yang masih kosong di bahagian dalam restoran. Ada dalam 5 meja, tapi tak boleh nak rapatkan semuanya. Maka terpaksalah makan ikut family di meja masing-masing.

May & Zin Restaurant yang menyajikan halal Thai foods.
Saya menunggu di jalan besar supaya kawan-kawan yang baru sampai tau di mana lokasi restoran ni. Masing-masing tengah mencari parking. Rasanya ada yang terpaksa parking jauh. Huhu.. Ramai mat salleh yang ada kat sini. Memang tak dinafikan mat salleh suka sangat bercuti di Thailand. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia rasanya lagi ramai tourist yang memilih Thailand. Mungkin kerana di sini banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan pantai di Thailand lebih well-known di dunia. Even ranking destinasi pilihan untuk melancong juga Thailand berada di kedudukan Top 5 untuk Asia. Hampir setengah jam juga saya, Muiez dan Wan menunggu semua family sampai di restoran ni. Sure jauh betul diorang parking kereta. Huhu..

Mana yang lain ni? Jangan sesat sudah la. Huhu..
May & Zin Restaurant terletak di area Food Center
Kita amik gambar dulu..
Jam 7.40 malam semua family dah berada di restoran. Untuk pilihan menu kami serahkan pada Jay sebab dia yang pegang duit makan kami. Jadi pandai-pandai la dia pilih mana yang menu yang sesuai dengan bajet untuk kami semua. Rasanya semua makan seafood kot. Kalau ada yang tak makan seafood boleh je order makanan lain dan juga makanan yang sesuai untuk anak-anak. Macam anak saya memang makan apa saja especially Eimran. Bagi la apa saja, semua dia makan kecuali sayur. Susah betul nak bagi anak-anak suka makan sayur. Huhu.. Kami order air sendiri ikut tekak masing-masing. Harap tukang masak dapatlah siapkan cepat makanan yang kami order. Dah lapar sangat dah ni. Hihi.. 

Wan, model Krating Daeng Red Bull Siam. Hehe..
Menunggu makanan dengan penuh keceriaan. Hihi..
Hampir sejam jugak kami menunggu makanan sampai. Jam 8.45 malam makanan yang Jay order telah sedia untuk disantap. Meriah juga lauk yang dipilih. Tapi pada saya bagilah nasi putih dengan ikan dan telur goreng pun, makan ramai-ramai dengan kawan-kawan yang paling utama. Seronok sekali sekala dapat makan ramai-ramai macam ni. Peluang tu takkan datang selalu. Bila datang kita nikmatinya bersama-sama. Dulu selalu jugak kami semua ni lepak kat Starbucks minum-minum sambil berborak. Tapi dah lama rasanya aktiviti tu berlalu. Selain dari ahli keluarga dan saudara-mara, kawan-kawan la tempat untuk berhibur dan merasai keseronokan dalam hidup. Let's jom makan beramai-ramai!..

Marah nih makanan lambat sampai. Hahah..
Jemput makan semua!..
Alhamdulillah, selesai sudah makan malam kami. Barulah hidup menjadi lebih ceria sebab kenyang. Hehe.. Budak-budak dah mula berlari-lari. Seronok betul jadi budak ni kan. Berlari je sepanjang masa, tak kira siang dan malam. Pastu diselangi dengan suara jeritan menangis sebab ter-over bergurau senda dengan kawan-kawan. Kejap je, pastu sambung balik berlari. Maklumlah, belum ada masalah hutang lagi dalam hidup diorang. Hihi.. Kami sebagai ibubapa ni memang terhibur dengan gelagat budak-budak ni. Moga semuanya bila dah besar nanti akan jadi kawan baik dan dapat menjaga ibubapa dengan sempurna, insyaAllah.. Jay dah mula mengira berapa jumlah semua makanan. Kalau lebih mintak bos tambah ye. Hehe..

Time rehat. Jap lagi sambung berlari balik. Hehe..
Kira betul-betul Jay. Tak cukup pakai duit kau dulu. Hehe..
Jam 9.30 malam kami mula meninggalkan May & Zin Restaurant. Terima kasih di atas makanan yang amat sedap dan harga yang agak berbaloi. Ada rezeki kami akan datang ke sini lagi, insyaAllah. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti bebas ikut family masing-masing. Ada yang nak ke pasar malam dan ada juga yang nak balik terus ke hotel. Kami nak jalan-jalan dulu di kawasan Ao Nang. Macam banyak je benda yang nak tengok kat kedai di sepanjang jalan ni. Bila lagi nak merasa jalan-jalan kat sini. Tak tau tahun bila lagi akan sampai ke sini. Ikut pada prinsip saya, sekali dah jejak mungkin takkan datang lagi dah. Tapi prinsip tu dah saya langgar dimana dua kali kami pergi ke Paris. Tapi itu kerana flight murah turun di sana. Lagipun Thailand ni negara jiran je, sama seperti Singapore yang dah 3 kali kami pergi. Ada rezeki sampai lagi kat Krabi ni, insyaAllah. Mungkin next trip dengan geng konvoi motobeso ke, atau ada family yang nak repeat ke sini lagi bersama geng family baru. Wallahualam..

Thank you May & Zin Restaurant! Sedap makanan yang dihidangkan..
Masa jalan kaki dari kereta ke restoran tadi, anak saya dah aim satu benda yang tergantung kat gerai tepi jalan. Nampaknya tak boleh nak elak dah sebab tak tau nak ikut jalan shortcut lain untuk ke kereta. Memang kena la berhenti juga kat gerai tu. Huhu.. Kasi can la anak-anak nak sesuatu sebagai kenangan dari Krabi. Tapi kena pantau juga apa yang dipilih. Kalau dibiarkan mau meja gerai tu pun dia nak sekali. Malam ni jugak balik Malaysia sebab duit dah abis. Hehe.. Kena pujuk elok-elok. Tak kena gaya yang no. 2 tu selalu merajuk dan menyembunyikan diri. Kami pun layan la tengok apa souvenir yang dijual kat gerai ni.

Sorang satu je tau. Hehe..
Teksi open-air kat Ao Nang. Kat Malaysia takde ni..
Rasanya tak pernah dapat lagi duit syiling 5 Baht. Huhu..
Kaya sungguh kalau bermalam kat sini. Tengok dari luar je lah..
Selesai melayan kerenah anak-anak yang memilih keychain, kami berjalan menuju ke kereta. Kodin dan Muiez awal lagi dah bergerak ke pasar malam. Abg Sabri katanya nak pergi semula ke Krabi Night Market. En. Khai, Wan dan Pae nak balik ke hotel. Yang nak ikut kami jalan-jalan di area Ao Nang ni cuma family Saiful dan Jay. Setelah mengucapkan selamat kepada semua, kami teruskan perjalanan dalam 2 kilometer di depan dan mencari parking yang sesuai di kawasan kedai jualan di sepanjang jalan. Meriah juga kawasan ni. Badan dah penat sebenarnya tapi ini sajalah peluang untuk kami jalan-jalan di malam terakhir kat Krabi ni. Terpaksalah tahan juga keletihan tu demi mencari pengalaman dalam hidup. Yang penting seronok. Hehe..

Driving Route: From May & Zin Restaurant to Ao Nang Beach Area
@ AO NANG BEACH AREA

Kebetulan ada parking space di tepi jalan depan Ao Nang Cliff Beach Resort. Di sini juga hujungnya kedai jualan di sepanjang jalan. Sebelum kami mula berjalan, kami singgah dulu di Starbucks. Macam biasa, mencari citymug sebagai koleksi peribadi kami. Lepas dah dapat citymug yang dicari, kami bercadang untuk naik tuks-tuks pergi ke permulaan kedai jualan di belakang tadi. Lepas tu baru jalan kaki balik semula ke kereta. Barulah tak letih sangat. Hehe.. Good idea..

As usual, cari koleksi peribadi dulu..
Jom cari tuks-tuks
Jom jalan-jalan di area Ao Nang Beach
Untuk naik tuks-tuks kami dikenakan bayaran 200THB. Tak sampai 2 km pun kena bayar banyak tu. Huhu.. Bayar jelah, janji tak penat. Kami mula berjalan melihat kedai yang kebanyakannya menjual pakaian dan souvenir. Nampak macam anak-anak nak sesuatu, tapi saya buat diam je. Hihi.. Diorang dah setuju lepas beli kat gerai tadi diorang taknak beli apa-apa dah. Itulah, saya dah cakap kat diorang, lepas makan nanti banyak kedai yang kita nak lalu. Tapi tak sabar punya pasal, nak time tu juga. Penyesalan tiada gunanya. Hihi.. Kat sini lagi banyak souvenir yang dijual. Pakat tengok je lah ye. Hujan renyai mula turun menyukarkan perjalanan kami yang membawa stroller anak.

200THB untuk perjalanan tak sampai 5 minit. Huhu..
Mula melihat-lihat kedai jualan di sepanjang jalan
Kedai macam ni yang banyak di sini
Selain dari kedai jualan pakaian dan souvenir, ada banyak juga pub untuk tourist melepak dan minum bersama kawan-kawan. Saya pun amik peluang lepak sekali, tapi duduk kat belah luar je sebab nak tengok persembahan live band. Lagu rock zaman dulu yang dimainkan, sama seperti jiwa saya yang amat meminati muzik genre rock zaman dulu. Memang best layan live band ni. Kebetulan hujan mula turun dengan lebatnya. Lagi lama la saya dapat tengok persembahan muzik live band ni. Layann..

Tengah main lagu AC-DC: Highway To Hell. Terbaiklah..
Bila hujan dah mula reda, kami sambung perjalanan mencuci mata melihat kedai jualan. Setakat pakaian dan souvenir tak menarik perhatian saya. Ingatkan adalah kedai menjual aksesori motor ke. Best sikit nak tengok jaket atau aksesori yang lain. Kedai buat blazer ada la. Untuk buat blazer baik pergi Ho Chi Minh City, lagi murah dan cantik buatannya. Setakat ni saya tak pernah lagi tempah blazer sebab jarang pakai di pejabat. Jadi Pengetua atau Pengarah nanti insyaAllah saya tempah 5 pasang. Hehe.. Anak-anak makan hati je cuma dapat tengok mainan dan souvenir yang dijual. Hehe.. Saya kurang sikit bab beli mainan ni. Saya lagi prefer diorang mintak beli makanan atau pakaian daripada beli mainan sebab mainan ni kejap je diorang layan dan tak jaga pulak tu. Saya dan wife la yang jadi mangsa terpijak mainan diorang. Sakitnya tak payah cakap la. Huhu..

Ada pulak pertunjukan main api. Layan juga la..
Daripada beli mainan baik minum air kelapa macam Jay ni. Hehe..
Jam 12.30 t/malam, sedar tak sedar kami dah sampai semula di kereta. Hampir 2 jam jugak kami kat area Ao Nang Beach ni. Badan dah super penat. Kami naik kereta dan pulang ke hotel. Esok nak memandu ke Phuket pulak. Banyak tenaga yang diperlukan tu. Dengarnya Phuket lagi happening dari Krabi. Saya tak kisah tentang tu, tapi ada sesuatu yang saya memang nak sangat pergi ke Phuket. Kira tak lengkap ke Phuket kalau tak ke tempat ni. Siapa yang follow cerita saya sebelum ni mesti tau tempat tu. Hehe.. Kita tengok apa yang jadi kat Phuket esok. Kami sampai di hotel tepat jam 1.00 pagi. Sedang elok untuk tidur dan bersedia untuk menghadapi permulaan hari esok yang dah tentu akan menjadi pengalaman pertama dalam hidup kami. Wallahualam..

Driving Route: From Ao Nang Beach Area to Hop Inn Krabi
Day 03 estimated driving mileage = 38 km
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - SIMCARD      : RM36.00
  - TUKS-TUKS  : RM12.00
  - JUMLAH       : RM48.00

**DAY 03 EXPENSES: RM76.00

4 comments:

  1. wah....best betul cite2 dlm blog ni...saya suka!!! saya suka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Suka ye.. Nanti join next trip tau. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. susan@mail.postmanllc.net

    ReplyDelete