TARIKH:
7 FEBRUARI 2016
LOKASI KEJADIAN:
GEMS GALLERY PHUKET - MARINA KITCHEN
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 5.45 pagi kami dah bangun. Nasib baik setting alarm ikut waktu Thailand. Hehe.. Kami kejut anak-anak dan siapkan diorang untuk aktiviti hari ni. Kalau dah ayahnya agak liat nak bangun, apatah lagi anak-anak. Hehe.. Kami bersiap-siap untuk turun dan check-out. Cadangan pagi ni nak berkumpul di Abdullah Halal Food jam 8.30 pagi untuk breakfast bersama-sama. Family yang dah siap boleh la check-out dan tunggu di sana. Sambil breakfast kami menunggu Wan selesai urusan di kedai tayar. Nak tukar tayar kereta katanya. Harap adalah kedai tayar yang bukak pagi-pagi ni.
|
Lama juga menunggu makanan sampai. Huhu.. |
Dah setengah jam order, tapi makanan tak sampai-sampai. Kami order nasi goreng je. Bukannya makanan western yang perlu grill dulu. Huhu.. Pelanggan takde la ramai pun. Nampaknya bukan setakat menunggu Wan selesai tukar tayar, tapi tunggu makanan sekali. Lama sungguh. Nasib baik la tak jumpa kedai halal lain yang berdekatan. Kalau tak dah lama kensel order. Daripada tunggu tak buat apa, lagi baik saya jalan-jalan kat kawasan sekitar. Boleh la amik gambar apa yang patut.
|
Tak tau nak amik gambar apa. ATM machine pun jadi. Hehe.. |
|
Syok juga dapat basikal tayar besar macam ni.. |
Dari pukul 8.30 pagi, jam 9.40 pagi baru dapat makanan. Punyalah lama, sampai rasa macam nak tolong masakkan nasi goreng kat dapur tu. Selesai makan, jam 10.00 pagi Wan pun sampai dengan tayar barunya. Suka la tu. Ada keceriaan di wajahnya. Hehe.. Selesai bayar, kami bersiap untuk mulakan perjalanan. Untuk breakfast kena bayar sendiri, tak termasuk dalam pakej bayaran makan yang dipegang oleh tuan bendahari Jay. Jam 10.15 pagi kami mulakan perjalanan dan singgah sebentar di Shell untuk isi minyak. First time nak isi minyak kat Thailand ni. Boleh tahan juga harga minyak kat Thailand berbanding Malaysia. Saya mula confuse nak pakai jenis minyak mana satu. Kat Malaysia pilihan RON95 dan RON97 je. Tapi kat sini Gasohol91 dan Gasohol95 je ada. Yang 95 tu V-Power Nitro lagi. Belasah je la pakai 95 ni walaupun mahal sikit dari 91. Bila dah convert, harga seliter dalam RM3.50. Nak buat camna, kami isi fulltank terus. Ok la harga ni berbanding kat UK dulu sampai RM7.00 seliter. Sambil isi minyak tak sedar air mata menitis skali tau. Hehe..
|
Walau dimana saja, Shell tetap menjadi pilihan hati. Hehe.. |
Semua dah selesai isi minyak, kami teruskan perjalanan keluar dari Krabi dan menuju ke Phuket. Tengok pada map, Phuket ni dekat je kalau naik bot atau feri. Ikut jalan darat kena lalu jauh sikit. Takpe, jauh perjalanan luas pemandangan. Hihi.. Mana taknya, dari jalan highway masuk ke jalan dalam. Jalan yang tak berturap pun kami lalu. Ikut sedap je Here Maps ni bagi arahan ye. Huhu.. Apa-apa pun saya tetap percaya pada apps Here Maps ni. Dah banyak apps ni membantu ketika saya memandu di Western Europe haritu. Cuma silap dekat option avoid laluan terowong je. Dia nak bagi pengalaman lebih ketika memandu agaknya. Hehe..
|
Babai Krabi. Hope to visit you again!.. |
|
Let's go to Phuket! Yeahh.. |
|
Banyak juga masjid kat Thailand ni. Alhamdulillah.. |
|
Nah amekau.. Lalu jalan tak berturap pulak. Huhu.. |
Dalam perjalanan masing-masing entah ke mana. Muiez, Kodin dan En. Khai rasanya dah di depan. Abang Sabri pulak berhenti kejap di masjid tadi. Nampaknya yang masih dalam kumpulan bersama kami hanya family Wan, Pae dan Saiful. Takpe, janji sampai Phuket semuanya ya. Kami update dalam group whatsapp untuk berjumpa di Gems Gallery Phuket. Cadangnya nak lunch sama-sama dulu kat area situ sebelum check-in hotel kat Phuket. Leganya bila kami masuk semula ke jalan highway. Harap sampai ke Phuket la hendaknya highway ni. Jam 12.15 tengahari kami melalui jambatan panjang yang menghubungkan tanah besar dan Phuket. Sebenarnya Phuket adalah sebuah pulau. Sebab tu kalau ikut jalan darat agak jauh sikit route dia.
|
Di atas jambatan menuju ke Phuket. Susur keluar ke kiri tu pergi mana? Huhu.. |
Lepas je melalui jambatan tu, secara rasminya kami dah berada di Phuket Island. Tapi tempat berkumpul di Gems Gallery tu masih jauh lagi. Huhu.. Disebabkan konvoi dah tinggal 4 kereta je, jadi kami pun santai je la bawak kereta. Sampai cepat pun tetap nak menunggu abang Sabri di belakang. Bila bawak anak-anak ni mulalah ada yang rasa nak membuang. Lapar pun ada juga. Kami mencari lokasi yang sesuai untuk berhenti dan berehat seketika sambil menguruskan diri masing-masing. Kami berhenti di satu stesen minyak. Tengok pada kawasan stesen minyak ni rasanya macam dalam cerita Bikers Kental lakonan Zizan Razak. Saya suka tengok cerita tu. Bukan suka kat pelakonnya, tapi motor yang digunakan, Aprilia RSV4. Memang cantik betul motor tu. Hihi..
|
Driving Route: From Hop Inn Krabi to Cafe Amazon @ PTT Gas Station |
|
Welcome to Phuket!.. |
|
Melalui Phuket Check Point tapi takde checking pun. Mungkin dulu ia beroperasi ketika jambatan belum wujud lagi. |
|
Berehat seketika di stesen minyak |
Sementara berehat dan mencari makanan ringan untuk alas perut, ada satu motor vespa klasik yang cantik parking di tepi kami. Kami pun try la duduk dan bergambar dengan motor tu. Sekali tuan dia sampai dan tegur kami. Agak marah juga tuan motor tu sebab kami duduk atas motor dia. Eksyen sungguh rupa dia. Nasib baik dia boleh speaking. Kalau cakap siam entah apa yang dicarutkannya. Huhu.. Alah, setakat duduk je. Bukan curi pun. Patutnya bangga la sebab orang minat tengok dan bergambar dengan motor dia. Mungkin dia marah sebab tak bergambar dengan tuannya sekali. Atau mungkin juga vespa ni satu-satunya peninggalan keluarga dia. Ahh, banyaknya andaian. Hihi.. Taknak berlarutan lebih panjang, kami mohon maaf pada tuan motor. Ini tempat dia. Kang dia panggil konco-konco siam dia baru padan muka. Konco pulak ada tomoi. Huhu.. Isu boleh bawak bincang baik-baik. Kami datang nak cari pengalaman, bukan nak cari gaduh. Maka tuan motor pun pergi dari situ dengan penuh riak pada raut mukanya. Hahah..
|
Sempat bergambar sebelum ditegur tuannya |
@ GEMS GALLERY PHUKET
Selesai semuanya, jam 12.40 tengahari kami teruskan perjalanan hingga ke bandar Phuket. Ada lagi sejam untuk sampai ke sana. Itupun kalau drive mode pemanduan santai. Bukan nak kejar benda penting pun. Lain la kalau HRC Phuket buat sale t-shirt 50% sebelum tengahari. Itu memang confirm lepas subuh dah menunggu depan pintu HRC. Hahah.. Dalam perjalanan Mueiz bagitau dia dah sampai di tempat berkumpul iaitu di Gems Gallery Phuket. En. Khai pun ada sekali katanya. Jam 1.40 petang kami semua sampai di Gems Gallery. Sebenarnya bukan nak masuk pun dalam tempat ni. Tapi disebabkan parking kat sini luas memudahkan untuk kami berkumpul. Sambil tu boleh la layan tengok ikan kat akuarium panjang dalam pintu masuk ke galeri tu. Tak perlu bayar apa-apa pun untuk tengok ikan ni. Anak-anak pun suka. Hehe..
|
Driving Route: From PTT Gas Station to Gems Gallery |
|
Jauh perjalanan luas pemandangan |
|
Sampai sudah di Gems Gallery Phuket |
|
Sebelum tengok ikan kita selfie dulu. Hehe.. |
Banyak betul tourist bus kat sini. Majoritinya pelancong dari China. Diorang memang suka dengan permata dan barang perhiasan ni. Lagipun geng dari China ni kalau melancong bawak duit berkepuk. Huhu.. Masa saya kat Amsterdam haritu, ada sorang tourist China borong cheese berketul-ketul. Seketul pun dah mahal, inikan pulak berketul-ketul. Huhu.. Memang betul-betul punya shopping geng diorang ni. Biarlah, duit masing-masing. Kami pun suka juga dengan permata dan barang perhiasan ni, especially perempuan. Tapi duit je tak berkepuk, ada beberapa helai je. Hehe.. Satu lagi sebab kenapa kami berkumpul kat sini adalah kerana tempat ni mendapat pengiktirafan 'The World's Biggest Jewelry Store'. Dapat bergambar kat signboard luar pun jadi la. Dan juga bergambar dengan ikan dalam akuarium. Hihi..
|
Kita layan ikan besar dalam akuarium. Yang penting free entrance. Hehe.. |
Seronok betul anak-anak tengok ikan besar dalam akuarium. Jangan ketuk cermin sampai pecah sudah la. Huhu.. Ruang dalam galeri akuarium ni pun agak luas juga. Selesai tengok setiap ikan yang ada dalam akuarium, kami mula bergerak keluar dan mulakan perjalanan ke restoran untuk makan tengahari. Wan pernah ke sini dulu dengan geng pejabat dia. Jadi kami mintak dia suggestkan restoran yang sedap untuk menggembirakan perut kami yang dah sedia kosong ni. Hihi.. Tepat jam 2.00 petang kami mulakan perjalanan ke Marina Kitchen yang terletak tidak jauh dari sini. Wan, please lead the convoy ok.. Nice..
|
Bye Gems Gallery Phuket, walaupun hanya tengok ikan je. Hehe.. |
|
Driving Route: From Gems Gallery to Marina Kitchen |
@ MARINA KITCHEN
Jarak perjalanan dari Gems Gallery Phuket ke Marina Kitchen cuma 6 km je. Dalam 10 minit dah sampai. Cuma bila dah sampai tu Wan tak ingat mana satu Marina Kitchen sebab tak nampak signboard restoran. Sama juga macam saya. Saya kalau pergi satu tempat tu bukan saya yang drive memang cepat lupa. Tapi kalau drive sendiri insyaAllah boleh ingat. Alhamdulillah masih kuat lagi ingatan saya. Kalau nak repeat balik drive di UK masa 2012 dulu rasanya masih boleh recall lagi route dia. Hihi.. Kami parking berderet di bahu jalan sebab restoran tidak menyediakan parking khas untuk pelanggan. Harap tak kena saman la. Kalau kena kami akan claim kat tokey kedai. Hehe..
|
Patutlah tak nampak sangat, signboard terhalang dengan bumbung. |
|
Banyak meja yang kosong. Mudah untuk kami yang ramai ni. |
Kami tengok menu yang diberi. Nampak macam menarik. Tapi seperti biasa, bendahari Jay akan order untuk kami semua. Andaikata ada anak-anak yang tak boleh makan menu yang dipilih, boleh la order yang lain. Anak-anak saya makan je apa yang dihidang walaupun Eiman dan Elysha jenis makan tak banyak. Sebab tu kurus kering je. Nanti mak dan ayah dia juga yang kena kononnya tak bagi anak makan. Huhu.. Abangnya Eimran takde masalah, tanker in our family. Andai ada makanan lebih, dia akan selesaikan dengan jayanya. Hihi.. Tapi badan dia tak gemuk pun sebab dia tinggi. Dah lebih tinggi dari mak dia dan saiz kaki hampir sama dengan saya. Huhu.. Yang penting sihat walafiat, insyaAllah..
|
Menu dia amat menggiurkan dan menyelerakan. Hehe.. |
Dalam 20 minit menunggu akhirnya meja kami penuh dengan makanan yang Jay order. Pandai juga Jay pilih makanan. Selalu orang bujang kalau order mesti satu jenis ikan dan sayur je. Hehe.. Terbaiklah Jay.. Berselera betul kami semua makan. Memang sedap seperti gambar dalam menu tu. Eiman dan Elysha yang tak makan banyak pun boleh tahan juga diorang makan. Eimran takyah cakap la, as usual cara pemakanan dia. Hehe.. Saya kalau bab makan ni memang tak kisah langsung. Makanlah berapa banyak pun janji puas hati. Bayar mahal sikit takde masalah asalkan makanan sedap. Kalau tak sedap yang menyirap tu. Mungkin ikut cara mak saya yang amat suka menjamu orang makan. Sebab tu anak-anak semuanya bulat-bulat belaka. Hehe.. Mak saya kata biar habis duit kerana makan, jangan habis duit kat benda yang tak berfaedah. Untuk anak saya, saya edit sikit statement tu jadi 'biar habis duit kerana makan, tapi jangan habis kat mainan'. Rupanya wife saya pun ada edit juga ayat tu khas untuk saya. Huh, ini Winston punya hal la ni. Semenjak saya baca statement wife saya tu, saya dah berhenti membaca. Hahah..
|
Makan time!. Tq Wan kerana suggest restoran ni. Terbaiklah.. |
Semua dah mula usap perut masing-masing tanda kekenyangan. Hihi.. Selain dari makanan yang sedap, restoran ni juga ada menyediakan ruang untuk solat. Kemudahan yang amat bagus untuk orang yang travel jauh macam kami ni. Selesai makan dan solat, jam 3.30 petang kami meninggalkan Marina Kitchen dan sambung perjalanan sampai ke hotel di Phuket. Waktu yang sesuai untuk check-in. Selesaikan urusan angkat beg dulu. Kemudian baru la boleh pikir nak jalan-jalan kat area bandar Phuket. Kami berpandukan Here Maps untuk mencari lokasi hotel kami. Kalau tak guna map memang confirm jauh menyimpang. Huhu.. Tak sabar rasanya nak sampai di hotel dan explore bandar Phuket yang dikatakan amat happening dengan tourists dari serata dunia. Wallahualam..
|
Bergambar beramai-ramai di luar Marina Kitchen. Saya rekemen tempat ni. Sedap.. |
#KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
- BREAKFAST : RM40.50
- PETROL : RM112.50
- JUMLAH : RM153.00