Saturday 23 July 2016

JJCP Western Europe: Day 13 (Departure)

TARIKH:
31 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
CHARLES DE GAULLE INTERNATIONAL AIRPORT - AIR FRANCE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Tak perlu nak rushing pagi ni. Rasa bersemangat pulak untuk pulang balik ke Malaysia. Puas sangat dah berjalan kali ni. Memang betul, sekurangnya trip 2 minggu baru rasa puas. Nak tau puas atau tak senang je caranya. Bila rasa tak sabar nak balik Malaysia dan dalam hati dah menyebut sudah sampai masanya untuk pulang, maknanya dah puas la tu. Setakat ni semua trip yang saya dah pergi saya rasa puas sangat-sangat, kecuali trip ke Australia. Trip yang pertama dalam hidup ke luar negara. Setting itinerary pun tak pandai lagi masa tu. Tapi selamba je sewa kereta dan drive jauh. Hehe.. Pengalaman berharga tu. Dan kerana trip Australia jugaklah membuatkan symptom travel-bugs mula menular dalam diri. Hahah.. Selesai bersiap saya check berat beg guna digital scale yang saya sentiasa bawak kalau ke luar negara. Ingatkan dah exceed limit sebab barang Primark semalam. Rupanya ada extra lagi 10kg. Kalau la flight malam dah tentu kami serang Primark lagi sekali hari ni. Hehe.. Jam 9.40 pagi kami bersiap untuk turun ke lobi hotel.

Wefie sikit dalam lif. Hehe..
Kami ke cafe untuk breakfast maggi yang terakhir dalam stok. Kali ni ngam-ngam je maggi yang kami bawak. Selalunya vitamin je yang kami bawak ikut hari. Selesai makan dan minum kopi panas, kami ke reception counter untuk urusan check-out. Takde extra charges dikenakan. Mungkin dah termasuk dalam harga bilik kot. Tamat sudah kehidupan dalam hotel untuk trip kali ni. Alhamdulillah semua hotel yang kami booking wujud dan berjaya kami check-in walaupun terkena extra charges. Huhu.. Jam 10.10 pagi kami mula berjalan kaki sambil menarik beg menuju ke Parc des Exposition Station.

Bye Hotel Premiere Classe. Bilik yang amat selesa..
Cuaca amat baik pagi ni..
Dalam perjalanan kelihatan 2 orang perempuan dari Malaysia yang juga nak ke airport. Kami tak tegur, cuma senyum je sebab besar betul beg yang diorang pikul. Shopping sakan ni. Hihi.. Lupa nak cerita hal semalam. Masa nak keluar pagi semalam, ada satu group orang Malaysia bersiap untuk naik tour bus depan hotel. Sempat juga kami berborak. Orang dari Kedah, datang satu family besar dalam 15 orang. First time sampai di Paris. Diorang terkejut kami sewa kereta kat sini. Saya pun bagitau kalau first time memang tak yakin juga nak sewa kereta. Tapi sekali dah biasa sewa kereta memang confirm akan sewa lagi. Banyak tempat yang jauh ke dalam kampung boleh pergi. Dia pun kata lagi sekali datang ke sini nak sewa kereta jugak. Saya pun apa lagi, terus promote blog saya la. Hehe.. Boleh la bantu mana yang termampu.

Sampai di Parc des Expositions Station. Takde orang kat sini.
Beli tiket untuk ke airport
Tiket semalam dah tak valid. Walaupun tak berapa jauh airport dari sini, kami kena bayar EUR4.25/person untuk tiket. Huhu.. Takpelah, last ticket for this trip. Ada dalam 15 minit lagi train RER B sampai di station. Kami berjalan masuk ke platform dan menunggu train sampai sambil menikmati cuaca dan suasana di Paris untuk kali terakhir. Cukup puas dah. Kalau ada yang tak puas tu dah tentu pasal Primark. Hehe. Wife saya menyesal tak shopping banyak sikit kat Primark semalam. Shopping... mana pernah puas. Setiap masa akan ada je penyesalan. Niat sebenarnya nak repeat balik la tu. Takpe, nanti kita repeat kat Mydin ye. Ajak kawan tu sekali. Hahah..

Last ticket for public transport
Layan bergambar sementara menunggu train sampai
Jam 10.45 pagi train RER B sampai. Tak ramai pun yang ada dalam train. Senang sikit nak angkat beg masuk ke dalam. Kalau crowded agak pening jugak nak angkat beg macam kat Seoul dulu. Hotel kat tengah bandar, memang sentiasa penuh dengan penumpang. Nasib baik hotel ni agak jauh sikit dari bandar Paris dan dekat dengan airport. Salah satu faktor utama juga dalam pemilihan hotel dan kemudahan mengangkut beg. Hihi..

Let's jom to Charles de Gaulle International Airport..
Train route: RER B from Parc des Expositions Station to Charles de Gaulle Terminal 2 Station
@ CHARLES DE GAULLE INTERNATIONAL AIRPORT

Tepat jam 11.00 pagi train RER B sampai di airport. Terima kasih Paris public transport sebab takde kejadian delay atau terlepas train. Hihi.. Kami berjalan ke departure terminal untuk urusan check-in flight. Kami tengok jadual flight pada departure screen, takut flight delay atau cancel. Alhamdulillah, flight kami on-time. Sebelum check-in flight, kami ke kaunter tax-free untuk dapatkan tax-refund. Walaupun tak banyak kami dapat kumpul resit sebab ada banyak terms and condition kat Europe ni berbanding masa di UK dulu, tapi duit tetap duit juga kan. Rugi tak claim. Hehe.. Kat UK dulu beli biskut pun boleh dapat tax-refund. Kat sini kena beli biskut EUR200.00 kot baru boleh claim. Huhu..

Suasana di CDG Airport
OK. Flight ke Ho Chi Minh on-time..
Kena verify dulu semua resit yang boleh buat tax-refund..
Nasib baik tak ramai yang beratur kat kaunter tax-refund ni. Dan nasib baik takde pelancong dari China beratur sekali. Hihi.. Teringat masa kat Heathrow dulu. Ramai betul orang yang beratur. Sorang-sorang pegang resit berjela-jela punya panjang expecially pelancong dari Arab. Shopping tak ingat dunia punya tu. Huhu.. Masa tu ramai jugak yang gelisah takut tak sempat nak claim sebab kena depart flight. Kepada yang nak buat tax-refund, better datang airport awal sikit. Kena time tourist season memang panjang la kena beratur. Huhu.. Setiap kali beli barang jangan lupa tanya tentang tax refund ye. Walaupun tak banyak, bila kumpul sampai 100 resit kira kaya jugak tu. Hahah.. Selesai verify semua resit, kami kena ke kaunter lain pulak untuk claim duit. Nasib baik dekat je dengan kaunter tax-refund ni.

Kena bawak resit kat sini pulak
10 minit saya menunggu wife berurusan di kaunter. Selesai je dia tunjuk jumlah duit yang kami dapat. Duit USD yang dibaginya. Balik Malaysia terus tukar kat money changer la jawabnya. Hihi.. Walaupun tak banyak, tapi jadilah untuk sedapkan hati shopping kat Europe ni. Lagi banyak berbelanja, lagi banyak la refund yang dapat. Tapi sebelum nak dapat refund lebih kena la bawak duit banyak-banyak dulu ye. Hehe..

Buat belanja kat New York lepas ni. Hehe..
Kami mencari kaunter untuk check-in. Mula-mula try buat web check-in kat kiosk, tapi macam tak faham je camna nak guna. Takut check-in flight lain, ke negara lain la jadinya. Hihi. Nak lebih yakin baik berurusan kat kaunter terus. Hanya ada satu couple je yang ada kat kaunter. Sampai giliran, kami tunjukkan tiket flight. Staff kaunter tu kata kami tak dapat nak pilih seat sebaris untuk kami berempat sebab ramai yang dah buat online check-in. Bukan setakat tu, seat sebelah-menyebelah pun takde. Maknanya kami kena duduk berjauhan antara satu sama lain. Tak boleh jadi ni. Flight 12 jam tuu. Huhu.. Sape lagi yang boleh kejutkan saya tidur berdengkur kalau bukan wife saya. Huhu.. Staff tu tak dapat nak tolong tapi dia ada bagi suggestion supaya deal dengan passsenger untuk tukar seat. Buat masa ni dia terpaksa bagi kami duduk berjauhan. Saya duduk di baris belakang wife saya. Huhu.. Takpe, nanti dah duduk dalam flight pandai la wife saya reka cerita supaya kami dapat duduk bersebelahan.

Banyak sangat menu kat kiosk. Pergi kaunter je lah..
Ini lebih yakin. Hehe..
Lama jugak kami berborak dengan staff tu. Yang bestnya dia layan kami dengan baik. Maklumlah, takde orang lain pun yang tengah beratur. Sebab tu boleh borak panjang. Hehe.. Banyak kali dia cuba untuk bagi kami seat sebelah tapi tak dapat. Dia cuma dapat bagi seat yang terdekat je. Nak buat camna. Terima je lah. Yang penting ada seat untuk kami balik ke Malaysia. Nasib la sape yang duduk sebelah saya sebab kena dengar bunyi-bunyian yang kurang enak. Hahah.. Selesai urusan timbang beg, staff tu bagi kami tiket flight dan beri salam sambil tersenyum. Laa, muslim ke staff ni? Atau dia memang belajar bagi salam bila ada orang Islam check-in? Entahlah, taknak tanya lebih. Teringat saya masa sampai sini haritu. Staff bagi kami ikut laluan khas masa kat kaunter passport checking. Staff tu pun bagi salam sebelum tinggalkan kami. Alhamdulillah, banyak perkara yang dimudahkan dalam perjalanan kami kali ni. Sebelum masuk ke immgration clearance kami lepak dulu kat luar airport, menikmati suasana di Paris buat kali yang terakhirnya. Entah bila lagi akan datang ke sini..

Melayan suasana di luar airport sebelum check-in
Jam 12.30 tengahari kami masuk ke dalam dan terus ke bahagian immigration clearance. Agak strict juga kawalan di sini. Jangan ada anjing pengesan yang check beg kami sudah. Bukan ada bawak benda yang dilarang pun. Huhu.. Staff imigresen check habis beg dan pakaian kami sampaikan kasut pun kena tanggal. Standard operating procedure, ikutkan ajelah. Harap diorang tak bawa kami ke interrogation room. Panjang ceritanya nanti. Dah tak bawak benda yang merbahaya, buat apa nak takut. Risau kalau diorang buat special checking untuk muslim. Manalah tau, Paris masacre punya hal. Alhamdulillah, urusan di imigresen selesai tanpa ada sebarang keraguan.

Jalan-jalan dulu kat area duty-free zone
Entah macam mana boleh terlepas pandang atau mata dah mula rabun, kami ingat flight kami di Gate K48. Bila tengok takde orang beratur, jadi kami sambung jalan-jalan cuci mata tengok barang dalam kedai. Rasa pelik pulak takde orang beratur sebab kat tiket tulis boarding time 12.55 tengahari. Tengok jam dah pukul 1.10 petang. Check tiket, rupanya Gate K43 la. Hahah.. Nasib baik dekat je. Ramai dah orang yang beratur. Kami memang nak masuk dalam flight awal sebab nak deal dengan penumpang mintak tukar seat. Kalau dia dah lama letak beg dan duduk kat dalam flight tu kang dah tentu dia malas nak tukar seat. Harap dapatlah penumpang yang baik hati. Huhu..

Camna boleh silap tengok nombor gate? Huhu..
Gate K43 rupanya. Hehe..
Dah 10 minit beratur tapi masih jauh lagi. Huhu..
Masa beratur wife saya baru perasan tapak kasut Columbia dia dah separuh tercabut jadi macam mulut buaya. Hihi.. Harap tak tanggal terus. Nasib baik la dah last day baru terjadi. Kasut saya takde masalah sebab dah siap jahit tapak sebelum trip, tapi kasut dia masih guna gam dari kilang lagi. Harap sempat la sampai Malaysia dengan keadaan kasut macam tu. Agak nak tanggal sangat ikat depan kasut dengan getah atau tali rafia je. Hihi.. Nanti kena pergi jahit tapak kasut. Sayang betul kami dengan kasut Columbia ni. Setiap kali trip ke luar negara dia tak pernah mengecewakan kaki kami dengan kesakitan dan kecederaan. Pakai selagi tak koyak habis. Setakat tapak boleh jahit je. Jangan tak perasan tapak tertanggal kat dalam flight masa turun nanti sudah la. Hahah..

Mulut buaya in the making. Hehe..
@ AIR FRANCE

Jam 1.30 petang baru kami dapat masuk ke dalam flight. Memang betul la staff kaunter tadi cakap, flight penuh dengan penumpang. Kami mencari seat yang ditunjukkan dalam tiket. Tak syok la duduk sorang-sorang. Huhu.. Penumpang yang duduk kat seat sebelah wife saya belum ada lagi. Wife saya dah pikir ayat yang sesuai nak deal tukar seat. Dia memang pandai bab nego ni berbanding saya. Kadang-kadang saya takut jugak dengan skill nego dia tu. Orang kuat shopping memang handal bab dealing ni. Hehe.. Time ni baru teringat yang kami lupa nak mencari Starbucks di airport untuk beli citymug. Nampaknya takde rezeki nak bawak balik citymug yang ada tulisan Paris. Huhu..

Last view sebelum masuk dalam perut Air France. Bye Western Europe!..
5 minit kemudian penumpang yang duduk sebelah wife saya sampai. Orang Vietnam dalam kategori veteran jugak la. Sebelum dia letak beg dan duduk, wife saya terus deal mintak tukar seat. Tak tau la wife saya cakap bahasa apa. Dia takde cerita pulak yang dia tau cakap Vietnam. Hehe.. Pakcik ni faham english sikit-sikit kot. Sambil senyum dia mengangguk dan saya bertukar seat dengan dia. Nak dijadikan cerita, seat sebelah saya tadi tu adalah wife dia. Memang sesuai sangatlah dia dapat duduk sebelah wife dia. Win-win situation. Masing-masing dapat duduk dengan pasangan. Macam mana Air France ni setting seat untuk penumpang? Random pick agaknya. Huhu.. Lega dapat tukar seat tanpa gunakan kekerasan. Hahah.. Ganas konon. Saya tengok Fa, dia pun dapat tukar seat dan duduk dengan abang Fikri. Alhamdulillah.. Kalau flight sejam dua takde masalah nak duduk jauh. Nak tidur pun tak sempat. Ini flight 12 jam. Tidur, bangun, tidur dan bangun balik belum tentu sampai lagi. Hehe..

Dapat duduk bersama. Yeayy..
Penumpang dah makin ramai kat dalam flight. Stewardess mula menjalankan tugas rutin mereka. Saya inform pada stewardess tentang seat yang bertukar. Bukan apa, untuk mudahkan mereka set makanan halal masa makan nanti. Takut pakcik Vietnam tadi yang dapat makanan halal. Dia boleh la makan, tapi saya pulak yang terpaksa minum air je sebab dapat makanan non-halal. Huhu.. Daripada minum air 12 jam baik puasa je. Hehe.. Jam 1.45 petang pilot beri announcement bersedia untuk berlepas. Nampaknya semua penumpang dah ada dalam flight. Wife saya suka sebab seat sebelah dia takde orang. Tapi masa check-in tadi katanya takde seat kosong. Mungkin penumpang terlepas flight kot. Tak kisah la, janji wife saya boleh tidur guna dua seat. Selesa la sikit boleh angkat kaki. Hehe..

Suka la tu seat sebelah takde orang. Hihi..
Jam 2.00 petang flight Air France AF0258 memulakan penerbangan. Alhamdulillah flight berlepas dengan lancar. Apa lagi yang boleh dibuat dalam flight ni selain pasang headphone dengar lagu dan layan movie. Baru sejam di udara, stewardess dah mula edarkan makanan. Itu la yang saya nak komplen sikit pasal Air France ni. Masa flight ke Paris haritu, waktu makan 2 kali iaitu di awal dan hujung penerbangan. Maknanya dalam 10 jam di pertengahan flight tu takde makan berat. Walaupun air, roti dan aiskrim available sepanjang masa penerbangan tapi waktu makan berat tu janganlah jauh sangat. Buatlah dalam 4 jam pertama dan terakhir ke. Tak pun buat 3 atau 4 kali makan berat. Wah, lebih-lebih pulak komplen ye. Hihi.. Saje je bagi cadangan sebagai seorang penumpang kelas ekonomi. Dah la ekonomi, transit pulak tu. Tiket murah punya pasal, memang naik flight transit la. Hehe..

Bila dah hidang tu makan je la, jangan banyak komplen. Hehe..
Selesai makan, saya sambung semula layan lagu. Wife saya lebih berminat tengok movie. Dengar lagu dalam flight best, sebab boleh cepat tidur. Banyak kali jugak wife saya kejut sebab ada bunyi yang kurang sedap didengar. Walaupun yakin semua penumpang pakai headphone dan tak dengar bunyi tu, tapi kesopanan dan kesusilaan tetap kena jaga. Hihi.. Aktiviti kejut secara mengejut berlarutan sampailah wife saya pun tertidur sekali. Time ni tak tau bunyi siapa yang paling kuat. Asal takde penumpang lain atau stewardess yang kejut kira baik dah tu. Hahah.. Maka perjalanan kami pun dibuai mimpi entah ke mana dan tak pasti dah masuk tahun baru ke belum lagi. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TRAIN TICKET: RM40.00
  - JUMLAH          : RM40.00

**DAY 13 COMPULSORY EXPENSES: RM40.00

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

**DAY 13 MEALS EXPENSES: NONE

4 comments:

  1. Salam Bro, just nak share extra info la pasal tax claim tu. After validate semua resit, kaunter tax claim kalo x silap mmg ada dekat sebelah je. Tp kaunter tu deal in USD mcm yg bro dapat. So for those yg nk tukar in Euro ada kaunter kat atas sama level dengan kaunter ntuk sewa kereta dan level nk naik airport shuttel ntuk tukar terminal. Kalo x silap ada rugi sket la kalo claim back in USD sbb die convert siap2 n rate die rendah. Saya tukar dekat kaunter atas yg bg dlm Euro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro syahmi. Ye ke? Saya tengok ada je kat level yang sama terus tukar. Nasib baik la tak banyak pun yang dapat claim. Anyway thanks for sharing bro! Bantu extra info untuk pembaca lain. Really appreciate that.. :)

      Delete
    2. Yer bro. Sbb saya tny kt Staff yg jaga kt depan sblm tempat beratur tu nk tukar ke Euro. Staff tu yg suh p kt kaunter yg kt atas. USD36 bnyk gak tu bro....huhu..Sama2 bro...nie kira additional info la.

      Delete
    3. Nasib bro baik sebab bertanya staff tu. Saya ingat ada satu je kaunter claim refund ni. Takpe, mana tau ada rezeki datang lagi ke sana. For sure saya akan ke tingkat atas. Terbaik bro!..

      Delete