Sunday 15 May 2016

JJCP Western Europe: Day 07 (Part #1)

TARIKH:
25 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
P+R MESSESTADT OST - KONIGSPLATZ - NYMPHENBURG PALACE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Hari ni raya Krismas. Kami nak jalan-jalan di bandar Munich. Tengok dalam blog traveller yang pernah ke sini time Krismas, katanya orang tak ramai kat bandar. Kedai pun banyak yang tutup. Bagus juga tu. Kami bukan nak masuk semua kedai pun. Cuma berharap satu kedai ni bukak time Krismas. Info dalam internet kata kedai ni beroperasi macam biasa. Harap betul la info tu. Hihi..

City map yang diambil di reception counter semalam..
Kami bersiap-siap untuk check-out. Terasa rugi sebenarnya bayar hotel mahal padahal guna untuk tidur je. Huhu.. Nak buat camna, privacy punya pasal. Sentiasa teringat kisah di Melbourne dulu. Selamba je tidur dalam kereta kat highway rest area. Walaupun tak selesa dan kurang selamat, tapi save duit hotel. Hahah.. Kami buat kopi panas dan lebihan pizza semalam kami bawa juga untuk breakfast kat bandar nanti. Jam 7.20 pagi kami dah bersedia dengan beg kami untuk check-out hotel. Cukup selesa dan puas dapat tidur kat Hotel Ibis ni.

Cafe Hotel Ibis. Setakat amik air panas je la..
Cuaca di luar masih belum cerah sepenuhnya dan suhu tetap sejuk. Kami loading barang masuk ke dalam kereta. Suka betul saya dengan kereta sewa ni. Memang besar luggage storage dia. Puas hati sangat-sangat. Kepada yang travel berempat dan nak sewa kereta, saya amat suggest sewa kereta Citroen Berlingo ni. Fuel consumption pun agak save juga. Diesel murah berbanding petrol. Hihi.. Cuma nak beli je yang was-was sikit sebab Citroen. Dah tentu jatuh harga. Majoriti orang Malaysia lebih kepada kenderaan Jepun sebab senang nak maintain. Kos pun rendah berbanding kereta continental ni. Tapi sekarang dah banyak juga nampak kereta Volkswagen dan Audi kat jalanraya. Orang Malaysia ramai yang kaya raya rupanya. Saya tetap dengan Honda dari dulu, kini dan insyaAllah selamanya. Hihi..

Mudah betul nak masukkan beg dalam kereta ni
Harga bilik semalam kalau walk-in. Huhu..
Jam 7.40 pagi kami meninggalkan Hotel Ibis Munich Messe dan menuju ke bandar Munich. Kali ni tak kena pulak tourist tax. Sama ada hotel lupa ataupun ingat kami ni locals kot? Perasan sungguh. Hehe.. Kami menuju ke kawasan parking kereta di P+R Messestadt Ost dan naik train untuk ke bandar. Jalanraya amat lengang pagi ni. Rasanya semua tengah check dalam stokin masing-masing kat rumah kot. Ataupun mabuk melampau semalam hingga tak sedar diri. Hihi.. Bagus jugak tu. Mudah sikit perjalanan kami hari ni.

Driving route: From Ibis Hotel Munich Messe to P+R Messestadt Ost
@ P+R MESSESTADT OST

Perjalanan dari Hotel Ibis ke P+R Messestadt Ost cuma mengambil masa lebih kurang 10 minit. Kawasan parking di sini amat luas dan boleh memuatkan lebih 1000 kereta dalam satu masa. Masa kami sampai cuma ada beberapa kereta je kat parking. Mungkin kereta tourist macam kami kot. Hihi.. Walaupun banyak parking yang kosong, saya tetap parking kat tempat yang ada kereta lain. Rasa macam selamat pulak parking macam tu. Hehe.. Kami bawa barang yang penting dalam backpack dan berjalan mencari di mana letaknya train station kat sini. Saya dah check dalam internet, hari Krismas train tetap beroperasi seperti biasa. Legaa..

Parking clear di pagi Krismas
Train kat sini namanya U-Bahn
Jauh juga U-Bahn Station dari tempat parking kami. Kene turun ke level bawah dan jalan dalam 200 meter untuk sampai di pintu masuk station yang terletak di bangunan bersebelahan parking lot. Kat dalam station ada la dalam 4 orang penumpang yang tengah menunggu train. Kami mencari mesin tiket. Saya beli Day-Ticket Gruppen Tageskarte Innenraum (Inner District) yang berharga EUR12.20/group. Haaa, tergeliat lidah nak menyebutnya. Hehe.. Sebenarnya ia adalah satu tiket untuk travel by group, maksimum 5 orang dewasa. So tak payah la nak beli 4 single day ticket yang berharga EUR6.40/person. Kira banyak juga yang dapat kami save dengan beli tiket ni. Sorang cuma kena bayar EUR3.05. Kalau ngam-ngam 5 orang lagi murah jadinya. Nasib baik mesin ni ada option dalam english. Mudah sikit nak faham. Hihi..

Messestadt Ost U-Bahn Station macam tak beroperasi je hari ni. Huhu..
Mesin tiket kat sini amat user-friendly. Senang nak operate..
Untuk activate tiket ni, kena masukkan kat mesin yang disediakan sebelum naik train. Lepas tu takyah nak masukkan tiket lagi sebab validity untuk sehari. Lagipun satu tiket ni untuk kami berempat. Macam tak logik je setiap kali sampai station lain kena masukkan tiket. Huhu.. Takpelah, yang penting kat tiket kami ada tarikh dan masa kami activate. Andai kena tahan kami tunjuk je la tiket ni. Hihi..

Ada tarikh dan waktu kami activate tiket ni. Sekali ni je la kot kena masuk dalam mesin..
Kami turun ke platform dan menunggu train sampai. Messestadt Ost adalah station paling hujung sekali untuk line U2. Dah tentu takde orang lain yang naik dari sini melainkan kami dan 4 orang penumpang tadi. Huhu.. Seronoknya dapat jalan time orang lain tengah bercuti. Takde lah nak bersesak-sesak dengan orang ramai. Umur dah meningkat dewasa ni tak minat nak pergi tempat yang over-crowded. Contohnya downtown Danau Kota. Dah lama kami tak ke sana. Letih nak berjalan bila orang terlalu ramai. Walaupun malam tapi terasa bahangnya sampai berpeluh-peluh. Lalu pulak sebelah bangla. Hangit je baunya. Huhu.. Baik duduk rumah berehat sambil tengok movie satu family. Lagi best..

Station ini kami yang punya.. Heheh..
Kita study U-Bahn map dulu. Agak mudah nak faham..
Jam 8.10 pagi train pun sampai. Tak perlu rushing sebab kami je yang ada kat station ni. Hihi.. Agak oldschool keadaan dalam train ni tapi masih selesa. Yelah, dah kami je yang naik. Kalau ramai boleh sesak nafas juga dibuatnya. Huhu.. Destinasi pertama kami di Munich adalah ke Konigsplatz (King Square) di mana binaan bangunannya seperti di zaman Neo-Classicism pada kurun ke-19. First time nak jejak kaki kat Munich ni. Tak sabar rasanya. Hehe..

Train route: U-Bahn U2 from Messestadt Ost Station to Konigsplatz
Kami conquer train ni. Boleh lunjur kaki lagi. Hihi..
Jam 8.35 pagi kami sampai di Konigsplatz Station. Keluar je dari station terus rasa lapang suasana sebab orang tak ramai. Tenang dan luas pemandangan sekitar. Mungkin diorang semua masih menunggu Santa Claus datang melawat rumah masing-masing. Hihi.. Pejabat dan kedai semuanya tutup. Bestnya kalau dapat suasana macam ni setiap kali travel. Heheh.. Tapi yang tak syoknya banyak kedai yang tutup. Walaupun kami bukan nak shopping sakan, at least dapat window shopping cuci mata pun dah cukup puas. Biasalah, dalam kelebihan mesti akan ada kekurangannya. Time cuti suasana lengang, best berjalan tapi kedai pulak tak bukak. Time hari biasa, semua kedai bukak tapi terpaksalah bersesak dengan orang ramai. Huhu.. Kami berjalan menuju ke bangunan King Square yang terletak tidak jauh dari station.

Walking route: From Konigsplatz Station to King Square area
Konigsplatz U-Bahn Station
Suasana sewaktu cuti Krismas. Hehe..
@ KONIGSPLATZ

Dari jauh dah nampak bangunan Konigsplatz. Rekaan senibina bangunan zaman Neo-Classicism masih teguh berdiri. Di sini juga terletaknya muzium dan galeri Munich. Ketiga-tiga bangunan ni membuatkan tempat ni menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar. Cuma hari ni je tempat ni lengang. Hehe.. Hanya ada beberapa orang je kat sini yang tengah bergambar. Ada satu group tengah bergambar dengan model. Nak buat cover page majalah kot. Hihi.. Kami tak melepaskan peluang untuk bergambar di ketiga-tiga bangunan ni. Saya keluarkan kamera DSLR dan setting timer. Orang takde, berani sikit nak amik gambar guna timer. Nak setting kamera kat seberang jalan pun takde hal punya. Hehe..

Konigsplatz building
Glyptothek, Munich's oldest public museum
Staatliche Antikensammlungen, museum for state antiques collections
Seronoknya bergambar time orang takde. Hehe..
Selesai bergambar, kami berehat kejap sambil breakfast pizza semalam. Walaupun dah keras, layankan aje la. Tak boleh nak memilih sangat pasal makan kat oversea ni. Kalau kat Malaysia boleh lagi panaskan kat microwave bagi lembut balik pizza tu. Hihi.. Sedangkan cuti hari raya pun banyak kedai makan yang tutup, inikan pulak cuti Krismas kat sini. Restoran halal pun susah nak berjumpa. Huhu.. Sambil makan tu kami layan model tadi bergambar. Kemain seksi betul pakaian dia. Munich, apa ada hal tentang pakaian ni. Kat Malaysia dah tentu viral dan netizen pun mula la komen ala-ala ustaz dan ustazah ekspress. Untuk beri peringatan sesama manusia katanya. Huhu..

Walaupun keras dan sejuk tetap nikmat. Hehe..
Model tengah photoshoot. Memang sesuai bergambar kat sini..
Habis makan pizza, kami mula meninggalkan Konigsplatz. Kami berjalan semula ikut laluan ke Konigsplatz U-Bahn station dan terus lajak ke Hauptbanhof Nord tram station. Baru perasan kat setiap U-Bahn Station ada free wifi. Cantik sangatlah tu. Boleh save kuota pocket wifi kami. Selalunya free wifi ni tak laju mana speed dia. Tapi bila dah connect macam cepat je upload gambar ke facebook. Mungkin tak ramai orang kot. Sebab tu upload speed pun laju. Hihi.. Suka kemain wife saya bila dapat guna free wifi ni. Saya pun tumpang gembira untuk dia. Hehe.. Lepas ni asal kat U-Bahn station je terus upload gambar. Nice..

Ada wifi free. Laju pulak tu. Yeayy!..
Basikal sewa kat sini. Khelass..
Tak tau apa maksud replika huruf 'O' ni..
Sesungguhnya saya suka betul suasana macam ni. Hassle-free..
Sambil berjalan kami mencari juga kalau ada farmasi atau kedai yang bukak. Wife saya nak beli lip balm. Tak perasan yang lama dah tinggal sikit. Wife saya tak tahan sangat dengan cuaca sejuk. Senang bibir merekah dan kulit terkoyak. Pedihnya. Huhu.. Saya pun sama jugak, tapi tahan je sebab tak suka pakai lip balm kat bibir. Rasa lain macam je. Biarlah merekah pun. Huhu.. Ada banyak farmasi kat sini tapi semuanya tutup. Takdenya orang nak bukak farmasi time cuti ni. Convenient store pulak masih tak berjumpa lagi. Takpe, kita teruskan perjalanan..

Boleh terjumpa pulak restoran halal kat sini. Bukak jam 10 pagi. Masih kenyang dengan pizza keras tadi. Hehe..
15 minit berjalan kaki, akhirnya kami sampai di Hauptbanhof Nord tram station. Destinasi seterusnya ke area Nymphenburg Palace. Untuk ke sana kena naik tram. Merasa jugak kami naik tram kat Munich ni. Group day ticket yang kami beli tadi cover semua public transport di Munich hingga jam 6.00 pagi esok. Naik la berapa puluh kali pun. Memang berbaloi guna tiket ni kalau travel dalam group maksimum 5 orang.

Walking route:From Konigsplatz to Hauptbahnhof Nord Station
Haupbahnhof Nord Tram Station
Tram no. 17 sudah sampai
Jam 9.50 tram no.17 sampai di station. Ada la dalam 3-4 orang dalam tram. Kami duduk di bahagian belakang sekali sebab dapat tengok pemandangan masa tram bergerak. Bersih dan cantik betul tram ni. Baru tukar kot? Hehe.. Amat mudah penggunaan group tiket kat sini. Tak perlu nak tag atau slot in kat mesin scan setiap kali naik dan turun train. Kiranya kalau nak menipu tak beli tiket pun boleh. Tapi kalau tetiba kena inspection memang masak lemak la jawabnya. Huhu.. Sebenarnya saya sendiri tak pasti tiket ni kena tag atau tak sebab tak nampak pun mesin scan tiket. Yang penting bila kene check, saya tunjuk terus group ticket kami. InsyaAllah selamat. Hihi..

Train route: Tram no. 17 from Hauptbahnhof Nord Station to Schloss Nymphenburg Station
Layan juga naik tram bila takde ramai orang. Hehe..
@ NYMPHENBURG PALACE

Jam 10.05 pagi kami sampai di Schloss Nymphenburg Station yang terletak di tengah jalan. Kami lintas jalan dan menyusuri sungai hingga ke kawasan Nymphenburg Palace. Kami tak pergi pun sampai depan pintu, cuma tengok dari jauh je. Amat cantik pemandangan kat sini. Kami bergambar di kawasan tasik yang terletak di depan Nymphenburg Palace. Kawasan sekitar palace ni amat besar. Senibina bangunan dan landskap taman di sini teramatlah cantiknya. Mengikut sejarah, Nymphenburg Palace ni adalah tempat persinggahan raja di zaman Bavarian ketika musim panas. Musim lain tak tau mana dia duduk. Hihi.. Di dalam kawasan taman terdapat banyak patung dan replika raja zaman dulu. Ada entrance fee untuk masuk ke dalam palace. Mau makan sehari suntuk nak explore tempat ni. Kami bergambar kat tasik depan palace pun dah cukup. Jimat tenaga. Banyak tempat lagi nak cover ni. Hihi..

Area of Nymphenburg Palace. Letih kalau nak cover semua ni. Huhu..
Nymphenburg Palace. Tenang dan indah.. Hilang stress sekejap. Hehe..
Gaya ala Leaning Tower of Pisa tapi tak menjadi. Hahah..
Selesai bergambar dan menikmati pemandangan yang indah di sini, jam 10.20 pagi kami bergerak meninggalkan Nymphenburg Palace. Kami berjalan melalui kawasan rumah di tepi sungai. Berapa la agaknya harga rumah kat sini ye?. Complete package untuk retirement plan. Rasa tenang je hidup kat sini. Yang tak tenang cuma penggunaan duit Euro yang tinggi. Tak boleh survive dengan gaji yang ada sekarang. Huhu.. Mungkin bisnes jual nasi lemak menjanjikan pulangan yang tinggi di sini. Hihi..

Nymphenburg Palace di kejauhan.. Really nice place to explore..
Perjalanan seterusnya adalah ke area central square di Marienplatz. Masa datang tadi kami nampak ada beberapa farmasi di station terakhir sebelum sampai di Schloss Nymphenburg station. Kami berjalan hingga ke sana dengan harapan ada farmasi yang bukak dan dapat beli lip balm untuk wife saya. Dah terasa kering sangat bibir dia. Kesian pulak tengok. Walaupun cuti umum, suratkhabar masih dijual seperti biasa dalam vending machine di tepi jalan. Teringin jugak nak beli satu walaupun tak tau baca. Buat kenangan balik Malaysia. Agak terdesak boleh la gunting setiap page buat sebagai souvenir. Teruk sangat idea tu. Hahah. Newspaper made in Germany tau. Takkan dapat kat Malaysia. Rare. Hehe..

Walking route: From Nymphenburg Palace to Romanplatz
Senarai rumah untuk dijual. Pening kejap tengok harga. Huhu..
Nak beli buat souvenir ke tak nak? Hehe..
Just wave your hand before crossing the road
Malangnya tiga farmasi kat sini tak bukak. Terpaksalah tahan bibir tu ye. Kena sentiasa basahkan dengan lidah. Itu je la solution terbaik buat masa ni. Huhu.. Kami menunggu tram di Romanplatz station. Selain tram no. 17, tram no. 16 juga menuju ke Sendlinger Tor station. Tengoklah yang mana sampai dulu. Tak sampai 5 minit menunggu, tram no. 16 pun sampai. Sama macam tadi, ada la dalam 2-3 orang je kat dalam tram ni. Syok sungguh. Hehe..

Train route: Tram no. 16 from Romanplatz station to Sendlinger Tor station
Ketenangan jiwa jelas kelihatan bila tram takde orang. Hehe..
Kami sampai di Sendlinger Tor Station jam 10.50 pagi. Kemudian kami turun ke platform dan naik U-Bahn untuk ke Marienplatz Station. Perjalanan amat lancar. Tak perlu nak berlanggar bahu dengan orang ramai. Hihi.. Dari Sendlinger Tor cuma satu station je untuk sampai ke Marienplatz Station. Kami naik U-Bahn U6 dan perjalanan hanya mengambil masa 2 minit je. Selain U6, U3 juga lalu route yang sama ke Marienplatz Station.

Sempat lagi cuba nasib di farmasi tapi tak berjaya. Nampak macam bukak je..
Menunggu U-Bahn di Sendlinger Tor Station
Walaupun 2 minit dalam train, sempat lagi ber'wefie'. Hihi..
Train route: U-Bahn U6 from Sendlinger Tor Station to Marienplatz Station
Agak crowded juga keadaan di Marienplatz Station ni. Rupanya semua tourist datang ke sini. Tak lengkap trip ke Munich kalau tak datang ke Marienplatz, city centre square of Munich. City Hall juga terletak di sini. Tak sabar kami nak keluar dari station dan melihat sendiri keadaan dan pemandangan di Marienplatz. Harap dapat beri kami satu pengalaman dan kenangan yang terindah di bumi Munich ni. Wallahualam..

Tinggi jugak nak menapak kalau takde eskalator. Hihi..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - DAY-TICKET :  RM28.70
  - JUMLAH        :  RM28.70

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

2 comments:

  1. assalamualaikum..hai..yaya buat blogwalking di sini & done follow sini....jemput singgah blog http://www.yayacendana.com/
    terima kasih...... ^_^

    ReplyDelete