Sunday, 5 June 2016

JJCP Western Europe: Day 07 (Part #3)

TARIKH:
25 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
HOLZKIRCHEN SERVICE AREA - IRSCHENBERG SERVICE AREA - FORSTING LAY-BY - INNSBRUCK - GOLDENES DACHL


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ku menyusuri jalan yang berliku.. Eh, terlayan lagu Pelangi Petang pulak. Hehe.. Kami melalui motorway untuk ke sempadan Germany-Austria. Mula dari amik kereta haritu, hanya motorway di France je yang kena bayar tol. Di Luxembourg, Belgium, Netherlands dan Germany takde tol. Di Austria pulak lain sikit. Tol takde, tapi kena ada sticker yang dipanggil Vignette. Sticker ni wajib ada bila lalu motorway kat Austria. Walaupun kami cuma nak lalu hari ni je tetap kena ada sticker ni in-case ada roadblock. Lagi teruk kena bayar saman kalau takde sticker ni. Huhu.. Masalahnya sticker ni takde yang dijual untuk kegunaan sehari. Yang paling minimum pun 10 hari. Terasa rugi tapi nak buat camna. Terpaksa jugak la beli. Kat mana nak beli? Jangan risau.. Dalam perjalanan nak sampai sempadan, akan ada banyak signboard peringatan untuk beli sticker ni. Jadi boleh la singgah kejap kat service area dan beli.

Signboard peringatan. Jaga-jaga, 'maut' menanti di depan. Hahah..
Masa preparation sebelum trip, saya dah save beberapa location yang menjual sticker ni. Manalah tau kalau tak jumpa tempat jual sticker ni sampai sempadan. Buat naya je. Huhu.. Tapi bila dah ada kat motorway ni rupanya takyah nak save pun sebab banyak signboard peringatan. Apa yang best tentang motorway kat Europe ni, kat sini ada banyak service area dan lay-by sepanjang perjalanan. Lebih kurang setiap 10-15 km camtu mesti ada tempat berhenti. Takde masalah kalau nak berhenti rehat atau nak ke toilet. InsyaAllah sempat bertahan. Hihi..

Driving route: From Messestadt Ost to Holzkirchen Service Area
@ HOLZKIRCHEN SERVICE AREA

Dalam setengah jam memandu dari Messestadt Ost, kami berhenti di Holzkirchen Service Area sebab ada signboard menunjukkan Vignette dijual di sini. Agak ramai juga orang di sini. Cuti Krismas la katakan. Dah tentu masa untuk jalan-jalan main ski kat Austria. Teringat saya first time main ski kat Korea. Bad experience. Huhu.. Tapi tak mungkin kali terakhir sebab insyaAllah ada rezeki nak bagi anak-anak merasa main pulak. Tapi kena make sure result belajar ok baru bagi reward. Hehe.. Kami masuk ke dalam kedai yang menjual sticker Vignette. Dalam internet harga untuk 10 hari ialah EUR8.00. Tapi kami kena bayar EUR8.80. Mungkin ada service charge dan GST kot? Huhu.. Takde lah besar sangat sticker ni. Besar sikit dari saiz namecard je. Sticker ni kena lekat kat cermin depan, macam road tax. Ada arahan kat belakang sticker tu kat belah mana nak lekat. Baru saya perasan, kereta kat sini takde sticker road tax macam kat Malaysia. Mungkin diorang guna sistem online kot? Entahlah..

Signboard di luar kedai. Nampak tu ada perkataan 'die'. Hehe..
Ni dia Austrian Vignette. Lekat jangan tak lekat..
Borak-borak dulu dengan locals. Hehe..
@ IRSCHENBERG SERVICE AREA

Jam 1.50 petang kami sambung perjalanan. Minyak ada lagi suku. Cukup kot sampai sempadan. Teringin juga nak isi minyak kat Austria pulak. Harap-harap murah la hendaknya. Hehe.. Dalam 15 minit perjalanan saya ternampak signboard Shell kat hentian berikutnya. Terus saya teringat pasal Lego Shell yang tak dapat nak beli haritu. Mana la tau kat sini ada stok lagi. Hihi.. Kami berhenti di Irschenburg Service Area untuk isi minyak sambil cuba nasib beli Lego. Lepas isi minyak EUR40.00, saya mintak wife masuk ke dalam kedai untuk bayar dan beli Lego. Sebelum ni tak dapat nak beli sebab dah bayar. Saya tunggu kat dalam kereta. Lepas 10 minit wife saya keluar dari kedai. Takde apa pun yang dia pegang. Hampa la tu. Huhu.. Wife saya kata stok kat sini dah lama habis. Mungkin sebab kat area highway, ramai orang yang beli. Memang terasa rugi betul tak dapat beli haritu. Takde rezeki nak complete kan set Lego untuk anak-anak. Cadang nak beli bekas dia sekali untuk buat display kat rumah. Tak berjaya nampaknya. Huhu..

Driving route: From Holzkirchen Service Area to Irschenberg Service Area
Cuaca amat baik di Autobahn hari ni
Isi minyak diesel Shell EUR40.00
@ FORSTING LAY-BY

Terasa nak membuang tapi ramai sangat orang kat Shell ni. Baik jalan terus dan berhenti kat hentian sebelah berikutnya. Confirm tak jauh sebab memang banyak hentian sebelah kat motorway ni. Kecewa dengan Lego Shell, kami teruskan perjalanan selama 5 minit dan berhenti di Forsting Lay-by. Kat sini cuma ada tandas je. Takde kereta lain yang berhenti kat sini. Tak perlu nak beratur macam kat Shell tadi. Hihi.. Selesai tunaikan hajat kami berehat sekejap sambil layan pemandangan terakhir di Germany. Kejap lagi dah nak masuk Austria. Sesungguhnya amat cantik bumi ciptaan Tuhan. Terima kasih kerana bagi peluang untuk kami menikmatinya. Alhamdulillah..

Driving route: From Irschenburg Service Area to Forsting Lay-by
Rehat yang terakhir di bumi Germany..
Jam 2.35 petang kami teruskan perjalanan menuju ke Austria. Tiada apa yang boleh dibuat melainkan memuji keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan. Jam 3.00 petang kami melintasi sempadan Germany-Austria. Sama macam sempadan sebelum ni, hanya ada signboard dan takde imigresen check passport bagai. European Union la katakan. Kalau la kena cek dah tentu banyak cop negara dalam passport. Tapi yang lecehnya buang masa pulak kat sempadan. Hehe.. Kelihatan pemandangan gunung di sepanjang motorway. Sebab tu la ramai orang dari Germany datang ke Austria untuk main ski. Mungkin diorang dah bosan layan ski kat tempat sendiri ataupun kat Austria lebih murah kot. Macam orang Malaysia jugak. Yang kaki main golf tu selalu sangat main kat luar negara. Katanya kat negara jiran lebih murah kosnya. Dah campur tiket flight pun masih murah. Entahlah, saya tak pernah main golf. Jejak kaki kat padang golf pun tak pernah. Huhu.. InsyaAllah satu hari nanti main jugak rasanya. Nak deal bisnes juta-juta mesti tengah main golf. Selalu tengok dalam movie buat camtu. Hahah..

Here Maps dan SJCam sentiasa bekerja keras sepanjang masa perjalanan..
Indah sungguh bumi ciptaan yang maha Esa. Subhanallah..
Begitu mudah nak keluar masuk negara kat Europe ni. Hehe..
Keadaan motorway di Austria sama je macam di Germany. Bezanya cuma banyak view gunung dan kena ada Vignette. Itupun tak pasti bila diorang nak cek sticker ni. Mungkin ada kamera tersembunyi scan setiap cermin kereta yang lalu Austria kot. Huhu.. Tak mustahil sebab masa drive kat Australia dulu memang ada kamera. Even yang ada tol pun takde palang. Main lalu je sebab ada kamera scan. Kat Malaysia pun guna scanner untuk smart-tag. Cuma palang tetap ada dan kadang-kadang takleh scan. Bila jadi camtu selalunya lane smart-tag yang paling panjang sebab orang depan kene reverse kereta. Huhu.. Teknologi ni kadang-kadang menyusahkan jugak kan? Sangkut macam mana pun tol tetap kena bayar. Hehe..

Driving route: From Forsting Lay-by to Innsbruck
View motorway Austria. Gunung di sepanjang perjalanan.. Superb!..
40 minit memandu dari sempadan, kami sampai di kawasan Innsbruck. Alhamdulillah cuaca masih cerah lagi di sini. Baru boleh tengok puas-puas keindahan bandar Innsbruck ni. Inilah satu-satunya bandar yang akan kami explore di Austria ni. Tak dapat nak pergi bandar yang lain seperti Salzburg dan Graz sebab jauh dari route perjalanan. Vienna lagilah jauh. Ada rezeki trip Eastern Europe boleh singgah Vienna kalau setting betul-betul. Itu pun tak tau bila boleh pegi. Banyak nak kena kumpul duit tu. Hehe.. Saya teringin nak pergi Hallstatt sebenarnya. Antara tempat yang tercantik di Austria. Tapi masa tak menyebelahi kami untuk ke sana. Tak kisah lah, yang penting kami dapat jejak kaki di bumi Austria, melengkapkan misi negara ke-6 dalam masa 6 hari perjalanan kami. Hari pertama tak kira la sebab transit kat Ho Chi Minh City. Kira dari hari pertama sampai di Paris dan start sewa kereta. Nampaknya misi untuk jejak kaki di 9 negara dalam 9 hari masih boleh dicapai. Hihi..

Bandar Innsbruck berlatarbelakangkan gunung. Cantiknya pemandangan.. 
@ INNSBRUCK

Sampai di tengah bandar Innsbruck jam 3.50 petang. Kami mencari parking yang berdekatan dengan kawasan tourist spot. Kami parking kat Marktplatz area di bawah tanah yang terletak di sebelah Inn River. Tak tau berapa parking rate kat sini. Yang penting ianya walking distance untuk ke kawasan yang paling menjadi tumpuan iaitu Innsbruck Old Town. Dari parking lot kami keluar ke jalan besar dan berjalan menuju ke Goldenes Dachl, iaitu balkoni yang menjadi city's most famous symbol. Nama lainnya adalah Golden Roof. Sepanjang perjalanan ke sana kelihatan banyak patung yang tergantung di dinding bangunan. Kalau jalan time malam agak menakutkan juga patung-patung ni. Creepy.. Huhu..

Amik tiket dulu, bayar kemudian
Sebelum explore kita tengok info dulu tentang Innsbruck
Jom cari pengalaman kat Innsbruck
Banyak patung pelik yang tergantung. Master of Puppets!..
Sebelum sampai di Goldenes Dachl, kami masuk ke dalam kedai souvenir. Ada banyak juga kedai souvenir yang bukak kat sini. Mungkin orang Austria tak celebrate sakan time Krismas kot? Ataupun time ni tourist ramai datang ke sini, so rugi kalau tak bukak kedai. Hehe.. Jadi dah takde masalah untuk kami dapatkan souvenir dari Austria. Mesti kena beli sebagai bukti dan kenangan kami dah sampai di negara Austria. Hihi..

Macam-macam boleh dibeli buat kenangan ni. Nafsu..
Nasib baik kedai ni tutup. Hehe..
@ GOLDENES DACHL

Kami sampai di kawasan Old Town jam 4.15 petang. Cuaca dah mula senja. Dapat juga kami melihat rupa Goldenes Dachl ni dari dekat. Mengikut sejarah, Goldenes Dachl ni dibina pada zaman dulu untuk maharaja dan isterinya melihat acara yang berlangsung di bawah. Kepada yang datang ke sini dimestikan untuk singgah dan melihat Goldenes Dachl kerana ianya adalah binaan yang paling famous di Innsbruck walaupun hanya sebuah balkoni je. Hehe.. Ada banyak lagi tempat menarik kat Innsbruck tapi disebabkan kami cuma day trip dan hanya ada beberapa jam je kat sini, maka melihat Goldenes Dachl adalah acara wajib. Hihi..

Amik gambar dengan Goldenes Dachl dulu sebelum gelap
Agak ramai juga orang di kawasan Goldenes Dachl ni. Kami masuk ke dalam kedai yang ada disitu untuk mencari souvenir dari Austria. Sambil mencuci mata melihat barangan yang dijual, kami baru tersedar yang Fa dan husband takde bersama kami. Takpelah, pandai-pandai la diorang cari kami nanti. Jangan naik public transport pergi tempat lain sudah. Huhu.. Kami mencari t-shirt untuk anak-anak. Makin jauh ke dalam makin murah harga t-shirt. Nasib baik tak beli yang kat depan tadi. Material yang baik dah tentu mahal. Tak kisahlah, kualiti tak berapa elok pun takpe, janji ada tulisan Innsbruck kat baju. Hihi..

Patung besar pun ada kat sini. Huhu..
Mencari sesuatu kenangan di Ausria untuk dibawa pulang..
Selesai memilih souvenir yang berkenan dihati, kami keluar dari kedai mencari Fa dan husband. Ntah ke mana pulak diorang merayap ni. Harap diorang masih kat kawasan sekitar sebab cuaca dah mula gelap. Lagi susah nak mencari. Huhu.. Kami tak berani pulak nak berjalan jauh dari kawasan ni, takut diorang pun tengah mencari kami. Makin ramai orang di sekeliling. Tadi takde la ramai macam ni. Mungkin ada sesuatu yang akan berlaku kat sini kot. Jangan diorang tunggu kat kereta sudah la. Belum makan lagi ni. Tapi selalunya kalau tak jumpa, option terakhir tunggu di kereta. Jauh tu nak ke sana. Kami menunggu di luar kedai souvenir, mengharapkan diorang datang ke sini. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - AUSTRIAN VIGNETTE   : RM20.70
  - DIESEL                         : RM94.00
  - JUMLAH                       : RM114.70

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

No comments:

Post a Comment