TARIKH:
26 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
PIZZERIA E-KEBAB RESTAURANT - HOTEL BRISTOL
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Perjalanan diteruskan dari Venice menuju ke Milan. Cuaca dah mula gelap ketika kami di motorway. Nampaknya tak merasa nak tengok pemandangan sekeliling di motorway Italy. Huhu.. Sama je macam situasi semalam, layan line putih atas jalanraya dengan keadaan kabus yang masih tebal. Cuma bezanya hari ni tak rasa letih dan mengantuk sangat walaupun sepanjang hari kat Venice tadi saya langsung tak duduk. Hihi.. Itulah kelebihan seorang cikgu. Kat sekolah bila mengajar tak pernah duduk. Sebab tu dah biasa. Tambah pulak dengan pemandangan yang cantik, lagi kurang terasa letih. Teruja yang lebih. Hehe..
|
Jangan salah masuk lane ye. Amik tiket dulu.. |
|
Kabus sepanjang perjalanan.. |
Hampir 2 jam memandu, kami sampai di susur keluar ke Coccaglio. Restoran makan malam kami terletak di sini. Tengok dalam zabihah.com agak tersorok juga lokasi restoran ni. Sebab tu rasa macam tak yakin je restoran ni bukak time Krismas. Tapi nak buat camna, dah itu je tempat dinner yang saya save. Keluar dari motorway, saya ikut balik route dalam here maps. Dari awal perjalanan memanjang suruh keluar motorway. Kali ni dah keluar baru ikut arahan dia. Hihi.. Coccaglio adalah pekan kecil yang terletak di tepi motorway. Makin dekat nak sampai makin kuat harapan saya restoran ni bukak. Kalau tutup, terpaksalah masuk motorway balik dan singgah di Autogrill beli roti. Huhu..
|
Driving route: From Hotel Da Tito to Coccaglio |
|
Tol layan diri. Tengah cari duit syiling untuk masuk dalam slot tu.. |
Keluar dari tol kami amik masa 20 minit mencari lokasi restoran. Sebenarnya dekat je tapi disebabkan kabus amat tebal, tak berani saya nak bawak laju. Huhu.. Biar perlahan asal selamat sampai. Ini bukan negara kita. Jadi apa-apa kang leceh dibuatnya. Kami lalu jalan yang agak sempit dan gelap. Akhirnya kami sampai di depan restoran. Alhamdulillah, the only restaurant yang bukak di situ. Hahah.. Lega betul. Perut terus bergerak-gerak tanda gembira. Hihi..
|
Lokasi Pizzeria E-Kebab Restaurant di Coccaglio |
@ PIZZERIA E-KEBAB RESTAURANT
Kami parking di depan restoran. Keluar je dari kereta terus menggigil. Sejuk yang amat!.. Yang lain semua dah pakai jaket tebal dan glove. Saya je yang pakai light jacket tanpa glove. Masih boleh tahan lagi. Diorang berlari masuk ke dalam restoran. Saya melayan dulu kesejukan di luar.. Bila lagi nak merasa sejuk macam ni. Hehe.. Kat Cameron Highland pun tak dapat punya. Feel good..
|
Nama panjang restoran ni Pizzeria E-Kebab d'Asporto Montorfano. Italiano gitu.. |
|
Harga makanan agak murah di sini |
Dalam restoran cuma ada 2 orang customer yang tengah menikmati pizza. Lain sungguh reaksi staff restoran bila nampak kami. Nampak macam excited je. Hihi.. Agaknya diorang rasa pelik camna kami boleh jumpa restoran ni kot. Sorang staff bertanya bagaimana kami boleh tau tentang restoran ni. Saya bagitau la dari zabihah.com. Diorang pun angguk dan senyum. Nampaknya info kat zabihah.com berguna. Kami teringin nak makan pizza. Inilah peluang nak makan pizza di negara asalnya. Ada macam-macam jenis pizza yang dijual di sini. Tak pasti mana satu yang sedap, saya order satu pizza seafood dan satu set ayam goreng. Wife tetiba teringin nak makan ayam katanya. Nak order dua pizza takut tak abis sebab tengok meja sebelah punyalah besar portion pizza dia. Huhu..
|
Banyak betul pilihan pizza. Tak tau nak pilih mana satu. Hihi.. |
Sambil menunggu makanan sampai kami tengok macam mana diorang prepare pizza. Staff kat sini amat friendly. Diorang tak kisah pun kami amik gambar diorang tengah prepare makanan. Selain pizza, kebab pun ada. Dah jadi makanan international kebab ni. Kat mana-mana negara mesti ada punya. Saya tak makan kebab kat Malaysia sebab tau asal pergi luar negara mesti kena makan punya. Huhu.. Tapi memang berbeza rasa kebab di luar negara berbanding di Malaysia. Mungkin kat Malaysia diorang dah modified rasa kebab tu untuk sesuaikan dengan citarasa orang Malaysia kot? Wallahualam.. Apa-apa pun kebab kat luar negara memang sedap. Bukan setakat sedap, saiz pun boleh tahan besar. Hihi..
|
Tempat bakar pizza |
|
Senyum bila tau ada orang nak amik gambar dia. Hehe.. |
15 minit menunggu, makanan kami pun sampai. Besar betul pizza seafood kami. Makan 2 orang pun belum tentu boleh habis. Pizza saiz normal ni. Kalau saiz family tak tau la berapa besar pizza dia. Ada ayam goreng lagi. Kalau tak habis takde masalah. Boleh bungkus buat makan breakfast esok pagi. Jimat sikit. Hehe.. Sedapnya makan pizza seafood time sejuk macam ni. Misi nak makan pizza kat Italy dah tercapai. Teringat kekesalan tak makan sushi masa kat Jepun dulu. Padahal itulah antara makanan favourite saya. Huhu.. InsyaAllah ada rezeki akan sampai Jepun lagi. Kalau ada peluang nak pergi area Hokkaido pulak, layan salji kat situ. Time tu confirm akan ku makan sushi di sana. Hihi..
|
Serius sedap pizza seafood ni. Terbaik!.. |
Lama betul nak habiskan makanan. Sejam jugak la kami kat sini. Huhu.. Lagipun lepas ni kami nak terus check-in hotel. Jadi tak perlu nak rushing untuk ke sana. Selesai makan kami membayar harga makanan kami. Pizza seafood tu berharga EUR5.50 dan ayam drumstick berharga EUR4.00. Kami beli dua botol air lemon berharga EUR3.00. Jumlah EUR12.50 untuk dinner kami berdua. Amat berbaloi dengan portion makanan dan kesedapannya. Alhamdulillah.. Disebabkan staff kat sini amat friendly, sebelum keluar kami bergambar dengan diorang. Terima kasih atas makanan yang amat sedap. Antara makanan yang best dalam trip kali ni. Sungguh berbaloi makan kat sini walaupun lokasinya agak ke dalam sikit. Tak menyesal punyalah. Hehe..
|
Jemput makan ye. Sedappnyaa.. |
|
Tq Pizzeria E-Kebab d'Asporto Montorfano! Delicious food.. |
Dalam kesejukan malam perjalanan kami diteruskan ke destinasi terakhir untuk hari ni. Bila perut dah super kenyang ni mulalah rasa mengantuk. Tapi saya masih boleh bertahan lagi memandu sebab waktu masih muda lagi walaupun cuaca dah gelap gelita. Cuma lampu kereta je yang menerangi perjalanan kami di motorway. Tak sabar rasanya nak sampai awal di hotel. Bolehlah berehat lama sikit malam ni. Bayar hutang penat hari-hari sebelum ni. Eh, boleh bayar camtu ek? Hehe..
|
Driving route: From Pizzeria E-Kebab to Hotel Bristol |
|
Tol lagi.. Kali ni ada cashier yang jaga.. |
@ HOTEL BRISTOL
Kami sampai di area hotel jam 10.00 malam. Lain macam kawasan di sekitar hotel ni. Nampak macam kawasan perumahan kos rendah je. Masa kami masuk simpang kelihatan ada dua orang gadis berkulit hitam yang tetiba menjerit dan cuba menendang kereta kami. Melihatkan pakaian diorang rasanya seperti pelacur yang mencari pelanggan. Aduii, takut pulak nak stay kat hotel ni. Saya cuba mencari hotel yang bersesuaian di Milan, tapi kebanyakannya mahal sangat. Yang murah pulak agak jauh dari route kami. Masa booking tu takde la saya tau macam mana keadaan sekeliling tempat ni. Bila dah sampai baru la tau. Dua kali saya pusing depan hotel sebab tak jumpa parking space. Sambil tu terfikir jugak nak walk-in hotel lain. Tapi rugi dan buang masa pulak. Ada satu parking space untuk OKU di hujung jalan. Saya parking sekejap supaya wife dan Fa boleh check-in dulu. Rate hotel ni dikira ikut kepala. Satu malam EUR14.00/person plus tourist tax EUR1.00/person dan payment protection EUR2.13/night. Entah kenapa kena bayar duit protection ni. Huhu..
|
Rate Hotel Bristol untuk satu malam.. |
15 minit menunggu akhirnya wife dan Fa sampai di kereta. Ada parking khas kat belakang hotel ni. Mula-mula staff hotel tu tak bagi sebab parking space tu untuk orang lain. Tapi akhirnya dia bagi jugak. Wife saya kata agak sombong dan kasar cara dia bercakap. Nak buat macam mana, hotel murah la katakan. Kat Milan sebenarnya ada dua Hotel Bristol. Yang satu lagi hotel mewah kat area bandar. Jangan silap check-in sudah. Huhu.. Masa lalu tadi tak perasan pun ada kawasan parking kat hotel. Rupanya ada satu lorong yang maha sempit kat sebelah hotel. Daripada parking jauh dari hotel, baik masuk je la lorong yang sempit tu. Kena tutup side mirror baru lepas. Rasanya dalam 1cm je ruang yang ada di kiri dan kanan. Pheww, mencabar sungguh. Kalau calar siap la nak menjawab kat Avis nanti. Huhu..
|
Yang ni Hotel Bristol mewah. Ada bendera lagi. (Ihsan Google Images) |
|
Yang ni pulak Hotel Bristol kami. Huhu.. |
Bila dah parking, banyak songeh pulak staff tu. Dia suruh parking betul-betul kat dinding sebab awal pagi esok ada kereta nak parking kat sini. Macam-macam hal la. Terpaksa la parking serapat yang boleh kat dinding. Huhu.. Selesai keluarkan beg, kami masuk ke dalam hotel. Kami dapat bilik di tingkat bawah. Tengok keadaan bilik agak menyedihkan la jugak. Tapi disebabkan tujuan utama untuk tidur je, maka belasah je la. Hihi.. Bilik sebelah kami punyalah bising dengan suara orang lelaki dan perempuan. Ntah apa yang diorang menjerit tengah malam ni. Macam tengah melanggan je. Hotel Bristol ni love hotel gamaknya. Huhu.. Abaikan. Jangan diorang ketuk pintu bilik kami sudah la.
|
Ada wifi kat hotel ni.. |
|
Boleh la untuk buat tidur je. Huhu.. |
Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Boleh la kumpul tenaga dalam 7 jam malam ni. Sekali sekala kedengaran bunyi orang menjerit dan ketawa kat bilik sebelah. Lain macam la hotel ni. Takde privacy langsung. Taubat taknak stay hotel ni dah. Huhu.. Dalam suasana yang agak nightmare kami berjaya jugak tidur dan menunggu hari esok yang pasti menjanjikan pengalaman baru dalam hidup kami. Harap tiada gangguan ketika kami sedang bermimpi. Wallahualam..
|
Day 08 estimated driving mileage: 264 km |
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
- TOLL : RM43.20
- HOTEL BRISTOL : RM146.20
- JUMLAH : RM189.40
**DAY 08 COMPULSORY EXPENSES: RM220.00
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- PIZZERIA E-KEBAB : RM58.80
- JUMLAH : RM58.80
**DAY 08 MEALS EXPENSES: RM91.70
No comments:
Post a Comment