27 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
VADUZ - MY KITCHEN RESTAURANT - ZIZO RESTAURANT - HOTEL IBIS BUDGET ZURICH AIRPORT
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ VADUZ
Kami sampai di tengah bandar Vaduz jam 4.45 petang. Terus nampak parking space kat tepi jalan di sebelah stesen bas. Tak pasti kena bayar atau tak. Rasanya dah nak pukul 5.00 petang ni takyah bayar kot? Sedap je buat assumption sendiri. Hihi.. InsyaAllah tak kena kompaun sebab takde orang pun kat sini. Kami bersiap untuk explore bandar Vaduz yang agak sunyi sepi ni. Berpijaknya kaki kami di bumi Liechtenstein menandakan lengkaplah misi kami dalam trip ni untuk menjejakkan kaki di 9 negara. Yezzaa.. Awal sehari dari target 9 hari. Hahah.. Mission accomplished!.. Well done Nuar Aris and friends!.. Alhamdulillah..
Vaduz, Liechtenstein map and places of interest |
Kat stesen bas ada satu information booth. Malangnya kami sampai dah tutup booth tu. Mungkin masih cuti Krismas lagi kot. Huhu.. Kami berjalan ke arah Stadtle Street yang menjadi tourists hotspot di sini. Di atas bukit kelihatan satu castle yang menjadi iconic landmark di Liechtenstein. Kalau bukak website Liechtenstein mesti tunjuk gambar castle ni. Sampai di Stadtle Street kami nampak satu kedai souvenir yang agak besar dan masih buka. Alhamdulillah, dapat juga kami tengok souvenir dan produk dari Liechtenstein. Baik masuk dalam kedai dulu sebelum dia tutup. Cuaca dah mula senja. Keluar dari kedai ni confirm dah gelap punya. Hihi.. Menarik betul kedai souvenir ni. Banyak barang yang dijual. Yang tak menarik cuma harganya. Mahal sungguh!.. Teringin juga nak beli sesuatu untuk kenangan di Liechtenstein. Kami mencari souvenir yang paling murah dan harga yang boleh diterima akal. Huhu.. Ikutkan hati memang banyak benda yang nak dibeli sebab nampak menarik semua barang yang dijual. Layan cuci mata je la ye. Hihi..
Information booth kat stesen bas. Tutup la pulak.. |
Vaduz Castle (Schloss Vaduz) yang menjadi landmark utama Liechtenstein |
Kedai souvenir. Jom kita cuci mata dalam kedai ni.. |
Yang paling saya geram jam kayu tu. Tapi bila tengok harga dia terus mampu untuk amik gambar je. Hihi.. |
Tak tertahan jiwa bila tengok jam kayu tu. Hand made dah tentu la mahal harganya. Setiap sejam akan keluar burung atau patung dari dalam jam tu. Klasik sungguh. Hihi.. Tak mampu kami nak beli. Cukuplah sekadar t-shirt murah dan beberapa fridge magnet untuk kenangan di sini. Memang itu je la yang mampu dibeli pun. Asal balik dari luar negara je penuh la almari dan pintu fridge kami. Baju yang lama boleh la buat sedekah dan jual kat carboot nanti. Boleh cover sikit buat duit belanja. Hehe.. Selesai cuci mata, kami keluar dan berjalan di sepanjang Stadtle Street dalam suasana yang gelap dan ditemani lampu jalan.
Ini rupanya bendera Liechtenstein |
Kami berempat je yang ada kat jalan ni. Hihi.. |
Bangunan yang ada di sepanjang Stadtle Street |
Kelihatan 2 orang perempuan keluar dari Liechtenstein Center. Kat sini kita boleh dapatkan cop negara Liechtenstein kat passport. Daripada banyak page kosong kat passport tu, baik penuhkan. Memang takkan penuh pun sampai la passport tu expired. Hehe.. Rupanya 2 orang perempuan tu staff kat situ. Diorang tengah kunci pintu sebab tourist office bukak sampai kul 5.00 petang tadi. Tak dapat la nak cop passport kami. Huhu..
Tak dapat cop passport, kita layan cop duit syiling pulak. Hihi.. |
Kami berjalan hingga ke hujung Stadtle Street. Takde apa yang menarik untuk dilihat melainkan bangunan dan replika patung yang pelik di sini. Patutlah tak ramai tourists. Yang datang pun mungkin niat sama macam kami, iaitu untuk tambah koleksi negara yang dah dijejaki. Kepada kaki hiking dan orang seni sesuai la ke sini sebab banyak trek route dan muzium. Ski resort juga ada di sini. Negara ke-6 terkecil di dunia, sampaikan airport sendiri pun takde. Airport terdekat adalah di St. Gallen, Switzerland. Apa-apa pun kami dah berjaya sampai di sini. Satu pengalaman hidup yang berharga buat kami. Sekurangnya boleh la cerita kat kawan-kawan tentang Liechtenstein. Rasanya ada orang yang tak tau pun tentang kewujudan negara ni. Mungkin pernah dengar tapi tak tau kat mana letaknya dalam peta dunia. Hihi..
Layan bergambar je la. Tenang suasana malam kat sini.. |
Dah sampai hujung jalan, kami patah balik ke arah parking kereta. Ada satu restoran halal di sini dari info yang saya dapat dalam zabihah.com. Kami mencari restoran Pizza Azzurro & Kebab sementara menunggu Fa dan husband sampai di kereta. Sejak dari kedai souvenir tadi kami berpecah. Restoran ni terletak di seberang jalan dari tempat parking kereta. Wife dah letih berjalan. Jadi saya sorang je yang pergi mencari restoran tu. Takde rezeki nak makan di sini sebab restoran tu tutup. Nampaknya terpaksalah perut kami bertahan sampai di Zurich. Huhu..
Hanya orang seni je tau apa benda yang display kat muzium ni.. |
Takde rezeki nak makan di Liechtenstein.. |
Kami menunggu Fa dan husband di kereta. Jam 5.45 petang diorang pun muncul. Kami bersiap untuk teruskan perjalanan ke Zurich. Hanya sejam je kami di Liechtenstein. Walaupun sekejap, namun kenangan dalam hidup tetap tersimpan sampai bila-bila. Perjalanan kali ni saya ikut route here maps. Habis semua jalan kampung dia suruh lalu. Dari jalan kampung masuk ke jalan hutan. Lepas tu ikut lereng bukit pulak. Huhu.. Sampai kat satu tempat ni, jalan jadi sempit. Bila selisih dengan kereta lain terpaksa la berhenti bagi laluan. Wife saya dah mula senyap. Dia memang macam tu. Bila lalu tempat yang gelap dan sempit, mulalah berlakon tidur sebab takut katanya. Ajak berborak pun taknak. Hampir sejam lalu jalan dalam tanpa kelihatan sebuah rumah pun, akhirnya kami masuk balik ke jalan motorway. Barulah wife saya mula bercakap. Hihi.. Sebenarnya saya pun takut juga bila lalu jalan hutan yang sempit dan gelap ni. Stesen minyak langsung tak nampak. Nasib baik kami dah singgah isi minyak waktu keluar dari Liechtenstein tadi. Tak perlu risau minyak habis kat dalam hutan. Huhu.. Saya dapat rasakan here maps bawak kami ikut route keliling gunung. Seronok juga dapat pengalaman memandu jalan nightmare kat Switzerland ni. Hahah.. Kalau time siang saya yakin pemandangan sekeliling mesti cantik punya.
Isi minyak guna Swiss Franc. Mahalnya harga diesel kat Switzerland. Huhu.. |
Ikut motorway dulu sebelum keluar ke jalan nightmare. Haha.. |
Dalam perjalanan Fa tanya saya kat mana lokasi makan malam ni. Saya pun cerita la kat Zurich ada satu restoran halal dari Malaysia, namanya My Kitchen. Wife saya google pasal restoran ni. Nampak menarik sebab jual makanan macam kat Malaysia. Teh tarik pun ada tu. Hihi.. Tak sabar rasanya nak sampai di My Kitchen. Walaupun dah boleh agak rasa teh tarik kat sini takkan sama seperti di Malaysia, sekurangnya kami tau nak order apa nanti sebab owner restoran tu orang Malaysia. Hehe..
Driving route: From Vaduz to Zurich (not the route from here maps, confirm! Hihi) |
@ MY KITCHEN RESTAURANT
Kami sampai di kawasan My Kitchen tepat jam 8.00 malam. Here maps punya pasal, kami lewat sejam dari waktu sebenar. Huhu.. Dari dalam kereta tak nampak pulak signboard restoran My Kitchen ni. Nama jalan dah betul. Tak puas hati sebab tak jumpa, saya parking kereta di hujung jalan dan kami berjalan mencari lokasi sebenar My Kitchen. Patutlah tak jumpa sebab restoran ni tutup!.. Hadui laa.. Di sebelah My Kitchen ada kedai runcit. Rupa owner kedai macam orang Turkey. Kami beli air mineral botol besar untuk dibawa balik ke hotel. Option terakhir untuk makan malam ni dah tentu makan maggi kat hotel. Huhu.. Kami bertanya pada owner kedai tentang My Kitchen. Dia kata owner My Kitchen tu balik kampung. Dah lama juga restoran tu tutup. Maknanya balik Malaysia la tu. Takde rezeki kami nak layan teh tarik kat Switzerland. Huhu..
Patutlah tak nampak tadi. Kecik je signboard dia.. |
Alamak, ada panggung wayang 18sx kat sini.. |
Jangan tengok poster movie tu lama-lama ye. Hehe.. |
Kami masuk semula ke dalam kereta. Saya cuba mencari lokasi restoran halal lain yang berdekatan. Ada dua restoran yang saya tag dalam map, in-case salah satu tutup. Huhu.. Kami ke restoran yang pertama iaitu Guven Restaurant & Market, restoran halal dari Turkey. Saya siap save gambar restoran tu dan keadaan sekeliling. Nanti bila dah sampai boleh la tau kat mana letaknya restoran ni. Hampir setengah jam memandu kami sampai di lokasi restoran yang terletak di kawasan kilang. Kami langsung tak nampak signboard restoran kat sini. Tiga kali pusing kawasan sekitar tetap tak jumpa kat mana letaknya restoran ni. Bila perut lapar, hati menjadi lebih cepat panas. Hahah.. Saya set restoran yang kedua, iaitu Zizo Restaurant dari Lebanon. Kalau la restoran ni tutup atau tak jumpa, maka terpaksalah melayan maggi kat hotel sebagai menu dinner kami malam ni. Huhu..
Driving route: From My Kitchen to Guven Restaurant and Zizo Restaurant |
@ ZIZO RESTAURANT
Jam 9.20 malam kami sampai di Zizo Restaurant. Kami mencari lokasi restoran dulu sebelum parking kereta. Takut pisang berbuah tiga kali. Huhu.. Alhamdulillah, Zizo Restaurant yang terletak di hujung bangunan masih beroperasi malam ni. Kami parking kereta di bahu jalan dan masuk ke dalam restoran. Kami disambut oleh owner restoran. Restoran ni tak besar sangat. Hanya ada beberapa meja di dalam dan luar kedai. Tak sanggup nak duduk kat luar. Sejukk!.. Kat dalam cuma satu meja je yang ada pelanggan. Rasanya kawan owner tu datang melepak. Hihi.. Ini pertama kali dalam hidup saya makan makanan Lebanon. Tak tau nak pilih menu dan tak tau macam mana rasanya. Harga makanan amat mahal. Sememangnya semua benda kat Switzerland ni serba serbi mahal. Huhu.. Nak buat macam mana, perut pun dah lapar sangat. Owner restoran suggest makanan yang sedap di sini. Macam la taste kami sama dengan dia. Huhu.. Malas nak fikir panjang, kami order 2 set menu ala kebab daging yang dibalut dengan roti pita dengan 2 botol air jus mangga yang jumlahnya berharga CHF30.00. Mak aihh.. Mahalnya!.. Harap berbaloi la rasa kebab tu.
Ahlan Wasahlan Zizo Restaurant |
15 minit menunggu akhirnya makanan kami dihidang depan mata. Keciknya kebab dia. Tak berbaloi dengan harganya. Huhu.. Saya kunyah sekali dan terus rasa tak sedap kat tekak. Lain macam rasa pedas kebab ni. Tapi bila mengenangkan harganya saya pun gagah juga la makan sampai habis. Serius tak boleh masuk Lebanese food dalam perut saya. Confirm takkan makan dah makanan dari Lebanon lepas ni. Huhu.. Air mangga sebotol CHF6.00. Wife saya pernah tengok air botol ni kat Malaysia. Dia kata harga air ni sebotol lebih kurang RM3.00 je. Kat sini bila convert jadi RM26.40!.. Gila lah.. Tinggi betul cost-living kat Switzerland ni. Kawan saya yang dah ke sini cerita dia pernah bayar RM9.00 untuk masuk toilet. Mangkuk tandas toilet tu bersalut emas kot? Hahah..
CHF9.00 untuk makanan sebesar ni. Tak berbaloi langsung. Huhu.. |
Tak logik air ni CHF6.00. Fuhh.. |
Nak merungut lebih pun tak boleh sebab makanan dah masuk dalam perut. Ini makanan yang paling tak sedap dalam trip kami ni setakat ni. Tak kira lah, balik Malaysia nanti nak beli air mangga ni banyak-banyak. Sedap rasanya. Yang tak sedap harga dia je. Huhu.. Selesai makan dan bayar, kami keluar dari restoran dan menuju ke kereta. Jam 10.15 malam kami teruskan perjalanan. Destinasi terakhir untuk malam ni adalah ke Hotel Ibis Budget Zurich Airport. Nama je budget tapi takdelah murah mana pun. Daripada semua hotel yang kami booking, kat Switzerland la hotel yang paling mahal sekali. Nak buat camna, dah teringin sangat nak ke Switzerland, rasakan la. Hehe..
Driving route: From Zizo Restaurant to Hotel Ibis Budget Zurich Airport |
@ HOTEL IBIS BUDGET ZURICH AIRPORT
Jam 10.45 malam kami sampai di Hotel Ibis Budget Zurich Airport. Wife saya masuk untuk check-in sementara saya menunggu di kereta kerana hotel ni tak sediakan parking di luar. Tengok pada keadaan luaran dan lobi, rasanya hotel ni baru beroperasi. Cat kat dinding nampak macam baru sehari dua kering je. Hihi.. Tak kisahla hotel baru atau lama, yang jelasnya rate hotel kat Switzerland ni memang mahal. Tak boleh nak elak dah. Saya ada mencari homestay di Switzerland tapi takde yang menepati kehendak saya. Ada yang murah tapi jauh dari route perjalanan kami. Yang dekat pulak ada syarat kena minimum stay 2 hari. Takkan la nak tidur tempat yang sama 2 hari. Rugi pemandangan namanya tu. Selalunya saya akan stay hotel yang sama bila dah selesai driving trip dan niat nak shopping dua atau tiga hari terakhir sebelum naik flight.
Konsep Hotel Ibis di Europe memang menarik.. |
10 minit kemudian wife saya keluar. Selesai urusan check-in. Saya berharap sangat takde extra charge dikenakan, tapi silap. Ada lagi bayaran tambahan rupanya. Kami kena bayar CHF10.00 untuk parking space kat basement. Bermalam kat sini pun kena bayar juga ke? Macam-macam la hotel kat Europe ni. Ada saja peluang nak amik duit tourist. Kalau kami tak menginap kat hotel ni logik jugalah kena bayar parking. Huhu.. Switzerland oh Switzerland. Fikirkan negara dia cantik je buat kami nak pergi sini. Mohon Travelodge dan Premier Inn bukak cawangan hotel kat sini ye. Hehe..
Dalam booking kena tax CHF10.00. Plus parking lagi CHF10.00.. Haduii.. |
Saya bawak kereta turun ke basement. Parking kat sini amat secure. Bila dah sampai kat pagar dan pihak hotel recognise kereta, barulah pagar dibuka. Bukan pagar tiang macam kat tol tu, tapi macam roller shutter kat garaj rumah. Bila masuk ke ke dalam, pagar akan tutup. Orang luar langsung tak boleh nampak kereta kat dalam. Even access nak turun ikut lif lobi pun kena ada kad khas. Tak perlulah kami nak risau tentang keselamatan barang kami dalam kereta. InsyaAllah selamat.. Kami turunkan beg yang perlu dibawa ke bilik. Tak sabar nak tengok katil. Hotel Ibis ni memang cantik biliknya. Tambah pulak hotel baru macam ni. Mesti haruman bau kedai kat dalam bilik. Hehe..
Tiket parking. CHF10.00 harga dia tau.. Huhu.. |
Bilik di Hotel Ibis tak pernah mengecewakan. Cuma rate dia je yang sedikit pening. Hihi.. |
Kami bersihkan diri dan bersiap untuk berehat dan tidur. Selesai sudah agenda untuk hari ni. Yang paling seronok bila kami dah berjaya dengan misi kami untuk jejakkan kaki di 9 negara. Kalau diingatkan kembali, jauh dah kami mengembara sejak dari hari pertama. Tapi alhamdulillah saya masih ada kekuatan untuk memandu dan berjalan mencari pengalaman. Bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik sepanjang perjalanan. Kalau di Malaysia rasanya dah pancit habis. Mungkin faktor cuaca dan pemandangan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar metabolisme saya. Multivitamin dan vitamin C juga membantu, walaupun saya hanya makan bila time travel je. Hihi.. Time to sleep.. Menantikan hari esok yang sudah pasti akan memberikan pengalaman hidup yang baru. Wallahualam..
Day 09 estimated driving mileage: 421 km |
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
- DIESEL : RM110.00
- HOTEL IBIS : RM356.80
- JUMLAH : RM466.80
**DAY 09 COMPULSORY EXPENSES: RM647.10
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- DRINKS : RM13.20
- DINNER : RM132.00
- JUMLAH : RM145.20
**DAY 09 MEALS EXPENSES: RM205.40
No comments:
Post a Comment