Tuesday, 21 June 2016

JJCP Western Europe: Day 10 (Part #1)

TARIKH:
28 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
LAUTERBRUNNEN - GRUTSCHALP


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alarm pada smartphone yang sentiasa berbunyi pada jam 6.00 pagi mengejutkan kami. Sebenarnya wife saya yang terjaga. Kalau saya sorang je belum tentu boleh bangun. Letih tau drive lama-lama ni. Hihi.. Tidur kat Hotel Ibis memang selesa. Letak kepala je terus lelap. Kami menyiapkan diri dan barang-barang. Cuaca di luar hotel berkabus tebal dan sejuk. Saya sambung tidur balik sekejap. Macam tak cukup tidur kat hotel yang selesa ni. Hihi.. Jam 8.00 pagi baru kami bersiap turun ke lobi untuk breakfast dan check-out. Hari ni adalah antara aktiviti yang paling kami nantikan sepanjang trip ni iaitu explore keindahan bumi Switzerland. Tak boleh tahan tengok pemandangan dalam internet, kali ni kami berpeluang nak merasa sendiri depan mata kami. InsyaAllah..

Pagi yang berkabus di Zurich..
Sebelum check-out, kami duduk di cafe hotel untuk breakfast. Makan maggi la, apa lagi. Hihi.. Sambil makan kami berborak tentang aktiviti yang akan kami lakukan hari ni. Saya bercadang nak ubah sikit itinerary hari ni memandangkan tak banyak tempat yang kami nak pergi. Misi utama adalah nak ke Lauterbrunnen. Tapi di sana nanti ada pilihan beberapa tempat yang kami nak explore. Nak singgah ke semua tempat kat Lauterbrunnen tu memang tak sempat la. Masih belum decide lagi nak ke mana. Fa dan husband ikut je ke mana kami nak bawak. Jangan tinggalkan diorang je sudah le katanya. Takpe, dalam perjalanan nanti kita discuss lagi dalam kereta. Hehe..

Mintak air panas sikit ye tuan hotel. Nak buat maggi dan air kopi je. Hihi..
Selesai breakfast, kami ke lobi hotel untuk check-out. Saya turun dulu ke basement bawa barang-barang masuk ke dalam kereta. Habis loading barang, ingat nak naik balik ke atas, tapi pintu masuk ke lif tak boleh bukak. Kena ada kad baru boleh masuk. Huhu.. Menunggu la saya sorang diri kat basement ni. Jangan diorang tunggu saya kat lobi hotel sudah le. Nasib baik tunggu 10 minit diorang pun turun. Saya bertanya ada extra charge lagi ke? Wife saya kata takde. Cukuplah bayar RM356.80 tu. Takkan nak kena tambah lagi kot? Huhu.. Antara hotel yang paling mahal kami bayar untuk trip kali ni. Apa boleh buat, inilah negara Switzerland. Hehe..

Memang terbaik facilities kat hotel ni. Padan dengan harganya. Huhu..
Tepat jam 9.00 pagi kami mulakan perjalanan menuju ke Lauterbrunnen. Tebal sungguh kabus pagi ni. Jarak penglihatan amat terhad. Kelihatan salji di tepi jalan. Agaknya malam tadi mesti salji turun dengan lebatnya. Huhu.. Nasib baik tak banyak kereta kat motorway. Perjalanan masih tetap smooth walaupun cuaca tak mengizinkan. Bawak perlahan je.. Risau dengan keadaan jalan yang basah dan licin.

Driving route: From Hotel Ibis Budget Zurich Airport to Lauterbrunnen
Cadangan awalnya nak singgah sekejap di Lucerne untuk berjalan di atas jambatan unik Kapellbrucke atau Chapel Bridge yang terletak di tengah bandar. Jambatan ni menjadi iconic landmark di Lucerne di mana ianya adalah jambatan kayu berbumbung yang tertua di Europe. Disebabkan cuaca berkabus dan pemanduan yang perlahan, kami amik keputusan untuk tidak singgah di Lucerne. Takde rezeki nampaknya nak jalan sambil melihat lukisan 17th century di atas jambatan tu. Takpe, banyak masa kami di Lauterbrunnen nanti.

Melampau betul kabus kat sini. Huhu..
Hampir sejam memandu, kabus yang tebal mula menghilang. Baru la boleh nampak pemandangan sekitar yang amat cantik. Kami keluar dari motorway dan ikut arahan pada map dan signboard ke Lauterbrunnen. Ikut jalan dalam yang berbukit lagilah menarik pemandangannya. Gunung yang bersalji dan tasik di celah bukit membuatkan kami berangan seketika. Sampai tak boleh nak fokus memandu sebab terlalu asyik dengan pemandangan yang sungguh indah. Rasa macam nak berhenti kat semua tempat untuk bergambar. Tapi pukul berapa pulak nak sampai Lauterbrunnen kalau asyik berhenti je. Huhu.. Layan dalam kereta je lah. Tak berhenti bunyi kamera yang wife saya snap sepanjang perjalanan. Agak-agak rindu kat Malaysia nanti boleh la layan tengok gambar kenangan di Switzerland sepuasnya. Hihi..

Kabus dah takde. Boleh tengok pemandangan. Yeayy..
Mula masuk jalan dalam untuk ke Lauterbrunnen via Interlaken
MasyaAllah cantiknya bumi ciptaan Tuhan. Syukur kepadaMu Ya Allah..
Perjalanan ikut jalan dalam agak perlahan kerana ada bas di depan kami. Bagus juga tu, boleh layan pemandangan lama sikit. Selalunya kemain marah bila ada kenderaan perlahan depan kami atau traffic jam. Hihi.. Ikut keadaan juga bila nak marah. Kalau kat Jalan Ampang memang marah le sebab dah selalu lalu dan selalu jem pulak tu. Hihi.. Tapi kat sini pertama kali kami lalu dengan pemandangan yang cantik. Jadi tak kisah sangat bawak perlahan pun. Masa laluan turun bukit, kami nampak kawasan yang putih dan penuh dengan salji di bawah. Bila kami sampai, rasa macam berada kat tempat lain pulak. Tetiba je putih pemandangan sekeliling. Memang lain macam experience memandu kat Switzerland ni. Kepada yang datang ke sini memang digalakkan memandu sendiri untuk merasai pengalaman yang berbeza ni. Terbaiklah!..

Ada batu terlebih atas jalan. Huhu..
Putihnya pemandangan kawasan ni..
Seperti semalam, kawasan ni terlindung dari cahaya matahari. Sebab tu salji masih tebal lagi di atas tanah. Kita yang tak pernah merasa salji di negara sendiri dan tentu rasa kagum dan teruja bila melihat tempat macam ni. Tapi diorang yang setiap tahun kena tempuh keadaan macam ni mesti dah boring punya kan. Hihi. Macam kawan saya yang tinggal di UK selama 17 tahun cerita kat saya, 2-3 tahun pertama memang la seronok. Bila dah masuk tahun berikutnya rasa tak sabar nak habis musim winter sebab tak banyak benda yang boleh dibuat time sejuk ni. Nak jalan-jalan pun malas. Huhu.. Sama juga macam tourist yang datang Malaysia. Selamba je pakai seluar pendek layan panas kat tepi pantai. Kita pulak kalau boleh nak stay kat rumah duduk bawah aircond. Hihi.. Manusia, memang begitulah lumrahnya..

Masih ikut route yang betul ke Lauterbrunnen
Jam 11.00 pagi kami dah sampai di Jungfrau Region. Di kawasan ni terletaknya Jungfraujoch, kawasan puncak gunung yang tertinggi di Europe dan terkenal dengan panggilan Top Of Europe. Ada banyak option untuk ke Jungfraujoch. Naik train dari Interlaken pun boleh. Sememangnya kami teringin nak sampai ke situ. Tapi bila tengok harga tiket, rasa macam lari budget pulak. Mahal sungguh. Huhu.. Lagipun kami cuma day trip je. Rasa tak berbaloi pulak. Banyak info dari blog dan website yang saya tengok, kebanyakan orang yang first time datang ke sini tak naik ke Jungfraujoch. Kali kedua baru lah diorang plan naik sampai ke puncak. Nampaknya kami pun macam tu lah, layan belah bawah je. Datang lagi sekali baru plan naik sampai atas. Masalahnya, ada ke lagi sekali tu? InsyaAllah ada rezeki nanti adalah gambar kami buat peace kat Jungfraujoch tu. Hahah..

Ticket fares from Interlaken. Ke Jungfraujoch cuma CHF204.40/return je. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Harga di atas adalah untuk single ticket. Selain single ticket, boleh juga beli travel card yang boleh bagi harga diskaun. Kepada yang datang ke Switzerland naik public transport memang sesuai beli travel card sebab boleh save banyak harga tiket train. Macam kami ni memang tak sesuai la sebab sewa kereta. Lagipun trip seharian je kat sini. Rugi kalau beli travel card. Huhu.. Cuba tengok harga tiket untuk ke Jungfraujoch. Bila dah convert jadi RM900.00/person. Nampaknya kena tunggu kaya sikit baru boleh datang lagi sekali ke sini. Hahah.. Buat masa ni kami survey tapak dan kawasan bawah Jungfraujoch je dulu. Hihi..

Dah sampai Jungfrau Region
Sebelum masuk simpang ke Lauterbrunnen, kami singgah tengok kawasan Bonigen dan Interlaken dulu. Takut turun dari Lauterbrunnen nanti cuaca dah gelap, tak dapat nak tengok keadaan tempat di sini. Cadangnya nak makan malam kat area Interlaken sebab ada beberapa restoran halal di sini. Kat atas tu memang takde langsung restoran halal. Layan minum air kopi dan air gunung yang fresh je la nampaknya. Hihi..

Sepintas lalu di area Bonigen dan Interlaken
Kami tak berhenti pun di Bonigen dan Interlaken. Sepintas lalu je. Saje nak tengok kawasan sementara cuaca masih cerah lagi. Dah turun dari Lauterbrunnen kang baru nak ronda kat sini cari tempat makan. Kami teruskan perjalanan menaiki bukit menuju ke Lauterbrunnen. Banyak juga kereta yang menuju ke destinasi yang sama. Musim orang bercuti dan main ski, memang kat sinilah tempatnya. Saya check dalam internet, agak limited juga parking space di Lauterbrunnen. Kebanyakan orang yang datang ke sini stay 2-3 malam. Kami yang cuma day trip je ni berharap masih ada parking yang kosong.

Perjalanan dari Interlaken ke Lauterbrunnen
@ LAUTERBRUNNEN

Jarak perjalanan dari Interlaken ke Lauterbrunnen cuma 13 km je dan melalui jalan yang berbukit. Kami sampai di Lauterbrunnen jam 11.30 pagi. Saya cuba masuk ke dalam parking lot yang pertama tapi dah ditutup dengan kon. Staff yang menjaga parking datang ke kereta kami. Dia kata ada beberapa lagi parking lot di depan. Kalau nak ke sini boleh naik shuttle bus. Mesti jauh parking lot berikutnya sampai kena naik bas. Huhu.. Kami teruskan perjalanan menuju ke parking lot yang kedua di depan. Nampak sangat ramai orang yang datang ke sini. Silap haribulan semua kereta kat parking lot tadi dah 2-3 hari lamanya. Tak sampai 1 km kami tiba di parking lot kedua yang terletak di selekoh sebelum jalan menuruni bukit. Nasib kami baik sebab masih ada lagi parking space tambahan di kawasan atas rumput yang bersalji. Lega rasanya. Kalau takde tak tau la jauh mana lagi kami nak parking. Alhamdulillah..

Lauterbrunnen parking area. 2nd parking area at Kirche
Keluar je dari kereta kami dihadiahkan dengan pemandangan air terjun dari atas bukit yang terletak bersebelahan dengan parking lot kami. Air terjun ni dikenali dengan nama Staubbach Falls yang mencapai ketinggian 300 meter, kedua tertinggi di Switzerland. Air yang turun dari Staubbach Falls ni tak banyak, mungkin kerana musim sejuk air banyak dah jadi ais kat atas tu kot. Huhu.. Apa-apa pun pemandangan dari parking lot amat cantik, dikellilingi oleh pergunungan Alps yang tinggi dan bersalji di puncaknya.

Baru sampai kat parking lot dah teruja habis. Hihi..
Staubbach Falls. Permulaan yang baik di Lauterbrunnen. Nice views..
Kami berjalan ke booth tiket parking. Bersedialah nak bayar parking yang mahal di sini. Parking di sini bayar ikut jam. Maknanya kita kena set sendiri berapa lama kita nak parking. Kami bercadang untuk stay di sini dalam 4 jam je. Saya pilih 4 jam pada skrin. Terkejut saya bila bayaran yang dikenakan cuma CHF4.00 je. Kira CHF1.00/hour la tu. Murah rupanya. Hihi.. Mula parking jam 11.48 pagi dan kena ada balik kat parking jam 3.48 petang. Kena alert tu. Jangan terlampau syok jalan-jalan kat sini sampai terlebih waktu. Silap haribulan kena kompaun pulak kereta kami. Huhu.. Saya kembali ke kereta untuk display tiket parking kat dashboard. Bermulalah pengembaraan mencari pengalaman di Lauterbrunnen!.. Let's jom!..

Make sure balik sebelum masanya ye. Hihi..
Nama parking kami Kirche. Ada lagi parking kat depan..
Staff yang jaga parking awal tadi ada bagitau tentang shuttle bus untuk ke Lauterbrunnen Station. Tak nampak pulak ada bas yang lalu. Daripada menunggu baik jalan kaki tak sampai 1 km pun. Boleh cuci mata tengok kedai yang ada di sepanjang jalan. Apa ada hal jalan 1 km dalam cuaca yang sejuk dan best macam ni. Kalau panas terik mungkin teksi pun kami naik. Huhu.. Bukan apa, dah biasa sangat cuaca panas di Malaysia. Bila ada peluang kat tempat sejuk macam ni baik layan sampai puas. Walaupun sedikit menggigil, tapi tetap bertahan. Hihi.. Tourist suka melancong time summer sebab banyak barang yang boleh shopping. Time winter yang banyak sale dah tentu kedai jaket tebal dan aksesori musim sejuk. Macam kami yang tak layan sangat agenda shopping ni tak menjadi masalah langsung. Hehe..

Walking route: From Kirche Parking Area to Lauterbrunnen Station
Jalan di sepanjang Lauterbrunnen
Dah tentu kedai macam ni banyak kat sini..
Kedai jam pun ada. Setakat tengok je lah ye. Hihi..
Welcome to Lauterbrunnen!..
Dalam perjalanan kami berbincang tentang area mana yang kami nak explore di Lauterbrunnen ni. Tengok dalam internet boleh dikatakan semua tempat menarik kat sini. Cadangan asal nak ke Wengen sebab kawasannya agak besar untuk kami explore. Untuk ke Wengen kami kena naik train. Tapi kami teringin juga nak naik cable car. Tak kisah la sampai mana pun janji dapat naik train dan cable car. Akhirnya kami buat keputusan pergi ke Murren instead of Wengen sebab untuk ke Murren kami kena naik cable car dan train. Dapat merasa kedua-duanya. Hihi.. For information, Murren and Wengen is a free-car town. Memang kena naik train atau cable car untuk ke sana. Cuma tiket ke Murren mahal sikit berbanding ke Wengen sebab agak jauh dari Lauterbrunnen.

Dari Lauterbrunnen, Murren jauh sikit berbanding Wengen..
Di Lauterbrunnen Station. Cantiknya pemandangan sekeliling.
Kami masuk ke dalam cable car station yang terletak di seberang Lauterbrunnen Train Station. Ramai juga tourist kat dalam ni. Kami beratur untuk beli tiket ke Murren via Grutschalp yang berharga CHF22.00/return per person. Kalau ke Wengen murah sikit dalam CHF13.60/return, tapi tak naik cable car. Takpelah bayar lebih sikit untuk dapat experience naik cable car dan train kat sini. Hihi.. Lepas bayar tiket kami beratur di platform menunggu giliran untuk naik cable car ke Grutschalp.

Jom naik cable car!.. Yeayy..
Saya sebut Murren return je terus cashier tu faham. Good..
Menunggu giliran naik cable car untuk ke Grutschalp
Jam 12.20 tengahari kami naik cable car menuju ke Grutschalp. Sama seperti cable car yang kami naik di Mount Komagatake, Japan tahun 2013 yang lalu, agak besar juga cable car ni. Sekali jalan boleh memuatkan dalam 30 orang. Masuk je dalam cable car kami terus cari tempat kat depan sekali sebab dapat layan view masa cable car ni bergerak. Hihi.. Saya nak rekod video perjalanan kami dalam cable car sebagai kenangan. Cukup je penumpang, pintu ditutup dan cable car membawa kami naik bukit. Tak lama pun perjalanan naik cable car ni. Dalam 5 minit kami dah sampai di Grutschalp Station. Walaupun sekejap, janji dapat pengalaman naik cable car di sini. Alhamdulillah..

Cable car route: From Lauterbrunnen Station to Grutschalp Station
Cable car belum jalan lagi dah mula bergambar. Hehe..
Pemandangan masa naik cable car. Superb!..
Tak puas lagi dah sampai. Huhu..
@ GRUTSCHALP

Kami turun di Grutschalp Station dan naik train pulak untuk ke Murren. Boleh je kalau tak nak naik terus dan jalan-jalan di area Grutschalp dulu sebab tiket kami valid untuk berhenti di semua station dari Lauterbrunnen hingga ke Murren. Tapi disebabkan misi utama nak meronda kat Murren, maka kami teruskan perjalanan. Kalau sempat kang boleh la singgah sini masa balik nanti. Selesaikan yang utama dulu ye. Hihi.. Train yang kami naik ni dipanggil Lauterbrunnen-Murren Mountain Railway atau Bergbahn Lauterbrunnen-Murren (BLM). Tak panjang pun train ni. Design dalam train nampak klasik. Old school gitu. Hehe..

Sampai sudah di Grutschalp Station
Kita tukar naik train BLM pulak
Train BLM dah sedia menunggu
Layan pengalaman naik train atas gunung pulak. Hihi..
Jam 12.30 tengahari train BLM mula bergerak meninggalkan Grutschalp Station. Train ni bergerak ikut laluan lereng gunung. View sepanjang perjalanan amat cantik. Train pulak bergerak perlahan je. Memang layan habis. Hehe.. Rasa macam tak percaya kami dah sampai di sini. Ingatkan kami je yang terlebih excited. Rupanya semua penumpang dalam train teruja dengan pemandangan yang disajikan. Siap ada yang menjerit lagi. Huhu.. Kami takdelah sampai macam tu. Setakat berebut amik gambar je. Tips untuk dapat view yang cantik bila naik train ke Murren: Masa pergi duduk sebelah kiri sebab boleh nampak pemandangan yang luas di lereng gunung. Kami duduk di sebelah kanan. Tension jugaklah tak dapat nak tengok dengan jelas. Takpe, balik nanti confirm duduk sebelah sana pulak. Hehe..

Train route: BLM from Grutschalp Station to Murren Station
Salah pilih seat. Layan view lereng gunung je lah..
Geram je tengok view dari seat sebelah. Huhu..
Di pertengahan jalan, train BLM berhenti di Winteregg Station. Penuh salji kat kawasan ni. Harap adalah tourist dari seat sebelah yang turun. Tapi takde pun. Yang masuk pulak ramai. Huhu.. Perjalanan diteruskan menuju ke Murren. Lama juga kami dalam train berbanding dalam cable car tadi. Hampir 15 minit duduk melayan pemandangan lereng gunung sambil menjeling view sebelah kiri, jam 12.45 tengahari train BLM sampai di Murren Station. Kami biarkan semua penumpang keluar dulu sebab nak bergambar dengan train BLM yang klasik ni. Hihi. Entah apa lah yang menariknya di Murren ni. Yang kami pasti view di sini akan menjadi kenangan terindah dalam hidup kami. Wallahualam..

Train berhenti kejap di Winteregg Station
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - PARKING             : RM8.80
  - MURREN TICKET : RM193.60
  - JUMLAH              : RM202.40

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

No comments:

Post a Comment