Monday, 27 June 2016

JJCP Western Europe: Day 11 (Part #1)

TARIKH:
29 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
AIRE DE SERVICE DU POULET DE BRESSE - AIRE DE REPOS DE CHAMPIGNOL


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.00 pagi kami dah bangun. Terpaksa keluar dari bilik untuk ke bilik air dan toilet. Huhu.. Lecehnya sebab kami takde selipar. Nak mandi terpaksa gantung kasut di atas dan kena make sure kaki kering baru boleh pakai semula. Haduii.. Hari ni aktiviti utama kami hanyalah melayan perjalanan yang jauh balik ke Paris dan singgah di factory outlets. Jadi tak perlu nak keluar awal. Kami pun sambung tidur balik. Sedapnya dapat tidur walaupun katil tak berapa selesa. Seronok sebab mimpi indah di Murren barangkali. Hihi.. Jam 10.00 pagi kami terjaga dan bersiap untuk breakfast dan check-out.

Reception counter. Ada vending machine untuk beli kopi panas dan snacks..
Kami breakfast di cafe yang terletak bersebelahan dengan reception counter. Tak besar pun cafe dia. Ada la dalam 3 meja je. Kami minta izin dari staff hotel untuk dapatkan air panas. Macam biasalah, nak buat maggi dan air kopi. Hihi.. Ada dua orang lelaki tengah merokok di lobi pandang semacam je kat kami. Yelah, orang Asia dengan beg besarnya. Apa yang pelik pun tak tau. Mungkin diorang tak pernah tengok orang Asia menginap kat hotel ni kot. Huhu.. Peduli je lah, layan makan maggi kari lagi sedap. Hihi.. Selesai makan, kami check-out dan menuju ke kereta. Nasib baik takde extra charge dikenakan.

Pukul 10.20 pagi pun masih berkabus di sini..
Andai kata ada extra sehari lagi di sini, dah tentu kami akan sempat pergi ke Nice dan Marseille yang terletak di bahagian selatan France. Bukan apa, ada Hard Rock Cafe kat kedua-dua tempat ni. Hihi.. Habis lagi la duit beli t-shirt HRC. Apa boleh buat, dah minat. Tapi nampaknya tak merasa kami nak ke sana. Takpe, ada rezeki buat trip ke Italy, insyaAllah sempat masuk France kejap untuk ke sana. Jauh betul vision kami ni.. Tak tau bila tarikh kejadiannya tapi dah plan siap-siap. Kita hanya merancang. Hehe..

Bersedia untuk mulakan perjalanan yang jauh..
Jam 10.30 pagi kami mulakan perjalanan menuju ke Paris. Jauh perjalanan luas pemandangan. Selamat tinggal Switzerland. Kenangan terindah dan tercantik sepanjang trip kami kali ni. Swiss vignette yang mahal tu dah boleh simpan buat kenangan. Ingat nak biar je kat cermin kereta. Siapa yang sewa kereta ni nanti tak perlu lah beli vignette lagi. Tapi kami yakin Avis mesti cabut sticker ni. Baik kami simpan je. Hihi.. Dari hotel, kami ikut jalan motorway ke Paris. Maka bersiap-sedialah dengan bayaran tol ye. Huhu..

Ikut signboard ke Paris. Jangan pergi Milan pulak. Hihi..
Paris lagi 534 km. Jauhnya perjalanan hari ni..
Saya teringin nak lalu Tunnel du Mt-Blanc tapi malangnya ia terletak di bahagian selatan France, dekat dengan sempadan France-Italy. Tunnel du Mt-Blanc adalah antara terowong yang famous di Europe dan panjangnya 11.6 km, iaitu kedua terpanjang selepas Gotthard Base Tunnel yang akan mula beroperasi pada 2016. Tapi nak lalu tunnel ni kena bayar tol khas sebanyak EUR43.50. Fuhh, boleh tahan juga mahalnya. Mungkin nak cover maintenance cost tunnel ni kot. Takpelah, memang tak dapat nak lalu pun. Kalaulah kami ada sehari lagi dan berpeluang ke Marseille dan Nice, dah tentu kami akan lalu tunnel ni.

Amik tiket tol dulu.
Di sepanjang perjalanan, kami dihadiahkan dengan pemandangan padang yang luas terbentang. Walaupun tak secantik jalan motorway di kawasan pergunungan Alps, namun ia tetap memberikan kami satu kepuasan bila dapat melihat keindahan anugerah ciptaan Tuhan. Alhamdulillah.. Cuaca agak baik hari ni. InsyaAllah kami sempat sampai di factory outlet sebelum gelap. Factory outlet yang kami cadang nak pergi tu ialah McArthurGlen Designer Outlet yang terletak di Troyes. Tak sah kalau ke Europe tak singgah di mana-mana factory outlet. Bukannya nak shopping tahap melampau pun. Dapat cuci mata dan berangan pun jadilah. Hehe..

Saujana mata memandang di motorway France..
Sedang seronok melayan pemandangan, saya baru tersedar minyak kereta dah tinggal suku. Jumpa rest area kat depan nanti boleh la berhenti isi minyak. Tak berani juga nak tunggu sampai betul-betul kat E baru nak cari stesen minyak. Kalau kat Malaysia boleh bajet lagi kat mana nak berhenti. Huhu.. Saya amat berpuas hati dengan fuel consumption kereta ni. Boleh dikatakan agak save juga memandangkan harga diesel kat sini yang boleh tahan mahalnya. Huhu.. Kali terakhir kami isi minyak masa kat Switzerland dua hari lepas. Jauh juga perjalanan kami sampai tinggal suku minyak kereta. Mungkin kami berempat, boleh berkongsi duit minyak. Kalau kami berdua je memang confirm terasa mahalnya. Kepada Fa dan husband, next trip yang ada sewa kereta harap boleh join lagi ye. Hihi..

Kami melalui salah satu terowong yang panjang di sini.
@ AIRE DE SERVICE DU POULET DE BRESSE

Banyak betul terowong yang kami lalu di sepanjang trip kali ni. Nasib baik saya dah set semula here maps semalam. Kalau tak dah tentu dia suruh kami ikut jalan dalam lagi. Huhu.. Jam 12.10 tengahari kami singgah di Aire de Service du Poulet de Bresse. Kat sini memang panjang nama setiap rest area. Boleh tergeliat lidah nak menyebutnya. Nak taip pun susah. Hihi.. Dah la banyak rest area kat sepanjang perjalanan. Kelakar juga baca nama rest area kat sini. Rasa macam orang French pulak bila menyebutnya. Hahah..

Driving route: From Hotel F1 Geneve Aeroport to Aire de Service du Poulet de Bresse
Rasanya kat sini tempat produk ayam terbesar kat France kot. Hihi..
Kami berhenti di stesen minyak. Tengok pada nozzle saya jadi confuse. Tak tau mana satu minyak diesel. Huhu.. Wife saya tanya pada orang kat pump sebelah. Orang tu bagitau gazole tu adalah diesel. Mana la kami tau ada nama lain untuk diesel kat sini. Tak sempat nak study pasal diesel masa preparation datang ke sini. Terima kasih orang pump sebelah!.. Malu bertanya bukan setakat sesat jalan dah, tapi langsung tak jalan kereta sebab salah isi minyak. Hihi.. Ada dua jenis gazole kat sini. Dah tentu kami pilih gazole yang paling murah. Murah pun EUR1.144/litre juga gazole warna kuning tu. Huhu..

Selesai isi gazole kuning EUR50.00
Lepas isi gazole sebanyak EUR50.00, saya masuk ke dalam kedai untuk buat bayaran. Ini antara perkara yang saya respect tentang isi minyak kat luar negara ni. Isi dulu dan baru bayar. Setakat pengalaman saya memandu sebelum ni di Australia, UK, Korea dan di sini, semuanya isi minyak dulu baru bayar. Kenapa kat Malaysia kena bayar dulu dan baru isi? Adakah kalau buat kat Malaysia ramai yang isi dan kemudian terus lari? Masalah attitude? Entah la, mungkin lebih selamat bayar dulu kot. Ataupun mungkin style stesen minyak kat Asia Tenggara macam tu. Saya tak pernah lagi memandu di negara lain dalam Asia Tenggara kecuali Singapore tapi takde pengalaman isi minyak sebab orang Singapore sendiri nak isi minyak kat Malaysia. Huhu.. Selesai bayar kami parking sekejap di tepi stesen minyak untuk berehat. Tak perlu rushing perjalanan hari ni. Releks sudah.. Hehe..

Hotel Ibis pun ada kat sini. Murah juga rate semalam.
Jam 12.30 tengahari kami teruskan perjalanan. Santai betul aktiviti kami hari ni. Hanya memandu di motorway dan melihat pemandangan sekitar je. Cuaca agak mendung tapi tak hujan. Kami sampai di persimpangan masuk ke Dijon. Saya ada save dua lokasi restoran halal di sini sebab memang target sampai kat area ni waktu tengahari. Tapi perut pulak tak terasa lapar lagi. Maka kami tak jadi nak ke Dijon. Kami decide untuk teruskan perjalanan ke Troyes.

Cool je memandu hari ni. Bagi peace satu kali. Hehe..
@ AIRE DE REPOS DE CHAMPIGNOL

Hampir 2 jam memandu dari stesen minyak tadi, tetiba rasa macam nak membuang pulak. Cuaca sejuk la katakan. Hihi.. Kami singgah di rest area yang berikutnya. Macam saya kata tadi, memang panjang nama rest area kat sini. Hehe.. Tapi rest area ni takde stesen minyak dan kedai. Yang ada cuma toilet dan pemandangan padang hijau yang luas. Sambil menunggu yang lain selesaikan kerja masing-masing, saya menunggu di kereta melihat keindahan suasana dan check keadaan kereta kami. Esok dah nak hantar balik kat Avis. Kena tengok juga manalah tau tetiba ada kesan calar baru time kami parking kereta. Nanti takdelah terkejut sangat bila kena penalty dari Avis. Harap jangan la ada calar. Kotor tu sudah tentu. Huhu..

Driving route: From Aire de Service du Poulet de Bresse to Aire de Repos de Champignol
Saje je parking jauh, bagi diorang jalan sikit. Hehe..
Tenang terasa bila tengok pemandangan macam ni..
Condition kereta amat baik. Sama macam masa amik dulu. Cuma kotor je la. Hehe..
Selesai dengan urusan masing-masing dan bergambar di kawasan sekitar rest area, jam 2.50 petang kami teruskan perjalanan menuju ke Troyes yang terletak tidak jauh dari sini. Kami keluar ikut exit Troyes dan bayar tol. Pening jugak nak membayarnya. Huhu.. Kami ikut arahan pada here maps untuk ke McArthurGlen Designer Outlet. Outlet ni banyak cawangan di Europe. Kami pernah ke cawangan outlet ni di Swindon Town dulu. Di Europe memang banyak factory and designer outlets. Antara yang famous adalah McArthurGlen dan Chic Outlet. Bicester Village yang famous kat UK tu di bawah Chic Outlet. Semua ni hasil dari carian wife saya la. Saya cuma setting dalam map je. Hihi.. Setiap kali saya selesai pilih route, wife saya akan cari factory outlet yang berdekatan dengan route tu. Apa yang penting kerjasama katanya. Hihi.. Kalau sempat boleh la cuci mata. Sebab tu kami boleh jumpa factory outlet kat sempadan Austria-Italy dan sempadan Italy-Switzerland haritu. Tapi malangnya tak sempat nak singgah. Lega.. Hihi..

Driving route: From Aire de Repos de Champignol to McArthurGlen Troyes
Self-service toll booth. Bayar, jangan tak bayar.. Hihi..
Wife saya dah tak sabar nak sampai di McArthurGlen. Disebabkan takde tempat lain lagi nak pergi hari ni melainkan cari restoran makan malam di Paris nanti, maka boleh la nak meronda lama sikit kat McArthurGlen ni. Manalah tau terjumpa benda yang boleh diterima akal harganya macam harga kasut Clarks kat UK dulu. Sepasang GBP20.00. Darab 5 pun jauh lebih murah berbanding butik kat Malaysia. Rugi tak beli. Hihi.. Kalau tak beli untuk diri sendiri, beli untuk dijual kat Malaysia pun bagus juga. Boleh cover sedikit sebanyak expenses kami kat sini. Wife saya ada banyak jugak group whatsapp meniaga ni. Kot ada yang memesan boleh la belikan. Tapi harga tu rahsia la. Mana boleh cerita harga sebenar. Prinsip meniaga la katakan. Yang penting harga yang dijual lebih murah dari di Malaysia. Betul tak? Hehe.. Kita tengok je la apa yang berlaku kat McArthurGlen kejap lagi. Jangan shopping sampai tak ingat dunia sudah. Wallahualam..

Sampai sudah di McArthurGlen Troyes..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - TOLL     : RM89.50
  - DIESEL   : RM117.50
  - JUMLAH : RM207.00

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

No comments:

Post a Comment