Sunday, 5 June 2016

JJCP Western Europe: Day 07 (Part #4)

TARIKH:
25 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
CHILI KEBAP RESTAURANT - AUSTRIA-ITALY BORDERS - SAN BONIFACIO REST AREA - HOTEL DA TITO


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sedang menunggu Fa dan husband, tepat jam 5.00 petang kedengaran sesuatu dari balkoni Goldenes Dachl. Rupanya ada persembahan muzik kat atas balkoni tu. Patutlah ramai orang kat sini. Diorang tunggu persembahan ni bermula. Mungkin ada info waktu persembahan ni berlangsung. Kami je yang tak tau kat mana info tu. Huhu.. Muzik opera zaman dulu yang dimainkan. Layan kan aje lah sampai Fa dan husband datang ke sini.

Cuaca dah mula gelap. Mana Fa dan husband ni? Huhu..
Ramai juga tourists yang melayan persembahan muzik opera di Goldenes Dachl
Lebih 10 minit jugak persembahan muzik berlangsung. Habis je persembahan terus nampak Fa dan husband. Alhamdulillah. Fa dah mula risau tak berjumpa kami. Dia ingat kami akan tinggalkan dia. Hehe.. Haishh, mana boleh tinggal. Mesti kena tunggu sampai berjumpa. Ni bukan kat Malaysia. Kalau kat Johor ke takpelah jugak. Boleh balik KL sendiri naik Sani Express. Hihi.. Jangan risau, kita datang bersama, jalan pun mesti bersama. Takde langsung konsep tinggal meninggal ni. Eh, sape yang meninggal? Hahah.. Kami teruskan berjalan mencari restoran halal yang telah saya set dalam here map. Perut dah lapar sangat ni. Perjalanan untuk ke hotel malam ni masih jauh lagi..

Banyak kedai souvenir yang masih bukak
Betul ke ini jalan ke restoran tu? Sunyi je.. Huhu..
Kami berjalan hingga ke lorong yang sunyi. Aduii, betul ke tak route ni? Langsung takde tourists lalu kat sini. Kami teruskan juga berjalan hingga berjumpa jalan besar. Risau juga kalau restoran ni tutup hari ni. Dari jalan besar, kelihatan signboard restoran di sebelah kiri. Alhamdulillah, Chili Kebap Restaurant bukak. Hehe.. Leganya. Cadangnya kalau tutup tadi kami nak cari kedai beli roti sebagai dinner kami. Nampaknya dapat makan sedap malam ni. Thank you zabihah.com kerana bagi info dan lokasi yang betul tentang restoran ni. Hanya restoran ni je bukak kat kawasan sekitar. Patutlah sunyi je perjalanan kami ke sini tadi.

Walking route: From Marktplatz Parking Area to Goldenes Dachl and Chili Kebap Restaurant
@ CHILI KEBAP RESTAURANT

Kami masuk ke dalam restoran. Baru terasa panas sikit. Ada 2 customer sedang order makanan. Kami lihat menu dan order makanan yang nampak macam sedap dan dapat menggembirakan perut kami. Hehe.. Agak murah juga harga makanan yang dijual. Tak pasti portion makanan banyak atau tak. Selalunya kat oversea memang besar dan banyak. Selesai order kami duduk dan menunggu makanan sampai. Dah tak tertahan jiwa raga nak makan. Kali terakhir kami makan masa breakfast pizza sejuk kat Konigsplatz pagi tadi. Huhu.. Dah macam puasa gamaknya. Minum air je banyak. Setakat ni cukup dan memadai untuk menahan dari kelaparan yang melampau.

Seronok tak terkata bila restoran ni bukak. Hehe..
Boleh tahan jugak harga kat sini. No choice man.. Huhu..
Tak sampai 10 minit menunggu, makanan yang kami order pun sampai. Saya makan Chili Box yang berharga EUR3.90. Wife saya pulak makan Penne Carbonara berharga EUR7.00. Kami minum 2 botol jus oren berharga EUR4.00. Portion makanan tak besar sangat berbanding sebelum ni. Tapi rasanya cukup kenyang hingga esok pagi, insyaAllah. Saya tak boleh makan banyak sangat sebab nak drive jauh lagi lepas ni. Terlampau kenyang boleh buat mengantuk, especially bila saya makan kari. Sebab tu saya takkan makan kari bila nak memandu jauh. Mesti mengantuk punya. Kas-kas punya penangan la kot. Hehe.. Puas hati kami bila dapat makan malam ni. Lega terasa. Alhamdulillah..

Our dinner at Innsbruck, Austria
Selesai menggembirakan perut masing-masing, kami keluar dari restoran dan berjalan ke arah parking kereta. Pengalaman di Austria bakal menjadi kenangan kami. Walaupun hanya beberapa jam di bumi Austria, namun kenangan indah di sini takkan dilupakan. Dah boleh masukkan Austria dalam senarai negara yang dah kami lawati dalam diari travel kami. Kami sampai di Marktplatz Parking jam 6.35 petang. Bayaran parking yang dikenakan adalah EUR7.20. Mak aii, mahalnya. Huhu.. Bayar je la ye..

Innsbruck lengang di waktu malam
Nah amekau.. EUR7.20 tuu. Huhu..
Selamat tinggal Innsbruck. Thanks for the 3 hours memories. Hehe.. Kami teruskan perjalanan hingga ke sempadan Austria-Italy. Lain macam terasa bila route yang ditunjukkan dalam here maps menyatakan kami akan sampai di Venice lagi 9 jam!.. Biar betul? Option naik basikal ke apa ni? Huhu.. Setiap kali masuk motorway, here maps akan suruh kami keluar ikut jalan dalam. Dah la kami kena rentas jalan berbukit untuk sampai ke Italy. Ikut jalan dalam dah tentu banyak corner, memang lambat la. Akhirnya kami terpaksa on pocket wifi dan guna waze. Baru la logik sikit route yang ditunjukkan. Entah kenapa tetiba here maps buat hal kali ni. Mungkin ada kesilapan atau tertekan setting lain dalam map. Malas nak set sekarang sebab dah lewat. Kami guna je waze. Takpelah korbankan sikit kuota internet malam ni. Kes darurat ni. Hahah..

Driving route: From Innsbruck to Brennero (Austria-Italy Borders)
Memandu malam memang syok. Tapi bila memandu dengan badan yang penat boleh mengundang bahaya. Huhu.. InsyaAllah saya dapat bertahan hingga ke pit-stop berikutnya. Dari Innsbruck ke sempadan Austria-Italy, kami melalui Brenner Pass merentasi jalan gunung dan berbukit. Kalau la waktu siang mesti pemandangan cantik kan. Kadang-kadang terpaksa korbankan pemandangan demi untuk perjalanan yang jauh. Huhu.. Disebabkan Brenner Pass ni bersambung dengan Italy, maka kami kena bayar tol walaupun ada sticker Vignette. Maknanya bukan seluruh motorway kat Austria boleh guna Vignette especially yang bersambung dengan Italy. Bayar je la EUR9.00. Huhu..

Merentasi gunung dan bukit di Brenner Pass
Tengah mengorek duit kecik untuk bayar tol. Hehe..
@ AUSTRIA-ITALY BORDERS

Kami tiba di Brennero iaitu sempadan Austria-Italy jam 7.45 malam. Saya exit motorway untuk ikut jalan dalam merentasi sempadan. Bukan apa, kat sempadan ni ada factory outlet iaitu Brennero Brenner. Cadangnya kalau bukak nak jugak singgah sekejap, tapi malangnya outlet kat sini tutup sempena cuti Krismas. Kelihatan askar meronda di sempadan. Dapat juga kami berhenti kejap untuk amik gambar tanda sempadan kat dinding bangunan. Outlet Center Brennero Brenner ni betul-betul terletak kat sempadan. Separuh bangunan di Austria dan separuh lagi di Italy. Berkongsi dua negara outlet ni. Hehe..

Lalu pekan yang penuh dengan lampu Krismas
Dah masuk Italy. Nasib baik askar tak tahan. Hehe..
Lepas je dari sempadan, kami masuk semula motorway walaupun here maps masih suruh kami ikut jalan dalam. Adulaa, baru je puji kehebatan here maps ni. Sebelum ni takde masalah pun. Mesti ada silap kat setting ni. Mungkin auto-setting barangkali. Ada sekali android hang, saya cabut bateri dan pasang balik. Sebab tu kot dia terus tukar kepada default setting. Takpe, ada masa free nanti saya check. Buat masa ni ikut waze dulu. Lagipun jalan motorway, ikut signboard pun boleh sampai destinasi. Hihi.. Dari sempadan kami kena lalu lagi dua tol. Motorway di Italy memang ada tol. Bayangkan la kalau kami kena bayar tol kat setiap negara. Menangis jugak la nak membayarnya. Huhu.. Jangan salah masuk lorong pulak kat tol ye.. Nanti kena reverse macam lane smart-tag yang rosak scanner. Hahah..

Tol lagi.. Standby duit je la ye. Hihi..
@ SAN BONIFACIO REST AREA

Kami melalui motorway yang menuruni bukit. Badan mula terasa sengal-sengal. Yang lain semua dah lama bermimpi indah. Mata dah mula kuyu sebab keletihan. Bawak pun slow je. Hampir 3 jam saya memandu dari sempadan tadi, pemandangan di luar dah mula berkabus tebal hinggakan jarak penglihatan di depan cuma 5-10 meter je. Lagilah perlahan saya bawak kereta. Sejam meredah jalan yang makin tebal kabusnya, saya berhenti kejap di San Bonifacio Rest Area untuk berehat dan beli sesuatu yang boleh dikunyah di Autogrill. Autogrill ni famous dan banyak terdapat di rest area seluruh Europe. Kalau yang besar siap ada restoran kat dalam Autogrill ni. Nak beli souvenir pun ada cuma harganya memang mahal la. Last option kalau nak beli souvenir.

Driving route: From Brennero to San Bonifacio Rest Area
Exercise mata jap kat sini. Letih sangat time ni..
MasyaAllah tebalnya kabus. Sejuk jangan cakap la.. Huhu..
10 minit berehat, kami teruskan perjalanan ke Venice. Jalan yang berkabus tebal membuatkan saya lagi cepat mengantuk. Kunyah coklat dan gula-gula pun takleh tahan juga. Huhu.. Makin nak sampai makin mengantuk dibuatnya. Beberapa kali jugak kepala saya banging macam rockers sebab tertidur. Bahaya betul. Sampai la satu situasi ni saya terlelap dan dikejutkan bila ada lori besar hon sebab saya termasuk lane dia. Huhu.. Terkejut saya. Nasib baik la tak jadi apa-apa. Lepas dari kejadian tu terus mata saya jadi segar. Bukan setakat segar, jantung pun berdegup laju. Itulah, siapa suruh buat itinerary drive jauh dalam sehari. Huhu.. Kena hon dengan lori besar kat Italy dikira pengalaman juga tu. Kalau accident jadi pengalaman yang lain pulak. Mohon dijauhkan..

Driving route: From San Bonifacio Rest Area to Hotel Da Tito, Venice
Sebenarnya masa di awal preparation dalam menyediakan itinerary, saya tak masukkan Venice dalam trip kami sebab agak tersasar jauh dari route perjalanan kami. Wife saya yang teringin sangat nak ke Venice. Saya pun teringin juga sebab ada Hard Rock Cafe kat Venice. Hehe.. Orang pergi sana sebab nak layan bandar Venice atas air, tapi saya sebab ada HRC. Hahah.. Itu orang kata menyambil namanya. Hihi.. saya pun susun itinerary dengan sebaiknya supaya dapat pergi ke Venice. Pasal tu la jarak perjalanan hari ni amat jauh sekali. Nah, rasakan keletihannya. Hahah..

Locations of Hotel Da Tito at Mestre and distance to Venice
@ HOTEL DA TITO

Kami sampai di Hotel Da Tito jam 1.15 pagi.. Lega bila nampak signboard hotel depan mata. Sampai jua akhirnya. Hotel Da Tito ni takde la besar mana. Hotel ni terletak di kawasan Mestre, iaitu sebelum sampai bandar Venice. Tak dapat la nak amik hotel kat tengah Venice. Mahal sangat. Huhu.. Saya pilih hotel ni sebab boleh letak kereta kat sini. Esok boleh pergi Venice naik public transport je. Tak perlu nak pening kepala bayar parking yang mahal kat Venice. Daripada review yang saya baca, Hotel Da Tito ni agak selesa juga dan harga pun takde lah mahal sangat. Yang penting kami ada tempat nak tidur malam ni. Tak sabar nak rebahkan badan atas katil. Huhu..

Hotel Da Tito thru Booking.com
Harga bilik kat booking.com tu cuma anggaran je tau.  Nampak tak ada tulisan approx. kat harga tu? Bila dah sampai sini baru la tau harga sebenar dengan tambahan caj dan tax bagai. Hadui.. Memang lain macam la rate hotel kat Europe ni. Banyak sangat hidden charges. Berbeza dengan hotel kat UK dulu. Apa yang tertera kat booking memang itu je yang kami kami bayar. Takde nak kena bayar extra bila dah sampai. Tunjuk kertas booking je terus setel dapat bilik. Oh I really miss Travelodge and Premier Inn. Huhu.. Staff yang kerja kat hotel ni dari Bangladesh. Hebat betul diorang ni. Bukan setakat kat Malaysia je diorang ramai, rupanya kat Venice pun ada. Bangla Italiano gitu.. Hehe..

Ini dia harga sebenar yang kami kena bayar. Cantiknya tulisan. Hehe....
Meh sini kita kira beza bayaran dalam booking.com dengan resit di atas. Harga bilik dalam booking.com EUR36.00/room. Tapi sebenarnya ada extra charge EUR10.00/room. Tak tau mana datangnya charge tu. Bila sampai sini baru tau. City tax EUR2.40/person memang dah dijangka sebab ada tulis dalam booking.com. Lagi satu, parking pun kena bayar EUR7.00. Adulaa.. Baca dalam blog lain katanya free. Sebab tu kami pilih hotel ni. Mungkin blog tu cerita zaman saya sekolah rendah kot. Hehe.. Time tu free. Sekarang dan kena bayar nampaknya. Takpelah, masih murah berbanding parking di area Venice. Kawasan parking terletak di belakang hotel dan space amat limited. Janji boleh parking seharian. Dah lewat pagi, malas nak nego dan pikir panjang. Bayar je lah. Nak tengok katil je yang penting sekarang ni. Hihi.. Kami dapat bilik di tingkat bawah. Dengan pantas kami keluarkan beg dalam kereta dan masuk ke dalam bilik. Mata makin kuyu bila nampak katil depan mata..

Ada satu katil queen, dua single. Ada dua toilet bowl ke tu? Pelik semacam je design dia. Huhu..
Punyalah banyak katil dalam bilik kami. 4 orang boleh tidur ni. Huhu.. Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Dah lewat sangat ni. Ada dalam 4 jam je masa untuk tidur. Badan terasa amat penat. It's a very long journey today. Harap dapat cover tenaga untuk perjalanan esok hari. Alhamdulillah buat masa ni kesihatan kami berempat masih baik. Moga berterusan hingga ke hujungnya. Kunci jam dan setting volume alarm paling kuat. Jangan terbangun lewat esok sudah la. Moga dipermudahkan semuanya. Wallahualam..

Day 07 estimated driving mileage: 556km

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - PARKING             : RM16.90
  - TOLL CHARGES   : RM79.20
  - HOTEL DA TITO  : RM255.20
  - JUMLAH              : RM351.30

**DAY 07 COMPULSORY EXPENSES: RM499.40

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - CHILI KEBAP : RM70.00
  - SNACKS        : RM24.90
  - JUMLAH       : RM94.90

**DAY 07 MEALS EXPENSES: RM171.00

8 comments:

  1. Salam Tuan,

    yang tuan kata ada toilet bowl dua tu...kalo cam saya duduk kat qatar sekarang buat untuk ambil wudhuk. banyak ada kat hotel2....senang buat amik wudhuk tu...hehehe....kat itali tu utk buat basuh kaki kot?..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Ooo ye ke? Lain macam bentuknya. Betul la kot. Hihi.. Saya amik wudhuk kat sinki tu je. Maklumlah tak pernah tengok design camtu sebelum ni. Hehe.. Anyway tq for reading my blog!.. :)

      Delete
    2. Salam,

      Betullah tu tempat ambil wuduk. Atau tempat basuh apa-apa yang perlukan ruang lebih besar dari sinki. Orang Europe cukup pantang lantai bilik air basah, so dia sediakan bowl macam tu. Masjid di Cologne yang saya singgah ada berderet bowl ni kat tempat wudhuk. takkan nak membuang berjemaah pula ;p hehee..

      anyway, selamat berkenalan.
      de-avonturen.blogspot.my/

      Delete
    3. Salam perkenalan Zahid AG..
      Nampaknya confirm la penggunaan sebenar bowl tu. Hehe.. Tq atas perkongsian. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. hai salam kenal....
    toilet bowl satu lg tu utk tpt cebok...kalau tak salah saya laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai salam kenal liza..
      Haha, saya cuba jugak letak kaki kat situ. Lain macam je rasanya, takut tergolek je sebab tak biasa. Hehe.. Anyway tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. Saya paling suka Innsbruck ... rasa tak nak balik gitu !!! Hahahhahaa

    Anyway, yg toilet bowl tuh dia panggil BIDET ... usually utk cleaning the private part etc ler ... bukan utk kaki hahahhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innsbruck amat tenang sekali suasananya. Lagipun itu satu-satunya bandar di Austria yang kami jejak.

      First time tengok bowl tu rasanya macam-macam part boleh clean. Hahah..

      Delete