28 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
INTERLAKEN - INDIA KING RESTAURANT - HOTEL F1 GENEVE AEROPORT FERNEY VOLTAIRE
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ INTERLAKEN
Cuaca masih cerah lagi ketika kami sampai di Interlaken. Nama Interlaken diberi kerana tempat ni terletak di antara 2 tasik yang besar iaitu Lake Brienz dan Lake Thun. Kedudukan Interlaken setinggi 570 meter dari paras laut membuatkan tempat ni sentiasa sejuk. Kami mencari parking yang sesuai untuk memudahkan kami berjalan di area bandar. Mula-mula kami ronda di sekitar Interlaken Ost Station kerana terdapat 2 restoran halal di situ. Entah macam mana boleh salah masuk jalan pulak, terus sampai jalan mati. Huhu.. Kami patah balik dan menuju ke arah Interlaken West pulak. Agak sempit jalan di tengah bandar sampaikan kami pusing 2-3 kali jalan yang sama untuk mencari parking area yang berdekatan dengan bandar. Confuse sungguh. Nasib baik cuaca masih cerah lagi. Hihi..
Driving route: From Lauterbrunnen to Interlaken-West |
Ada dua station yang utama di Interlaken iaitu Interlaken Ost dan Interlaken-West |
Sampai di area Interlaken-West Station, kelihatan satu parking lot yang terletak di sebelah station, tepi Aare River yang mengalir di antara dua tasik di sini. Tak banyak kereta yang parking di sini. Pemandangan agak menarik dan dekat dengan deretan kedai. Saya tak pasti masih kena bayar atau tak parking kat sini. Saya tengok info kat mesin tiket, parking di sini kena bayar dari 7.00 pagi hingga 7 malam. Nampaknya kena bayar jugak la. Huhu.. Bayaran parking CHF2.00/hour. Disebabkan ini lokasi terakhir kami meronda sebelum ke hotel, kami bayar tiket parking untuk maksimum 3 jam yang berharga CHF6.00. Confirm selamat sampai kul 7.00 malam. Hihi.. Tengok pada tiket, ingatkan masa parking sampai 7.17 malam, rupanya dia carry forward 17 minit tu sampai esok jam 7.17 pagi. Maknanya kereta kami boleh bermalam kat sini la nampaknya. Hihi..
Waktu parking dikira sampai 7.00 malam |
Boleh parking sampai 7.17 pagi keesokan harinya. Hihi.. |
Jom jalan-jalan kat Interlaken |
Dari tempat parking kereta kelihatan restoran halal di seberang jalan. Restoran ni takde dalam listing yang saya buat. Saya cuma save tiga restoran halal kat sini, dua di Interlaken Ost dan satu di Interlaken West. Perut dah lapar, kami terus pergi ke arah restoran halal di seberang jalan. Ada dua restoran halal di sini iaitu Napoli Pizza Kebab dan India King Restaurant. Kami teringin nak merasa nasi beriyani kat sini. Nak tau juga camna rasa nasi beriyani kat Switzerland ni. Setakat pengalaman yang ada pada kami, dah tentu nasi beriyani kat Malaysia lagi sedap. Fa dan husband takde masalah nak makan kat mana pun, maka kami memilih untuk isi perut kami dengan nasi beriyani di India King Restaurant.
Sekitar kawasan jajahan kami di Interlaken-West |
Pilih satu antara dua restoran halal di sini.. |
@ INDIA KING RESTAURANT
Mak aihh.. Bila tengok menu yang ada, boleh tahan mahal juga harga makanan kat restoran ni. Nampaknya terpaksa order satu je la. Kongsi makan kami berdua. Huhu.. Bila tengok harga air, mineral water sama harga dengan air gas dan ice lemon tea. Bayangkan la air mineral yang boleh dapat paling mahal RM1.00 kat Malaysia, kat sini RM17.60!.. Susah agaknya nak dapat air mineral kat sini walaupun lokasi kat area pergunungan. Huhu.. Kami order satu chicken beriyani yang berharga CHF25.90 dan dua botol air ice lemon tea yang berharga CHF8.00. Mahal pun mahal lah. Janji perut kenyang. Sebab tu saya asingkan kos wajib dan kos makanan kat dalam posting saya sebab ada option yang lebih murah boleh dapat untuk makanan kat sini. Ikut pada kehendak dan selera masing-masing. Aduhai nasi beriyani Interlaken.. Err bang.. Mintak pinggan extra ye. Hihi..
Harga makanan di India King Restaurant, Interlaken. Sambil tu congak harga dalam RM. Huhu.. |
15 minit menunggu, makanan yang ditunggu pun sampai. Rupa nasi beriyani nampak menarik dan sedap. Bila makan, rasa biasa-biasa je. Nasi beriyani kat Restoran Insaf Jalan TAR jauh lebih sedap. Huhu.. Perut lapar tak banyak fikir dah. Pedas betul nasi beriyani dia. Pedas pun kami bedal juga sampai licin. Pastikan makan hingga butiran nasi yang terakhir. Bukan apa, senang sikit pekerja restoran nak basuh pinggan kami. Hehe.. Bab makan memang Malaysia juga yang paling best. Mungkin kerana senang dan banyak option makanan halal. Kat oversea makanan halal bukan senang nak dapat. Sebab tu lah tak boleh nak komen apa-apa tentang harganya yang mahal. Tambahan pulak kat Switzerland. Bayar je la ye. Huhu..
Jangan terpedaya dengan rupanya. Hihi.. |
Depan rezeki kena senyum. Hehe.. Jemput makan |
Selesai makan, kami bayar dan keluar dari restoran. Cuaca dah gelap di luar. Kami berjalan melihat kedai-kedai di kawasan sekitar. Kami terserempak dengan satu group student Malaysia yang belajar di Belgium. Diorang baru habis exam dan tengah cuti Krismas dan tahun baru. Diorang jalan-jalan pusing Europe. Untungnya dapat belajar kat oversea. Kami ni setakat local university je la yang layak. Ke luar negara pun pakai duit simpanan je. Teringin juga nak sambung belajar atau bekerja kat luar negara. Kat KPM boleh apply jadi Atase Pendidikan. Pernah apply tapi panggil interview pun takde. Bukan mudah nak dapat. Selalunya dah ada calon pun untuk jawatan tu. Faham-faham sudah la. Siapalah saya nak dapat jawatan tu. Tapi manalah tau kalau ada pembaca blog saya ni orang besar pendidikan. Boleh la saya dapatkan sokongan. Hehe.. Oh, bermimpi di siang hari rupanya..
Suasana malam di Interlaken.. |
Kami mencuci mata di sepanjang jalan melihat kedai-kedai yang ada di sini. Duit Swiss Franc yang kami tukar masa di Malaysia ada sikit lagi. Cadang nak habiskan semuanya sebab lepas ni nak bergerak masuk semula ke France. Dengan duit yang ada kami mencari barang souvenir yang sesuai untuk dibawa pulang. Banyak juga kedai souvenir kat sini. Interlaken adalah tempat tumpuan pelancong yang pasti akan singgah ke sini jika bercuti ke Lauterbrunnen. Kami masuk ke dalam satu kedai jam. Saya bertanya tentang tax-free jika beli jam di sini. Staff kedai tu kata hanya jam yang melebihi nilai tertentu je yang boleh claim tax-free. Ada pulak macam tu? Huhu.. Kat UK dulu kami beli biskut pun boleh claim tax-free walaupun 20 sen je nilainya. Tak best la shopping kat sini. Boxing day pun macam tak wujud je. Better shopping kat UK, lagi puas hati. Eh, lupa pulak yang kami ni tak minat shopping. Saje je bertanya pasal tax-free tu. Hihi..
EdelWeiss Shop. Antara kedai souvenir terbesar kat sini |
Inilah kedai yang saya tag. Mesti lagi murah dari nasi beriyani tadi. Huhu.. |
Banyak kedai yang ada sale. Tapi kita cuci mata je lah malam ni ye. Hihi.. |
Menarik juga kedai coklat Laderach ni. Bila tengok harga kami letak balik. Hihi.. |
Habis cuci mata, jam 6.30 petang kami berjumpa semua Fa dan husband di parking kereta. Ada banyak masa lagi sebelum menuju ke hotel, tapi kami dah penat nak meronda. Saya korek bekas duit syiling saya, mencari duit Swiss Franc. Ada satu duit syiling yang saya tak tau berapa nilainya iaitu duit 1/2 franc. Saiz kecik je berbanding duit syiling yang lain. Bila dikumpulkan banyak juga duit syiling Swiss Franc saya. Boleh buat beli satu fridge magnet lagi ni. Hihi.. Saya asingkan setiap nilai syiling untuk simpanan kenangan kami. Bakinya kami bawak pergi ke kedai souvenir berdekatan dengan kereta kami. Saya tunjuk pada pekerja kedai berapa total duit syiling kami. Dia kata jumlahnya CHF7.50. Terus kami cari fridge magnet yang sama harga. Habis terus duit Swiss Franc kami. Tinggal beberapa keping untuk disimpan dalam tabung kenangan kami. Hehe..
Swiss Franc coins. 1/2 Franc tu 50 sen rupanya. Hehe.. |
Selesai semuanya, sebelum mulakan perjalanan, saya check apa masalah Here Maps yang kami guna. Rupanya ada option avoid laluan tunnel yang saya tick. Patutlah memanjang dia suruh kami ikut jalan luar sebab kat motorway memang ada banyak tunnel. Huhu. Bila saya untick option tu, terus dia bagi route yang sama dengan waze. Haduii.. Camna boleh jadi macam ni. Masa awal journey aritu takde masalah pun. Takpe, problem solved. Apa-apa pun here maps adalah free apps yang terbaik untuk kegunaan offline. Kami mulakan perjalanan meninggalkan Interlaken menuju ke hotel kami yang terletak di France. Kenapa France? Sebab saya mencari hotel yang murah di area Geneva tapi tak jumpa. Semuanya harga macam hotel Ibis Zurich, lebih RM300.00/night. Geneva terletak berdekatan dengan sempadan France. Jadi saya cari hotel di kawasan sempadan yang murah sikit berbanding di Geneva. Pada mulanya kami bercadang nak singgah ke Geneva esok pagi. Tapi disebabkan jarak perjalanan ke Paris agak jauh, maka kami tak jadi nak singgah. Sebab tu kami habiskan duit Swiss Franc kat Interlaken. Hehe..
Driving route: From Interlaken-West to Hotel F1 Geneve Aeroport Ferney Voltaire |
Agak jauh juga perjalanan kami menuju ke hotel. Cuaca makin berkabus di luar, menyukarkan saya untuk memandu laju. Lagi lambat la nak sampai. Huhu.. Yang lain semua dah tidur. Untuk menghilangkan mengantuk, saya ingat kembali kenangan masa di Lauterbrunnen dan Murren siang tadi. Pengalaman di sana amat memberi kesan kepada saya. Cantik sungguh la pemandangan dia. Sebelum ni tengok dalam internet je. Bila dah ada depan mata memang betul puas hati.
@ HOTEL F1 GENEVE AEROPORT FERNEY VOLTAIRE
Kabus tebal menyambut ketibaan kami. Huhu.. |
Layan perasaan sambil tersenyum sampai tak sedar dah 3 jam saya memandu. Kami melintas sempadan di kawasan Geneva Airport dan masuk ke France. Keadaan terlalu berkabus membuatkan kami tak jumpa lokasi sebenar Hotel F1. Hotel lain pulak yang kami jumpa. Huhu.. Hampir 20 minit mencari akhirnya jam 10.30 malam kami nampak signboard Hotel F1 berwarna kuning di atas bangunan. Parking di sini amat luas. Saya parking berdekatan dengan lobi hotel. Setelah keluarkan semua barang dari dalam kereta, kami check-in dan masuk ke bilik. Don't expect too much about the facilities of Hotel F1. Sama seperti Motel24 di Cologne, toilet dan bilik mandi berkongsi di luar. Yang ada cuma katil dan sinki untuk basuh muka. Jadilah buat berehat dan tidur. Selesai sudah perjalanan kami mencari pengalaman di bumi Switzerland. Apa yang kami harapkan sebelum datang ke sini menjadi kenyataan. Selain dari kos yang tinggi, Switzerland is the most beautiful country so far in my travel diary. Masa untuk tidur. Entah apa pulak pengalaman yang kami dapat esok hari. Wallahualam..
Rate Hotel F1. Berpatutan juga la.. |
Bilik sempit seperti yang dijangka. Janji boleh tidur dah cukup baik. Hihi.. |
- PARKING : RM13.20
- HOTEL F1 : RM169.70
- HOTEL F1 : RM169.70
- JUMLAH : RM182.90
**DAY 10 COMPULSORY EXPENSES: RM385.30
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- INDIA KING : RM149.20
- JUMLAH : RM149.20
**DAY 10 MEALS EXPENSES: RM149.20
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- INDIA KING : RM149.20
- JUMLAH : RM149.20
**DAY 10 MEALS EXPENSES: RM149.20
No comments:
Post a Comment