TARIKH:
27 DISEMBER 2015
LOKASI KEJADIAN:
PARK & RIDE MOLINO DORINO - DUOMO MILAN - GALLERIA VITTORIO EMANUELE II - LA RINASCENTE
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pagi ni kami bangun jam 5.45 pagi. Rasa segar satu badan. Alhamdulillah takde gangguan dalam tidur kami. Kami bersiap-siap untuk aktiviti di Milan pagi ni. Selesai check-out, kena tempuh lorong sempit lagi untuk keluar dari parking. Huhu.. Macam semalam, abang Fikri jadi guide di depan. Ke kiri sikit, ke kanan sikit. Kena make sure kereta lurus untuk lalu lorong sempit tu. Kenapa la buat sempit macam ni. Lega bila dah lepas tanpa kesan calar kat kereta. Hihi..
|
Serius sempit lorong ni. Kerja gila ni. Parking punya pasal. Huhu.. |
Kami mulakan perjalanan tepat jam 8.20 pagi. Destinasi pertama yang kami nak tuju adalah ke Park & Ride Molino Dorino. Perjalanan kami melalui jalan di pinggir bandar. Tak perlu nak bersesak lalu jalan bandar di Milan. Takut traffic jam. Baik naik train je masuk bandar, lagi mudah. Yang penting bila nak keluar dari Milan nanti senang. Terus masuk motorway je. Hehe.. Alhamdulillah setakat ni cuma terkena traffic jam sikit masa kat Netherlands haritu. Time tu mungkin orang ramai nak balik bercuti Krismas di kampung masing-masing. Selain dari tu semuanya lancar. Jalan tutup sebab salji pun takde. Cuma kat Switzerland nanti mungkin banyak jalan yang tutup. Dah check dalam internet jalanraya yang tutup masa musim salji. Salah satunya adalah jalan yang paling cantik di Europe. Nampaknya takde rezeki nak lalu jalan tu. Di Switzerland memang banyak jalan yang cantik. Tak sabar rasanya nak masuk ke Switzerland.. Sabar ye. Kita cerita pasal Milan dulu. Hehe..
|
Driving route: From Hotel Bristol to P&R Molino Dorino |
@ PARK & RIDE MOLINO DORINO
Kami sampai di P&R Molino Dorino jam 9.00 pagi. Saya pilih untuk parking di sini kerana kawasan parkingnya amat luas. Tak perlu risau tentang nak mencari parking space. Yang berbumbung ada, yang open space pun ada. Saya pilih parking di open space yang dekat dengan metro station, ticket machine dan pintu exit. Hihi.. Dah siap bawak barang yang penting, kami berjalan ke arah metro station. Bersedia untuk cari pengalaman di Milan yang terkenal sebagai kota fesyen dunia. Dengar pun dah tau barang mahal kat sini. Mana la tau time boxing day ni ada sale. Boleh la sambar satu dua barang. Hihi..
|
P&R Molino Dorino. Memang luas parking lot kat sini.. |
|
Sejuk juga suasana pagi di sini |
|
Kebab ada di mana-mana. Hehe.. |
|
Agak lengang suasana dalam metro station |
Besar betul Molino Dorino Metro Station ni. Ada banyak ruang kedai di dalam. Kami mencari mesin tiket yang terletak di bahagian tengah station. Kami beli tiket biglietto urbano (standard urban ticket) yang berharga EUR1.50/person dan valid untuk 90 minit. Dah tentu balik nanti kena beli lagi tiket ni. Tak sempat nak jalan kat Milan 90 minit je. Huhu.. Tak pasti tiket ni yang paling berbaloi untuk dibeli. Yang pasti ianya tiket yang paling murah. Cuma ada beberapa station yang tak valid guna tiket ni. Setakat nak ke bandar takde masalah. Dengan yakin saya tekan pada skrin dan pilih tiket. Macam dah lama duduk sini je. Hihi..
|
Steps beli tiket ikut pusingan arah jam ye. Happy ending. Hehe.. |
Selesai beli tiket, kami turun ke platform dan menunggu train sampai. Tak sampai 5 minit menunggu, train metro M1 sampai dan bawa kami ke Milan. Kami cuma bercadang nak berjalan di kawasan tourists hotspot iaitu Duomo Milan. Teringin juga nak tengok San Siro Stadium, tempat lejen Paulo Maldini. Tapi saya tak berapa ikut perkembangan bolasepak Serie A ni. Takpelah, dapat cari t-shirt dan jersi AC Milan atau Inter Milan yang murah boleh la beli buat kenangan. Hihi.. Instinct dalam diri kuat mengatakan yang saya akan datang lagi ke sini lagi. Ada rezeki ingat nak buat trip ke Italy. Trip self-drive ronda Florence, Rome, Vatican City, San Marino dan Turin. Pastu lajak sikit masuk France ke Marseille dan Nice. Kenapa nak masuk France? Sebab ada Hard Rock Cafe kat situ. Heheh.. Saya pernah survey tiket flight, agak murah juga harga tiket flight turun di Malpensa Airport. Baru angan-angan je. Harap jadi kenyataan la. Hihi.. Menunggu masa yang sesuai. Dah ada geng yang nak ikut trip ke Italy. Boleh save sikit bayar duit sewa kereta. InsyaAllah..
|
Train route: Metro M1 from Molino Dorino Station to Duomo Station |
|
Boleh check platform mana yang patut kami tunggu train |
|
Suasana sepi di platform Morino Dorino |
|
Melihat gelagat orang Italy dalam train |
@ DUOMO MILAN
Banyak kali juga train berhenti di station sebelum sampai di Duomo. Kami sampai di Duomo Station jam 9.45 pagi. Keluar je dari station terus terpegun dengan pemandangan di sekeliling. Memang cantik sangat. Apa lagi, bergambar la sepuasnya. Kami setting masa untuk jumpa semula Fa di sini. Bagilah diorang berjalan berdua. Kami pun banyak tempat nak explore kat sini. Agak lama juga kami berdiri di dataran mengagumi senibina bangunan di sini. Kebetulan orang tak berapa ramai lagi kat sini. Best sikit nak bergambar. Pemandangan jadi slack sikit sebab ada construction works kat tengah dataran. Huhu..
|
Kagum betul tengok senibina bangunan kat sini. Cantik bangat sih.. |
@ GALLERIA VITTORIO EMANUELE II
Setelah puas bergambar, kami berjalan masuk ke bangunan Galleria Vittorio Emanuele II. Di sini terletaknya butik-butik yang famous dan eksklusif. Nak jalan-jalan kat dalam ni pun rasa segan je dengan pakaian kami yang tak berapa eksklusif ni. Huhu.. Tak perlu nak proper attire pun untuk masuk ke dalam bangunan ni. Sesungguhnya kami memang tak mampu pun nak beli barang kat butik di sini. Cuma cuci mata tengok koleksi barangan yang beribu-ribu harganya.
|
Jom kita layan cuci mata dalam bangunan ni |
|
Tengok design bangunan pun tau barang kat sini mahal semuanya. Huhu.. |
|
Nak masuk dalam butik kat sini pun tak berani. Huhu.. |
Dah alang-alang sampai di sini, wife saya masuk juga ke dalam butik. Saya tunggu kat luar je. Tak pandai nak tengok barang orang perempuan ni. Saya pandai tengok tag harga je. Hihi.. Tengok gelagat orang kat sini lagi best. Bagi la peluang wife saya berangan kat dalam butik tu. Hehe.. Bila dia keluar bukan main lebar senyumannya. Saya tanya dia, staff kat dalam butik tu layan tak? Ye lah, dengan penampilan kasut trekking Columbia dan beg Deuter, mesti tak layan punya. Rupanya saya silap. Staff kat sini layan wife saya sama seperti orang lain. Siap bagi wife saya test dan bukak beg yang berharga ribu-ribu. Nampaknya sama macam kami di Bicester Village dulu. Teringat kisah kat butik Burberry di JPO. Langsung tak dilayannya kami. Padahal staff je, makan gaji jugak. Teruk betul la camtu. Level tertentu baru nak bagi layanan. Nak kene tunjuk duit cash 50 ribu depan mata baru nak layan kot? Huhu..
|
Brader bendera. Mesti dah lebih waktu melawat ni.. Hehe.. |
Lama-lama duduk kat dalam ni terasa macam orang kaya je. Hihi.. Kami jalan-jalan melihat kedai di luar bangunan. Haa, barulah rasa macam diri ni mampu sikit bila tengok kedai kat luar ni. Hahah.. Kami masuk ke dalam satu kedai souvenir sebab dari luar nampak tanda iklan harga murah. Barulah lega sikit bila nampak tag harga EUR10.00 untuk sehelai sweater. Kalau kat dalam galeria tadi nampak banyak sangat nilai 0. Hihi.. Boleh la nak shopping sikit untuk anak-anak kat rumah. Baju anak-anak beli kat Milan tau, jangan main-main. Hahah..
|
Kedai camni baru la sama level dengan kami. Hihi.. |
|
Boleh check-out kedai souvenir ni. Menarik.. |
|
Cari yang ada offer special price je. Hehe.. |
Dah dapat apa yang dicari, kami masuk semula ke dalam bangunan dan keluar ke arah dataran Duomo tadi. Janji dengan Fa tadi kul 12.00 tengahari jumpa balik kat tangga Duomo Station. Ada masa lagi 45 minit untuk kami explore kawasan sekitar. Kami berjalan kawasan gerai jualan yang terletak di sebelah Duomo. Kebanyakannya gerai menjual makanan. Dapat tengok je la. Huhu.. Ada satu gerai menjual buah berangan. Bau asap buah berangan yang digoreng tu menarik perhatian kami untuk mencuba. Nampak macam sedap je. Bila dah makan memang betul sedap pun. Hihi..
|
Pelik juga makanan diorang ni. Kepala haiwan apa yang tergantung tu? Huhu.. |
|
Sedap pulak bau asap buah berangan goreng ni. Nasib baik rasa dia pun sedap.. |
@ LA RINASCENTE
Kami berjalan sambil makan buah berangan hingga ke hujung gerai. Kami masuk ke dalam La Rinascente untuk cuci mata lagi. Hehe.. Suasana agak crowded kat dalam ni. Butik Louis Vuitton pun ada juga. Mungkin kat sini untuk jualan beg biasa. Yang luar biasa kat dalam galeria tadi. Walaupun beg biasa, tak mampu juga kami nak beli. Huhu.. Kawan saya ada berpesan tengokkan harga perfume kat sini. Kalau murah dia mintak saya belikan. Mahal ke murah agaknya perfume kat Italy ni. Bila tengok tag harga, lebih kurang sama je dengan harga kat Malaysia.
|
Suasana kat dalam La Rinascente |
Kat Westen Europe takde hari boxing day ke? Tak nampak pun tanda sale kat kedai di sini. Huhu.. Kalau la kat UK, memang ditunggu masa dari Krismas hingga Tahun Baru sebab barang murah sempena boxing day. Dah la murah, boleh claim tax refund lagi. Yang penting kena datang airport awal. Takut tak sempat nak claim sebab ramai orang beratur kat bahagian tax refund. Kalau ada tourist dari China mainland lagilah malang. Diorang takde istilah beratur dalam silibus kat sekolah. Istilah cakap pelan-pelan pun takde dalam sistem pembelajaran diorang. Hampeh betul. Hahah..
|
Mampu tengok jam dari luar cermin je. Hihi.. |
|
Harga perfume standard macam di Malaysia
|
Kami keluar dari La Rinascente. Sambung jalan-jalan kat luar. Dah sampai masa untuk kami berkumpul semula untuk naik train dan teruskan perjalanan. Cukup sudah pengalaman beberapa jam kat Milan ni. Memang tak mampu nak shopping kat butik di sini. Setakat beli barang souvenir sikit-sikit tu boleh la. Hihi.. Orang dah mula ramai kat dataran depan Duomo ni. Masing-masing posing abis bergambar. Hehe.. Sambil menunggu Fa dan husband sampai kami layan lagi bergambar kat dataran ni untuk kali yang terakhir.
|
Boleh pulak jumpa Papa Smurf kat sini. Hihi.. |
|
Ramainya orang beratur nak masuk ke dalam Duomo |
|
Kalau anak kami ada kat sini abislaa. Hihi.. |
|
Orang ramai dah mula memenuhi dataran |
Tepat jam 12.00 tengahari kami berjumpa semula Fa dan husband. Orang kata tak baik mulakan perjalanan tepat jam 12.00 tak kira tengahari atau tengah malam. Walaupun ianya cuma cerita mitos atau kepercayaan karut tapi saya tetap ikut juga. Huhu.. Kami pun sambung bergambar bersama. Kenangan yang takkan kami lupakan berada di Milan. Thanks for the memories. InsyaAllah akan ke sini lagi kalau trip ke Italy yang dirancang menjadi kenyataan. Selagi kesihatan mengizinkan selagi itulah kami akan mengembara mencari pengalaman hidup. Err, duit pun kena ada juga. Hihi..
|
Kenangan bersama.. Flawless betul kulit kami bila kat tempat sejuk camni. Hehe.. |
Jam 12.10 tengahari kami mula turun ke platform di Duomo Station. Kami beli lagi sekali 4 tiket biglietto urbano. Tak sampai 5 minit menunggu, train metro M1 pun sampai. Kami meninggalkan bandar Milan walaupun hati ni rasa macam nak stay lagi dan jalan-jalan kat sini. Tipulah kalau kata puas meronda hanya beberapa jam di sini. Sememangnya semua tempat yang kami pergi kalau boleh nak stay lama-lama. Tapi apakan daya, lagi lama masa berjalan lagi banyak duit yang abis. Huhu.. Cukup la sebagai syarat menjejakkan kaki di bumi Milan ni dan dapat tengok dengan mata sendiri pemandangan yang cantik di sini. Alhamdulillah syukur..
|
Iklan Visit Indonesia ada kat platform |
Agak ramai juga orang kat dalam train. Kami berdiri di depan pintu train dan menunggu kalau ada yang turun. Perjalanan agak jauh juga nak sampai ke Molino Dorino Station. Masa kami berdiri terjadilah satu peristiwa yang agak menakutkan. Dalam kebosanan berdiri, saya sempat keluarkan GoPro ayam saya dan rakam perjalanan di dalam train. Hampir suku perjalanan kebetulan ramai orang yang turun. Kami pun amik peluang untuk duduk di seat kosong. Tetiba wife saya kalut dan cek barang dalam beg. Masa berdiri tadi tak sedar langsung rupanya ada orang cuba mencuri barang dalam beg wife saya. Habis semua zip beg terbukak! Yang paling risau passport kat dalam beg tu. Wife saya letak kat compartment paling bawah sekali dalam beg. Dia double-check semuanya. Nasib baik takde langsung barang yang hilang. Fuhh, legaa.. Saya playback video yang saya rakam tadi, mana la tau boleh tengok rupa orang yang buat kerja tu. Malangnya tak nampak orang yang berdiri di belakang wife saya.
|
Screenshot dari video yang saya record. Kelihatan beg wife saya terbukak. Huhu.. |
Geram betul la orang yang buat kerja camni. Tapi kalau dapat tangkap tak boleh buat apa pun, especially budak bawah umur. Saya ada terbaca cerita sorang tourists tangkap pencuri bawah umur di dalam train metro kat Paris. Dia bawak budak tu pergi balai. Disebabkan polis Paris tak pandai speaking, maka budak tu dilepaskan macam tu je. Haduii.. Sia-sia je dapat tangkap. Kat Paris memang famous dengan kes pick-pocket. Sebab tu kami pakai mangga atau galas beg kat depan bila berjalan di Paris. Tak sangka pulak kat Milan ni pun ada. Moral of the story, kat mana-mana pun ada geng pick-pocket ni. Kena hati-hati ya. Nasib kami baik sebab orang tu tak sempat nak amik barang berharga dalam beg wife saya. Kebetulan ada seat kosong time tu. Kalau kami berdiri sepanjang perjalanan memang habis la barang dalam beg tu. Sesungguhnya ia menjadi pengajaran untuk kami lebih berhati-hati lepas ni. Huhu..
|
Adakah empunya tangan kat tiang tu punya kerja?. |
Kami sampai di Molino Dorino Station jam 12.30 tengahari. Walaupun dah tengahari tapi cuaca di luar masih berkabus tebal. Waktu siang boleh tahan lagi layan jalan yang berkabus. Kalau malam jadi macam perjalanan ke Venice la jawabnya. Kami mencari mesin bayar parking yang terletak di dalam covered parking space. Bayaran yang dikenakan cuma EUR1.00 je. Kami ke kereta dan bersiap untuk mulakan perjalanan meninggalkan bandar Milan.
|
Dah tengahari pun masih berkabus lagi |
|
Nasib baik parking kat sini murah. Hehe.. |
Wife saya masih trauma lagi dengan kejadian dalam train tadi. Bayangkan la kalau passport hilang. Dah tentu kena pergi buat report kat balai polis. Lepas tu ke kedutaan Malaysia pulak. Lecehnya. Habis semua planning dalam itinerary kami. Alhamdulillah perkara itu tak berlaku. Dalam kereta nanti harap hilanglah sikit trauma tu bila tengok pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Wallahualam..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
- TRAIN TICKETS : RM28.20
- PARKING : RM2.40
- JUMLAH : RM30.60
*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
- SNACKS : RM23.50
- JUMLAH : RM23.50
No comments:
Post a Comment