Saturday, 28 May 2016

JJCP Western Europe: Day 07 (Part #2)

TARIKH:
25 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
MARIENPLATZ - HARD ROCK CAFE MUNICH



Asalamualaikum dan salam sejahtera..

@ MARIENPLATZ

Keluar je dari Marienplatz Station terus berada kat tengah-tengah central square. Senibina bangunan di Marienplatz yang cantik membuatkan ramai tourists datang ke sini. Terasa seperti berada di zaman dulu bila jalan di dalam bangunan ni. Semua tourists mendongak dan bergambar. Kami juga tak terkecuali. Hihi.. Apa lagi yang boleh dibuat untuk budjet traveller macam kami ni selain bergambar sepanjang masa. Kalau shopping dah lama target lokasi butik je. Hehe..

Betapa cantiknya senibina bangunan kat sini..
Mengabadikan kenangan kami di sini.
Habis ronda kat sekitar kawasan Marienplatz, kami berjalan mencari satu-satunya kedai yang kami harap bukak time cuti Krismas ni. Mana lagi kalau bukan pencarian koleksi peribadi kami iaitu Hard Rock Cafe Munich. Tak kisah kedai lain semua tutup asalkan jangan HRC. Sampai begitu sekali fanatiknya. Huhu.. Masih mengharapkan info dalam internet yang mengatakan HRC Munich buka macam biasa time Krismas. Saya ikut pada map yang telah saya save dalam phone untuk ke sana. Bila ramai orang ni rasa macam boleh sesat pulak. Baik guna map sebelum terlajak jauh. Banyak juga simpang dan lorong kecil kat sini.

Walking route: From Marienplatz to Hard Rock Cafe Munich
Munich Old Town Hall
Banyak bangunan lama yang masih cantik di sini
Kami melalui old town hall dan hotel mewah yang confirm beribu-ribu harga bilik untuk semalam. Huhu.. Tumpang lalu je la. Tourists yang ramai tadi takde pun kat laluan kami. Takkan diorang tak berminat dengan HRC kot. Ataupun HRC tutup hari ni? Tengok pada map memang betul dah laluan kami. Mungkin ada jalan lain untuk ke sana. Hampir 10 minit berjalan akhirnya kelihatan tanda Hard Rock Cafe di tepi dinding. Yeay, HRC Munich bukak hari ni. Barulah nampak ramai tourists kat area sini dan dalam Rock Shop.

Hard Rock Cafe Munich opens today! Yeayy..
Hard Rock Cafe ke-22 dalam list travel kami..
@ HARD ROCK CAFE MUNICH

Kami masuk ke dalam Rock Shop. Sukanya tak terkata bila HRC Munich bukak hari ni. Memang dah rezeki kami nak kumpul t-shirt HRC agaknya. Hihi.. Selain city-tee, hanya ada satu je design yang saya masih takde lagi dalam koleksi, padahal rasanya design ni ada kat semua HRC yang kami pergi sebelum ni. Entah macam mana boleh tak beli design ni. Mungkin saya tak berminat sebelum ni ataupun mungkin ditakdirkan design ni kami beli untuk HRC Munich kot? Hehe.. Wife saya takde masalah pilih baju sebab untuk perempuan ada banyak pilihan especially design couture. Masa mula-mula dulu dia beli design klasik je. Tapi bila tengok ramai sangat orang pakai rasa macam tak best pulak katanya. Hihi..

Tq HRC Munich sebab bukak time Krismas. Hehe..
Ok dah selesai urusan di HRC Munich. Mission accomplished!..
Dah selesai urusan menambah koleksi t-shirt HRC, kami berjalan di kawasan sekitar. Starbucks yang terletak di sebelah HRC pun bukak hari ni. Dapatlah nak tambah koleksi citymug pulak. Kali ni bukan setakat beli citymug, kami beli sekali air caramel macchiato panas. First time minum starbucks kat Europe ni. Hehe.. Sedap betul layan macchiato panas time sejuk camni. Sambil minum kami duduk sekejap kat luar melihat pemandangan yang dikelilingi bangunan lama yang cantik. Kerusi kat luar starbucks ni disusun memandang ke luar. Memang itu tujuan dia kot, untuk kita layan pemandangan. Tenang jiwa terasa. Feeling jap..

Layan perasaan jap. Cantik sungguh view kat sini..
Tak boleh nak lepak lama-lama. Banyak lagi tempat nak redah hari ni. Huhu.. Kami berjalan semula ke Marienplatz untuk naik U-Bahn. Walaupun sekejap je berada di bumi Munich tapi kepuasan tetap dirasai. Nasib baiklah banyak kedai yang tutup. Kalau la bukak taktau berapa lama lagi kami melekat kat sini. Hihi.. Biar sekejap asalkan puas. Walaupun seminit, tapi kesan kenangan tu sampai bila-bila. Hehe..

Lorong kedai souvenir. Tengok kat cermin je lah.. Semuanya tutup..
Nasib baik bukan peminat bundesliga. Kalau tak mesti kecewa abis kedai ni tutup..
Santa Claus buat trick di hari Krismas. Cari duit lebih nampak. Hehe..
Gambar terakhir sebelum tinggalkan Munich.. Sob sob.. :(
Jam 12.20 tengahari kami turun ke Marienplatz Station. Berakhirlah sudah pengalaman manis kami menjejaki Munich. Bukan setakat Munich, tapi dalam beberapa jam lagi kami akan keluar dari bumi Germany. Kami menunggu train untuk balik ke Messestadt Ost Station. Nampaknya timing kami dalam itinerary dah takleh pakai terus. Semuanya terlajak dari masa yang ditetapkan. Terpaksalah berkorban sikit mana-mana tempat yang dirasakan tak sempat nak singgah. Yang penting misi utama dah dilaksanakan. Rasanya kerana kat Munich ni ada HRC yang buat kami datang kot? Hihi.. Kalau tak mungkin kami datang kejap jejak kaki kat Marienplatz dan balik terus. Kami lebih suka pergi ke kawasan kampung melayan pemandangan daripada ke bandar melainkan ada HRC kat situ. Macam semalam, kami lagi prefer ke Rothenburg ob der Tauber daripada ke bandar Frankfurt yang kami cuma bypass je. Tapi kalau la Frankfurt ada HRC mungkin kami akan singgah. Kuat betul penangan HRC ni ye. Dah minat nak buat camna. Huhu..

Eskalator ni turun tau, bukan naik. Hehe..
Ramai jugak yang menunggu U-Bahn sampai
Tak sampai 5 minit menunggu akhirnya U-Bahn U3 sampai. Kami naik dan turun di Sendlinger Tor Station kemudian tukar U-Bahn U2 untuk terus ke Messestadt Ost Station. Ini adalah perjalanan terakhir kami selama 30 minit menggunakan public transport di Germany. Lepas ni tak naik dah. Huhu.. Kami sampai di Messestadt Ost Station tepat jam 1.00 petang. Kami mencari mesin bayar parking kereta. Ingatkan mahal tapi cuma EUR1.00 je. Hari cuti kot? Hehe.. Kami berjalan ke kereta dan bersiap-siap untuk mulakan perjalanan keluar dari Munich menuju ke sempadan Germany-Austria.

Train route: U-Bahn U3 from Marienplatz to Sendlinger Tor and U-Bahn U2 to Messestadt Ost Station
Orang tak ramai pun nak berdiri. Bergambar punya pasal. Hehe..
Sampai sudah di Messestadt Ost Station. Bye U-Bahn!..
EUR1.00 je. Murah untuk matawang Euro. Hihi..
Prepare untuk cari pengalaman di negara lain pulak..
Nak masuk tiket pun amik gambar. Hahah..
Dalam perjalanan kami mengenang kembali pengalaman di Munich hari ni. Seronok berjalan pagi ni di Munich sebab tak ramai orang. Bila tengok suasana yang tenang rasa macam nak duduk sini lama-lama. Tapi Volendam tetap di hati untuk pelan persaraan kami. Hihihi.. Berangan je lah.. Dah ada anak susah la nak duduk kat oversea. Nanti anak-anak pun susah nak datang melawat. Apa yang kami boleh buat adalah bagi pendidikan yang terbaik kat anak-anak supaya dapat sambung belajar kat oversea. Boleh la kami datang melawat tetiap tahun. Hehe.. Barulah kukuh alasan nak ke oversea selalu. Harap impian jadi kenyataan. Wallahualam..

Austria.. Here we come!..
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - PARKING : RM4.70
  - JUMLAH  : RM4.70

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - STARBUCKS : RM76.10
  - JUMLAH      : RM76.10

No comments:

Post a Comment