Sunday 10 May 2020

JJCP UK V.2: Day 03 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 29 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ KFC PETERBOROUGH
@ TRAVELODGE GRANTHAM SOUTH WITHAM


Dalam perjalanan menuju ke tempat makan yang terletak di Peterborough, saya nak singgah kejap di Ramsey untuk belikan satu pesanan dari kawan group Honda CBR1000rr saya. Bukan setakat barang shopping perempuan je yang kami ambil order, barang motor besar pun saya amik sekali. Hihi. Bantu kawan-kawan. Janji lokasinya berada dalam route perjalanan saya. Barang yang dia order kecil je, tapi saya tak tau apa kegunaannya. Setakat part biasa pada motor saya tau la sikit-sikit. Abang Rem berikan description tentang barang yang dipesan. Saya cuma perlu tunjukkan pada tuan kedai dan bayar. Dalam mesej katanya tuan kedai available selepas jam 5.00 petang. Jadi takde masalah saya sampai sana walaupun dah gelap.

Borak-borak order barang dengan Abang Rem CBR
Saya cek dalam google tentang company Racetorx, kedai yang menjual sparepart motor besar tu. Rupanya alamat yang diberi bukanlah kedai, tapi rumah tuannya. Patutlah dia available lepas jam 5.00 petang. Nampaknya susah sikit nak recognize rumah orang dalam waktu gelap. Kalau kedai boleh cari signboard. Huhu.. Takpelah, lagipun hari ni dah takde apa yang nak dibuat. Lepas makan kejap lagi terus ke hotel. Saya drive ikut jalan dalam hinggalah sampai di Ramsey. Memandu waktu malam di jalan kampung yang gelap kena extra alert. Jalan yang sempit takut terlanggar benda yang bukan-bukan. Takut bertambah calar kereta ni walaupun sedia ada memang dah banyak kesan calar. Huhu.. Anak-anak duduk diam di belakang main phone masing-masing. Perut lapar, jadi diorang susah nak tidur. Hehe..

Info tentang barang yang dipesan dan lokasi Racetorx
Jam 5.45 petang saya sampai di kawasan Ramsey. Tak susah nak cari rumahnya sebab hanya ada 2 rumah je yang ada dan kedua-duanya gelap seperti tiada penghuni. Kelihatan garaj yang tutup di sebelah rumah. Mungkin inilah kedainya. Nampak ada satu kereta tapi takde orang. Saya bunyikan hon kereta namun tiada respon. 15 minit saya tunggu masih tak nampak kelibat orang yang keluar. Saya maklumkan pada Abang Rem. Dia kata takpelah kalau takde orang kat situ. Saya pun risau je tunggu lama kat depan rumah orang ni. Nanti orang ingat kita nak mencuri pulak. Huhu.. Nak buat macam mana, takde rezeki untuk belikan barang yang dipesan oleh Abang Rem.

Saya yakin inilah lokasi Racetorx. No luck..
Anak-anak ingat kami dah sampai kedai makan tapi pelik kenapa kat luar gelap. Hihi.. Kami teruskan perjalanan menuju ke Peterborough. Kecewa juga sebenarnya bila tak dapat tunaikan permintaan kawan-kawan yang order. Hampir setengah jam memandu, dan setelah berulang kali anak-anak bertanya soalan yang sama iaitu bila nak sampai kedai makan, akhirnya jam 6.20 petang kami sampai di KFC Peterborough. Saya parking kereta di bahagian belakang restoran. Walaupun parking di sini memang khas untuk pelanggan KFC, tapi hanya dibenarkan parking percuma untuk 1 jam je. Lebih dari tu kena bayar. In shaa Allah kami tak lebih sejam makan ayam KFC di sini. Hehe..


Driving route: From Cath Kidston Factory Shop to KFC Peterborough


@ KFC PETERBOROUGH

Kami turun dari kereta dan bersiap untuk masuk ke dalam KFC. Si kecil masih tidur lagi. Bagus juga tu. Kurang sikit hyper dia. Hihi.. KFC di sini adalah salah satu daripada hampir 130 restoran KFC seluruh UK yang berstatus halal. Masih teringat lagi pada 2012 saya dan wife pernah makan KFC di Northampton. Jujurnya ayam KFC di Malaysia jauh lebih sedap ketika itu. Kali ni kita tengok adakah sama juga rasanya seperti dulu. Anak-anak bila nampak KFC memang terujalah dibuatnya. Diorang tak kisah pun kalau tak sedap asalkan dapat makan. Itu yang bagusnya, sebab bila di negara orang jangan cerewet bab makan. Memang kelaparanlah jawabnya.

Jom makan ayam goreng
Tengok pada keadaan di dalam restoran, jelas banyak perubahan berbanding 2012 yang lalu. Harap rasa pun berubah juga hendaknya. Kalau tak sedap pun makan juga. Seharian tak makan berat ni. Hihi.. Sistem order di sini sama seperti di Malaysia, kena order melalui self-ordering kiosk yang disediakan. Nak order kat kaunter pun boleh juga kalau tak tahu macam mana nak gunakan kiosk tu. Masing-masing dah lapar, jadi kenalah cari set menu yang sesuai untuk kami sekeluarga. Kalau tak habis boleh bawa balik makan di hotel. Si kecil tu masih tidur lagi kat childseat. Keadaan agak riuh kat dalam ni pun dia boleh tak sedar. Takpe, bagi dia adjust sendiri waktu tidur. Esok lusa in shaa Allah kembali kepada kehidupan normal. Hihi..

Eimran tunjuk skill order kat kiosk. Tapi ayahnya kena bayar la. Hehe..
Tak sampai 10 minit menunggu, akhirnya nombor order kami dipanggil. Anak-anak bantu angkat makanan dan minuman ke meja. Maka bermulalah sesi mengisi perut masing-masing yang kelaparan. Walaupun tak sesedap di Malaysia, tapi rasanya lebih baik berbanding 2012 dulu. Alhamdulillah semuanya berpuas hati dapat makan sesuatu yang banyak untuk hari ni. Hihi.. Menu set Festive Triple Buckets yang berharga GBP18.99 cukup untuk kami sekeluarga. Popcorn chicken tu boleh la simpan untuk si kecil. Dia bangun nanti mesti mintak makanan punya. Sambil makan dan berborak, jangan dilupakan berapa lama dah kami kat sini. Lebih sejam kena bayar parking. Hihi..

It's dinner time!.. Let's jom..
Jam 7.10 malam, setelah 50 minit berada di dalam KFC, kami mula beredar menuju ke hotel. Masing-masing tersenyum kekenyangan. Si kecil dah mula bangun. Tak sempat sampai hotel dah habis popcorn chicken dimakannya. Nasib baik tinggalkan untuk dia walaupun ada cubaan dari kakak dan abangnya. Hehe.. Kami melalui jalan kampung dan kemudian susur ke lebuhraya. Kebanyakan jalan di UK ni takde lampu. Betul-betul jimat duit kerajaan. Saya memang tak pernah bawa laju sepanjang travel sebab teringatkan pada kamera speed trap yang belambak kat sini. Lagipun bawa laju nak pergi mana. Pernah sekali saya bawa laju masa memandu di Autobahn Germany sebab takde speed limit. Tapi masa tu kereta lain lagilah laju. Lori kontena pun selamba je potong kereta kami. Hihi..

Driving route: From KFC Peterborough to Travelodge Grantham South Witham


@ TRAVELODGE GRANTHAM SOUTH WITHAM

Jam 7.50 malam kami sampai di Travelodge Grantham South Witham. Hotel ni terletak di tepi highway. Nasib baik saya tak terlepas simpang sebab cuaca yang gelap dan simpang yang tak berapa jelas. Hanya ada Starbucks dan kedai menjual kereta di kawasan ini membuatkan hotel ni terlindung di belakangnya. Saya masuk ke dalam lobi hotel untuk berurusan di kaunter sementara anak-anak membantu keluarkan semua beg. Saya dapat rate yang agak murah untuk travelodge di sini iaitu GBP21.00/night untuk satu bilik. Masih ada lagi hotel murah di UK pada 2019. Hehe..

Travelodge Grantham South Witham @ GBP21.00/night
Alhamdulillah kami diberikan bilik di tingkat bawah dan bersebelahan dengan bilik Fa dan Abang Fikri. Moga semua hotel yang kami dapat semuanya di tingkat bawah. Kalau dapat tingkat atas yang ada lif takde masalah. Hehe.. Setelah mengucapkan terima kasih pada staff bertugas di kaunter, kami bawa beg menuju ke bilik. Seperti biasa saya akan ambil gambar bilik dulu sebelum anak-anak mula buat sepah. Keadaan di dalam bilik travelodge boleh dikatakan takde beza banyak, cuma untuk travelodge yang baru mungkin lain sikit susunannya. Apa-apa pun yang penting ianya selesa untuk kami sekeluarga walaupun terpaksa bersempit sikit dan ikut jadual siapa yang kena tidur atas lantai. Hehe..

Kali ni dapat katil queen dan 2 katil single. Alhamdulillah selesa..
Kami bersihkan diri masing-masing. Disebabkan masih awal lagi, anak-anak tuntut janji untuk mandi kat dalam bathtub. Jangan mandi sampai kulit kecut sudah la. Apa lagi yang boleh dibuat dalam travelodge ni. Nak tengok tv pun kena hati-hati selepas waktu tengah malam. Daripada beratus channel yang available, mungkin ada yang tak sesuai untuk remaja bawah 18 tahun. Takpe, remote tv ayah pegang setiap kali berada di tavelodge. Jangan mengada tekan button manual kat tv masa ayah dan ami tidur. Saya percaya pada diorang. Kalau nak stay up ayah buka satu channel je dan layanlah sampai tertidur. Tapi malam ni ayah dan ami tidur lambat sikit sebab ada aktiviti yang perlu dibuat, iaitu buka satu beg baru untuk masukkan semua hasil pembelian hari ni. Sejam jugalah nak mengemas. Baru hari ketiga ni. Huhu.. Jam 10.30 malam mata saya dah mula mengantuk sebab letih memandu. Masa untuk berehat. Moga diberikan kekuatan untuk hadapi hari esok dan hari-hari mendatang.

Wallahu 'alam..





No comments:

Post a Comment