Thursday 2 February 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 01 (Part #3)

TARIKH:
17 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
RESTORAN ISTANA MINANG - ATSARI HOTEL - RUMAH MAKAN MUSLIM NIKMAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sedar dari tidur, tepat jam 2.00 petang kami dah sampai di kawasan Danau Toba. Hujan belum turun lagi di sini, tapi cuaca agak mendung. Irfan berhentikan kereta di lereng bukit untuk kami menikmati pemandangan Danau Toba dari atas tebing. Memang besar betul tasik Danau Toba ni. Berapa dalam la agaknya tasik ni ye. Saya dah la memang fobia dengan air yang tak pasti kedalamannya ni. Dulu masa memancing kat laut, time hujan ribut dan laut bergelora, saya la orang pertama yang capai pelampung. Life jacket dah tentu sentiasa dipakai. Maklumlah dulu masa kecik 2 kali saya pernah lemas. Terus fobia sampai sekarang. Huhu..

Driving Route: From Paten to Danau Toba
Saujana mata memandang. Indah sungguh bumi ciptaan Tuhan. Subhanallah..
Tengah syok bergambar, titisan hujan mula terasa. Kami masuk semula ke dalam kereta dan perjalanan diteruskan ke Parapat yang terletak tidak jauh dari sini. Irfan akan bawa kami makan tengahari dulu di pekan Parapat sebelum check-in hotel di situ. Cadangan asalnya kami akan terus naik feri menyusuri tasik menuju ke Pulau Samosir yang terletak di tengah Danau Toba. Tapi disebabkan cuaca mendung kami tunda ke esok pagi. Hujan lebat kang langsung tak boleh nak jalan-jalan kat Pulau Samosir. Kami ikut je perubahan rancangan tu. Janji dapat merasa naik feri kat Danau Toba. Hihi..

Banyak kera berkeliaran kat kawasan ni. Nanti nak beli pisang belanja kera ni makan.

@ RESTORAN ISTANA MINANG
     Jl. Sm. Raja, Tiga Raja, Girsang Sipangan Bolon, Simalungun 21174 Sumatera Utara

Perjalanan cuma mengambil masa 10 minit untuk sampai di pekan Parapat. Kami berhenti di depan Restoran Istana Minang untuk makan tengahari. Sedang elok masuk ke dalam restoran, hujan pun turun. Hanya kami je pelanggan yang ada. Disebabkan makan tengahari ni termasuk dalam pakej, kami terima je la lauk yang dihidangkan. Takde la tuan kedai nak letak semua jenis lauk sampai penuh meja macam kat Restoran Simpang Tiga pagi tadi. Hehe.. Beberapa jenis lauk dan sayur dah cukup buat kami. Banyak juga kami makan. Mungkin kerana kami semua tidur dalam perjalanan tadi. Sebab tu lapar. Selesai makan kami tunggu sekejap hingga hujan reda. Makanan di sini sedap. Restoran pun amat bersih dan selesa. Tandas pun wangi. Hihi..

Driving Route: From Danau Toba to Restoran Istana Minang
Suasana yang cozy makan di sini. Tenang aje. Hihi..

@ ATSARI HOTEL
     Jl. Pulau Samosir No. 9, Tiga Raja, Parapat, Sumatera Utara

Jam 3.00 petang kami meninggalkan Restoran Istana Minang menuju ke hotel. Ingatkan jauh lagi hotel kami. Rupanya kat area belakang restoran ni je. Huhu.. Kami check-in di Atsari Hotel. Irfan kata dulu hotel ni tak laku walaupun kedudukannya di tepi Danau Toba. Lepas management baru ambil alih barulah hotel ni bernyawa semula dan sentiasa fullhouse dengan pelancong especially hari minggu. Dari luar pun dah nampak menarik sebab pekerja dia pakai costume tradisional. Kami tunggu di kereta sementara Irfan berurusan di lobi hotel.

Driving Route: From Restoran Istana Minang to Atsari Hotel
Hujan masih rintik-rintik tapi Eiman sibuk nak keluar dari kereta. Mesti ada sesuatu yang dia nampak. Keluar je dari kereta dia terus berlari ke tempat tu. Rupanya ada mini swimming pool kat tepi cafe hotel ni. Huhu.. Budak-budak ni memang pantang tengok kolam renang. Pantang nak terjun la, apa lagi. Dari rumah lagi dia dah tanya hotel kita kat Medan nanti ada swimming pool ke tak. Huhu.. Inilah antara faktor utama kenapa trip bersama family tak boleh nak rushing seperti trip kami berdua sebelum ni. Dengan family kena banyak masa santai. Kalau berdua je memang guna masa yang ada sebaik mungkin. Tidur pun kalau boleh nak sekejap je sebab rasa rugi duduk hotel lama-lama kat luar negara. Dapat berjalan kat sekitar hotel pun dah cukup baik untuk tambah pengalaman. Huhu..

Kalau saya takde ni dah tentu dia terjun terus. Huhu..
Saya kata kat Eiman kalau hujan dah berhenti baru boleh mandi. Terus dia tengok langit sambil berdoa agar hujan berhenti. Haduii.. Kanak-kanak dan kolam memang tak dapat dipisahkan. Saya tak berapa minat sangat mandi kat swimming pool. Tapi kadang-kadang terjun la jugak. Hehe.. Mungkin kesan fobia terhadap air masih kuat walaupun tau kedalaman kolam cuma paras pinggang je. Hahah.. Cuma budak-budak ni kalau dah mula terjun memang susah nak suruh naik balik. Sampai kecut jari tangan dibuatnya, pun tak nak berhenti lagi. Huhu.. 10 minit kemudian Irfan datang bersama sorang pekerja dan sorang guard untuk tolong angkatkan beg dan bawa kami ke bilik hotel. Dah boleh standby duit upah untuk diorang ni ye. Hehe.. Kami amat berpuas hati bila tengok keadaan dalam bilik kami. Bilik agak luas dan selesa untuk kami sekeluarga. Boleh rekemen kat sesiapa yang ingin bermalam di sini. Terbaik lah..

Thumbs up untuk Atsari Hotel. Elysha dah tak sabar nak pergi swimming pool. Huhu..
Pekerja hotel tu pasang lagi satu katil extra. Nampaknya takde yang kena tidur lantai berlapikkan selimut hotel. Hihi.. Sebelum beredar pekerja hotel bagitau jika ada apa-apa lagi yang diperlukan boleh la call room service. Amat sopan attitude pekerja ni. Bukan setakat hotel yang baru dibaikpulih, tetapi para pekerja pun amat baik melayan pelanggan. Irfan kata management baru ni memang pentingkan layanan yang baik dari pekerjanya. Jika ada pelanggan yang buat report, terus pekerja tu kena buang. Fuhh, memang tegas betul bos baru ni. InsyaAllah takde report yang datang dari kami. Hihi..

Channel tv pun banyak. Layann..
Anak-anak dah tak sabar nak mandi kolam. Tengok kat luar bilik memang betul hujan dah berhenti. Termakbul rupanya doa Eiman tadi. Huhu.. Lagi sekali janji kena ditepati. Wife saya kata dia tak bawak baju mandi budak-budak ni. Saya mintak Irfan bawa saya ke kedai souvenir berhampiran sebab nak beli baju untuk mandi. Memang dah niat pun nak beli baju souvenir sehelai dua untuk diorang. Irfan bawa saya ke kawasan menjual pakaian souvenir yang berdekatan dengan hotel. Wife saya tak ikut, maka pembelian menjadi pantas. Saya memang tak pandai nak belek lama-lama bila beli baju. Mana pakaian yang nampak dulu dan saiz pun sesuai terus beli je. Mudah.. Irfan yang turun dari kereta hisap rokok tak habis lagi saya dah selesai beli. Pantas kan? Hihi.. Kami terus balik ke hotel sebab yakin budak-budak ni sedang gelisah. Macam la kolam tu akan surut atau berpindah tempat kalau lambat. Huhu..

Di luar bilik ada pokok tumpang. Tengah malam jangan keluar. Hihi..
Dah salin baju, maka berlarilah diorang ke kolam. Nasib baik bilik dekat je dengan kolam. Saya dah pesan kat Eimran supaya check dulu kedalaman kolam. Dari atas memang nampak cetek. Dulu Eiman pernah hampir lemas sebab ikut suka dia je terjun kolam. Nasib baik la saya ada kat situ. Dan nasib baik juga lah kolam tu paras dada saya je. Dia kata nampak macam cetek je kolam tu. Huhu.. Untuk kolam ni, Eimran masuk dulu untuk pastikan kedalaman kolam. Rupanya paras pinggang dia je. Selamat untuk mandi dengan pengawasan yang minima. Hihi.. Saya dan wife malas nak mandi. Kami duduk di kerusi cafe tepi kolam sambil melihat diorang mandi dan melayan Eirfan yang baring dalam stroller. Kebetulan Irfan pun ada sekali. Kami berborak panjang.

Ini kalau dibiarkan mau sampai malam diorang berendam kat kolam ni. Huhu..
Bersantai di tepi kolam. Feel sungguh..
Layan berborak dengan Irfan
Lebih 2 jam jugak la diorang ni berendam. Jam 6.00 petang saya panggil diorang naik. Itu pun ada cubaan melengahkan diri. Haduii.. Akhirnya naik juga dan terus masuk bilik air. Untuk malam ni kami akan makan malam di restoran yang berhampiran dengan hotel. Nak jalan-jalan dah tentu budak-budak ni letih sebab lama berendam tadi. Memang kebiasaan lepas mandi kolam diorang akan cepat mengantuk. Kalau la kat rumah ada swimming pool kan bagus. Takde lah diorang susah nak tidur awal. Bila dah tidur lewat, kesan buruknya bila kejut pagi esoknya la. Terpaksa la hadap suara nyaring dari mummy dia. Pagi-pagi dah berkaraoke. Saya pun terkena sekali tempiasnya. Hihi.. Itulah akibatnya bila semua anak-anak ikut perangai ayahnya yang suka tidur lewat. Dah pukul 12.00 tengah malam tapi suasana macam tengok buletin utama jam 8.00 malam. Huhu.. Kena selalu check dalam bilik diorang pastikan semuanya dah tidur.

Driving Route: From Atsari Hotel to Rumah Makan Muslim Nikmat

@ RUMAH MAKAN MUSLIM NIKMAT
     Jl. Harangggaol, No. 84, Parapat, 21174 Sumatera Utara

Selesai mandi dan bersiap, jam 9.15 malam Irfan datang dan bawa kami ke tempat makan malam. Tak sampai 5 minit perjalanan naik dan turun bukit, kami tiba di Rumah Makan Muslim Nikmat. Masih menghidangkan makanan yang sama iaitu minang. Hari ni je dah 3 kali makan makanan minang. Letih juga makan nasi banyak kali dalam sehari. Terpaksa lupakan soal diet untuk trip kali ni. Hahah.. Kalau anak-anak pantang nampak swimming pool, saya pulak pantang nampak nasi. Rasa macam memanggil je nasi tu untuk dimakan. Huhu.. Balik Malaysia nanti kena start balik kawal pemakanan seharian. Mulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah..

Nikmat sungguh makan kat Rumah Makan Muslim Nikmat ni. Huhu..
Selesai makan, kami terus balik ke hotel. Anak-anak dah mula gelisah nak tidur pulak. Cadangan nak singgah sekejap kat kedai Indomaret dan Alfamart terpaksa dibatalkan kerana Elysha dah mula buat hal sebab keletihan yang melampau. Masuk je bilik, tanpa disuruh semua dah tidur. Saya yang tak mandi kolam dah tentu susah nak tidur. Kalau saya yang drive mungkin senang tidur sebab letih. Wife saya memang tak pernah ada masalah tentang kesukaran tidur. Nak standby berkaraoke esok pagi la katakan. Hehe.. Bila tak boleh nak tidur, maka tv yang banyak channel tu la yang menjadi peneman sampai saya tertidur. Menanti hari esok untuk ke Pulau Samosir. Ada apa la yang menariknya kat pulau tu ye. Wallahualam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - TIADA -

**DAY 01 TOTAL EXPENSES: RM136.70

6 comments:

  1. Assalam tuan, khidmat supir ni memang kita kena ikut itinerary dia atau kita boleh request mana2 je yg kita nak pegi? Dia standby utk kita dari pagi sampai ke mlm ke? T.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Tak semestinya kena ikut itinerary dia. Boleh je nak ikut apa yang kita request asalkan kita tau mana nak pergi. Nanti dia bagi la rate yang sesuai. Ye betul, dia standby sepanjang masa. Andai kata waktu malam tu kita tak ke mana-mana, dia akan mintak permission dulu untuk jumpa kawan ke atau buat benda lain. But most of the time dia ada je berdekatan dengan kita.
      Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Blog yang amat berkualiti. Seronok baca. Sesuai untuk rujukan saya. Tahniah tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tuan. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!. :)

      Delete