Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ ISNIN, 17 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ LAERDAL TUNNEL
@ AIRBNB - THOMAS
Cuaca mula gelap sewaktu saya mulakan perjalanan dari Flam. Paling dirisaukan jika hujan salji turun mengiringi perjalanan kami. Dengan keadaan jalan yang tiada lampu melainkan sampai di pekan atau bandar, saya kena lebih berhati-hati memandu. Haiwan seperti moose juga selalu lintas jalan waktu senja ni. Saya terpaksa mengharapkan wife untuk menemani saya berborak. Barulah tak rasa mengantuk. Satu lagi yang dirisaukan adalah nak mencari tandas di sepanjang perjalanan. Kalau lalu highway senang sikit sebab ada hentian sebelah. Jalan kampung cuma boleh mengharapkan tandas di stesen minyak. Itupun tak semua stesen minyak kat sini ada tandas. Moga mampu bertahan. Huhu..
|
Jalan basah. Kotornya cermin kereta. Huhu.. |
@ LAERDAL TUNNEL
15 minit memandu, akhirnya kami sampai di Laerdal Tunnel, iaitu road tunnel yang terpanjang di dunia. Terowong sepanjang 24.5 km ni dibuka pada tahun 2000. Setiap 6 km, bahagian dalam terowong ni dibesarkan untuk kenderaan berhenti kecemasan. Walaupun panjang, bekalan oksigen tetap ada. Hehe.. Sistem, alatan dan kamera keselamatan juga sentiasa beroperasi dalam terowong ni jika berlaku kecemasan atau kemalangan. In shaa Allah selamat. Bila masuk terowong panjang macam ni terus teringat cerita Daylight lakonan Sylvester Stallone. Moga tak berlaku seperti dalam cerita tu. Huhu..
|
Driving route: From Flam to Laerdal Tunnel |
Jalan dalam terowong memang membosankan sebab tak nampak apa-apa. Kalau mengantuk lagi bahaya. Mudah je dibuai mimpi sebab pemandangan yang sama sepanjang 24.5 km. Huhu.. Nasib baik takde tol untuk lalu terowong ni. Sampai di hentian pertama kelihatan lampu berwarna-warni menceriakan suasana dalam terowong. Kami berhenti sekejap di hentian yang kedua sebab ia terletak betul-betul di pertengahan perjalanan dalam terowong. Berhenti hanya untuk ambil gambar. Sekurangnya ada lah kenangan berada dalam terowong terpanjang di dunia. Hihi.. Tiada tandas awam kat sini. Takde kerja orang nak bina dan bersihkan tandas dalam terowong. Hahah..
|
Kita layan pemandangan macam ni sepanjang 24.5 km ye. Hihi.. |
|
Setiap 6 km ada lampu berwarna yang menceriakan suasana dalam terowong |
|
Berhenti kejap untuk bergambar kenangan. Takde kedai kat sini. Hihi.. |
Scary je rasa bila keluar dari kereta dalam terowong ni. Bila ada kenderaan lain lalu, dari jauh lagi dah dengar bunyi berdengung. Huhu.. Kami teruskan lagi perjalanan hingga sampai ke penghujungnya. Setengah jam juga kami berada dalam terowong. Baru lah rasa lega sikit bila dah keluar. Rasa macam sesak nafas je walaupun takde apa-apa kesan pun. Mungkin fobia berada dalam terowong dalam jangkamasa yang panjang kot. Orang kalau dah fobia, lif penuh manusia pun boleh sesak nafas. Kalau lif sangkut tak tau apa jadi. Hehe..
|
Permulaan dan penghujung Laerdal Tunnel yang merentasi Aurland |
Kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi. Daripada jalan raya yang basah dah mula bertukar kepada keputihan salji. Dalam samar-samar cahaya jalanraya kelihatan putih semua kawasan sekeliling. Garis putih jalanraya dah mula tak nampak. Mesti sejuk kat luar sekarang ni. Huhu.. Terima kasih pada wife saya sebab tak tidur. Selalunya time macam ni dia dah mula tidur sebab tak nampak pemandangan sekeliling. Hehe.. Nasib baik juga saya bawa lagu mp3. Kalau dengar radio merapu cakap bahasa Norway memang lagi senang mengantuk. Hihi.. Geng seat belakang semua dah senyap sejak keluar dari terowong tadi. Kalau saya la yang duduk belakang, sebelum sampai terowong tadi dah tidur agaknya. Hahah..
|
Indicator suhu kat luar sekarang ni. Sejukk.. |
Jam 6.30 petang kami sampai di pekan yang bernama Ryfoss. Saya berhentikan kereta di Joker Mart untuk rehat seketika dan regangkan badan. Boleh tegang leher dan urat mata bila fokus memandu dalam keadaan jalan raya yang bersalji dan gelap macam ni. Dah 2 jam setengah memandu, ini baru separuh perjalanan untuk sampai ke homestay. Mula bergerak dari Flam tadi, rasanya tak sampai 10 buah kereta yang berselisih. Siapa yang nak memandu dengan cuaca macam ni jika bantal empuk tersedia di rumah? Huhu.. Baik tidur je. Bukannya ada kedai mamak 24-jam kat sini untuk melepak sambil tengok bola live. Hehe..
|
Driving route: From Laerdal Tunnel to Joker Ryfoss |
|
Kami je yang ada kat sini. Memang sejuk sungguh la masa ni. Huhu.. |
Jam 6.50 petang kami teruskan lagi perjalanan. Kali ni takkan berhenti mana-mana dah melainkan ada emergency. Maklumlah, cuaca sejuk lagi kerap rasa nak membuang. Hihi.. Moga sebotol Red Bull yang saya minum tadi dapat membuatkan saya bertenaga hingga sampai ke destinasi. Beberapa pekan kami lalui tapi masih belum sampai lagi. Wife masih aktif berborak dengan saya. Setakat hari ni saya tak rasa mengantuk sangat memandu berbanding masa trip di Western Europe dulu. Nampaknya faktor peneman borak itu amat penting dalam kelancaran memandu di waktu malam. Hehe..
|
Mesti cantik pekan ni waktu siang.. |
Jam 9.10 malam kami sampai di bandar Gjovik. Saya ikut pada arahan Here Maps. Ikut pada info yang saya dapat di website AirBnb, homestay kami adalah rumah kedai yang terletak di kawasan kilang. Tapi maps suruh saya masuk kawasan perumahan. Saya cuba set semula ikut google maps. Rupanya jalan yang Here Maps arahkan ditutup kerana salji tebal. Jadi saya kena cari route lain untuk masuk ke kawasan homestay. 15 minit mencari ikut lorong sempit dan salji yang tebal di atas jalan, akhirnya saya jumpa juga. Nak masuk ke kawasan parking kena naik bukit. Takdelah curam sangat tapi kereta kami tak lepas. Siap melorot ke bawah lagi sebab licin. Tebal betul salji kat sini. Nasib baik takde kereta lain. Huhu.. Saya terpaksa reverse jauh sikit dan tekan minyak. Alhamdulillah lepas naik bukit dan sampai di depan homestay Thomas. Itulah jadinya bila pakai normal winter tyre, kurang grip atas salji tebal. Huhu..
|
Driving route: From Joker Ryfoss to Airbnb - Thomas |
@ AIRBNB - THOMAS
Address: Rambekkvegen 8, Gjovik, Oppland 2816, Norway
Thomas mesej saya dalam AirBnb dan berikan arahan untuk buka pintu rumahnya yang berada di tingkat atas. Kat bawah rumah dia ada syarikat sewa kereta. Ada beberapa lockbox kat pintu, tak pasti mana satu untuk rumahnya. Nak tau mana satu yang betul, saya cuba key-in nombor passcode pada setiap lockbox. Mana yang boleh buka dah tentu untuk pintu rumah dia. Hihi. Daripada 3 lockbox yang ada, yang terakhir baru betul. Pintu rumahnya terletak di bahagian tepi bangunan. Buka je pintu terus kena naik tangga. Jenuh la nak mengangkat beg. Dah ini je rumah kat kawasan sini yang berpatutan harganya. Maka terpaksalah bersusah payah sikit demi penjimatan. Hehe..
|
Weather forecast at Gjovik |
|
Booking rumah Thomas melalui AirBnb. RM553.94/night |
Sejuk sungguh malam ni. Terpaksa tahan juga sementara mengangkat beg-beg kami naik ke tingkat atas. Seperti biasa, sebelum rumah bersepah dengan beg kami, kawan-kawan tolong ambilkan gambar keadaan rumah. Besar dan selesa rumah Thomas ni. Tapi bilik air tetap satu. Bila melihatkan keluasan rumah ni, hari ni kami buat kesimpulan bahawa rumah di Scandinavia memang ada satu tandas je, walaupun sebesar mana rumah tu. Huhu.. Kiranya kalau iklan jual rumah kena tulis 'Big house, 8 rooms and 1 bathroom'. Jenuh la nak beratur tunggu giliran. Hahah.. Thomas tak tinggal di sini. Jadi kami mungkin takkan berjumpa dengannya.
|
Lockbox dan pintu rumah Thomas di bahagian tepi bangunan |
|
Tangga, dapur, ruang tamu dan ruang makan. Kemas dan luas.. |
|
Ada 3 bilik untuk kami tidur dengan selesa malam ni |
|
The one and only bathroom. Huhu.. |
Malam ni kami hanya makan ringan iaitu roti dan air teh panas. Masing-masing tunggu giliran untuk basuh baju dan keringkan. Sementara menunggu pakaian kering dalam dryer, sempat lagi saya melayan game Wii yang disediakan. Hehe.. Layan sampai betul-betul mengantuk. Esok takde nak ke mana-mana tempat melainkan perjalanan masuk semula ke Sweden. Cadangnya nak memandu sampai ke utara Norway, ikut pada kesesuaian masa. Tengoklah sampai mana boleh pergi esok. Agak dah lewat sangat boleh terus ke homestay.
|
Apa la agaknya yang Rama tengah fikir tu? Hihi.. |
|
Malas nak fikir, kita layan game tennis seround. Hehe.. |
Jam 11.30 malam mata dah mula mengantuk. Main game pun asyik kalah je. Hihi.. Wife saya tunggu pakaian kering baru dia tidur. Saya sebagai driver sepenuh masa kena tidur dulu. Alhamdulillah, heater dalam bilik berfungsi dengan baik untuk hangatkan suasana. Tapi lantai masih tetap terasa sejuk. Nampaknya kena berselimut tebal juga. Banyak pengalaman baru yang kami perolehi hari ni. Kenangan di Stegastein Viewpoint takkan dilupakan sampai bila-bila. Moga aktiviti esok berjalan dengan lancar dan sempurna. Yang pastinya pengalaman hidup yang baru bakal tercipta. Wallahu 'alam..
|
Day 10 total driving mileage: 453 km |
|
Jumlah penggunaan kaki hari ni |
No comments:
Post a Comment