Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ SELASA, 18 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ BIRI REST STOP
Jam 6.30 pagi saya dah bangun. Subuh di sini jam 6.48 pagi. Aktiviti semalam amat memenatkan. Lama juga saya tidur. Lepas solat subuh, sementara menunggu pakaian kami kering dalam dryer, saya sambung tidur semula. Serius penat sangat. Nasib baik aktiviti hari ni cuma nak drive ke Sweden, tiada bandar yang akan kami singgah. Jadi boleh la mulakan perjalanan lewat sikit. Jam 8.30 pagi saya bangun dan bersiap-siap. Pagi ni kami breakfast scramble egg dan roti bersama air kopi panas. Layann..
|
Weather forecast @ Gjovik |
|
Menikmati sarapan yang simple tapi sedap yang amat. Hihi.. |
Jam 9.00 pagi setelah selesai breakfast, kami mula bersiap untuk check-out. Cuaca di luar amat baik pagi ni. Salji masih tetap tebal. Saya buka pintu balkoni untuk melihat keadaan di luar. Pakai sweater je tak dapat nak menampung kesejukan yang melampau. Rasanya inilah cuaca paling sejuk yang kami alami setakat ni. Cadangan hari ni nak drive ke utara yang mana sudah tentu makin sejuk. Nak tengok sampai mana kami sempat sampai sebelum turun semula menuju ke Sweden. Dah sejuk macam ni pun masih nak cuba merasa tempat yang lagi sejuk. Kerja gila ni. Hahah..
|
Macam ni la keadaan kerusi kat balkoni. Huhu.. |
Jam 9.20 pagi kami mula mengangkat beg masuk ke dalam kereta. Jenuh sungguh la nak angkat beg turun tangga. Huhu.. Option untuk Airbnb di Gjovik terhad. Tak banyak pilihan. Jadi terpaksalah pilih option yang paling murah iaitu rumah Thomas yang berada di tingkat 1. Tangga pun tanggalah. Yang penting ianya berada dalam laluan perjalanan kami. Hihi.. Pemandangan di sekeliling amat mengujakan. Walaupun pakai jaket tebal masih terasa kesejukannya. Nak buka glove pun sekejap je boleh tahan. Angin takde pun sejuk macam ni. Kalau la berangin tak tau macam mana keadaannya. Baru bulan Disember. Katanya Januari lagi teruk sejuknya di sini. Fuhh, nasib baik la Malaysia takde 4 musim macam ni. Better hujan dan panas sepanjang tahun. Sekali sekala travel untuk merasai pengalaman cuaca sejuk dah memadai. Tak dapat bayangkan 3-4 bulan duduk dalam keadaan macam ni. Duduk rumah berselimut sepanjang masa la jawabnya. Hihi..
|
Tq Thomas. Cantik rumah awak walaupun kena naik tangga. Hihi.. |
|
Keadaan di sekitar rumah Thomas |
Good Morning Gjovik!
Jam 9.40 pagi kami mulakan perjalanan. Disebabkan takde destinasi utama yang kami nak pergi hari ni, jadi mana-mana tempat yang agak menarik untuk bergambar kami akan berhenti seketika. Dari Gjovik kami menuju ke Lillehammer melalui jalan di tepi sungai yang besar. Wife saya teringin nak buat video baring atas salji sambil kepakkan tangan dan kaki. Dapat pulak request dari kawan dia untuk tekupkan muka dan tulis nama dia atas salji. Jadi kami kena cari satu kawasan yang lapang dan salji yang tebal untuk tunaikan request tersebut. Hari ni amat sesuai nak buat sebab takde nak rushing sangat untuk ke destinasi tujuan. Paling sesuai buat kat padang tapi takut pulak kalau tepi padang tu ada longkang besar. Silap haribulan tertimbus dalam salji sebab tak nampak longkang. Haha.. Jadi saya mencari jika ada rest stop yang lapang untuk kami berhenti. Dan yang penting takde orang di sekeliling. Nampak jakun pulak kalau ada orang tengok. Hihi..
|
Pemandangan perjalanan dari Gjovik ke Lillehammer |
Road Trip: Gjovik - Lillehammer
@ BIRI REST STOP
Ada beberapa rest stop yang kami lalu tapi tak berapa sesuai sebab banyak pokok. Nak amik video dengan drone kena tempat yang lapang, baru best. Akhirnya saya berhenti di Biri Rest Stop yang terletak di pinggir sungai. Kawasan pun agak lapang. Salji masih nampak suci tak terusik. Rama mula setup drone dia. Kami cari port sesuai untuk buat video. In shaa Allah takde longkang kat sini. Hihi.. Hanya kami je yang ada. Baik buat cepat-cepat sebelum ada orang lain datang.
|
Weather forecast @ Lillehammer |
|
Driving route: From AirBnb-Thomas to Biri Rest Stop |
|
Setup drone dulu sebelum jari mengeras. Hihi.. |
|
Layan walaupun dalam keadaan sejuk tak terkata. Huhu.. |
Finally, request granted. Hehe..
20 minit berada di luar sejuknya sampai ke tulang. Siap baring atas salji lagi. Tabah sungguh la para isteri ni bervideo demi kenangan yang takkan dilupakan. Jam 10.25 pagi kami teruskan perjalanan. Sambil memandu saya tengok jam, takut seronok sangat kang sampai ke Trondheim dibuatnya. Huhu.. Cadangannya drive ke utara sampai jam 1.00 petang. Lepas tu dah boleh cari jalan masuk Sweden dan terus ke homestay. Disebabkan jalan penuh dengan salji, saya pandu perlahan. Ditambah dengan berhenti mencari WC, nampaknya tak jauh mana pun kami boleh pergi. Cukuplah sampai takat suhu yang paling sejuk kami pernah merasa dalam hidup.
|
Suhu dah makin menurun. Huhu.. |
|
Banyak betul tol kat Norway. Tunggu je lah total bil nanti ye. |
Sejam memandu, suhu makin menurun. Rasanya inilah cuaca paling sejuk yang kami akan alami dalam hidup iaitu –16oC. Untuk merasai sendiri keadaan paling sejuk ni, kami singgah seketika di satu supermarket Extra yang terletak di Favang. Buka je pintu kereta, angin sejuk terus membelai muka kami. Huhu.. Dengan pantas kami masuk ke dalam supermarket, bukan untuk membeli belah, tapi untuk elak kesejukan melampau di luar. Bila lagi nak dapat pengalaman hidup merasa keadaan paling sejuk seperti ni. Rasanya dah tak perlu nak ke utara lagi. Cukup la sampai takat ni je. Huhu..
|
Driving route: From Biri Rest Stop to Extra Favang |
|
Cukup la rekod paling sejuk pernah kami alami. Huhu.. |
|
Kita window shopping sambil panaskan badan |
Semua bersetuju untuk mencari jalan menuju ke sempadan Sweden dan tak perlu teruskan perjalanan ke utara. Cukuplah sampai sini je lokasi paling utara dan suhu paling sejuk yang kami alami di bumi Norway. Itupun bergantung pada route yang available untuk ke sempadan. Jam 11.50 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke pekan Ringebu. Sebelum sampai di Ringebu, GPS arahkan kami untuk masuk satu simpang dan jalan sempit menaiki bukit. Tengok pada keadaan jalan, rasanya tak lepas kereta ni naik bukit bersalji. Saya cuba dan memang betul tak lepas. Kereta kami turun semula sebab salji amat tebal. Nasib baik takde kereta lain di belakang kami. Saya terpaksa re-route map dalam GPS untuk option jalan yang lain. Kami teruskan perjalanan sampai di pekan Ringebu dan GPS berikan arah yang baru. Kami masuk simpang jalan berbukit. Kali ni kereta kami lepas sebab jalan agak lebar dan kurang salji. Kami sampai di satu simpang berikutnya. Kali ni saya rasa tak sedap hati sebab signboard menuju ke Atna telah ditutup menandakan jalan ni tak dibuka seluruhnya. Saya terpaksa cari option jalan yang lain. Jangan semua jalan tutup sudah la. Huhu..
|
Simpang di Ringebu menuju ke Atna yang ditutup. Kena cari jalan lain. Huhu.. |
Road trip: Lillehammer - Ringebu
Saya ikut route baru dalam GPS, tapi akhirnya kami sampai di simpang yang sama, cuma laluan je yang berbeza. Banyak masa terbuang kat sini. Huhu.. Itulah antara masalah utama jika pakai GPS offline, sebab tak boleh nak detect jalan yang ditutup. Jadi saya amik keputusan untuk teruskan perjalanan ke utara hingga GPS dapat detect route baru. Kali ni kami betul-betul ikut jalan yang lain. Moga jalan ni dibuka hingga ke Atna. Wallahu 'alam..
|
Makin lama makin tinggi jalan bukit yang kami lalui.. |
No comments:
Post a Comment