Tuesday, 10 September 2019

JJCP Scandiscovery: Day 11 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SELASA, 18 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ RONDANE NATIONAL PARK


Kami melalui jalan yang berbukit. Tiada rumah di sepanjang perjalanan. Apa yang dapat dilihat hanyalah pokok yang ditutupi oleh salji putih. Tar jalan juga hampir tak kelihatan. Seperti jalan ke Flam dari Nesbyen semalam, hanya beberapa kereta je yang berselisih dengan kami. Risau je kalau jalan ni ditutup. Tengok pada map, kalau la tutup kami kena patah balik semula ke Ringebu dan cari jalan yang lain. Fuhh, jauh sangat tu. Pukul berapa la kami nak sampai homestay. Huhu..

Sampai bila pemandangan macam ni. Huhu..

@ RONDANE NATIONAL PARK

10 minit memandu melalui jalan berbukit dan berselekoh panjang, akhirnya kami sampai di kawasan yang amat lapang. Tengok kat google map, rupanya ini adalah kawasan Rondane National Park. Kawasan ni takde dalam itinerary kami sebab kami hanya ikut arahan pada GPS dan inilah saja option jalan yang available untuk kami merentas sempadan yang paling dekat. Lega bila nampak kedai, hotel dan campsite. Ada juga orang kat kawasan ni selain kami. Hihi..

Baru nampak penempatan kat sini
Rondane National Park adalah taman negara yang tertua di Norway, dibuka pada penghujung tahun 1962. Ada 10 gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 2,000 meter di sini. Antara aktiviti utama di sini sudah tentulah camping dan hiking. Habitat rusa liar paling besar di sini. Tapi kami tak nampak sekor pun. Mungkin semua tengah berhibernasi kat kaki gunung. Hihi.. Teruja dengan keadaan yang amat unik, saya mencari tempat yang sesuai untuk berhenti dan bergambar kenangan. Memang sukar nak dapat pemandangan luas yang cantik seperti ni. Walaupun ketika summer lebih cantik sebab ada tasik dan gunung hijau, tapi pada saya pemandangan pada musim winter juga apa kurangnya. Sebagai rakyat yang hidup di negara yang tiada 4 musim, pemandangan seperti ini akan menjadi satu kenangan yang takkan dilupakan.

Weather forecast @ Rondane National Park
Driving route: From Ringebu to Rondane National Park
Kami parking di Rondevegen tourist center and campsites
Berhenti kejap untuk bergambar kenangan di sini
Satu kesilapan besar bila saya hanya pakai mild jacket. Serius tak boleh nak tahan kesejukan kat sini. Nak bergambar pun keras satu badan. Tak sampai 5 minit saya dah masuk semula dalam kereta. Huhu.. Kami teruskan perjalanan merentas taman negara. Sempat lagi saya melihat melalui google gambar tempat ni ketika musim summer. Memang berbeza dengan apa yang kami lihat sekarang. Sesungguhnya memandu dalam musim winter lebih mencabar. Kalau la kereta rosak kat sini macam mana la agaknya ya. Ishh, jangan fikir yang bukan-bukan. Kita layan je pemandangan bumi Allah yang bertuah ni.

SubhanAllah.. Bumi Allah itu luas. Hargai sebaiknya..
Selepas merentasi kawasan yang lapang, kami melalui jalan yang sama seperti tadi iaitu pokok tinggi di sepanjang jalan menandakan kami dah berada di penghujung jalan Rondane National Park. 40 minit melalui jalan yang seperti tiada penghujungnya sudah cukup memberi kami pengalaman hidup yang amat berguna. Nasib baiklah jalan ni buka. Kalau tutup tak tahulah nak ikut jalan mana lagi. Alhamdulillah..

Pokok di sepanjang jalan sebagai tanda sudah sampai di penghujung Rondane National Park

Road trip: Rondane National Park

Tepat jam 2.00 petang kami sampai di satu simpang tiga. Masuk kiri untuk ke utara terus ke Trondheim melalui pinggir Rondane National Park. Kami ke kanan untuk perjalanan lagi 40 km hingga ke Atna. Kali ni makin tak nampak tar jalan. Saya terpaksa memandu dengan kelajuan yang sederhana, tak berani nak bawa laju especially di selekoh. Rasa tayar licin semacam je jalan atas salji. Huhu..

Lain macam feel jalan kat sini. Dah macam citer Frozen je. Hihi..

Road trip: Rondane - Atna

Jam 2.40 petang kami sampai di simpang tiga Atna. Kami ke kanan dan terus menuju ke pekan berikutnya iaitu Koppang. Sebelum sampai di Koppang saya mencari rest stop untuk kami berehat seketika sambil makan. Dari pagi tadi tak makan. Baik selesaikan sebelum cuaca mula gelap. Lepas ni tak tau apa lagi yang menanti kami dalam perjalanan. Rasanya laluan lepas ni ikut jalan kampung dan dah tentu gelap tiada lampu jalan. Moga selamat perjalanan kami hingga ke destinasi berikutnya. Wallahu 'alam..

Kontrol tenang walaupun dalam keadaan jalan yang licin. Hehe..


No comments:

Post a Comment