Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
HARI/TARIKH:
@ RABU, 19 DISEMBER 2018
LOKASI KEJADIAN:
@ RABY RESTAURANG
@ AIRBNB - SUSANNE
Tempat makan malam kami hari ni terletak di pinggir bandar Vasteras. Tak sampai 3 km pun dari parking. Tapi disebabkan ada jalan yang ditutup kerana construction membuatkan kami terpaksa ikut jalan jauh sikit. Saya jumpa restoran ni dalam pencarian di google map. Tak pasti dengan status halal tapi ada satu gambar family muslim sedang makan di dalam restoran ni membuatkan saya yakin ianya halal.
|
Driving route: From Q-Park to Raby Restaurang |
@ RABY RESTAURANG
Kami sampai di Raby Restaurang jam 6.10 petang. Kawasan parking amat luas di luar restoran. Kami masuk dan terus ke kaunter sambil melihat menu makanan yang dijual. Alhamdulillah restoran ini berstatus halal. Tengok gambar menu pun dah nampak sedap. Bila perut lapar ni memang mudah teruja tengok gambar makanan. Hihi.. Restoran ni menyediakan makanan middle-east seperti kebab dan seangkatan dengannya. Jadilah, memang itu je jenis makanan halal yang senang dapat, bukan hanya di Scandinavia tetapi seluruh Europe. Jangan mimpi la nak dapat menu nasi ayam penyet kat sini. Hehe..
|
Jom cepat masuk dalam restoran. Sejuk sangat kat luar ni. |
|
Ini bukan restoran Terengganu ye. Hehe.. |
|
Tak sabar nak makan dah ni |
Tengok pada portion makanan, rasanya tak boleh habis makan sorang. Jadi saya cuma order satu set je untuk kami berdua. Menu 13 iaitu Mixtallrik yang berharga SEK90.00 menjadi pilihan dan ditambah dengan 2 tin air gas berharga SEK30.00. In shaa Allah boleh mengenyangkan kami berdua. Kalau beli dua takut tak habis. Memang boleh tapau balik ke homestay, tapi selalunya tak lalu nak makan dah bila nampak katil. Badan penat, antara katil dan makanan sudah tentu katil yang menang. Hehe.. 10 minit menunggu di meja, akhirnya makanan yang dipesan tiba. Dah agak mesti banyak portion makanan dia. Apa lagi, jemput makan berjemaah..
|
This is so delicious!.. Terbaiklah.. |
Air panas di sini free refill membuatkan kami lebih lama duduk dan bersembang. Lepas makan boleh layan air kopi panas dulu. Tak perlu rushing. Lepas ni dah tak ke mana-mana, terus ke homestay dan singgah di convenient store untuk beli tiket public transport di Stockholm. Memang betul sedap la makanan kat sini. Pekerja kedai pun amat peramah orangnya. Macam tu la kalau nak bagi bisnes berjaya, kena utamakan pelanggan dan sentiasa tersenyum walaupun penat bekerja. Hihi.. Jam 7.30 malam, setelah lebih sejam melepak dalam restoran dan bergelas air panas yang ditambah, kami mula bersiap untuk teruskan perjalanan ke homestay. Terima kasih kami ucapkan kepada tuan kedai atas makanan yang teramatlah sedapnya. Malam ni mesti masuk dalam mimpi kesedapan itu. Hehe..
|
Thank you Raby Restaurang! |
|
Cantik pulak tengok kereta ni. Berapa la harganya ye.. |
Sebelum sampai homestay, saya kena mencari dulu tempat untuk membeli tiket untuk public transport di Stockholm. Homestay yang saya booking terletak di pinggir bandar Stockholm iaitu di Nacka. Homestay ni jauh dari train station. Untuk ke pusat bandar, kami kena naik bas. Tiket tak dijual di dalam bas. Jadi secara logiknya kenalah beli tiket dulu. Daripada maklumat yang saya cari, ada 3 jenis tiket yang sesuai untuk visitor di Stockholm iaitu single ticket (valid 75 minit), 24 hours dan 72 hours travelcard. Kami akan berada di Stockholm selama 2 hari. Boleh pulak takde option 48 jam. Huhu.. Jadi kami akan beli 72 hours travelcard. Nak beli 24 hours untuk 2 hari berturut pun boleh, tapi harganya sama dengan 72 hours. So tak payah nak beli 2 kali sebab buang masa je. Hihi..
|
Info tentang tiket public transport di Stockholm |
Jam 9.30 malam kami sampai di Norsborg dan singgah sekejap di 7-Eleven yang terletak di Shell. Saya ingatkan boleh beli tiket di convenient store seperti di Gothenburg, tapi di Stockholm tak boleh rupanya. Huhu.. Saya bertanya pada cashier di mana tempat terdekat dari sini untuk beli tiket. Cashier tu kata saya boleh beli di Hallunda Station. Dia siap bantu tunjukkan arah ke sana. Kaunter tiket tutup jam 10.00 malam. Kalau dah tutup saya boleh beli di ticket machine. Lebih baik beli kat kaunter, boleh tanya soalan. Hihi..
|
Driving route: From Raby Restaurang to Shell Norsborg |
|
Tempat jualan SL Access ticket |
Saya terus set pada GPS untuk ke Hallunda Station. Dekat je dari Shell tapi kami tak jumpa pintu masuk station. GPS bawa kami sampai di satu apartment tepi bukit. Hallunda Station terletak di bawah bukit. Huhu.. Saya pun drive susur ikut jalan tepi bukit hinggalah sampai di kawasan stesen bas di Hallunda Station. Nak cari parking tak jumpa. Tinggal lagi 10 minit sebelum jam 10.00 malam. Selamba je saya masuk ikut laluan bas dan terus berhenti betul-betul di pintu masuk station. Para isteri tunggu di kereta sementara kami mencari kaunter tiket di dalam. Kalau polis datang pandai-pandai la bagi alasan kenapa masuk lorong bas ye. Huhu..
|
Driving route: From Shell Norsborg to Hallunda Station |
Masuk dalam station, kami kena jalan ke seberang melalui flyover dan barulah nampak kaunter tiket di hujung lorong. Alhamdulillah kuanter masih buka lagi. Staff yang bertugas seorang perempuan berbangsa India. Serius je muka dia. Mungkin dia dah bersiap sedia untuk tutup kaunter, tetiba kami datang nak beli tiket. Hihi.. Dia tanya kami dari mana sebab dah tentu muka kami bukan orang Sweden. Hehe.. Bila sebut Malaysia terus dia tersenyum dan berborak panjang dengan kami. Rupanya dia pernah datang Malaysia. Tapi kali ni dia sebut Kuala Lumpur, bukan Langkawi. Hihi.. Kami beli 72 hours SL Access travelcard yang berharga SEK250.00/person plus harga kad SEK20.00/person. Kad ni boleh digunakan sampai 6 tahun dan boleh pass kat orang lain. Tapi kad ni tak boleh return semula untuk dapatkan refund SEK20.00 tu. Jadi boleh la simpan buat kenangan ye. Huhu..
|
Bahagian depan dan belakang SL Access Travelcard |
|
Resit pembelian. 2 minit sebelum jam 10.00 malam. Hihi.. |
Punyalah kalut berlari ke kaunter sampai lupa nak ambil gambar sekeliling. Huhu.. Tiket yang dibeli akan diaktifkan secara automatik bila disentuh pertama kali pada card reader. Maknanya esok pagi masa naik bas barulah kad ni mula aktif sehingga 72 jam. Kami tak sampai 72 jam pun kat Stockholm. Hihi.. Sampai di kereta, wife saya kata takde polis yang datang melawat. Masih belum boleh menarik nafas lega lagi. Manalah tau ada kamera kat stesen bas ni. Nak tau kereta kena capture atau tak, tunggu masa return kereta nanti. Huhu.. Tiket dah ada, jadi tak perlu risau tentang public transport di Stockholm. Kami teruskan perjalanan ke homestay.
|
Driving route: From Hallunda Station to AirBnb-Susanne |
@ AIRBNB - SUSANNE
Address: Altavagen 102, Nacka, Stockholms Ian 13133, Sweden
Jam 10.40 malam kami sampai di homestay. Rumah amat besar dan terletak di tepi jalan utama. Tuan rumah, Susanne juga duduk sekeluarga di bahagian atas rumah ni. Jalan untuk ke rumahnya agak sempit dan penuh dengan salji. Kami parking kereta di tempat yang disediakan. Jauh juga nak menarik beg atas jalan salji yang sedikit berbukit ni. Huhu.. Kami pergi dulu tengok mana satu pintu rumah kami. Suami Susanne sambut kedatangan kami. Susanne outstation. Suaminya kata Susanne pernah datang ke Kuala Lumpur menghadiri conference. Tengok saiz rumah pun tau diorang ni berpangkat besar.
|
Booking via AirBnb websites |
Pintu rumah kami terletak di bahagian bawah, tepi rumah. Alahai, kena turun tangga pulak. Memang penat la nak mengangkut beg dari parking kereta. Mula-mula seret naik bukit bersalji. Kemudian kena turun tangga. Fuhhh, mencabar sungguh malam ni. Saya tanya pada suami Susanne jika kami boleh bawa kereta sampai di depan rumah. Dia kata boleh je nak bawa, tapi dia takut saya susah nak kawal kereta sebab jalan sempit dan di lereng bukit. Dia sendiri pun tak parking kereta depan rumah. Saya minta kebenaran untuk pinjam kereta sorong dia yang saya nampak di tepi rumah. Boleh letak banyak barang dalam kereta sorong ni. Apa yang penting, kerjasama..
|
Pintu rumah kami. Nampak tak tangga tu. Huhu.. |
|
Nak tidur kat ruang tamu pun boleh. Blanket disediakan |
|
Bilik tidur dan bilik air. Bersih.. |
|
Banyak barang klasik dalam rumah ni |
Kami bawa barang yang penting je untuk 2 malam di sini. Tak larat la nak angkat semua beg. Tepat jam 11.00 malam baru selesai semuanya setelah 20 minit berhempas pulas mengangkat beg sambil kontrol kestabilan kaki supaya tak jatuh. Huhu.. Rumah Susanne ada 3 bilik dan ruang yang cukup selesa untuk kami berenam. Setelah bersihkan diri kami berehat sekejap di ruang tamu sambil berborak. Saya check website AirBnb. Richard tak bagi review tentang kami. Mungkin dia juga sibuk seperti Thomas. Takpelah, janji saya dah bagi review terbaik buat rumahnya. Esok kami akan ronda seharian di Stockholm. Banyak tempat menarik yang kami nak explore. In shaa Allah dapat cover selama 2 hari di sini. Dah sampai masanya untuk driver tidur. Jam 12.20 tengah malam bilik driver dah off-light. Menanti hari esok yang pasti memberikan pengalaman baru buat kami. Wallahu ' alam..
|
Day 12 total driving mileage: 398 km |
|
Jumlah penggunaan kaki hari ni |
No comments:
Post a Comment